Anda di halaman 1dari 5

NAMA DAN NO.

MATRIK

ABDULLAH IRFAN BIN ABD RANI

A175295

KOD DAN NAMA KURSUS

PPPY1192 AKHLAK DAN TASAWUF

SESI PENGAJIAN

SEMESTER 1 2020/2021

TAJUK

ULASAN ARTIKEL

NAMA PENSYARAH

DR. NOZIRA BINTI SALLEH


Nilai-Nilai Pendidikan Akhlaq Dalam Al-Quran: Kajian Surah Al-Hujuraat 11- 13

Mohamed Taufik bin Mohamed Ramlan

Kolej Islam Muhammadiyah, Singapura.

PENGENALAN

Artikel ini adalah mebincangkan mengenai kepentingan akhlak mulia dalam kehidupan
manusia dan peranan pelbagai pihak dan institusi dalam mendidik generasi muda berakhlak
mulia. Di dalam artikel ini penulis juga membincangkan mengenai keadaan pada hari ini
yang mana manusia sudah tidak mengambil berat tentang kepentingan akhlak serta akibat
daripada kealpaan dan sikap mengambil enteng terhadap kelakuan akhlak. Akhlak mulia telah
di jelaskan secara terperinci di dalam Al-Quran. Namun begitu, kebanyakan masyarakat tidak
mempunyai pengetahuan dan tidak berminat untuk berusaha memahami alquran yang mana
di anggap sebagai tidak relevan dengan ajaran islam merupakan kesan keruntuhan akhlak
yang serius.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Penulis berpendapat bahawa peranan ibu bapa serta golongan pendidik dalam membentuk
akhlak mulia pada diri setiap pelajar adalah paling utama. Ibu bapa adalah peranan utama
dalam institusi ini kerana ia adalah pendekatan yang paling berkesan dan utama dalam
mendidik anak untuk berakhlak mulia. Hal ini boleh dilakukan dengan kefahaman secara
terperinci menggunakan Al-Quran untuk mendidik anak berakhlak mulia dengan memberi
sepenuh perhatian dan kasih sayang serta prihatin terhadap cara kehidupan mereka dan situasi
yang mereka alami. Selain itu, Pendidikan akhlak merupakan punca utama dalam sesebuah
keluarga untuk melahirkan keluarga yang bersifat sakinah dan mawaddah yang bermula
daripada ibu bapa sebagai contoh tauladan kepada anak-anak mereka dalam pergaulan
sesama manusia.
Penulis juga berpendapat bahawa akhlak mulia merupakan kayu ukur terhadap kesejahteraan
dalam kehidupan seseorang individu tersebut. Ia dianggap sebagai tunjang utama untuk
sesuatu kesejahteraan masyarakat. Namun begitu, akhlak mulia pada masa kini amat sukar
didapati dan penulis berpendapat bahawa ia adalah kesan pemahaman al quran yang kurang
dan pengaruh rakan sebaya serta perkembanagn teknologi yang negatif menyebabkan ianya
sukar dicapai. Oleh yang demikian, satu tindakan pencegahan perlu dilakukan agar nilai
akhlak generasi seterusnya dapat dipelihara dan ia mestilah perpandukan kepada sifat-sifat
Rasullulah.
Penulis juga menyatakan bahawa kepentingan pendidikan akhlak terhadap keadaan sekeliling
yang sejahtera bagi mewujudkan moral secara intensif. Ia berfungsi sebagai panduan bagi
manusia menentukan perbuatan yang baik dan buruk yang mana telah dijelaskan didalam al
quran. Selain itu, hadith juga boleh dijadikan panduan untuk menjelaskan ayat 11-13 surah al
hujuraat yang mana ia memeiliki keterangan mengenai pendidikan akhlak yang sangat
mendalam. Ia terdiri daripada taubat, sangka baik dan persamaan kedudukan dihadapan
Allah.
Pendidikan akhlak boleh dilakukan secara formal dan tidak formal terhadap setiap peringkat
masyarakat dengan konsep tarbiyah, ta'lim dan tadib. Tarbiyah bererti membawa sesuatu kepada
kesempurnaannya secara beransur ansur. Manakala, Ta’lim ialah proses pembelajaran secara terus
menerus sejak manusia lahir dan ta’dib pula ialah pengenalan dan tentang hakikat bahawa
pengetahuan kewujudan secara hierarki sesuai dengan pelbagai tingkatan, darjat serta kapasiti dan
potensi jasmani, intelektual serta rohani seseorang.

Di dalam surah Al-Hujurat, ia mengandungi hakikat akidah dan syariat serta kemanusiaan yang mana
ia tidak boleh di jangkau melalui akal dan hati manusia. Oleh itu, pelbagai manhaj dan kaedah-kaedah
pendidikan yang lahir dari ayat tersebut. Penulis mentafsirkan ayat untuk memahami isu-isu penting
didalamnya yang mana penulis berpendapat bahawa surah ini adalah suruhan untuk berdamai apabila
terjadi perbalahan dan juga penjelasan mengenai perkara yang berlaku akibat daripaada perbalahan
sebagai mana telah diwajibkan keatas umat islam untuk menjauhinya kerana ia bukanlah keperibadian
seorang muslim serta jika ia berlaku disebabkan perkara yang remeh, ia hanyalah dianggap sebagai
sifat tidak baik.

Islam mengajarkan untuk manusia hidup berpandukan kepada Al-Quran dengan akhlak mulia dan
menghormati setiap kehormatan individu tanpa mengolok-olokkannya seperti didalam ayat 11
menyebut mengenai etika panggilan kepada sesorang dengan panggilan yang disukainya kerana
terdapat unsur kesombongan yang tersembunyi, tipu daya dan penghinaan terhadap orang lain jika
seseorang tersebut mengolok-olokannya. Ia juga ditegaskan didalam hadith riwayat imam Tirmizi
yang menjelaskan bahawa mengejek adalah haram kerana ia boleh membawa kepada memutuskan
persaudaraan, menimbulkan perselisihan dan permusuhan.
Nilai Pendidikan akhlak didalam surah al hujuraat menunjukkan bahawa islam amat mementingkan
individu dan masyarakat islam dalam mengaplikasikan islam secara menyeluruh kerana ia adalah
amanah dan tanggungjawab setiap muslim sebagai hamba Allah. Selain itu, ayat tersebut juga boleh
dijadikan sebagai panduan untuk kehidupan yang sejahtera dengan menghormati setiap kehormatan
individu dan mencapai keharmornian. Ini boleh dilihat di dalam ayat tersebut yang mana pendidikan
akhlak sangat mementingkan kehormatan sesuatu masyarakat serta menjaga nama baik mereka. Islam
telah menjaga kehormatan setiap individu daripada perkataan yang tidak disukainya dan disebutkan,
baik orang itu ada ataupun tidak ada. Demikian, jika perkataan yang digunakan tidak disukai oleh
sesorang , ia merupakan kesalahan besar dan dosa besar. Seterusnya, jika seorang tersebut ada
padanya itu tidak disukai. Bentuknya pelbagai antara lain dengan menyebut aibnya, atau meniru
tingkah lakunya dengan maksud mengejek, wajib mengingkari kemungkaran itu dan membela
saudaranya yang diejek,

Penulis juga menyatakan bahawa pendidikan taubat haruslah dilakukan baik ketika seseorang itu
berbuat dosa besar atau kecil. Ia merupankan satu kewajipan kepada sesorang yang telah melakukan
kesilapan agar segera kembali kepada Allah. ia dapat dizahirkan daripada ucapan, sikap dan tingkah
laku orang tersebut setelah dirinya menyatakan bertaubat.

Dalam pendidikan husnuzon, Islam mengajarkan kepada manusia untuk berfikir secara positif kepada
setiap individu yang mana membantu setiap muslim untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia.
Maka, berburuk sangka merupakan akhlak yang tercela dan harus ditinggalkan kerana ia mampu
menjejaskan hubungan sesama manusia serta ia tidak mempunyai dasar mahupun bukti yang kukuh
pada setiap sangkaannya. Ia boleh dikategorikan sebagai masalah akidah dan haram hukumnya.

Pendidikan taaruf adalah sangat digalakkan untuk setiap manusia berkenal-kenalan kerana Allah
menciptakan manusia tidak boleh hidup tanpa bermasyarakat dan bantuan orang lain. Ia juga
menimbulkan rasa kasih sayang serta keharmornian sesama manusia dalam kelopok kemasyarakatan.
Selain itu, ikatan silaturrahim yang terjalin kerana taaruf sangat dipupuk kerana memiliki nilai akhlak
yang tinggi serta mendalam. Ia juga menjadi faktor kejayaan seseorang dari pelbagai segi seperti yang
disebut didalam hadith riwayat bukhari.

Persamaan darjat disisi Allah adalah ketakwaan yang mana ia menjadi kayu ukur untuk menentukan
kemuliaan atau tidak. Islam mengajarkan tentang persamaan hak yang disyariatkan kepada seluruh
manusia yang mana penghormatan terhadap manusia, menjamin kebebasan kehidupan dan hak asasi
mereka, serta kedudukan mereka di hadapan hukum ialah sama dan hanya ketakwaan yang
membezakan antara yang satu dengan lain.
KESIMPULAN

Tuntas, akhlak merupakan cermin keperibadian seseorang dan Al-Quran ialah panduan dalam
berperilaku dan menjadi acuan kehidupan dan jika diikuti secara sepenuhnya, ketenagan dan
ketenteraman dapat dicapai oleh individu tersebut.

Anda mungkin juga menyukai