Anda di halaman 1dari 3

HNS 3192

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

FORUM NORMA BAHARU: KESAN BELAJAR DARI RUMAH


KEPADA MAHASISWA

Pensyarah : Cik Siti Aisyah binti Mohamad Zin


DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK

Jeffery Galau Ong D20192091151


Berdasarkan apa pengetahuan saya, pandemik COVID-19 telah banyak mengubah
lanskap kehidupan manusia pada hari ini. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,
setiap individu yang tidak mempunyai peranan khusus dalam perkhidmatan utama perlu
berada di rumah masing-masing, kurangkan pergerakan dan kurangkan bersentuhan (kontak).
Dalam aspek pendidikan, sekolah dan institut pendidikan tinggi (IPT) turut mengubah kaedah
pelaksanaan pendidikan kepada atas talian sepenuhnya. Ini secara tidak langsung telah
merubah norma baru dan memberi kesan dalam pendidikan yang diterima oleh pelajar.

Antara kesan yang baik atau kebaikan yang diperolehi ketika belajar dari rumah ialah
dapat mengasah bakat yang ada pada diri pelajar. Seperti yang dialami saya sendiri sebagai
pelajar kos muzik, saya dapati ketika belajar di rumah saya dapat membahagikan masa untuk
pelajaran universiti dan juga hobi saya. Saya dapat mengasah dan memberi tumpuan kepada
bakat saya dalam bidang seni muzik selain saya dapat belajar melalui kelas online yang
disediakan oleh pensyarah. Selain itu, sebagai pelajar yang belum bekerjaya saya dapat
meringankan beban ibu bapa kerana tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar seperti
ketika saya berada di IPT sekaligus saya dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga
tersayang.

Kesan yang buruk ketika belajar dari rumah kepada mahasiswa pula ialah masalah
kelajuan talian internet kerana saya terpaksa melakukan tugasan dari rumah oleh kerana
Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Saya juga mengalami masalah pengurusan masa dan
tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain kerana sukar untuk menghubungi
rakan-rakan untuk berbincang .

Cabaran yang saya hadapi ketika belajar dari rumah ialah ketika melakukan tugasan
berkumpulan. Ini kerana saya menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan rakan
sekumpulan untuk membahagikan tugas ataupun ketika mengumpulkan tugasan untuk
dihantar kerana ekoran masalah talian internet yang tidak baik. Langkah untuk menghadapi
cabaran ini adalah pihak universiti harus mengadakan tinjauan bagi memastikan semua
pelajar dapat mengakses jaringan internet dengan mudah dan pantas. Ini bertujuan untuk
memudahkan sesi pembelajaran agar menjadi lebih jelas terutamanya bagi tugasan
berkumpulan.

Akhir sekali, saya bercadang dan berharap agar semua pihak dan rakyat Malaysia
patuh kepada arahan kerajaan untuk mengikuti langkah keselamatan dan terus berada di
rumah agar kerajaan dapat mencapai objektif membebaskan negara kita dari Covid-19.

Anda mungkin juga menyukai