Anda di halaman 1dari 11

CTU 085

ISU TRANSGENDER DAN KAEDAH MENGATASINYA


DISEDIAKAN UNTUK:

AHMAD JAMIL BIN JAAFAR


DISEDIAKAN OLEH:

HAZIQ DANI BIN MOHAMAD AZMI {2021631364}


MUHAMMAD HARIZ HAKIM BIN ZAKARIA {2021815412}

PI009 E25

PENILAIAN MARKAH
PENGENALAN /
ISI + HURAIAN /
CADANGAN / KESIMPULAN /
RUJUKAN / BIBLIOGRAFI /
ETIKA & PROFESIONALISME /
JUMLAH /
Isi kandungan
1. PENDAHULUAN ......................................................................................................................................................... 1
1.1. Maksud.............................................................................................................................................................. 1
2. ISI ............................................................................................................................................................................... 2
2.1. FAKTOR.............................................................................................................................................................. 2
2.2. KESAN ................................................................................................................................................................ 4
2.3. CARA MENGATASI ............................................................................................................................................. 6
3. KESIMPULAN ............................................................................................................................................................. 7
Rujukan ............................................................................................................................................................................. 8

ii
1.PENDAHULUAN
Pada masa ini, budaya transgender amat berleluasa dalam masyarakat. Isu ini perlu
diketengahkan agar generasi muda terpelihara daripada perbuatan yang dipandang hina oleh
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, generasi muda mudah terpengaruh dengan ajakan
rakan sebaya untuk melakukan perkara-perkara negatif.

Budaya songsang ini merupakan ancaman terhadap nilai murni oleh setiap agama. Golongan
transgender berpendapat bahawa mereka berhak untuk mendapat kebebasan dan hak asasi
manusia. Pemikiran sebegini amatlah tidak disokong oleh umat Islam. Dalam agama Islam, fitrah
manusia sudah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi. Fitrah bermaksud sesuatu yang
semulajadi wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu
sendiri. Perbuatan transgender amat dibenci oleh Allah SWT kerana ia melanggar fitrah yang
ditetapkan oleh-Nya. Budaya ini bukan sahaja dimurkai oleh Allah SWT malah memberi kesan
negatif terhadap imej sesebuah negara, budaya, dan bangsa.

1.1. Maksud

Transgender adalah keadaan identiti jantina atau ungkapan jantina yang tidak sepadan
dengan seks yang ditugaskan.
Daripada Abu Hurairah RA berkata:

ِ َ ‫ َو ال ْ مُ ت َ َر ِج ِّ ال‬، ‫ج ا ِل‬
‫ت ِم َن ال ن ِ ِّ س َ ا ِء‬ َ ُ‫ل َ ع َ َن ال ن َّ ب ِ يُّ صلى هللا عليه وسلم ال ْ م‬
ِّ ِ ‫خ ن َّ ث ِي َن ِم َن‬
َ ‫الر‬

Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang -
orang perempuan yang menyerupai lelaki (Noor, n.d.).

Daripada hadis di atas, sudah jelas bahawa hukum menjadi transgender adalah haram disisi Islam.
Azab yang pedih akan diberikan kepada pelakunya.

1
2.ISI
2.1. FAKTOR

Faktor wujudnya golongan transgender ini adalah kerana negara-negara barat telah memberi
pengiktirafan kepada golongan ini dan mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Mereka
juga bebas mengamalkan gaya hidup tersendiri tanpa perlu malu dan risau dengan identiti dan
pegangan mereka. Fahaman barat ini sedikit sebanyak tersebar diseluruh dunia termasuk juga
Malaysia (Norihan Zakaria, 2012). Namun begitu, pengaruh transgender di negara Islam masih
dapat dikawal dan golongan transgender di negara Islam perlu menyembunyikan iktikad mereka
supaya mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Fahaman transgender ini juga tersebar dengan sangat pantas kerana kepesatan teknologi
maklumat pada masa kini (Nor Hidayah Nawawi, n.d.), dimana ideologi transgender ini semakin
mudah disebarkan secara atas talian yang menghubungkan seluruh dunia. Melalui rangkaian jalur
lebar ini, banyak pertubuhan ditubuhkan dalam usaha menyebarkan fahaman liberal ini kepada
masyarakat. Kebanyakan pertubuhan ini mempunyai matlamat yang sama. Di Malaysia, satu
kumpulan bernama Seksualiti Merdeka dilihat semakin giat mempromosikan fahaman transgender
ini (Noor Hafizah Haridi, n.d.). Golongan ini juga bertindak aggresif dengan memanipulasikan Hak
Asasi Manusia (HAM) untuk membenarkan perlakuan mereka diterima dan diperakui masyarakat
dunia (Norihan Zakaria, 2012).

2
Akhir sekali, masyarakat yang tidak memahami ilmu keimanan dan tidak beramal dengan rukun
iman lebih mudah terjerumus dengan fahaman liberal ini. Mereka mudah terjerumus dengan
maksiat kerana mempunyai iman yang lemah (Hassan Ahmad, n.d.). Islam melarang sekeras-
kerasnya untuk kita berpakaian atau berhias melawan jantina sendiri. Dalam Sahih Bukhari,
daripada Ibn ‘Abbas dalam sabda Rasulullah :

ُ‫ تَا َب َعه‬.‫الر َجا ِل‬


ِ ‫اء ِب‬
ِ ‫س‬َ ‫الن‬ ِ ‫ َو ْال ُمتَش َِب َها‬،‫اء‬
ِ َ‫ت ِمن‬ ِ ‫س‬َ ‫الن‬ ِ َ‫َّللا صلى هللا عليه وسلم ْال ُمتَش َِب ِهينَ ِمن‬
ِ ‫الر َجا ِل ِب‬ ُ ‫لَ َعنَ َر‬
ِ ‫سو ُل ه‬

ُ ‫ع ْم ٌرو أ َ ْخ َب َرنَا‬
.ُ‫ش ْع َبة‬ َ
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang menyerupai p erempuan dan
orang yang menyerupai kaum lelaki daripada kalangan perempuan . Hadis ini diperkuat juga
dengan hadis ‘Amru telah mengkhabarkan kepada kami Syu’bah.” (Amenudden, n.d.)

Ini menunjukkan bahawa golongan transgender ini tidak beriman terhadap Rasulullah
dengan mengabaikan hadis baginda. Sudah terang lebih bersuluh bahawa golongan
transgender ini tidak takut dan tidak mempercayai azab yang Allah akan turunkan
terhadap golongan yang mengingkari perintahNya dan rasulnya.

3
2.2. KESAN

Banyak kesan negatif yang kita dapat lihat dalam dunia tanpa sempadan masa kini. Perkara ini
membimbangkan para ibu bapa yang berusaha sedaya upaya membesarkan anak-anak untuk
memastikan mereka dapat membentuk generasi yang dapat menerajui tompok kepimpinan negara
suatu hari nanti. Namun, bagi melahirkan anak muda yang mempunyai kualiti tersebut ibu bapa
pada masa kini perlu menghadapi cabaran yang begitu besar apabila cahaya mata mereka
dilahirkan di zaman perkembangan teknolgi di mana fitnah, tipu daya, budaya kuning yang datang
dari barat dan sebagainya meresap masuk dalam kalangan masayrakat kita pada hari ini.
Tambahan pula, isu yang menjadi tumpuan sekarang adalah isu ‘lesbian’, ‘gay’, bisexual dan
transgender mula meracuni minda anak muda. Perkara ini menjadi sebuah ‘trend’ dalam kalangan
remaja. Lebih membimbangkan lagi budaya transgender ini mula diterima sesetengah masyarakat
kita.

Antara kesan mengikuti budaya transgender adalah budaya ini dapat memberi imej yang buruk
kepada negara. Hal ini dikatakan demikian kerana budaya ini bersifat jijik dan tidak sopan. Budaya
transgender amatlah menentang budaya dan tatasusila kita sebagai masyarakat Malaysia. Selain
itu, budaya ini menunjukkan betapa lemahnya system undang-undang dan keagamaan di negara
kita. Perkara ini akan mengudang pandangan-pandangan yang tidak baik daripada negara-negara
Islam di seluruh dunia. Maka, gejala sosial seperti ini perlulah dibendung dengan segera agar tidak
merebak dengan lebih meluas dan menghancurkan imej serta umat Islam di Malaysia.

4
Sesungguhnya, perbuatan transgender amatlah ditentang oleh Rasulullah SAW. Maka, sesiapa
yang melanggar perintah Rasulullah SAW akan mendapat siksaan azab yang pedih di akhirat. Hal
ini dikatakan demikian kerana, perbuatan ini telah melawan fitrah dan juga boleh mengubah
kehendak yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Hal ini kerana, terdapat segelintir masyarakat
yang sanggup mengeluarkan duit bagi menanggung kos pembedahan untuk mengubah bentuk dan
rupa paras badan bagi menyerupai jantina yang berlawanan dengan diri mereka. Di samping itu,
perbuatan yang tidak bertamadun ini juga diharamkan kerana memudaratkan diri sendiri. Banyak
penyakit dan masalah yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah. Sesungguhnya
perbuatan yang dapat memberi kemudaratan kepada diri amatlah ditegah dalam Islam.

Rasulullah SAW bersabda

“Tidak boleh melakukan perbuatan yang mudarat dan tidak boleh memudaratkan orang lain.”
(Yaakub, n.d.) (HR Ibnu Majah)

Akhir sekali, mereka yang menjadi transgender dipandang hina dan sering dipersoalkan
kewarasan akal mereka. Kebanyakan masyarakat tidak menerima golongan transgender
terutamanya negara-negara Islam. Maruah diri dan keluarga akan rosak sekiranya terlibat dengan
golongan transgender. Mereka yang menjadi transgender sering menyembunyikan jantina asal
mereka supaya tidak diketahui masyarakat. Masyarakat juga akan menjadi kucar-kacir dan keliru
kerana wujudnya ‘jantina’ baharu itu. Banyak persoalan dan masalah yang akan timbul dengan
kewujudan transgender ini seperti masalah perkahwinan.

5
2.3. CARA MENGATASI

Antara cara yang kita boleh gunakan ialah method dakwah melalui pembinaan sosial. Secara
fitrah, manusia amat gemar hidup bersama atau berkumpulan (Noor Hafizah Haridi, n.d.). Kita boleh
menunjukkan contoh yang baik dengan saling menegur kesilapan dan salah faham yang berlaku.
Islam mengajar kita berdakwah dengan cara yang baik. Dalam surah An-Nahl ayat ke 125;

ۡ َ ‫ظ ِة ۡال َح‬
َ ‫س ِب ۡي ِل َر ِبِّ َك ِب ۡال ِح ۡك َم ِة َو ۡال َم ۡو ِع‬
َ ‫اُ ۡدعُ ا ِٰلى‬
َ ‫سنَ ِة َو َجادِل ُه ۡم ِبالَّ ِت ۡى ِه‬
َ ‫ى ا َ ۡح‬
‫س ُن‬
Maksudnya: Ajaklah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik
dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.

Oleh itu, kita hendaklah berdakwah dengan bijaksana dan mengelakkan berlaku lebih banyak salah
faham. Dengan ini, dakwah Islam lebih mudah diterima tanpa paksaan kerana nilai murni yang
dintunjukkan.

Selain itu, method dakwah yang boleh dilakukan ialah dakwah melalui pembangunan sahsiah
(Rosni Wazir, n.d.). Sahsiah merupakan perkataan Bahasa Arab yang membawa makna
keperibadian (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Pembangunan sahsiah merujuk kepada
perubahan sikap ataupun peribadi seseorang kearah yang lebih baik. Perkara ini dapat dilakukan
dengan memberikan memberikan penekanan agama yang mencukupi kepada remaja. Ini kerana
remaja lebih mudah terpesong dari dipengaruhi oleh budaya barat. Sahsiah yang terpuji juga dapat
mendekatkan diri kita kepada Allah dan juga disenangi masyarakat. Pembangunan sahsiah dapat
dipupuk melalui pembinaan akidah kita. Sebagai contoh, kita boleh mengikuti kumpulan usrah. Ahli
usrah dapat berpesan sesama sendiri untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu, budaya
songsang transgender dapat dielakkan.

Akhir sekali, method dakwah melalui ahli keluarga. Ahli keluarga merupakan individu utama yang
kita dapat berhubung. Teguran dan nasihat ibu bapa yang diberikan kepada anak-anak amatlah
berkesan kerana anak-anak itu dapat menerima teguran tersebut dengan hati terbuka. Ibu Bapa
seharusnya memberi pendedahan awal tentang isu transgender kepada anak-anak. Sebagai
contoh, ketika bapa hendak memberi kuliah kepada ahli keluarga, Bapa seharusnya memberi
peringatan kepada mereka bahawa Allah SWT melaknat hambanya yang menukar jantina. Hal ini
demikian kerana, kanak-kanak atau remaja sedang mengalami fasa umur dimana mereka ingin
mengetahui pelbagai perkara baharu. Pengaruh rakan sebaya yang mengajak mereka dalam
melalukan perkara yang mungkar seperti transgender dapat memesongkan akidah. Dengan adanya

6
nasihat daripada bapa, mereka tidak mudah pengaruh dengan ajakan rakan sebayanya. Oleh itu,
terbuktilah bahawa dakwah melalui ahli keluarga dapat menangani isu transgender.

3.KESIMPULAN
Transgender merupakan kumpulan yang wujud diseluruh dunia kerana nafsu dalam diri.
Transgender merupakan kumpulan minoriti yang masih memperjuangkan gaya hidup mereka
supaya diterima masyarakat. Dalam Islam, transgender ditolak sekeras-kerasnya kerana
melanggar hukum Allah. Transgender mula tersebar kerana negara Barat menerima
transgender sebagai satu gaya hidup. Banyak kesan negatif yang dapat dilihat kesan daripada
transgender ini terutamanya masalah perkahwinan. Usaha menghapuskan budaya ini haruslah
giat dijalankan supaya masyarakat dapat hidup dengan aman dan harmoni. Pelbagai
pendekatan boleh jalankan untuk mengelakkan budaya ini berleluasa dalam kalangan
masyarakat.

Kita perlu pertahankan hukum syarak kita daripada dicemari oleh racun-racun budaya barat
yand dapat merosakkan generasi kini. Sesungguhnya, apabila hukum syarak dianggap sebagai
sesuatu yang bersifat liberal dan disokong oleh hak asasi barat maka hukum syarak akan
dianggap sebagai tidak lagi berguna pada masa kini (Mohamad, n.d.)

Di samping itu, memetik kata-kata Dr Abdullah Nasih ‘Ulwan: “Anak-anak muda kini
mudah terpengaruh dengan ‘trend’ baru. Maka, sudah menjadi satu tanggungjawab
kita untuk mendidik mereka untuk mengawal gejala ini” (‘Ulwan, n.d.).

Jikalau bukan sekarang bila lagi kita ingin mula bertindak. Sebelum nasi sudah
menjadi bubur kita hendaklah menggunakan segala cara dengan bijak dan berhikmah
agar dapat mengubah dan menghentikan budaya transgender di negara kita. Kami
berharap agar perkara menjadi satu kenyataan di masa hadapan sup aya masyarakat
dapat hidup dalam keadan yang berpandukan syariat Islam.

7
Rujukan

‘Ulwan, D. A. (n.d.). Retrieved from https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1820-bayan-linnas-series-5-the-


issue-of-transgender-and-tasyabbuh

Amenudden, A. A. (n.d.). Retrieved from https://amenudden.wordpress.com/2020/09/08/haramnya-lelaki-


menyerupai-wanita-dan-sebaliknya/

Hassan Ahmad, 2. (n.d.). Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/28

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa Pustaka.

Mohamad, T. A. (n.d.). Retrieved from https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1820-bayan-linnas-series-5-


the-issue-of-transgender-and-tasyabbuh

Noor Hafizah Haridi, 2. (n.d.). Retrieved from http://journal.kuis.edu.my/: http://journal.kuis.edu.my/e-jurnal-


pengajian-islam/wp-content/uploads/2017/02/9II05.pdf

Noor, U. M. (n.d.). Retrieved from https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1820-bayan-linnas-series-5-the-


issue-of-transgender-and-tasyabbuh

Nor Hidayah Nawawi, 2. (n.d.). Retrieved from


https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/28

Rosni Wazir, 2. (n.d.). Retrieved from https://www.academia.edu/42700030

Yaakub, N. (n.d.). Retrieved from https://www.bharian.com.my/authors/oleh-nazmi-yaakub

8
9

Anda mungkin juga menyukai