Anda di halaman 1dari 7

“ASPIRASI 2021”

DATUK NOR ASIAH BINTI MOHD YUSOF


PEGUAM BESAR NEGERI SABAH
Segala puji bagi Allah swt dan selawat serta salam kepada Nabi Muhammad saw dan salam Sabah Maju
Jaya. Alhamdulillah, kita dapat bertemu di tahun 2021, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua
pegawai dan anggota jabatan ini. Semoga kita dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh
Negeri ini, dengan memastikan sistem perundangan Negeri berjalan dengan baik, adil dan saksama. Tahun 2020
telah kita lalui dengan penuh cabaran namun tidak mematahkan semangat kita untuk terus memberi perkhidmatan
yang terbaik.
Fenomena pandemik covid 19 ini sesungguhnya telah membuka ruang kepada kita untuk melangkah lebih
maju ke hadapan dalam penggunaan sistem “IT”. Pengendalian secara alam maya kes-kes litigasi, penyampaian
nasihat perundangan, gubalan undang-undang serta mesyuarat-mesyuarat penting dikendalikan secara aktif bagi
memastikan perkhidmatan kita kepada kementerian dan agensi-agensi Kerajaan berjalan seperti biasa. Tahun
2020 juga telah menyaksikan pelbagai tuntutan sivil ke atas Kerajaan Negeri, namun berjaya dikendalikan dengan
penuh hemah oleh Bahagian Guaman Sivil jabatan ini.
Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Tanggungjawab yang diberikan kepada saya ini akan
saya galas dengan penuh tanggungjawab. Sokongan dan kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan
dalam menjayakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
Pada hemat saya, sepanjang bertugas di Jabatan ini sejak tahun 1994 saya melihat jabatan ini bekerja dalam
satu pasukan yang mantap dan saling memberi kerjasama yang baik, semoga menjadi satu tradisi yang
berterusan. Justeru dalam ucapan amanat ini, penumpuan diberikan kepada beberapa perkara yang perlu kita
laksanakan untuk memantapkan dan melaksanakan dasar jabatan dengan lebih berkesan dan efisyen.
1 2 Nasihat dan pandangan
Suka saya mengingatkan semua, fungsi
utama jabatan ini adalah seperti perundangan sebenarnya membantu
berikut: - melicinkan pentadbiran Kementerian Dan

(a) Nasihat Undang-Undang; Agensi Kerajaan. Justeru, tidak sekadar


pandangan undang-undang sahaja namun
(b) Gubalan dan Terjemahan
Undang-Undang; keperluan undang-undang yang baharu dan

(c) Guaman Sivil; dan pindaan juga adalah salah satu instrumen
undang-undang yang penting untuk
(d) Semakan Undang-Undang
dan Cetakan Semula dijadikan sebagai panduan dalam
Undang-Undang.
memantapkan sistem pentadbiran Negeri.

PENSTRUKTURAN
SEMULA PENTADBIRAN

3 4
Sepertiyang kita maklum undang-
Jabatan ini adalah nadi perundangan undang adalah satu perkara yang sentiasa
berkembang (living document) mengikut
bagi setiap Kementerian dan Agensi
kesesuaian perubahan dan keperluan
Kerajaan Negeri. Kepakaran perundangan semasa. Justeru, Jabatan inilah yang
dari jabatan ini amat diperlukan dalam menjadi pakar rujuk dalam pembuatan dan
menghasilkan satu undang-undang.
menjamin keharmonian dan keadilan Undang-undang yang dimaksudkan adalah
undang-undang. berkaitan dengan Undang-Undang Sivil,
Syariah dan Hal Ehwal Anak Negeri.
5 6 7

Menyedari keperluan ini, saya


terpanggil untuk melihat semula
Ada beberapa undang-undang Isu lain seperti Malaysian

penstrukturan jabatan agar dapat yang masih perlu diberi perhatian Agreement 1963 (MA 63) juga
disesuaikan mengikut kepakaran khususnya undang-undang anak perlu diambil perhatian yang
masing-masing. Adalah tepat negeri. Undang-undang ini adalah serius. Pada hemat saya
untuk saya katakan khususnya satu undang-undang istimewa
perkara ini perlu ditangani
kepada Pegawai-Pegawai Kanan kepada Anak Negeri Sabah yang
secara kerja berpasukan.
dan kakitangan yang telah lama perlu dijaga dan dinaikkan
Dalam perkara ini, idea dan
berkhidmat di sini sebenarnya martabatnya ke peringkat yang
kepakaran pegawai-pegawai
anda semua adalah orang yang lebih teratur dan tersusun.
yang telah dilantik adalah amat
“pakar” dijadikan sebagai rujukan Jabatan ini akan mengambil
saya perlukan, kerjasama akan
perundangan. Oleh yang perhatian mengenai perkara ini
dan cuba membentuk satu menjana daya kreativiti yang
demikian, penstrukturan semula
pasukan kerja berkenaanya. lebih relevan.
ini adalah berdasarkan pada
hemat saya bersesuaian dengan
kepakaran masing-masing.
8 9 10
0

Saya menyedari bahawa beban Saya juga menyedari perlunya Menyentuh berkaitan bahagian

ada pegawai-pegawai khusus guaman sivil, perlaksanaannya


tugasan setiap pegawai telah
untuk menyempurnakan akan diteruskan seperti
mencapai ke tahap yang
semakan undang-undang dan sebelum ini. Bahagian ini boleh
maksimum. Jabatan ini akan
cetakan semula. Ianya adalah saya katakan sebagai satu
sentiasa berusaha untuk
salah satu bahagian penting benteng yang penting dalam
menambah bilangan pegawai
dalam struktur pentadbiran mempertahankan maruah dan
bagi memenuhi kekurangan
jabatan. Saya percaya, hal ini integriti kerajaan di medan
yang kita hadapi selama ini.
kita akan dapat tangani dalam perbicaraan Mahkamah Sivil.

masa yang terdekat. Bahagian ini telah berfungsi


dengan cemerlangnya.
12 13

Syabas juga saya ucapkan


Jabatan juga telah menubuhkan
kepada pasukan gubalan yang
satu unit syariah pada tahun lalu.
telah menghasilkan undang-
Ianya adalah sebagai salah satu
undang di sepanjang tahun 2020.
usaha jabatan untuk
Biarpun pelbagai kekangan di
mempertingkatkan kecekapan
hadapi namun ianya telah berjaya
khususnya dalam perkara yang
menghasilkan beberapa undang-
berkaitan dengan undang-undang
undang. Saya amat berharap
syariah dan hal ehwal pentadbiran
strategi pemantapan pasukan ini
orang Islam.
akan dipertingkatkan dan
dipergiatkan lagi.
Penutup

Saya berharap agar semua pegawai dan kakitangan Jabatan ini sentiasa
mengukuhkan kerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan bagi mencapai
Visi dan Misi jabatan ini.
Saya dengan penuh kepercayaan, semua pegawai-pegawai dan anggota
jabatan akan sentiasa komited dalam menjalankan amanah yang diberikan.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua atas usaha
dan pencapaian yang telah dilakukan sepanjang tahun 2020. Moga tahun ini
dan tahun-tahun akan datang, kita sentiasa diberi kekuatan dan semangat
untuk meneruskan tradisi kerja secara berpasukan agar jabatan ini mencapai
prestasi yang cemerlang dan gemilang.

Anda mungkin juga menyukai