Anda di halaman 1dari 12

Channel PA 900 STPM @CNM

TOPIK RUKUN NEGARA : CONTOH SOALAN STRUKTUR


bil Soalan dan Cadangan Jawapan

1 Jelaskan CABARAN bagi merealisasikan Prinsip Rukun Negara

1. Memastikan keharmonian negara berkekalan. Rakyat yang tidak mematuhi


prinsip RN dianggap tidak menghormati rakyat Malaysia yang lain.
2. Memastikan perpaduan negara terus utuh. Rakyat yang tidak menjaga
sensitiviti orang lain boleh mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat lain.
3. Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi. Rakyat tidak perlu mempersoalkan
kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin setiap kaum.
4. Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama.
Rakyat mudah terpengaruh kepada ajaran sesat, liberalisasi yang melampau dan
ekstrimis negara.
5. Mendaulatkan institusi raja-raja. Rakyat yang mematuhi prinsip RN akan
mempertahankan institusi kesultanan dan beraja.
6. Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Rakyat yang mematuhi
prinsip RN akan mewujudkan rasa saling menghormati dan memahami.
7. Mempertahankan kemuliaan/kesucian perlembagaan. Rakyat yang mematuhi
prinsip RN akan menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
perlembagaan.

2 Berikan tiga hasrat negara yang ingin dicapai melalui Rukun Negara.
1. Mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama-sama secara adil
2. Memelihara cara hidup demokratik
3. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
4. Membentuk satu sikap yang liberala terhadap kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak
5. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi moden

3 Berikan tiga alasan amalan prinsip Rukun Negara yang pertama dalam mencegah
berleluasanya masalah sosial dalam Negara.

1. Menjadi benteng penghalang daripada melakukan perkara buruk @ dapat


membezakan perkara baik dan buruk.
2. Mewujudkan rasa bersyukur dengan situasi yang dihadapi
3. Mewujudkan kebergantungan kepada Tuhan ketika berdepan situasi genting
4. Mewujudkan rasa hormat kepada orang lain @ menyayangi orang lain
5. Menyatukan masyarakat dalam mengamalkan nilai yang baik
Channel PA 900 STPM @CNM

4 Jelaskan dua cara bagaimana anda dapat memanifestasikan prinsip kedua Rukun
Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam kehidupan anda.

1. Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi


-melalui sukan -melalui pekerjaan-melalui penglibatan dalam ekonomi

2. Mengelakkan penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan imej negara


-khabar angin/memburukkan negara

3. Menghormati institusi raja-raja-raja berperlembagaan- simbol perpaduan

4. Menghormati lambing-lambang negara -bendera -jata negara -lagu


kebangsaan

5 Nyatakan tiga alasan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan


undang-undang.

1. Mengawal ketenteraman atau keamanan masyarakat


2. Mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum, gender atau kedudukan (status
sosial)
3. Menjamin institusi kehakiman yang bebas atau berwibawa
4. Mengelakkan sesuatu keputusan dipengaruhi oleh mana-mana pihak
berkepentingan

6 Huraikan dua objektif penggubalan Rukun Negara.

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat


- Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bagsa
dan negara tanpa mengira keturunan dan kepercayaan

2. Memelihara satu cara hidup demokratik - Perlembagaan negara menjamin


kebebasan asasi dan hak-hak ini tidak boleh disalahgunakan untuk mencetus isu
perkauman dan memusnahkan demokrasi.

3. Mencipta satu masyarakat yang adil - Semua rakyat mempunyai hak memiliki
kekayaan secara adil dan saksama

4. Menjamin cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan setiap


kaum - Setiap kaum bebas mengamalkan agam, adat resam dan kebudayaan
masing-masing

5. Membina sebuah masyarakat progresif yang menggunakan sains dan


teknologi moden - Rakyat yang bergerak maju seiring dengan kemajuan sains
dan teknologi menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Channel PA 900 STPM @CNM

7 Nyatakan dua kepentingan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang terkandung


dalam Rukun Negara.

1. Menjadi asas personaliti dan tingkah laku yang mulia/berhemah


2. Membentuk warganegara yang bersopan-santun dan bertatasusila
3. Menjadi panduan supaya perilaku anggota masyarakat sentiasa terpelihara
4. Menjamin perhubungan yang harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum

8 Kemukakan dua prinsip Rukun Negara dan jelaskan bagaimana rakyat Malaysia
dapat merealisasikan prinsip tersebut.

1. Kepercayaan kepada Tuhan - Rakyat Malaysia akan berpegang teguh kepada


kepercayaan masing-masing.

2. Kesetiaan kepada raja dan negara- Rakyat Malaysia akan sentiasa setia dan
perlu mentaati Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara.

3. Keluhuran perlembagaan- Rakyat Malaysia akan sentiasa menghormati


perlembagaan persekutuan yang menjadi sumber perundangan tertinggi dan
rujukan penting semua pihak di Malaysia.

4. Kedaulatan undang-undang- rakyat Malaysia akan mematuhi undang- undang


agar keselamatan mereka lebih terjamin.

5. Kesopanan dan kesusilaan- rakyat Malaysia akan mengamalkan nilai- nilai


murni dalam perhubungan antara satu sama lain.

9 Prinsip keempat Rukun Negara : Kedaulatan Undang-undang


Huraikan dua kesan kepada negara jika prinsip di atas tidak diamalkan.

1. Kedaulatan negara tergugat- Orang luar mudah menceroboh masuk tanpa


kawalan
2. Ekonomi negara terjejas - Penyeludupan barang dan penipuan perdagangan
berleluasa
3. Keselamatan rakyat terancam - Jenayah berlaku secara berleluasa
menyebabkan rakyat berasa tidak selamat
4. Imej negara tercemar - Nama baik negara tercemar kerana pemimpin dan
rakyat tidak mematuhi undang-undang negara
5. Keamanan negara terancam- Berlaku tunjuk perasaan, rusuhan dan
perhimpunan haram
Channel PA 900 STPM @CNM

10 Nyatakan tiga kesan sekiranya rakyat Malaysia berpegang teguh kepada agama
dan kepercayaan masing-masing.

1. Wujudnya perpaduan
2. Masalah sosial berkurang
3. Jenayah berkurang
4. Ekonomi akan berkembang
5. Wujudnya masyarakat bermoral/beretika
6. Wujudnya negara yang aman/harmoni
7. Jati diri/ keperibadian meningkat

11 Berdasarkan Rukun Negara, nyatakan empat cita-cita Malaysia.

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh


masyarakatnya/rakyat
2. Memelihara satu cara hidup demokratik
3. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama-sama
4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan pelbagai corak
5. Membina suatu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden

12 Berikan empat objektif Rukun Negara

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat


2. Memelihara satu cara hidup demokratik
3. Mencipta sebuah masyarakat yang adil
4. Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang
pelbagai corak
5. Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi
moden

13 Huraikan dua kesan penghayatan Rukun Negara dan rakyat Malaysia

1. Mengeratkan perpaduan : memahami dan menghormati antara kaum di


Malaysia
2. Mengekalkan cara hidup demokratik: dapat hidup dengan aman dan memilih
pemimpin yang disukai/mengekalkan kestabilan politik
3. Mewujudkan masyarakat yang adil: adil dalam melaksanakan apa jua tugasan
4. Mengekalkan tradisi budaya: bertolak ansur terhadap tradisi dan budaya
kaum-kaum lain
5. Menghormati undang-undang: undang-undang negara dipatuhi
6. Mengamalkan ajaran agama atau nilai murni
Channel PA 900 STPM @CNM

14 Nyatakan empat keadaan yang memperlihatkan warganegara Malaysia mematuhi


prinsip keluhuran Perlembagaan

1. Mempertahankan perlembagaan negara/persekutuan/Malaysia


2. Menjadikan perlembagaan sumber rujukan
3. Tidak mempersoalkan peruntukan Perlembagaan Malaysia/Persekutuan
4. Menghormati hak/keistimewaan setiap warganegara Malaysia
5. Menjaga nama baik negara/menjaga imej negara
6. Mematuhi undang-undang negara
7. Menghormati/mematuhi peruntukan perlembagaan Malaysia/Persekutuan

15 Terangkan dua kepentingan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dalam
Rukun Negara.

1. Taat kepada raja - memupuk perasaan setia dan kasih sayang kepada raja
2. Semangat nasionalisme- kepentingan negara diutamakan berbanding
kepentingan individu/kelompok
3. Semangat patriotisme- sanggup berkorban untuk negara - tidak bertindak
mengkhianati negara
4. Semangat kekitaan dan kepunyaan- berbangga dengan negara dan sanggup
berusaha untuk memajukan negara
5. Semangat cintakan institusi Diraja - keluarga Diraja atau kerabat Diraja
menyantuni rakyat jelata - rakyat menyayangi institusi Diraja
6. Mengukuhkan perpaduan rakyat - rakyat berbilang kaum dapat bersatu padu -
Raja yang berdaulat sebagai simbol perpaduan

16 Nyatakan tiga matlamat yang negara ingin dicapai melalui Rukun Negara.

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat .


2. Memelihara satu cara hidup demokratik
3. Mencipta satu masyarakat yang adil
4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan kaum lain
5. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi moden

17 Rukun Negara merupakan salah satu dasar sosial yang dibentuk oleh Majlis
Perundingan Negara setelah berlakunya rusuhan kaum pada tahun 1969.
Terangkan dua kesan pembentukan Rukun Negara.

1. Dapat mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan kaum - masyarakat


Malaysia yang berbilang kaum akan bersatu padu bagi memajukan negara
2. Dapat memelihara amalan demokrasi - perlembagaan negara menjamin
bahawa pentadbiran negara dilaksanakan secara demokrasi iaitu melalui
pilihanraya setiap 5 tahun sekali
3. Dapat melahirkan sebuah masyarakat yang adil - setiap kaum dilayani sama
dlm pelbagai bidang dan tiada kaum yg terpinggir dlm arus kemajuan negara
4. Dapat menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yg pelbagai -
Channel PA 900 STPM @CNM

setiap kaum bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan yg berbeza


5. Dapat membina masyarakat yang progresif yg akan menggunakan S&T serta
mengamalkan nilai-nilai kerohanian

18 Huraikan dua kepentingan Rukun Negara sebagai doktrin menyejahterakan rakyat.

1. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu – membentuk negara bangsa


2. Membentuk masyarakat yang proaktif – penghayatan prinsip kepercayaan
kepada Tuhan membina peribadi/insan yang berpandangan jauh dan mendahului
zaman.
3. Membentuk masyarakat yang liberal – penghayatan prinsip kesopanan dan
kesusilaan
4. Membentuk masyarakat yang adil – berlandaskan Perlembagaan dan undang-
undang yang berkuatkuasa

19 Huraikan dua cara yang perlu dilakukan ke arah memupuk kesedaran untuk
menghayati pinsip Rukun Negara.

1. Melalui kempen Rukun Negara ; untuk menanamkan dan menghayati prinsip


Rukun Negara dalam diri individu.
Contoh, kempen “Bersama Menghayati Rukun Negara”
2. Melalui pendidikan ; Di sekolah dan pusat pengajian tinggi.
Contoh, Penerapan prinsip Rukun Negara melalui mata pelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral.
3. Melalui media massa ;Media elektronik dan media cetak menyiarkan iklan,
artikel atau program yang memberi kesedaran kepada penonton dan pembaca
tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.
4. Melalui peranan ibu bapa; Ibu bapa bertanggung jawab mendidik dan
memastikan anak-anak memahami dan mematuhi prinsip Rukun Negara sejak
kecil hingga dewasa

20 Nyatakan tiga cara bagaimana kita boleh menghayati prinsip Rukun Negara?

1. Mematuhi undang-undang negara(elak perlakuan jenayah)


2. Menghormati institusi perundangan dan kehakiman negara
3. Memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan
undang-undang negara
4. Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi
5. Menghormati lambang-lambang negara
6. Mengenang jasa pejuang / tokoh-tokoh negara
7. Mengelakkan penyebaran maklumat yang menjejaskan imej negara
Channel PA 900 STPM @CNM

21 Jelaskan kesan penghayatan Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan terhadap


masyarakat di negara ini.

1. Melahirkan masyarakat yang saling menghormati walaupun berbeza agama


2. Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai agama
3. Memupuk nilai kejujuran dan amanah dalam diri masyarakat
4. Membentuk masyarakat yang mempunyai jati diri yang menolak ajaran agama
yang songsang / sesat

22 Nyatakan 4 usaha untuk meningkatkan penghayatan pelajar terhadap Rukun


Negara.

1. Melafazkan / membaca prinsip-prinsip Rukun Negara ketika perhimpunan


mingguan sekolah
2. Memaparkan / menunjukkan prinsip-prinsip Rukun Negara melalui lukisan mural
pada dinding blok bangunan sekolah
3. Mendidik / mengajar pelajar tentang Rukun Negara melalui subjek Sejarah,
Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan / menerapkan /
mengintegrasikan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara
atau menerusi subjek-subjek tertentu
4. Menubuhkan / mengasaskan Kelab Rukun Negara di sekolah
5. Menganjurkan / mengadakan pertandingan poster / sajak / penulisan esei
tentang penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara
6. Mencetak prinsip-prinsip Rukun Negara dalam buku rampaian / buku latihan
/ buku teks
7. Mengadakan / menganjurkan kempen kesedaran dan penghayatan Rukun
Negara di sekolah

23 Huraikan dua kepentingan Rukun Negara sebagai doktrin menyejahterakan rakyat.

1. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu – membentuk negara bangsa


2. Membentuk masyarakat yang proaktif – penghayatan prinsip kepercayaan
kepada Tuhan membina peribadi/insan yang berpandangan jauh dan mendahului
zaman.
3. Membentuk masyarakat yang liberal – penghayatan prinsip kesopanan dan
kesusilaan
4. Membentuk masyarakat yang adil – berlandaskan Perlembagaan dan undang-
undang yang berkuatkuasa

24 Nyatakan 4 usaha untuk meningkatkan penghayatan pelajar terhadap Rukun


Negara.

1. Melafazkan / membaca prinsip-prinsip Rukun Negara ketika perhimpunan


mingguan sekolah
2. Memaparkan / menunjukkan prinsip-prinsip Rukun Negara melalui lukisan mural
pada dinding blok bangunan sekolah
3. Mendidik / mengajar pelajar tentang Rukun Negara melalui subjek Sejarah,
Channel PA 900 STPM @CNM

Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan / menerapkan /


mengintegrasikan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara
atau menerusi subjek-subjek tertentu
4. Menubuhkan / mengasaskan Kelab Rukun Negara di sekolah
5. Menganjurkan / mengadakan pertandingan poster / sajak / penulisan esei
tentang penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara
6. Mencetak prinsip-prinsip Rukun Negara dalam buku rampaian / buku latihan /
buku teks
7. Mengadakan / menganjurkan kempen kesedaran dan penghayatan Rukun
Negara di sekolah

25 Terangkan dua sebab penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat


semakin terhakis.

1. Tidak menghayati pendidikan sejarah negara


a. Rakyat melihat pendidikan sejarah tiada kepentingan untuk mereka
b. Pembelajaran sejarah hanya untuk memenuhi syarat lulus peperiksaan
c. Pendidikan sejarah gagal menanam semangat patriotik dalam kalangan
pelajar
2. Wujud sentimen politik perkauman
a. Mempertikaikan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan
b. Wujud pencabulan terhadap Rukun Negara
3. Pengaruh media sosial
a. Menyebar dan menular isu-isu yang tidak betul dan sensitif
b. Mempersoalkan perkara-perkara atau isu yang termaktub dalam
perlembagaan persekutuan
c. Penggunaan media massa tanpa kawalan dan etika menyumbang kepada
penghakisan penghayatan Rukun Negara
4. Desakan materialistik
a. Doktrin Rukun Negara tidak diaplikasikan di institusi kerajaan sehingga
berlaku rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya
b. Amalan budaya material dalam semua lapisan kepimpinan menyebabkan
tadbir urus Negara tidak berintegriti
5. Kebebasan bersuara tanpa batas
a. Bebas bersuara apa sahaja tanpa mengambil kira prinsip-prinsip dalam
Rukun Negara
b. Kebebasan tanpa kawalan sehingga menyentuh isu-isu sensitif
masyarakat
c. Sensitiviti kaum dan agama diluahkan secara terbuka

26 Berikan tiga alasan amalan prinsip Rukun Negara yang pertama dalam mencegah
berleluasanya masalah sosial dalam negara.

1. Menjadi benteng penghalang daripada melakukan perkara buruk @ dapat


membezakan perkara baik dan buruk.
2. Mewujudkan rasa bersyukur dengan situasi yang dihadapi
3. Mewujudkan kebergantungan kepada Tuhan ketika berdepan situasi genting
4. Mewujudkan rasa hormat kepada orang lain @ menyayangi orang lain
Channel PA 900 STPM @CNM

5. Menyatukan masyarakat dalam mengamalkan nilai yang baik

27 Kemukakan empat implikasi negatif sekiranya prinsip Kesopanan dan Kesusilaan


tidak diamalkan oleh rakyat Malaysia.

1. Meruntuhkan nilai moral


2. Hilang jati diri dan wawasan
3. Institusi kekeluargaan terjejas
4. Berleluasanya pergaulan bebas
5. Wujud sikap mementingkan diri
6. Luntur nilai budaya dan adat resam
7. Pelanggaran batas agama berlaku

28 Berikan empat implikasi kepada negara sekiranya rakyat Malaysia sentiasa


mengamalkan prinsip pertama Rukun Negara.

1. Meningkatkan imej negara


2. Mengekalkan kedaulatan negara
3. Mengukuhkan modal insan negara
4. Mengekalkan keamanan/ keharmonian/ ketenteraman negara
5. Meningkatkan integrasi dan perpaduan tanpa mengira perbezaan agama

29 Huraikan dua cabaran bagi mencapai objektif Rukun Negara.

1. Memastikan keharmonian negara berkekalan. Terdapat pengaruh luar yang


sering cuba menggugat keamanan negara.
2. Memastikan perpaduan negara terus utuh. Rakyat yang berbilang kaum,
mempunyai budaya dan agama yang berbeza perlu hormat menghormati antara
satu sama lain.
3. Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi . Kontrak sosial adalah kunci
keamanan Malaysia.
4. Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama.
Ajaran sesat, liberalisasi, ekstrimis agama sentiasa mencabar kedaulatan
undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

30 Nyatakan empat cara setia warganegara Malaysia dapat mengamalkan prinsip


Keluhuran Perlembagaan dalam kehidupan mereka.

1. Mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan


2. Memelihara Keluhuran / Ketertinggian Perlembagaan
3. Memahami latar belakang pembentukan Perlembagaan Malaysia
4. Merujuk kepada Perlembagaan untuk menyelesaikan pertikaian

31 Terangkan dua usaha kerajaan untuk mengukuhkan penghayatan prinsip Rukun


Channel PA 900 STPM @CNM

Negara dalam kalangan belia.

1. Menubuhkan Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah. Memperkenalkan


Rukun Negara kepada murid.
2. Menubuhkan Sekretariat Rukun Negara Di Peringkat Universiti. Memperkaya
Pengetahuan, Pemahaman, Penghayatan Dan Pengamalan Mahasiswa
Terhadap Prinsip-prinsip Rukun Negara.

32 Senaraikan tiga kesan jika masyarakat menghayati dan mengamalkan prinsip


Kepercayaan Kepada Tuhan.

1. Memupuk nilai kejujuran dan amanah dalam diri masyarakat


2. Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai agama
3. Melahirkan masyarakat yang saling menghormati walaupun berbeza agama
4. Membentuk masyarakat yang mempunyai jati diri yang menolak ajaran agama
yang songsang / sesat

33 Nyatakan kesan pengamalan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dalam


membentuk peribadi masyarakat

1. Melatih masyarakat supaya sentiasa bersyukur


2. Menjadi benteng daripada tingkah laku yang negatif
3. Memberi kekuatan untuk bersabar dalam melakukan sebarang tindakan
4. Membantu masyarakat memikirkan bahawa mereka mempunyai amanah yang
besar

34 Jelaskan dua kesan jika prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan tidak diamalkan oleh
masyarakat.

1. Keharmonian hidup rakyat terjejas. Kurang pegangan agama sebagai panduan


hidup.
2. Meruntuhkan jati diri rakyat. Rakyat mudah terpengaruh dengan unsur negatif.
3. Lunturnya sikap saling menghormati dalam masyarakat. Pengabaian golongan
tua / kanak -kanak / wanita.
4. Berleluasanya masalah sosial. Mudah terjerumus dalam masalah sosial kerana
pegangan agama yang lemah.
5. Meningkatnya kadar jenayah. kes jenayah akan bertambah.

35 Berikan tiga sebab ideologi negara perlu difahami dan dihayati oleh setiap
warganegara Malaysia.

1. Mewujudkan perpaduan antara kaum


2. Pemangkin keamanan dan keharmonian negara
3. Melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang tinggi
4. Mewujudkan masyarakat yang demokratik, saintifik dan bersifat terbuka.
Channel PA 900 STPM @CNM

5. Melahirkan masyarakat bangsa Malaysia yang taat dan setia kepada agama dan
undang-undang negara.

36 Berikan tiga rasional yang membawa kepada penggubalan Rukun Negara.

1. Cabaran globalisasi
2. Penularan budaya liberalisme
3. Wujud tindakan yang menggugat institusi beraja
4. Wujud situasi yang menggugat perpaduan negara
5. Wujud tindakan yang mempersoalkan perlembagaan

37 Huraikan dua bukti rakyat mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

1. Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi. Rakyat


dapat menunjukkan melalui sukan, pekerjaan dan penglibatan dalam sektor
ekonomi.
2. Mengelakkan penyebaran maklumat yang menjejaskan imej negara. Tidak
memburukkan negara sama ada melalui lisan, tulisan atau perbuatan.
3. Menghormati institusi beraja. Berpegang teguh kepada konsep raja
Berperlembagaan.
4. Menghormati lambang-lambang negara. Bendera, jata, dan lagu kebangsaan.

38 Terangkan Dua Kepentingan Prinsip Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara dalam
Rukun Negara.

1. Taat kepada raja/sultan. Memupuk perasaan setia dan kasih sayang kepada
raja.
2. Semangat nasionalisme. Kepentingan negara diutamakan berbanding
kepentingan individu.
3. Semangat patriotisme. Sanggup berkorban untuk negara.
4. Semangat kekitaan dan kepunyaan. Berbangga dengan negara dan sanggup
berusaha untuk memajukan negara.
5. Semangat cintakan institusi Diraja. Rakyat menyayangi institusi Diraja.
6. Mengukuhkan perpaduan rakyat. Rakyat yang berbilang kaum dapat Bersatu
padu.

39 Huraikan dua cara prinsip Kesopanan dan Kesusilaan diaplikasikan dalam


kehidupan harian.

1. Menghormati orang lain. Menjalinkan hubungan baik dengan saling


menghormati.
2. Tidak membangkitkan isu sensitif/perkauman. Menjaga hubungan antara
kaum dengan tidak membangkitkan isu sensitif.
3. Menjaga pertuturan. Tidak menuturkan kata-kata yang kesat yang boleh
menjejaskan hubungan baik.
4. Menjaga tingkah laku dan pergaulan. Mengelakkan pergaulan melampaui
Channel PA 900 STPM @CNM

batas
5. Mematuhi etika/cara berpakaian. Tidak mengenakan pakaian yang kurang
sopan
6. Menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan. Memberikan
bantuan tanpa mengira kaum, jantina, bangsa, dan agama

Anda mungkin juga menyukai