Anda di halaman 1dari 19

KOD KURSUS & NAMA KURSUS

MPU3282 ASAS TAUHID

NAMA PENSYARAH
DR. MAAD BIN AHMAD

TAJUK
KAEDAH MENANGANI EKSTREMISME TERHADAP AGAMA DI MALAYSIA

NO. NAMA PELAJAR NO. MATRIK


1. NURUL ELIYANA AMIRA BINTI MOHD JOHARIS 22BI01054
2. AINA HADIRAH BINTI SHAHUL AZMI 22BI01058
3. NUR AZWANNISA AQILAH BINTI WAN SALMAN 22BI01059
4. UMAYRAH BINTI ABDUL NASER 22BI01060
5. NUR SYAHMINA BINTI AHMAD JALIL 23BI01010
6. AQEELA BINTI ALFIAN 23BI01016

IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN)


FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

SESI 1 2023/2024
BI01 3LB & 4LB
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ................................................................................................................... 1

2.0 EKSTREMISME SECARA UMUM ................................................................................... 2

2.1 DEFINISI EKSTREMISME ............................................................................................ 2

2.2 ISLAM DAN KESEDERHANAAN: DALIL PENGHARAMAN EKSTREMISME .... 3

2.3 SEJARAH KEMUNCULAN EKSTREMISME.............................................................. 4

2.4 JENIS KEGANASAN EKSTREMISME ........................................................................ 6

2.5 PUNCA EKSTREMISME ............................................................................................... 7

3.0 KAEDAH MENANGANI EKSTREMISME MELALUI ................................................... 8

3.1 INSTITUSI AGAMA ....................................................................................................... 8

3.2 INSTITUSI PENDIDIKAN ........................................................................................... 10

3.3 INSTITUSI KESELAMATAN ...................................................................................... 11

3.4 INSTITUSI UNDANG-UNDANG ................................................................................ 12

4.0 JABATAN ATAU AGENSI YANG BERAUTORITI DALAM MENJAGA KEAMANAN


AGAMA DAN KESELAMATAN NEGARA ......................................................................... 13

5.0 PENUTUP.......................................................................................................................... 15

6.0 RUJUKAN ......................................................................................................................... 16


1.0 PENGENALAN
Istilah ekstremisme masih lagi menjadi pendebatan sehingga hari ini dari segi kerangka dan
bagaimana ia boleh beroperasi dalam menghuraikan perbuatan ganas yang dilakukan sama ada
secara individu atau berkumpulan. Ekstremisme merujuk kepada seseorang yang berpegang
pada pandangan atau ideologi yang melampau dan kemudiannya diterjemahkan melalui
tindakan fanatik, radikal, dan dogmatik.1 Fenomena ekstremisme berlaku sepanjang masa
kerana secara sedar atau tidak sedar, fenomena ini telah berada di sekeliling kita sejak sekian
lama. Ia mungkin wujud daripada kita, kenalan atau rakan-rakan profesionalisme. Kita tidak
mampu meramal pemikiran seseorang mengenai ekstremisme bahkan sekiranya ia dibiarkan
begitu sahaja, ideologi tentang ekstremisme ini akan tersebar dan membarah dalam kalangan
masyarakat sekarang.

Isu ekstremisme bukanlah satu isu yang boleh diambil ringan oleh semua golongan.
Persoalan mengenai ekstremisme ini adalah sesuatu yang kompleks dan perlu ditangani secara
teliti, berstruktur dan sistematik. Ia pastinya bermula dengan perkara yang paling asas iaitu
memberi kesedaran kepada masyarakat supaya dapat mengetahui konsep ekstremisme sama
ada secara asas ataupun menyeluruh. Bagi masyarakat umum mereka seharusnya mengetahui
pengetahuan asas mengenai fahaman ini dan sentiasa mengambil berat perkara-perkara yang
berlaku di sekeliling mereka bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan
negara.2

Setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan yang tersendiri dalam mengekang isu
ekstremisme dan memberi kesedaran kepada orang lain. Ini kerana sesuatu perkara itu akan
menjadi lebih mudah untuk dielakkan sekiranya setiap daripada kita berganding bahu dan
bekerjasama untuk membendung tersebarnya ideologi ini. Kertas kerja ini akan
membincangkan secara asas bagaimana yang dimaksudkan dengan ektremisme, dalil
pengharamannya, sejarah kemunculan, jenis dan punca serta kaedah-kaedah bagi menangani
ekstremisme itu sendiri.

1
Kartini Aboo Talib @ Khalid. Muhammad Helmy Abd Gapar. Ahmad Munawar Ismail. Ekstremisme: Maksud
dan Konteks Keganasan. m/s 150.
2
Ahmad Munawar Ismail. Siti Madihah Kamaruddin. Reaksi Masyarakat Islam di Malaysia Terhadap
Ekstremisme. m/s 104.

1
2.0 EKSTREMISME SECARA UMUM
2.1 DEFINISI EKSTREMISME
Ekstremisme dari perspektif Islam merujuk kepada suatu fahaman, suatu sikap atau suatu
perlakuan yang melampaui batas sehingga melebihi had dan ketentuan yang sewajarnya sama
ada daripada perspektif peraturan mahupun daripada perspektif kemanusiaan. Dalam
terminologi ekstrem, sikap dan fahaman yang melampau ini lazimnya disusuli dengan tindakan
yang keras dan ganas yang sering menyusahkan masyarakat dan mengancam keselamatan
negara. Fahaman ini bukan sahaja menghilangkan nilai kemanusiaan dan akhlak islamiyyah
bahkan ia juga mencemarkan imej Islam sebagai agama yang dilihat membawa kepada
perdamaian.3

Ekstremisme dari perspektif barat pula ialah kumpulan yang memiliki pandangan yang
berlebih-lebihan, melampaui batas dan ganas dalam usaha mereka untuk menyelesaikan
sesuatu konflik atau untuk mencapai sesuatu tujuan. Kebiasaannya, kumpulan ini diketuai oleh
pemimpin spritual yang keras dan ahli-ahli yang memiliki pandangan yang sederhana tetapi
mempunyai kecenderungan simpati terhadap perjuangan kumpulan tersebut.4

Berdasarkan kedua-dua perspektif yang dinyatakan di atas, dapat dilihat ianya tidak
mempunyai banyak perbezaan jika dilihat dari sudut literal. Ia mempunyai maksud dan
fahaman yang hampir sama yang boleh difahami secara ringkas. Sebagai kesimpulannya,
ektremisme ini sebenarnya merupakan individu yang terlampau taksub dan keterlaluan dalam
fahaman agama yang dipegang tetapi tidak mempunyai kefahaman yang jelas atas agama Islam
yang dipegang olehnya terutamanya mengenai hukum dan akidah.5

3
Ahmad Munawar Ismail. Siti Madihah Kamaruddin. Reaksi Masyarakat Islam di Malaysia terhadap
Ekstremisme. m/s 104.
4
Ahmad Munawar Ismail. Siti Madihah Kamaruddin. Reaksi Masyarakat Islam di Malaysia terhadap
Ekstremisme. m/s 105.
5
Ahmad Munawar Ismail. Abdul Muhaimin Mahmood. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. Mengenal Pasti
Perwatakan Ekstremis Melalui Disiplin Fiqh Taayush. m/s 123.

2
2.2 ISLAM DAN KESEDERHANAAN: DALIL PENGHARAMAN EKSTREMISME
Kemunculan fahaman ekstremisme atau golongan pelampau iaitu ghuluw ini yang bukan hanya
pada fizikal sahaja iaitu kumpulan yang memegang senjata berbahaya ataupun pemberontakan.
Dalam erti kata lain, ekstremisme boleh juga berlaku dalam bentuk kefahaman, kepercayaan
dan pegangan dalam beragama. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 77;

‫اضلُّوا اكثِ ًْيا‬ ِ ٍ ْ ‫اب اَل تا ْغلُوا ِِف ِدينِ ُك ْم اغ ْ اْي‬


ِ ‫قُل َي أ ْاهل الْ ِكتا‬
‫اْلاِِّق اواَل تاتَّبِعُوا أ ْاه اواءا قا ْوم قا ْد ا‬
‫ضلُّوا من قا ْب ُل اوأ ا‬ ‫ْا ا‬

َّ ‫ضلُّوا اعن اس او ِاء‬


‫السبِ ِيل‬ ‫او ا‬
Maksudnya: Katakanlah "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu
secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat
sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat
(jauh) dari jalan yang betul".

Berdasarkan nas di atas jelas menunjukkan supaya sentiasa bersikap wasatiyyah dan tidak
ghuluw dalam beragama. Ini adalah nasihat yang amat penting yang Allah turunkan kepada
umat Islam supaya jangan melampau batas dalam beragama. Contoh yang boleh diambil iktibar
daripada kisah golongan ahli kitab yang mana mereka mengangkat tinggi darjat Nabi Isa
‘alaihissalam sebagai tuhan dan ada yang menganggapnya sebagai anak tuhan.

Selain itu, ada juga golongan yang hanya mahu beribadah sehinggakan mereka tidak mahu
mencari nafkah untuk keluarganya di rumah serta ada yang juga terlalu cepat menghukum
seseorang jika tidak sehaluan dengan apa yang dilakukannya. Gejala gemar menuduh individu
lain sesat juga merupakan akibat terlalu taksub dengan kefahaman agama yang sedia ada.

Perkara ini melampau dan tidak benar sama sekali serta tiada dinyatakan dalam nas
mengenainya. Mereka gemar bertindak mengikut akal dan melakukan perkara yang tiada dalam
nas iaitu al-Quran dan Hadis. Allah melarang umatnya untuk bersikap fanatik terhadap agama
dan bersikaplah sederhana supaya ibadah-ibadah yang dilakukan dapat disusuli dengan niat
yang betul.6

6
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, M. al-Bakri. (2015, May 26). Bayan Linnas Siri Ke-24: Ektremis Agama:
Penyelesaiannya.

3
2.3 SEJARAH KEMUNCULAN EKSTREMISME
Setelah kita fahami mengenai asas ekstremisme itu dari sudut takrifan dan dalil pengharaman
mengenainya, seterusnya kita lihat pula pada sejarah kemunculan ekstremisme itu dari sudut
Islam dan juga yang wujud di Malaysia ini.

Sejarah awal kemunculan ekstremisme telah wujud semasa pemerintahan Saidina Ali
r.a diangkat sebagai khalifah dan pada masa yang sama berlaku penolakan Saidina Muawiyah
r.a yang turut dilantik sebagai khalifah. Kewujudan khalifah Saidina Ali r.a. yang masih ada
menyebabkan berlakunya banyak pertentangan, konflik dan bencana fitnah yang berlaku pada
zaman tersebut.

Perhubungan antara Saidina Ali r.a. dan Saidina Muawiyah r.a. menjadi tegang
sehingga membawa kepada peristiwa tahkim (keputusan yang dibuat oleh hakim) untuk
meleraikan permasalahan yang berlaku. Kendatipun begitu, terdapat juga kelompok
menyokong Saidina Muawiyah r.a. dan ada juga kelompok yang menyokong Saidina Ali r.a.
malah terdapat kelompok ketiga mendeklarasikan diri mereka dengan tidak menyokong antara
dua kelompok tersebut dan mereka digelar sebagai Khawarij.7

Golongan Khawarij ini menggunakan pendekatan asas dengan memegang ayat-ayat nas
Al-Quran secara harfiah tanpa menjurus pertimbangan kepada kemaslahatan masyarakat secara
keseluruhannya. Khawarij memegang ayat-ayat Al-Quran secara dasar sahaja tanpa melihat di
sebalik pentafsiran ayat tersebut yang lebih luas. Dengan erti kata lain, mereka seakan
mengambil tindakan keras dalam merealisasikan dan melaksanakan hukum Islam tanpa
menerima dan mengambil pandangan sahabat-sahabat yang lebih arif mengenai perihal ini.8

Selain Khawarij, terdapat kelompok lain yang dikategorikan sebagai golongan


ekstremisme iaitu Syiah Rafidhah. Sikap ekstrem golongan Khawarij adalah bertentangan
dengan sikap ekstrem golongan Syiah Rafidhah yang mana Khawarij bersikap melampau
dalam mengkafirkan Saidina Ali dan para sahabat manakala Syiah Rafidhah pula bersikap
melampau dalam mengagungkan Saidina Ali. Di samping itu, terdapat kelompok yang
berpendapat manusia mencipta perbuataanya sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan
kehendak Allah iaitu golongan al-Qadariyah.9

7
Prof. Madya Dr. Mohd Roslan. Mohd Nor. Ekstremisme Rentas Agama dan Tamadun. m/s 157-159.
8
Muhammad Rashidi Wahab, Mohd Hasrul Shuhari, Mohd Fauzi Hamat. Mendepani Ekstremisme Melalui
Pendekatan Ahli Sunnah Wal Jamaah Berteraskan Wasatiyyah. m/s 157-161.
9
Azzahari Murad, Aminudin Basir, Nasruddin Yunos, Akila Mamat. Konsep Ekstremisme Agama dari Perspektif
Pemikiran Islam: Satu Sorotan. m/s 45.

4
Oleh hal yang demikian, golongan melampau yang diterangkan di atas dianggap
sebagai golongan asas yang melahirkan pelbagai kelompok yang menyeleweng dan akidah
yang bercanggah dengan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, ekstremisme juga boleh muncul dengan ideologi yang
tidak berasaskan agama dan politik. Perkara ini boleh disebabkan melalui persekitaran,
ideologi-ideologi sosial yang melibatkan perkauman dan banyak lagi.

Sebagai tamsilan, jika dilihat di Malaysia walaupun tiada gerakan-gerakan anti


perkauman ditubuhkan namun terdapat beberapa peristiwa buruk yang berlaku di Malaysia
iaitu peristiwa 13 Mei 1969 yang mana berlakunya kejadian rusuhan kaum dan merupakan
kemuncak masalah perpaduan. Tragedi ini juga telah meragut nyawa serta harta benda dan
mempunyai kaitan rapat dengan ‘Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969’ yang mana merupakan
satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Selain itu, berlakunya Hartal di Pulau Pinang pada tahun 1967 disebabkan pembantahan
dasar kerajaan persekutuan Malaysia. Hartal bermaksud hari berkabung atau protes di mana
semua kedai-kedai ditutup. Perkara ini berlaku apabila terdapat gerakan hartal yang dikatakan
melibatkan ahli kongsi gelap datang untuk merosakkan kedai. Tindakan menutup kedai ini telah
berjaya dilakukan oleh peniaga cina di Pulau Pinang menyebabkan terdapat orang yang
mendabik dada dengan mengatakan orang Cina berkuasa untuk membuka dan menutup seluruh
bandar di Malaysia. Malah, mereka bukan sahaja menutup kedai akan tetapi telah bertukar
menjadi rusuhan kaum sehingga ada yang terbunuh.

Seterusnya, peristiwa Kampung Medan pada tahun 2001 merujuk kepada beberapa
peristiwa pergaduhan antara India-Melayu dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari.
Peristiwa ini berlaku apabila orang Melayu mengadakan majlis perkahwinan dan kawasan
perumahan itu secara kebetulannya terdapat orang India yang sedang mengadakan majlis
pengebumian untuk salah seorang ahli keluarganya. Pergaduhan bermula apabila terdapat salah
seorang dari kaum India yang bukan terlibat dengan majlis pengebumian datang ke arah majlis
tersebut dalam keadaan mabuk sehinggkan mengajak kaumnya sendiri untuk bermula
pergaduhan. Kemudian, terdapat situasi yang tidak dijangka berlaku sehingga berlakunya
pertumpahan darah. Secara keseluruhannya, peristiwa ini berlaku atas dasar kesalahfahaman
antara kaum.10

10
Prof. Madya Dr. Mohd Roslan. Mohd Nor. Ekstremisme Rentas Agama dan Tamadun. m/s 157-159.

5
2.4 JENIS KEGANASAN EKSTREMISME
Terdapat beberapa jenis atau bentuk keganasan yang dibincangkan bagi memperincikan lagi
konteks keganasan. Pertama, situasi perang sering dilihat sebagai suatu situasi yang ditaja oleh
negara kerana pengisytiharaan perang dilakukan oleh negara ke atas negara yang dianggap
pesaing atau musuh. Ketika peperangan, semua jenis bentuk keganasan berlaku termasuk
pembunuhan secara kolektif tanpa mengira tentera dan orang awam. Konteks peperangan tidak
boleh diasingkan sebagai suatu konteks yang berbeza kerana impak tindakan ganas melalui
peperangan ada kalanya disokong oleh beberapa buah negara bersekutu seolah-olah memberi
kebenaran yang mana keganasan adalah tindakan terakhir yang boleh dilakukan sebagai tujuan
mengekang kerosakan yang lebih besar.

Kedua, tindakan ganas oleh pengganas yang wujud secara kolektif sama ada dalam
bentuk sebuah pertubuhan yang merancang tindakan ganas sebagai modus operandi
membantah tindakan pemimpin, agenda negara atau apa sahaja sebab yang membolehkan
tindakan ganas itu berlaku. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa mereka tidak dilayan
dengan baik dan menekan kebebasan hidup mereka sebagai manusia. Dalam konteks lain,
pertubuhan ini juga mungkin terancam disebabkan terdapat kegiatan underground economy
yang mengancam mereka seperti yakuza, triads, kongsi gelap, mafia dan lain-lain. Kumpulan
pengganas ini juga boleh dilabel sebagai fundamentalis yang melancarkan gerakan ganas
sebagai respon terhadap penolakan umum tentang pegangan agama atau ideologi yang
didokong oleh organisasi tersebut.

Ketiga, keganasan struktural melibatkan institusi sosial yang menghalang sesebuah


komuniti mendapatkan keperluan asa. Contoh bentuk keganasan jenis ini ialah pengalaman
kaum kulit hitam yang ditindas oleh kaum kulit putih. Kaum kulit hitam di Afrika ini juga
berhadapan dengan sistem apartheid yang mana sistem ini telah menafikan hak asasi mereka
sebagai manusia dan mendiskriminasi mereka melalui sistem institusi. Pembebasan Nelson
Mandela merupakan simbol kebebasan kepada sistem aprtheid yang kejam dan ganas malah
pembebasan ini juga penafian hak dan diskriminasi telah ditamatkan setelah berkurun lamanya
ia wujud.

Keempat, keganasan interpersonal. Keganasan ini kebiasaannya berlaku dalam


keluarga atau ikatan kekeluargaan yang memberi impak kepada hubungan ibu bapa dan anak-
anak dalam jangka masa pendek dan panjang. Contoh tindakan ganas termasuklah layanan
buruk terhadap anak-anak sama ada anak kandung atau anak angkat, keganasan kepada orang

6
tua, remaja, warga tua, dan kekasih yang turut melibatkan penderaan ganas secara fizikal, lisan
dan mental.

Akhir sekali, keganasan domestik yang seringkali merujuk dominasi jantina ke atas
yang lain; sama ada lelaki ke atas wanita dalam hubungan kekeluargaan atau tanpa ikatan.
Tindakan ganas yang dihimpunkan dalam kegansan domestik ini ialah penderaan fizikal,
seksual, tindakan pengasingan, penderaan lisan atau kata-kata, menggunakan kaedah menakut-
nakutkan yang akan mengganggu emosi, menggunakan keistimewaan sebagai lelaki untuk
mendominasi dan mengawal sesuatu hubungan, dan penderaan ekonomi dengan
mengeksploitasi pendapatan bulanan isteri, kekasih, atau individu yang tinggal serumah untuk
kepuasan diri sendiri.11

2.5 PUNCA EKSTREMISME


Ekstremisme adalah gejala yang melangkaui rasional manusiawi. Ekstremisme menggalakkan
sesetengah pihak bertindak di luar kesederhanaan manusia. Melihat kepada sejarah, akibat
gejala ekstremisme ini banyak konflik serta peperangan yang telah berlaku. Antaranya Perang
Dunia kedua, Konflik Israel-Palestin serta tragedi penghapusan etnik di Bosnia, Rwanda dan
yang membabitkan Masyarakat Rohingya.

Ekstremisme menjejaskan interaksi sosiopolitik dalam masyarakat majmuk.


Kesederhanaan penting untuk memastikan keseimbangan masyarakat majmuk dapat dipenuhi.
Sebagai negara yang didiami masyarakat majmuk, Malaysia perlu menampilkan model
kesederhanaan yang tersendiri. Tambahan pula Malaysia selalu dirujuk dalam kalangan dunia
Islam yang mana masyarakat perlu bersikap optimistik ke arah mencapai hasrat ini.12

Terdapat beberapa punca-punca yang dapat dikeluarkan yang mendorong kepada


perilaku yang bertindak ganas melampau di Malaysia ini. Antaranya ialah:

a. Kemiskinan dan Institusi Pendidikan yang lemah terutama di kawasan luar bandar yang
kekurangan peluang sosio-ekonomi seperti ketiadaan hak setara dan peminggiran
berterusan adalah sumber kepada keganasan yang akhirnya mencari saluran untuk
meluahkan rasa kesengsaraan dan ketidakadilan dengan membalas dendam.

11
Kartini Aboo Talib @ Khalid. Muhammad Helmy Abd Gapar. Ahmad Munawar Ismail. Ekstremisme: Maksud
dan Konteks Keganasan. m/s 150.
12
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, M. al-Bakri. Bayan Linnas Siri Ke-24: Ektremis Agama: Penyelesaiannya.

7
b. Penggunaan agama sebagai suatu konteks untuk memberi justifikasi ketidakadilan dan
merasakan agama yang dianuti telah disalah erti oleh dunia yang memberi tekanan
dengan segala bentuk kekejaman.
c. Perubahan suhu dan cuaca dunia atau climate change juga adalah punca kepada
keganasan yang mengekang pembangunan, akhirnya digunakan sebagai alasan
peminggiran pembangunan yang menggerakkan tindakan ganas berlaku.13

3.0 KAEDAH MENANGANI EKSTREMISME MELALUI


3.1 INSTITUSI AGAMA
Islam merupakan agama yang mementingkan keamanan dan kesejahteraan sesuai dengan
makna Islam iaitu aman dan selamat. Ekstremisme agama adalah salah satu tingkah laku
menyeleweng yang menimbulkan keganasan di kalangan individu. Sebagai contoh, individu
yang mengalami kesusahan, kemurungan, atau gangguan psikologi adalah terdedah dan lebih
cenderung untuk terlibat dengan ekstremis agama yang melampau.

Institusi agama merupakan tonggak kepada kekuatan agama yang bertanggungjawab


untuk memelihara agama, hal ini dikukuhkan lagi dengan rakyat Malaysia yang berbilang
agama dan kaum. Setiap negeri ditubuhkan institusi-institusi Jabatan Agama Islam bagi tujuan
menjawab segala persoalan dan isu-isu kontemporari pada masa kini. Lantaran itu, dalam usaha
kerajaan untuk membendung fahaman-fahaman, aktiviti yang berbentuk ekstrem dan
menyeleweng ini pihak berkuasa telah mewujudkan beberapa jabatan agama yang berfungsi
untuk menyelia dan melindungi kepentingan masyarakat Islam seperti Majlis Agama Islam
(MAIS) yang mana fungsi sebenar MAIS pada awalnya adalah berperanan sebagai penasihat
utama DYMM Sultan dalam segala urusan yang melibatkan hal ehwal urusan agama Islam
sebagaima yang diperuntukkan dalam Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Undang-undang
Islam 1952.

Namun begitu, pada tahun 2003 fungsi MAIS tersebut telah dimansuhkan dan
digantikan dengan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
yakni, “Majlis hendaklah membantu dan menasihati DYMM berkenaan dengan semua perkara
yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Selangor, kecuali perkara-perkara
Hukum Syarak dan berhubungan dengan pentadbiran keadilan dan dalam semua perkara

13
Kartini Aboo Talib @ Khalid. Muhammad Helmy Abd Gapar. Ahmad Munawar Ismail. Ekstremisme: Maksud
dan Konteks Keganasan. m/s 150.

8
sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Selangor selepas Duli
Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.”

Fungsi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula adalah sebagai badan pelaksana
kepada dasar yang telah disusun atur oleh MAIS dan diikuti Jabatan Mufti serta Jabatan
Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Oleh hal yang demikian, peranan institusi agama
yang akan diketengahkan dalam topik ini secara ringkas adalah institusi Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS). Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berperanan dalam membantu Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS). Di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai
bahagian Dakwah yang terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Ukhwah, Unit Penerangan dan
Penerbitan dan Unit Dakwah dan Tarbiyyah. Peranan Unit Dakwah adalah untuk merancang
dan menyusun segala bentuk aktiviti kefahaman Islam kepada masyarakat Islam dan bukan
Islam yang meliputi seemua lapisan umur, bangsa, dan jantina serta mengadakan program-
program atau seminar yang dianjurkan dengan kerjasama badan-badan non-Government
(NGO).

Seterusnya, peranan Unit Penerangan dan Penerbitan berfungsi sebagai satu platform
dalam memberi penerangan isu-isu semasa sama ada ianya melibatkan fahaman Islam atau
doktrin yang tidak disahkan kesahihannya seperti liberalisme, pluralism, dan lain-lain dengan
menerbitkan bahan-bahan penulisan berbentuk buku-buku, risalah-risalah dan lain lain dari
bahagian lain di Jabatan Agama Islam sebagai bentuk edaran kepada orang awam dan yang
terakhir adalah di bahagian Dakwah ini telah diwujudkan Unit Dakwah dan Tarbiyyah yang
memainkan peranan dalam menguruskan permohonan mengajar secara bertauliah di peringkat
Negeri Selangor dengan mewujudkan sistem e-Tauliah.

E-Tauliah merupakan satu sistem yang ditubuhkan bagi mengenalpasti para


penceramah yang mendapat tauliah dan kebenaran dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor
untuk mengadakan kelas-kelas agama bagi mengelakkan sebarang fahaman atau doktrin yang
tidak betul tersebar di kalangan masyarakat awam. Penguatkuasaan dan pelaksanaan e-tauliah
ini dapat dilihat mampu mengurangkan risiko dan ancaman fahaman-fahaman dan ajaran yang
sesat serta ekstrem. Ini kerana setiap permohonan mereka harus menjalani ujian bertulis dan
ujian lisan yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang agama di Jabatan Agama.14

14
Nur Solehah Mohd Yazid. Peranan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Dalam Menangani Isu Ekstremisme
di Selangor. m/s 231-235.

9
3.2 INSTITUSI PENDIDIKAN
Keadaan sosioekonomi yang baik dan progresif membolehkan pendidikan digunakan sebagai
usaha mencegah keganasan. Dalam kata lain, saluran pendidikan yang wujud dalam negara
yang mempunyai sosioekonomi yang baik menyukarkan ia digunakan sebagai saluran untuk
menyebarkan ideologi keganasan. Sebaliknya, jika sosioekonomi sesebuah negara adalah
lemah maka risiko pendidikan digunakan sebagai saluran untuk menyalurkan idea penentangan
dan radikal boleh berlaku. Tambahan lagi, negara yang gagal atau a failed state lebih mudah
terdedah untuk menjadi sumber atau tapak organisasi pengganas beroperasi.

Usaha mencegah atau melawan keganasan adalah penting untuk menghalang


keganasan daripada berulang atau memastikan keganasan dibanteras. Penyediaan mekanisme
mencegah juga wujud sebagai pengajaran kepada masyarakat dan negara terhadap sesuatu
peristiwa yang berlaku. Impak peristiwa atau tragedi yang melibatkan keganasan bukan sahaja
memberi kesan kepada manusia tetapi turut mengganggu pertumbuhan ekonomi, pelaburan,
dan menambah beban kewangan terhadap negara. Beberapa bentuk mekanisme yang
membanteras keganasan dinyatakan seperti berikut:

Kajian memperkenalkan dua bentuk pendekatan yang berkait dengan personality trait sebagai
usaha mengurus tingakah laku ganas belia menerusi dua cara iaitu:

i. Pencegahan: menyediakan program pendidikan dan pendedahan awal bermula di


sekolah rendah dengan menyediakan latihan emphathy untuk meningkatkan tingkah
laku sosial yang positif dan menurunkan motivasi untuk melakukan keganasan, latihan
dan pendidikan mengutamakan kemahiran mengurus rasa ethnocentrism dan
manipulative ini, menyemak semula pendidikan sivik di semua sekolah dan
mengintegrasikan program hak asasi manusia dalam program di semua sekolah.

ii. Pemulihan: menyemak dan menilai semula program pemulihan yang dijalankan oleh
negara di pusat tahanan, penjara dan sekolah pemulihan akhlak. Modul harus seimbang
antara pendekatan agama dan kemanusiaan.15

15
Ahmad Munawar Ismail. Abdul Muhaimin Mahmood. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. Mengenal Pasti
Perwatakan Ekstremis Melalui Disiplin Fiqh Taayush. m/s 164-165.

10
3.3 INSTITUSI KESELAMATAN
Sesebuah negara bertanggungjawab untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan negara
sentiasa dilindungi dan terus dipelihara. Oleh itu, pelaksanaan yang berkaitan dengan
keselamatan negara sudah semestinya dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara ini
tanpa mengira status umur, jantina, bangsa, kaum, etnik dan agama. Keselamatan negara
Malaysia merujuk kepada situasi dimana tiada ancaman dari dalam atau luar negara.

Secara dasarnya, aspek keselamatan di negara ini meliputi dua elemen yang saling
berkait antara satu sama lain iaitu keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam yang
terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN) manakala pertahanan
negara pula di bawah tanggungjawab Kementerian Pertahanan Pertahanan (MINDEF). Kedua-
dua elemen tersebut berada di bawah Majlis Keselamatan Negara Malaysia yang berperanan
dalam mengkoordinasi dan menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan Malaysia.

Malaysia telah melaksanakan inisiatif dan pelaksanaan dasar keselamatan negara ini
secara komprehensif dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Pihak berkepentingan
anti-ekstremis ini boleh dibahagikan kepada dua kategori mengikut peranan dan
tanggungjawab mereka yakni agensi sokongan dan agensi tugas-tugas khas. Fungsi utama
agensi-agensi tersebut adalah untuk melaksanakan dasar tersebut dan menguatkuasakan lagi
inisiatif menentang puak ekstremisme ganas dengan cara mengumpul maklumat seperti risikan,
penahahan, soal siasat dan pemulihan. Kategori agensi tugas khas terdiri daripada tiga agensi
iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM).

Antara agensi tugas khas bagi membanteras anti-ekstremis di Malaysia adalah Polis
Diraja Malaysia (PDRM) merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri
yang berperanan untuk menjaga undang-undang dan ketenteraman serta memelihara keamanan
dan keselamatan Malaysia. Antara tanggungjawab PDRM dalam mengekalkan kesejahteraan
dan keamanan negara adalah dengan melalui penyiasatan terhadap sebarang perbuatan atau
perkara yang bertentangan dengan undang-undang. Perkara yang dimaksudkan dengan
bertentangan dengan undang-undang adalah penemuan bahawa jenayah telah dilakukan,
pengenalpasti orang yang disyaki telah melakukan kesalahan tersebut dan pengumpulan bukti
yang mencukupi untuk mendakwa orang yang disyaki di hadapan mahkamah.

Selanjutnya, agensi sokongan pula merujuk kepada agensi di bawah kementerian yang
sama atau daripada kementerian lain yang sentiasa membantu agensi tugas khas dalam

11
memastikan keselamatan dan keamanan negara terjaga. Agensi-agensi ini bertanggungjawab
untuk menyebarkan kesedaran sebagai langkah awal pencegahan, meningkatkan keselamatan
dan dasar penguatkuasaan untuk membantu agensi tugas-tugas khas melaksanakan dasar
keselamatan di Malaysia. Antara agensi sokongan yang membantu melaksanakan inisiatif anti
ekstremisme keganasan di Malaysia ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan sebuah badan


berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(1998). SKMM bertanggungjawab untuk mengawal selia dan menggalakkan pembangunan
industri komunikasi dan multimedia, termasuk telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan pos,
dan tandatangan digital. Kaedah yang dilakukan oleh SKMM dalam menentang ekstremis
ganas adalah sebarang tindakan akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan maklumat
berbaur provokatif seperti isu perkauman, agama dan Raja-Raja Melayu yang bertujuan
mewujudkan perpecahan masyarakat. Tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah sah kerana mereka melaksanakan tanggungjawab
mereka sewajarnya dengan tidak akan berkompromi sama sekali dengan mana-mana pihak
yang mengancam keselamatan, kestabilan dan keharmonian negara ini.16

3.4 INSTITUSI UNDANG-UNDANG


Terdapat beberapa kaedah untuk mencegah dan membanteras keganasan ekstremisme di dalam
negara melalui pelaksanaan undang-undang. Jika berlaku konflik, negara boleh menggunakan
apparatus ini untuk mensabitkan hukuman mengikut kesalahan yang telah dilakukan. Antara
undang-undang yang relevan dan boleh digunapakai terhadap aktiviti keganasan ini ialah:

i. Akta Pencegahan Keganasan 2015


ii. Langkah-Langkah Khas terhadap keganasan dalam Akta Negara Asing 2015
iii. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, [Akta 747]
iv. Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297]
v. Kanun Keseksaan [Akta 574]
vi. Akta Pencegahan Pengubalan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan
Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613]
vii. Akta Pertubuhan 1966

16
Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (2021). The Role and Initiatives of Malaysian Government Agencies in
Countering Violent Extremism and Terrorism. Journal of Public Security and Safety. m/s 8-14

12
viii. Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7]

Oleh hal yang demikian, dapat dilihat bahawa komitmen kepada pencegahan keganasan
menunjukkan usaha sama yang baik bagi negara di Malaysia ini. Saluran undang-undang yang
dinyatakan membina asas kepada sesuatu tindakan yang lebih berkesan. Malaysia telah
menunjukkan usaha merealisasikan pencegahan terhadap tindakan keganasan dan telah
meletakkan dua dasar penting iaitu Dasar Keselamatan dalam Negeri yang menyalurkan aspek
keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam dan Dasar Keselamatan Negara yang
digubal di bawah Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 [Akta 776].

Dasar-dasar ini diperkenalkan sebagai dokumen utama dalam menghadapi pelbagai


sudut ancaman keselamatan yang semakin kompleks. Pelaksanaan strategi-strategi utama dapat
menjadikan Malaysia bebas dari segala bentuk ancaman fizikal dan bukan fizikal yang
merosakkan pemikiran rakyat.17

4.0 JABATAN ATAU AGENSI YANG BERAUTORITI DALAM MENJAGA


KEAMANAN AGAMA DAN KESELAMATAN NEGARA
Sebagaimana sedia maklum, di Malaysia terdapat banyak badan berautoriti yang wujud bagi
menjaga keamanan negara dalam pelbagai bidang namun topik ini lebih dikhususkan kepada
jabatan yang membendung ekstremisme ini berleluasa di negara ini. Antaranya ialah Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Security Offences (Special Measures) Act 2012
(SOSMA).

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah
Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya
demi menjaga kesucian ajaran Islam tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau
menyimpang dari jalan yang ditetapkan serta memberi kefahaman Islam yang tepat melalui
pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan,
latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad,
Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam usaha menyebarkan kefahaman tentang Islam secara global, IKIM menyediakan
suasana yang terbuka dan bebas supaya setiap orang dapat mengeluarkan pendapat masing-
masing bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan. Secara ringkasnya, fungsi-fungsi IKIM

17
Ahmad Munawar Ismail. Abdul Muhaimin Mahmood. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. Mengenal Pasti
Perwatakan Ekstremis Melalui Disiplin Fiqh Taayush. m/s 165-167.

13
adalah seperti menjalankan penyelidikan yang melibatkan kajian menyeluruh dan bersepadu
tentang peranan Islam terutamanya umat Islam bagi menghadapi cabaran semasa yang timbul
akibat daripada keadaan dunia yang kian berubah dengan cara menghasilkan bahan penerbitan
termasuk buku, majalah dan jurnal untuk bacaan umum dan golongan sasar, menganjurkan
persidangan, seminar, forum serta perbincangan dalam pelbagai percambahan fikiran bagi
mencari penyelesaian perkara-perkara tertentu dan bekerjasama dengan pertubuhan tempatan
dan luar negara dalam menjalankan program-program bagi manfaat bersama. Contoh terbesar
yang dapat dilihat adalah menjadi sebuah institusi pemikir atau think tank, sejak penubuhannya
IKIM telah berusaha untuk memberi kefahaman sebenar tentang Islam dengan
mengenengahkan pandangan sejagat atau 'worldview' agama suci Allah ini terhadap isu-isu
semasa.18

Seterusnya, Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) iaitu Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Sebelum SOSMA ini diwujudkan,
Internal Security Act (Malaysia) (ISA) merupakan undang-undang tahanan pencegahan
pertama yang pernah dikuatkuasakan di Malaysia selepas kemerdekaan. Setelah hampir 52
tahun dikuatkuasakan, ISA telah dimansuhkan dan digantikan dengan SOSMA pada 22 Jun
2012 yang telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri Najib Razak. SOSMA merupakan rang
undang-undang yang memperuntukkan langkah-langkah khas yang berhubungan dengan
kesalahan keselamatan bagi mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
SOSMA membenarkan seseorang ditahan sehingga 28 hari bagi tujuan penyiasatan. Tempoh
tersebut adalah bagi melengkapkan penyiasatan dan memulakan pendakwaan sekiranya
terdapat bukti serta keterangan yang kukuh dan mencukupi.

SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu
mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini berhadapan dengan ancaman-
ancaman baru yang merentas sempadan. Antara perkara yang boleh menyebabkan SOSMA
dilaksanakan ialah menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau
menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu, membangkitkan
perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong, memudaratkan ketenteraman awam di
dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang
sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang dan Parlimen berpendapat bahawa

18
Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

14
adalah perlu tindakan itu dihentikan. Sebagai asas analoginya, pada tahun 2020, seramai 29
orang dipercayai terbabit dalam aktiviti gengsterisme dan jenayah terancang di Selangor
ditahan dalam operasi besar-besaran, berikutan kes yang berlaku pada 25 September. Sekurang-
kurangnya tiga pelajar cedera selepas dirempuh kereta dinaiki dua lelaki yang cedera akibat
terkena tembakan dalam kejadian di hadapan sekolah itu pada tengah hari.19

5.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, tidak dapat dinafikan bahawa golongan ekstremisme telahpun wujud
di negara Malaysia dan perkara ini bukan perkara yang asing. Tambahan pula dengan
kemudahan yang ada seperti memperolehi maklumat yang diperlukan hanya melalui media
massa yang kian pesat berkembang. Walaupun pada pandangan mata kasar, ia seperti tidak
menjejaskan Malaysia secara keseluruhannya. Namun, perkara ini sama sekali tidak boleh
dipandang enteng kerana ia merupakan perkara yang sangat memerlukan kepada kawalan dan
pencegahan.

Kita perlu mencantas tunas-tunas ini sebelum ianya tidak dapat dikawal yang akhirnya
menimbulkan kekacauan dan huru hara di negara Malaysia bak kata pepatah sebelum nasi
menjadi bubur. Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif bagi melindungi keamanan
agama Islam dan keselamatan negara daripada dirampas oleh golongan ektremisme ini.
Langkah-langkah yang diambil telah dilakukan secara teliti dan berperingkat supaya Malaysia
mempunyai benteng yang utuh dalam menghadapi anasir-anasir dan pemikiran yang jahat.

Akhir sekali, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berhati-hati dalam berpegang
kepada suatu perkara agar tidak bercanggah dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah atau
terpedaya dengan alur-alur pemikiran yang berunsur ganas dan berbahaya. Kita perlu
menggunakan akal yang telah diberikan oleh Allah S.W.T dan bertindak secara rasional dan
melaporkan doktrin yang dibawa oleh golongan ekstremisme kepada pihak yang
bertanggungjawab.

19
Govindaraju, P., Rahman, M. R. A., & Ismail, S. M., Ekstremisme Ganas dan Semakan Kehakiman dalam Kes-
Kes Berkaitan dengannya dari Perspektif Undang-Undang Tahanan Pencegahan Malaysia. m/s 313-314.

15
6.0 RUJUKAN

Ahmad Munawar , I., Abdul Muhaimin , M., & Mohd Izhar Ariff, M. K. (2021). Mengenal
Pasti Perwatakan Ekstremis Melalui Disiplin Fiqh Taayush. Jurnal Islamiyyat , 43, 121–
133. http://journalarticle.ukm.my/17505/1/48499-157323-1-PB.pdf

Ahmad Munawar, I., & Siti Madihah , K. (2020). Reaksi Masyarakat Islam di Malaysia
Terhadap Ekstremisme. Jurnal Islamiyyat, 42, 104–111.
http://journalarticle.ukm.my/15862/1/40752-130129-1-SM.pdf

Azzahari , M., Aminudin, B., Nasruddin, Y., & Akila , M. (2022). Konsep Ekstremisme Agama
dari Perspektif Pemikiran Islam: Satu Sorotan. International Journal of Islamic and
Humanities Research, 2(3), 45.
https://www.nunjournal.com/index.php/qalam/article/view/73/70

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, M. al-Bakri. (2015, May 26). Bayan Linnas Siri Ke-24:
Ektremis Agama: Penyelesaiannya. https://muftiwp.gov.my/.
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3492-bayan-linnas-siri-24-ektremis-
agama-penyelesaiannya

Institut Kefahaman Islam Malaysia. (2023). Fungsi, Visi, Misi & Nilai-Nilai Bersama. Laman
Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
https://www.ikim.gov.my/index.php/fungsi-visi-misi-nilai-nilai-bersama/

Kartini Aboo Talib @ Khalid, K., Abd. Gapar , M. H., & Ismail, A. M. (2019). Ekstremisme:
Maksud dan Konteks Keganasan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics &
Strategic Studies, 46, 150–177. http://journalarticle.ukm.my/14257/1/36289-114460-1-
SM.pdf

Muhammad Rashidi, W., Mohd Hasrul, S., & Mohd Fauzi, H. (2022a). Mendepani
Ekstremisme Melalui Pendekatan Ahli Sunnah Wal Jamaah Berteraskan Wasatiyyah.
Journal of Public Security and Safety, 14(2), 157–161.
https://www.moha.gov.my/images/maklumat_bahagian/ipsom/jurnal/volume_14/JOPS
AS_VOLUME_14_-_NUMBER_6.pdf

16
Nur Solehah , M. Y., Mohd Hasrul , S., & Najihah , A. W. (2020). Peranan Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS) dalam Menangani Isu Ekstremisme di Selangor. Jurnal Islam Dan
Masyarakat Kontemporari, 21, 231–235.
https://www.researchgate.net/publication/346547756_Roles_of_Selangor_Islamic_Reli
gious_Department_to_Handle_Extremist_Issues_in_Selangor_Peranan_Jabatan_Agam
a_Islam_Selangor_JAIS_dalam_Menangani_Isu_Ekstremisme_di_Selangor

Prof. Madya Dr. Mohd Roslan, M. N. (2019). Ekstremisme Rentas Agama dan Tamadun. Isu
dan Pengaruh Orientalisme di Malaysia: Satu Analisis.
https://eprints.um.edu.my/14199/1/2015-Roslan-EkstremismeAgama.pdf

Pushpamalar, G., Mohamad Rizal, A. R., & Shahrul Mizan , I. (2023). Ekstremisme Ganas dan
Semakan Kehakiman dalam Kes-Kes Berkaitan dengannya dari Perspektif Undang-
Undang Tahanan Pencegahan Malaysia. UUM Journal of Legal Studies, 14, 312–315.
https://e-journal.uum.edu.my/index.php/uumjls/article/view/14851/3846.

Wan Ahmad Dahlan , A. A. (2021). The Role and Initiatives of Malaysian Government
Agencies in Countering Violent Extremism and Terrorism. Journal of Public Security
and Safety, 1.
https://www.moha.gov.my/images/maklumat_bahagian/ipsom/jurnal/volume11/edisi_k
has_num_1.pdf.

17

Anda mungkin juga menyukai