Anda di halaman 1dari 4

Pembangkang

1. memberi kesan negatif terhadap mental dan fizikal pelajar.

Berdasarkan akhbar Sinar Harian bertarikh 2 disember2020,didapati bahawa pendidikan atau


pembelajaran melalui skrin komputer yang terlalu lama akan memberi kesan terhadap kesihatan
mental, fizikal, emosi dan juga sosial pelajar.Seterusnya,menurut Pakar Psikologi Klinikal International
University of Malaya-Wales, Dr Mimi Fitriana Zain, apabila seseorang itu khususnya pelajar tidak dapat
menyeimbangkan penggunaan komputer, maka ia tidak akan dapat membantu mereka melihat
fenomena pembelajaran itu sebagai sesuatu yang positif. Menurutnya, apabila berbicara tentang impak
kepada psikologi pelajar itu sendiri pula, akan wujud masalah-masalah kognitif terutama dari segi
pengambilan keputusan.Hal inilah yang menyebabkn ramai pelajar tidak dapat membuat keputusan
secara rasional apabila menghadapi sesuatu masalah lalu membuat keputusan diluar jangkaan seperti
membunuh diri.Dipetik daripada petikan akhbar Berita Harian bertarikh 10 September 2021,sebanyak
638 kes bunuh diri dilaporkan berlaku di negara ini di antara Januari hingga Julai tahun ini, iaitu
peningkatan 143 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri
Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berdasarkan laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah
itu meningkat 1.4 kali ganda, berbanding 262 kes sahaja tahun lalu. Tambahan pula, jika seseorang
terlampau banyak berdepan dengan skrin komputer, maka ia boleh merosakkan keadaan mata secara
fizikal.Selain itu,Amy Morin,seorang ahli psikoterapi mengatakan di dalam jurnal beliau mengenai
‘screen exposure’ yang mana apabila kita didedahkan dengan skrin selama empat atau lima jam, ia
secara tidak langsung akan menyebabkan kita sukar untuk tidur dan kemudian mengalami gangguan
emosi.

2. suasana atau ruang pembelajaran tidak kondusif

Persekitaran dan gangguan pembelajaran di rumah juga dapat memberi tekanan sekali gus memberi
kesan terhadap kesihatan mental pelajar. Pelajar juga harus menyesuaikan diri dengan persekitaran
pembelajaran yang baru. Kemudahan yang ada di rumah tidak sama seperti kemudahan di sekolah dan
kampus. Ada sesetengah pelajar tidak mempunyai tempat belajar yang sesuai yang menyebabkan
mereka terpaksa belajar di atas katil, diatas lantai di samping memberi kesan yang buruk terhadap
kesihatan fizikal pelajar berbanding di sekolah atau kampus yang mempunyai kemudahan bilik belajar
dan kerusi dan meja belajar. Dalam pada itu, persekitaran yang bising di rumah pelajar yang mempunyai
adik beradik kecil juga akan mengganggu. Hal ini akan menyukarkan pelajar untuk lebih fokus semasa
kelas pembelajarannya sedang berlangsung.Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia secara tidak
langsungnya boleh menyebabkan pelajar ketinggalan apa yang dipelajari. Selain itu, dikatakan ada juga
segelintir ibu bapa seolah-olah tidak memahami dan memberi tugasan rumah ketika anak perlu
menyertai kelas atas talian. Jika dibiar berlarutan, anak-anak ini pasti akan berasa tertekan dan tidak lagi
berminat untuk belajar.
3.Ketiadaan peranti ketika pembelajaran atas talian.

Pandemik Covid-19 ini memberi kesan yang amat dahsyat kepada semua orang terutamanya golongan
yang kurang berkemampuan. Sejak kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah dan pembelajaran
dilakukan secara atas talian, ramai ibu bapa mulai resah kerana tidak semua ibu bapa berkemampuan
membeli peranti untuk anak-anak yang bersekolah.Menurut kajian KPM yang telah dijalankan pada 18
April 2020, data menunjukkan bahawa 36.9 peratus murid-murid tidak mempunyai peranti langsung,
sekali gus menyukarkan mereka untuk mengikuti kelas dalam talian. Jumlah ini bersamaan dengan 1.85
juta murid-murid di seluruh negara. Manakala 90 peratus pula murid-murid tidak mempunyai peranti
peribadi, untuk mereka gunakan sendiri.Mereka perlu menggunakan peranti milik ibu bapa ataupun
berkongsi dengan adik-beradik yang lain secara bergilir. Apa yang lebih merumitkan keadaan lagi ialah
isu capaian (akses) internet yang rendah dan kelajuan (speed) internet yang lemah juga menyebabkan
sebahagian besar anak-anak khususnya di luar bandar dan pedalaman tidak dapat menjalankan PdPR
secara dalam talian.Bahkan ada pelajar yang perlu memanjat pokok dan berkhemah di dalam hutan
untuk mendapatkan akses internet. Ini menjadi antara cabaran pembelajaran atas talian yang terbesar
dalam bidang pendidikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ia menyebabkan ada
pelajar yang ketinggalan dalam pembelajaran.

4.Kurang fokus dan lalai kerana penggunaan gajet.

Tidak dinafikan ketika pembelajaran bersemuka, ada sesetengah pelajar yang tidak memberi tumpuan
ketika guru mengajar, inikan pula ketika sesi pembelajaran dalam talian. Baru-baru ini tular di media
sosial satu kisah mengenai seorang guru yang menantikan penyertaan pelajar ketika sesi pembelajaran
dalam talian, namun tiada seorang pun yang menyertai kelas tersebut. Kecewa melihat sikap pelajar
yang tidak berdisiplin dalam menuntut ilmu. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan pelajar yang
sertai kelas dalam talian seperti Google Meet atau Zoom sekadar untuk memenuhi jumlah
kehadiran.Hakikatnya, di sebalik kamera yang sengaja dimatikan, mereka melakukan kerja-kerja yang
tidak berkaitan seperti melayari Facebook atau menonton Youtube.Ada juga sesetengah pelajar sengaja
buat aksi yang melucukan ketika kelas dalam talian untuk menarik perhatian yang lain sehingga rakan
sekelas tidak lagi fokus pada guru yang sedang mengajar. Hal ini akan mengganggu proses pembelajaran
yang dijalankan dan menyebabkan pelajar kurang memahami apa yang diajar oleh guru.

Kerajaan

1.Membuka peluang menggandakan ilmu.

Pembelajaran dalam talian memudahkan pelajar kerana mereka tidak terikat dengan jadual
pembelajaran yang ketat.Hal ini membolehkan pelajar memilih waktu untuk mengulangkaji pelajaran
mengikut kesesuaian sendiri.Selain itu,kebanyakan warga pendidik di Malaysia juga sudah mahir dalam
bidang teknologi.Hal ini dikatakan demikian kerana, pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan
pelbagai kemudahan dan mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai kemahiran
baharu sesuai dengan arus globalisasi.Sehubungan itu,ramai guru cemerlang telah memuat naik video
pembelajaran di saluran Youtube untuk membantu para pelajar di Malaysia terutamanya pelajar yang
bakal menghadapi SPM.Bukan itu sahaja,modul dan nota pelajaran turut disediakan oleh guru-guru
cemerlang dan boleh diperoleh dengan mudah melalui internet atau aplikasi SPM.Oleh itu,pelajar dapat
menambah ilmu pengetahuan kerana semuanya berada di hujung jari.

2.Membantu pelajar menguasai teknologi terkini.

Sepanjang proses pdpr,para pelajar perlu menggunakan telefon pintar,komputer dan sebagainya.Hal ini
membuka peluang kepada pelajar untuk mengeksplorasi pelbagai jenis aplikasi baru seperti Google
Meet,Zoom dan Telegram.Pelajar juga dapat menghasilkan slaid-slaid yang kreatif dan menarik dengan
penggunakan aplikasi Canva dan sebagainya.Selain itu,menurut Gunalan A/L Raja Girudran (2011),beliau
menyatakan bahawa pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan
pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan
datang.Nampaknya perkara ini sememangnya benar kerana seperti yang kita lihat pada hari ini,kita
perlu menguasai kemahiran asas teknologi untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus. Sektor teknologi
juga semakin berkembang dari hari ke hari. Kemahiran teknikal yang pernah dianggap unggul dan malar
hijau kini sudah usang. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia sentiasa mencari cara baru dalam
teknologi untuk mencapai kemudahan hidup sehingga membuka banyak peluang pekerjaan. Menurut
banyak laporan, pekerjaan berteknologi sedang meningkat dan menjelang tahun 2024 pertumbuhan
pekerjaan berteknologi dijangka mencecah 12%.

3.pelajar menjadi lebih bertanggungjawab

pelaksanaan PdPR juga mampu melahirkan pelajar yg lebih bertanggungjawab dan berdikari tanpa
bergantung harap kepada guru semata-semata. PdPR ini merupakan persediaan bagi pelajar sebelum
masuk ke alam universiti yang memerlukan kemahiran pembelajaran kendiri.Keberkesanan PdPR
sebenarnya bergantung kepada murid itu sendiri kerana mereka memerlukan disiplin yang tinggi bagi
menjayakannya.Walaubagaimana pun,guru harus bersikap tegas dan ibu bapa juga perlulah memainkan
peranan dengan memantau pembelajaran anak-anak.

Tambahan:

1. Bagi menyelesaikan masalah capaian internet di kawasan pedalaman atau bagi keluarga kurang
berkemampuan untuk memiliki komputer riba dan telefon pintar, TV Pendidikan telah
dilaksanakan dengan kerjasama penyiaran swasta agar rakaman setiap mata pelajaran boleh
diulang siar 24 jam.Selain itu, YTL Foundation dengan kerjasama YES & FrogAsia telah
melancarkan Bantuan Telefon Pintar Percuma berserta kad SIM YES 4G yang dilengkapi dengan
120GB data (10GB/ sebulan) khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang
tergolongan dalam golongan B40.

- pada bulan jun lalu tular di media sosial mengenai sebuah telefon percuma daripada Program
Jaringan Prihatin meletup sewaktu sesi PdPR berlansung.
2. Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan peperiksaan SPM 2020
juga menunjukkan peningkatan calon bandar dan luar Bandar.Pencapaian calon di bandar dan
luar bandar mencatatkan peningkatan. Namun, peningkatan pencapaian calon luar bandar
adalah lebih tinggi berbanding pencapaian calon di bandar. Tahun 2019 pencapaian pelajar luar
bandar adalah 5.14 dan 5.06 pada SPM 2020.Bagi pencapaian calon bandar pula, SPM 2020
pelajar

3. Keputusan SPM 2020 mencatatkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun dengan Gred
Purata Nasional (GPN) 4.80, berbanding 4.86 pada 2019, 4.89 pada 2018, 4.90 pada 2017 dan
5.05 pada 2016. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Lima
mata pelajaran teras iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
menunjukkan peningkatan pada tahun 2020 berbanding hanya tiga mata pelajaran pada tahun
2019. Namun begitu, dua mata pelajaran teras melibatkan bahasa iaitu Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris menunjukkan penurunan pada tahun 2020. Peratusan pensijilan SPM 2020
juga lebih tinggi iaitu 88.68 peratus berbanding 86.72 peratus pada SPM 2019.

Anda mungkin juga menyukai