Anda di halaman 1dari 3

3(ai) Bincangkan enam factor yang mempengaruhi perbezaan bentuk gunung berapi

Rangka Jawapan

1. Jenis lava
2. Struktur retakan
3. Jenis letusan
4. Struktur lohong dan rekahan sisi
5. Kuantiti bahan yang dikeluarkan
6. Tindakan agen gondola

Jawapan

Lava bes merupakan lava yang lebih cair dan lambat membeku menyebabkan ia dapat
mengalir jauh sebelum membeku. Ini menyebabkan gunung berapi yang terbentuk adalah lebih
rendah dan lebih landai. Manakala lava asid yang lebih likat dan cepat membeku akan
membentuk kon gunung berapi yang lebih tinggi dan bercerun curam.

Letusan gunung berapi di kawasan kerak bumi yang mempunyai beberapa siri retakan akan
membentuk dataran tinggi.

Kekuatan dan kekerapan letusan.Letusan yang senyap dan berterusan akan mewujudkan
gunung berapi yang sekata. Bagi letusan yang kuat, lohong gunung berapi akan musnah dan
mewujudkan kawah yang besar.

Sekiranya terdapat lohong yang banyak termasuk rekahan sisi gunung berapi maka magma
akan keluar melalui pelbagai arah. Akibatnya kon komposit akan terbentuk.

Saiz sesebuah gunung berapi amat bergantung kepada kuantiti bahan yang dikeluarkan.
Sekiranya kuantiti lava dan bahan piroklastik yang dikeluarkan banyak maka gunung berapi yang
terbentuk lebih besar dan landai. manakala sekira kuantiti bahan yang dikeluarkan sedikit maka
bentuk gunung berapi yang terbentuk lebih kecil dan curam.

Tindakan agen gondolan seperti hakisan dan luluhawa. Hakisan yang berterusan ke atas
cerun-cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun-cerun tersebut. Magma yang keras akan
terdedah di puncak gunung berapi sebagai palam gunung berapi.
(aii) Berdasarkan petikan di atas, mengapakah kawasan gunung berapi masih menjadi tumpuan
penduduk ? [12]

Rangka Jawapan

Tanah yang subur

Tempat tumpuan pelancong

Mewujudkan peluang pekerjaan

Sumber tenaga dan haba

Budaya dan agama

Jawapan

Tanah yang subur berdekatan dengan gunung berapi dijadikan kawasan pertanian
menggalakkan tumpuan penduduk. Apabila letusan gunung berapi terjadi, ia akan mengeluarkan
lava yang akan mengalir dan melitupi kawasan berhampiran gunung berapi. Maka tanah-tanah
itu akan kaya dengan mineral dan subur untuk aktiviti penanaman. Contohnya kawasan cerun
gunung berapi di Pulau Jawa, Indonesia, Pulau Luzon di Filipina dan di Pulau Honshu di Jepun.

Pembentukan tasik kawah atau kaldera menjadi kawasan yang menarik untuk dimajukan
sebagai kawasan pelancongan. Keadaan ini menyebabkan kawasan gunung berapi telah menjadi
tumpuan penduduk kerana pelbagai kegiatan ekonomi sampingan seperti menjual hasil
kraftangan, penyediaan chalet dan perniagaan runcit dan restoran dapat dimajukan. Di Asia
Tenggara, Gunung Mayon yang terletak di Filipina merupakan antara kawasan gunung berapi
aktif yang menjadi tumpuan pelancong daripada seluruh dunia.

Kawasan gunung berapi telah mewujudkan peluang pekerjaan setempat. Tasik kawah atau
kaldera juga kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar seperti ikan toman, haruan, sebarau dan
lain-lain telah menarik penduduk bertumpu di sini untuk bekerja sebagai ikan air tawar.
Haba dan gas yang terdapat di kawasan gunung berapi mempunyai tenaga geoterma yang
boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Selain itu, haba semula jadi ini boleh
digunakan sebagai sumber air panas untuk mandian dan sumber haba untuk memanaskan rumah.
New Zealand dan Iceland merupakan antara contoh negara yang mendapat manfaat daripada
tenaga geoterma ini. Ini merupakan satu cara penjimatan kerana tenaga geoterma ini boleh
diperoleh secara semula jadi di kawasan berhampiran gunung berapi.

Faktor budaya dan keagamaan juga mempengaruhi pembinaan penempatan penduduk di


sekitar kawasan gunung berapi. Sebagai contoh di Hawaii, terdapat etnik-etnik yang membina
penempatan berdekatan kawasan gunung berapi kerana mempercayai gunung tersebut
merupakan tempat tinggal dewa yang disembah oleh nenek moyang mereka. Oleh itu, adalah
sukar bagi generasi kini untuk berpindah jauh daripada kawasan gunung berapi yang dianggap
suci itu.

Anda mungkin juga menyukai