Anda di halaman 1dari 24

3 TINGKAHLAKU YANG MENCIPTA PERHUBUNGAN MARAH

(PERLU ELAK)

© Maznah Ibrahim 2016 Page 1


Disclaimer:

Kupasan isi dan solusi yang ditulis di dalam Ebook ini adalah sepenuhnya asli dari saya,
Maznah Ibrahim, hasil pengalaman mengendalikan kes terapi dan kaunseling
selama 10 tahun dan mengendalikan kedua-dua anak saya.

Namun saya tidak menjanjikan sahabat pembaca akan tidak lagi marah anak ya ;) Ia
hanyalah cetusan perubahan dalam diri, dari aspek gaya berfikir dan gaya
bertingkahlaku selama ini. Usaha berterusan untuk latih diri agar sentiasa positif dalam
melayan anak-anak adalah satu usaha berterusan. Kita tidak akan berhenti belajar atau
didik diri kita agar menjadi seperti mahunya Allah swt. sehingga ke akhir hayat.

Tidak dibenarkan menyebar atau meniru penulisan dalam Ebook ini tanpa izin bertulis
dari saya.

Sahabat pembaca TIDAK dibenarkan berkongsi atau menyebar luas Ebook ini
MELAINKAN boleh beri link ini
(http://taknakmarahanak.blogspot.my/?m=1)
untuk sahabat handai mendapatkan Ebook ini dari saya, sama seperti sahabat pembaca
mendapatkannya dari saya.

Namun perkongsian berbentuk ‘review’, apa yang sahabat pembaca peroleh dari Ebook
ini amat digalakkan, dengan menulis semula menurut perspektif dan kefahaman
sahabat pembaca sendiri. Sharing is Caring and Learning!

Sebarang maklumbalas sila email kepada saya di


imaznah.ibrahim@gmail.com

Atau PM saya di FB:

Maznah Ibrahim

Jazakumullah khairan kathira.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 2


Siapa Saya?

MAZNAH IBRAHIM
Registered Counsellor
(POFILE )

Maznah has been registered with the Malaysian Counsellor’s Board and is a licensed and practising
counsellor since 2006. Besides being a member of the Malaysian Counselling Association, Maznah is
also a member of Play Therapy International, counsellor with therapeutic play skills for Play Therapy
/ Counselling Children and certified Neo-NLP Pactitioner.

After obtaining a Master of Science (Guidance & Counselling) in year 2006, Maznah worked as a
counsellor with Protect and Save (PS) the Children Association of Selangor and Kuala Lumpur for
three years. As a Counsellor, Maznah contributed to achieve its mission of creating a safer
environment for children; free from sexual abuse and exploitation. Maznah offered both individual
as well as group therapy for children, teenagers and young adults and families. A warm and
passionate counsellor, Maznah strongly believes that play therapy (expressive therapy and sand tray
therapy) aid both children and adults to express their feelings better and accelerate the healing
process.

Maznah joined the Kuala Lumpur Hospital (Ministry of Health) as one of its counsellors in the
Psychology Counselling Unit in 2009. She then moved to Perlis, Hospital Tuanku Fauziah in 2012 until
now. She aimed to raise her children in a safe and calm environment. Here she is able to provide
assistance to patients; helping them to deal with stress, anger and other issues related to their
illness. She often conducts talks and training that assist persons with mental health to work towards
healing and transformation.

She won few innovations in counselling innovation competition since 2010-2014 under Malaysian
and International Counselling Convention (Gold, Silver and Bronze). It is in play therapy
effectiveness, expressive art therapy tool, breathing technique for patients and stress module
training for hospital staff.

She also active in providing training in children sexuality, personal safety and Emotional and
Spiritual Quotient for children to enhance the knowledge and skills for today parents.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 3


PRAKATA

Dalam Ebook ini, ada 3 punca kepada mengapa kita mudah marah anak.

Ya, marahkan anak bukan kita sengajakan. Namun ada suatu caragaya tingkahlaku
asal yang biasa, menyebabkan kita mudah marahkan anak.

Memahami 3 perkara punca ini boleh membantu kita fahami diri dan seterusnya
usaha untuk elak, dengan cara fokus kepada solusi yang saya ada berikan dalam
catitan akhir.

3 punca itu adalah, i) Perlunya Kita Betul, ii) Kritikan Negatif , dan iii)
Menyampaikan Penilaian / Hukuman. Namun, sebenarnya banyak lagi punca lain.
InsyaAllah akan saya sambung menulis sehingga ke punca kedua puluh.

Saya mendapati bukan faktor budaya ‘Timur’ iaitu kita orang Malaysia, Melayu
ini kerap begitu. Tidak sama sekali. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum
seandainya kaum itu tidak berusaha mengubahnya sendiri. Saya dapati ia adalah
faktor gaya pemikiran, budaya turun temurun (mak dan tok nenek kita begitu),
dan kebanyakan orang begitu. Tiada istilah kaum tertentu macam Malaysia
sahaja. Budaya orang Barat, ada juga yang negatif, sekiranya turun temurun dan
kebanyakan orang begitu di sekitarnya.

Kita mulakan perubahan itu. Demi membina generasi baru yang positif. Kitalah
yang mulakan. Kita, bukan siapa-siapa lagi.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 4


Salam hormat dan kasih sayang serta ukhuwwah,

Maznah Ibrahim

Mummy Muhammad Al Fateh dan Khairunnisa’

Perubahan cara dan gaya ‘parenting’ yang kita nak cuba laksanakan hari ini
bukan untuk diri kita atau anak kita sahaja, namun untuk cucu, cicit, dan
seterusnya keturunan kita sampai akhirnya. Kerana anak-anak mewarisi cara
gaya kita dalam berkomunikasi, dan bertindak kepada sesuatu perkara. Usah
pandang orang lain atau belakang, kitalah yang kena mulakan!

© Maznah Ibrahim 2016 Page 5


1.
The Need to be Right
Keperluan untuk Betul

© Maznah Ibrahim 2016 Page 6


Semua manusia secara asasnya ada keperluan dalam diri untuk menjadi seorang yang betul,
dan mahu melakukan perkara yang betul. Jadi tidak salah untuk rasa dan mahu jadi betul.

Isunya ialah apabila berlebihan. Ego melangit. Macam sempurna sangat. Macam hebat sangat.

Ada orang dia rasa dia sentiasa perlu betul dan dia sahaja yang betul. Ini biasanya individu yang
sentiasa nak menang. Bila dia rasa dia perlu sentiasa betul, maka bermaksud dia mudah berasa
orang lain salah.

Maka konflik akan mudah berlaku. Perhubungan yang beremosi marah.

Contoh mudah, seorang ibu seperti saya merasakan saya lebih berusia dan berpengalaman dari
anak saya. Usia dia 4 tahun dan usia saya 36 tahun. Jadi tanpa sedar, apa yang saya lakukan,
saya rasa sudah betul dan terbaik. Bila anak berkata sesuatu yang saya rasa tidak munasabah,
saya boleh mudah menidakkan apa dia rasa, dan fikirkan.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 7


“Mummy, Mummy jangan pandang adik, nanti adik nangis”, kata Fateh sebelum saya
meninggalkan Khairunnisa 1.7 tahun, untuk saya bertugas sebentar di luar.

Maksud Fateh 4 tahun ini ialah, saya perlu terus tinggalkan adik secara sembunyi. Sebagai
abang yang bijak dan tahu ‘pattern’ adiknya, dia mahu lindungi adik dari kecewa dan sedih.

Saya menidakkan fikiran Fateh dengan berkata, “Taklah, adik takkan menangis sebab Mummy
dan beritahu adik elok-elok”. Saya yakin dan konfiden sahaja yang ‘point’ saya betul dan Fateh
salah.

Usai saya berkata begitu dan berlalu, memang benar Khairunnisa’ menangis dan tidak
merelakan saya pergi. Ayahnya ambil peranan dan tenangkan si anak. Kami keluar bersama,
jalan sebentar lalu saya pergi dari situ dan Khairuunisa’ kelihatan merelakan pemergian saya,
kerana suasana itu sesuai. Dia sedang bergerak dan beralih perhatian ke aktiviti lain, dengan
sibuk bersama si ayah.

Dalam situasi ini, Fateh betul, dan saya silap saat itu. Semasa saya respon kepada Fateh,
perasan tak ia bernada ego dan ‘rasa diri betul’. Perasaan sebegini mudah mencipta konflik dan
kemarahan dengan sesiapa jua.

Namun dalam mengurus situasi sebegini, ibu dan bapa perlu bijak tangani dengan ketahui apa
strategi terbaik tangani si anak bayi itu mengikut karektornya. Dan saya perlu kembali kepada
Fateh memujinya kerana dia sensitif dan tahu keperluan adiknya.

“Fateh, betullah adik memang menangis bila nampak Mummy. Bijak Fateh boleh baca perasaan
adik. Cuma tadi tu Mummy ingatkan adik OK sebab Mummy dah terangkan kat dia awal. Dan
sebenarnya Mummy nak latih adik untuk pepisahan sementara yang selamat sebab Ayah dan
Abang Fateh ada temani adik masa Mummy tak ada”.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 8


Maka ingatlah, tak semestinya kita sentiasa betul, sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun Allah
sentiasa tegur bila ada buat kesilapan. Contoh ada satu kejadian ni bila Rasulullah s.a.w memilih
kasih tidak melayan seorang buta dan miskin ini, Allah segera tegur dengan menurunkan surah
A’basa.

1. Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,


2. karena telah datang seorang buta kepadanya.
3. tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),
4. atau Dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?
5. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,
6. Maka kamu melayaninya.
7. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau Dia tidak membersihkan diri (beriman).
8. dan Adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),
9. sedang ia takut kepada (Allah),
10. Maka kamu mengabaikannya.
11. sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan

Orang buta itu bernama Abdullah bin Ummi Maktum. Dia datang kepada Rasulullah SAW
meminta ajaran-ajaran tentang Islam. Lalu, Rasulullah SAW bermuka masam dan berpaling
daripadanya, karena beliau sedang menghadapi pembesar Quraisy dengan pengharapan agar
pembesar-pembesar tersebut mau masuk Islam. Maka turunlah surat ini sebagi teguran kepada
Rasulullah SAW.

Dan ketika turun ayat-ayat di atas, Nabi Muhammad SAW terus segera melayani permintaan
Abdullah. Bahkan Abdullah sendiri setelah kejadian itu tidak berasa kecil hati, sebaliknya beliau
malah merasa bangga. Ini kerana disebabkan dirinya, seorang nabi telah ditegur Tuhannya.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 9


SOLUSI

1. Adalah OK untuk sesekali kita akui kita tidak betul, atau silap. Kita
manusia biasa tidak sempurna.

2. Yang Hanya Benar dan Sempurna ialah Allah swt.

3. Membenarkan diri jadi lemah (Vulnerable) boleh membuatkan kita


boleh sentiasa bermuhasabah diri, dan mencari kekuatan di sebalik
kejadian diri yang tersilap itu.

4. Ini bagi menjadikan diri kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih

baik setiap hari.

5. Kita akan lebih ‘humble’ dan relaks bila sentiasa bersedia mendengar
‘point’ orang lain kerana kita tahu kita bukannya sentiasa yang
PALING BENAR DALAM DUNIA.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 10


Sebagai ibubapa, tidak semestinya kita betul. Adakalanya kita ada tersilap. Merasakan diri tidak
sentiasa betul membuatkan saya jadi lebih relaks kerana saya percaya anak-anak sentiasa betul
(untuk ‘level’ atau tahap mereka yang belum matang, mereka adalah ‘BETUL’ pada perspektif
mereka).

Ini untuk usia di bawah 6 tahun (90% otak orang dewasa), mumayyiz dan perlu dididik dengan
betul dan berhemah secara berterusan. Malah saya percaya jika anak tersilap, ini adalah kerana
saya yang silap atau tidak betul cara didikan saya kepada mereka.

Fateh dengan ‘robot saya


boleh bergabung dan berapi-
api’ nya. Definisi apa jua
adalah benar untuk perspektif
kanak-kanak, ingat tu ya ;)
Benarkan apa sahaja dalam
pemikiran mereka sebelum
kita betulkan persepsi mereka
atau masukkan idea baru.

Ia samada mereka sedang belajar, belum fasih atau cara mesej saya tidak sampai.

Dalam ilmu NLP, mesej yang berkesan ialah apabila kita sampaikan sesuatu mesej, perubahan
tingkahlaku akan berlaku.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 11


Dalam latihan kepada staf, jika mereka tidak jelas melakukan tugasan yang saya beri dalam
kursus, saya menganggap dan percaya ini adalah kerana cara arahan saya tidak cukup jelas
untuk difahami mereka. Maka saya akan tukar cara bentuk ayat arahan saya. Lama-lama saya
semakin pandai dalam memberi arahan tugasan latihan itu secara verbal/lisan. Saya praktis dan
terus praktis. Didik diri.

Ramai juga yang memberi maklumbalas bahawa penyampaian lisan saya jelas. Saya tidak
sangka begitu sekali pujian dan pengiktirafan mereka kepada saya. Saya percaya ini berlaku
kerana saya selalu terbuka untuk menerima penambahbaikan dalam diri.

3 Power Terms yang saya sering gunakan untuk


meningkatkan koneksi diri dengan anak-anak ialah
mohon maaf bila saya silap, berterima kasih, dan
“I Love U Lilahi Ta’la’.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 12


Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menyatakan ibunya seorang yang sentiasa betul. Bermakna orang lain
iaitu anak-anak sentiasa salah. Tiada komunikasi positif. Ini membentuk perasaan negatif anak kepada ibunya
sehingga tahap rasa ‘menyampah’ kepada ibunya. Anak ini menggambarkan ibunya sebagai “bengis, gemuk,
rambut sejempul, sentiasa memegang handphone (namun membebel anak menyentuh handphone selepas
pulang dari sekolah), dan mulut laser”.
Objek ini dipilih si remaja bagi mewakili ibunya. Semua gambaran negatif sebagai gambaran pertama.
Remaja ini dibawa untuk melihat sudut positif, kerana apa dirasai dan difikirkan klien kepada ibunya, pasti
membentuk ‘sudut pandang dan perasaan negatif yang sama ibu kepada dirinya’. Ini kerana hokum tarikan
universal (LUA) menyatakan, anda menarik apa yang anda fokuskan. Klien diajar untuk submit doa dan
perkataan yang baik-baik untuk ibunya ini.

“Kanak-kanak adalah sentiasa benar untuk perspektif dan tahap


pemikiran mereka. Benarkan apa sahaja difikirkan mereka untuk tahap
respons pertama. Kemudian barulah betulkan jika silap, atau tambah
idea baru. Ini untuk dapatkan kerjasama dan ‘win-feeling’ mereka
terlebih dahulu.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 13


1. Negative Criticism
Kritikan Negatif

© Maznah Ibrahim 2016 Page 14


Kritikan negatif. Perasan tak, bila kita sukar melihat kebaikan orang lain, yang kita hanya
nampak adalah buruk / negatif, maka Tiada Pujian, yang ada hanyalah Kritikan.

Kritikan boleh membunuh kreativiti manusia, dan menjatuhkan ‘self esteem’ atau keyakinan
diri orang tu.

“Fateh ni kan, rambut panjang sangat lah. Nampak macam perempuan pula. Nanti susah nak
tengok jalan depan tu kalau rambut depan panjang sangat”.

“Fateh ni kan, asyik main aja. Tak fokus bila Mummy ajar. Mummy penat la ajar Fateh. Mummy
tak nak ajar Fateh lagi lah ”.

“Khairunnisa’ ni, asyik bising aja suara. Apa lagi yang tak kena ni?”

Teguran ada caranya, perlu berhemah. Jika teknik Nabi, Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan dan
Memberikan Maklumat amat tepat sekali. Amat digalakkan Teknik Pujian diberi dahulu barulah
Teknik Memberi Maklumat. Boleh google atau ikuti perkongsian dari Sifu Pn Khairulaniza
Khairudin, Ustazah Siti Khadijah dan Puan Nurhidayah Jaafar. Saya ada menulis sedikit
berkenaan teknik ini kepada anak-anak saya dalam website saya di www.maznahibrahim.com.

Teknik Barat, namanya Teknik ‘Sandwich’. Puji dulu, baru pergi ke isi sebenar nak cakap / tegur,
diakhiri dengan kata-kata baik dan doa serta harapan individu itu boleh berubah atau jadi lebih
baik.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 15


[Contoh Teknik Sandwich : Roti – Isi Daging – Roti Semula]

Mummy tengok Fateh ni handsome lah, comel betu.l (Puji dulu, ‘Roti’)
Kalau Fateh potong rambut. (Point sebenar, ‘Isi Daging’)
Nanti jadi leeeeeebih handsome, comel, dan ramai orang suka. (Tutup dengan pujian
atau harapan visi ke depan yang kita mahu - ‘Roti’ semula)
Kita potong rambut petang ni nak. (Leading & Plan of Action)

Boleh nampak tak beza antara kritikan dan pujian.

Niatnya sama, mahukan perubahan anak. Namun cara pendekatannya berbeza. Beza perasaan
si pengucap; pabila beri gaya negatif, dapat balasan tingkahlaku negatif (anak menolak
permintaan kita). Beri positif, dapat kerjasama dan balasan positif dari anak. Beritahu saya
siapa yang tidak sukakan sedikit pujian dan penghargaan (yang selayaknya), dan siapa yang suka
kepada kritikan berbentuk negatif?

Fitrah mansia sukakan yang baik, indah, dalam masa sama perlukan teguran dan peringatan
pada situasi yang benar dan silap. Namun, tetap berhemah.

Anak usia bawah 7 tahun, kesilapan mereka adalah releven (fasa boleh silap sebab kurang
pengalaman dan pengetahuan). Adalah digalakkan kita sentiasa beri yang baik-baik dan positif
kerana mereka sedang dalam fasa bina asas bangunan, ‘foundation’. Hati-hati dan sabar sahaja,
kesan atau hasilnya berpuluh tahun nanti. Ingat, generasi nak dibina bukan berhenti di takat
anak kita sahaja, namun legasi berterusan untuk cucu cicit dan ciut kita sampai akhirnya
(akhirat).

© Maznah Ibrahim 2016 Page 16


Maka ini SAHAM AKHIRAT kita. Didik anak dengan sebaiknya. Saham akhirat yang kita akan
dapat: doa anak yang soleh, sedekah jariah (sedekah masa, senyuman dan pujian kepada anak),
ilmu bermanfaat (ajar anak kaedah komunikasi yang baik, nanti anak kita pula akan ajar anak
dia dengan cara yang baik juga).

SOLUSI

1. Sentiasa cari ciri positif di sebalik apa sahaja tingkahlaku


negatif, agar kita boleh latih diri elak dari mengkritik.
Mengkritik adalah kaedah negatif lama. Ubah kepada Pujian.

2. Belajar Teknik Pujian yang betul, praktikkan. Baca banyak-


banyak artikel berkenaan Teknik Pujian dan Teknik Pejam Mata
Pada Kesalahan. Lama-lama pandai lah otak ni memandang
sudut positif  Jika tidak, otak ni otomatik nak pandang
negatif dan kritik sahaja.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 17


2. Passing Judgement
Menyampaikan Hukuman /
Penilaian

© Maznah Ibrahim 2016 Page 18


Kisah menghukum ni selalu berlaku di kalangan ibubapa, suami isteri, ketua dan pekerja. Hatta
hubungan orang awam yang tidak rapat sekalipun (tengok iklan TV, didekati penjual barangan,
dan lain-lain). Cepat benar nak sangka buruk, dan tidak melihat di sebalik perilaku seseorang
itu, apakah ‘iceberg’ sebab sebenar dia buat macam tu.

Contoh satu kejadian ni, Khairunnisa’ 1.7 tahun bising kelihatan tidak selesa, tidak mahu duduk
elok-elok dalam kereta. Di bawah kaki saya ada barang yang saya baru beli di The Store. Saya
memberitahu elok-elok kepada Khairunnisa’ agar duduk dengan saya, kerana di bawah kaki ada
barang makanan, takut penyek nanti.

Haha si abangnya Fateh mula bising marahkan adiknya (Jenis Thinking yang penuh Rules). Saya
katakan kepada Fateh tidak perlu marah macam tu, beritahu sahaja elok-elok, baik-baik, kerana
adik kecil lagi.

Rupanya, Khairunnisa’ buang air besar dalam pampers nya. Maka sebab tu dia tidak selesa
untuk duduk. Ya lah budak kecil lagi tidak dapat beritahu “Saya tak mahu duduk sebab saya
berak la, Mummy”. Dia hanya bunyi tidak selesa dengan perilaku pertama dilihat ialah TIDAK
MENDENGAR NASIHAT / KATA SAYA UNTUK DUDUK ELOK-ELOK DI RIBA SAYA’. Bawah kepada
perilaku dia ialah ‘iceberg’ keperluan asasi SEMUA MANUSIA: perlukan selesa, aman dan
bersih.

Dan gaya ‘Passing Judgement’ – menyampaikan penilaian awalnya itu mencipta ‘perhubungan
marah’, iaitu Fateh jadi marah kepada adiknya. Ini kerana Fateh mahu selamatkan barang saya
di kaki itu. Bermakna Fateh juga tak salah.

Namun, cara Menyampaikan Penilaian itu adalah silap dan salah, mencipta kemarahan dalam
hati Fateh, dan menjadi komunikasi yang negatif dan amat menyakitkan/melukakan hati si adik,
walau adik masih bayi. Emosi dimarah itu dirasai.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 19


Isunya mengapa?

Kerana emosi dan budaya. Emosi negatif marah sebenarnya berasaskan perlindungan. Mahu
melindungi sesuatu. Dalam kes Fateh ni, dia nak melindungi barang di kaki saya. Contoh lain,
isteri marah kepada suami kerana isteri itu tidak mahu terluka lagi. Mahu melindungi hatinya
dari berdarah lagi, akibat pengalaman lalu. Ia melibatkan pemikiran. Berfikir mengenai kejadian
itu dan berfikir akan emosi itu. Sangat perlu untuk belajar ‘Let Go’ dan tidak simpan ke tahap
dendam.

Budaya kita yang mudah melontarkan telahan awal, dari emosi negatif itu. Mudah salah sangka,
bersangka buruk, dan sukar melihat positif atau sesuatu yang baik di sebalik sesuatu perkara
yang kelihatan tidak baik.

Maka, bagaimana solusinya?

© Maznah Ibrahim 2016 Page 20


SOLUSI

1. Sentiasa ingat kata-kata saya, elak menilai awal kepada satu-


satu perilaku negatif dengan usaha mendapatkan apakah
‘Iceberg – Keperluan Emosi’ sebenar.
2. Maksud, usaha untuk jadi positif dan cari point positif di sebalik
sesuatu yang kita nampak negatif.
3. The Power of Positive Thinking atau ‘Bersangka Baik’ namanya.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 21


Ya, didiklah hati untuk sentiasa melihat
‘iceberg’ iaitu dasar di bawah lagi, akan
sesuatu yang dilihat di atas iceberg itu
(tingkahlaku).

Belajar untuk PERCAYA, pasti ada sesuatu


sebab. Tidak mungkin seseorang itu sengaja
mahu mudarat, menyusahkan dan mencipta
perhubungan yang memarahkan diri orang lain.
Semua manusia fitrahnya mahu aman, selesa,
tenang, baik-baik sahaja hidupnya.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 22


Seterusnya, ada 17 lagi punca yang mencipta rasa marah. Mencipta bermaksud ia boleh untuk
tidak dicipta. Kita yang menciptanya tanpa sedar.

Daoakan saya dapat sambung penulisan menjadi Ebook Lengkap. InsyaAllah.

Akhir kalam,

Maafkan saya andainya ada tersilap kata.

Mudahan pencerahan sedikit ini memberi sedikit rasa kesan di hati para pembaca dalam usaha
untuk jadi ibu terbaik kepada anak-anak kita.

InsyaAllah, Allah pandang usaha kita. Laluannya mungkin berbeza. Matlamat kita semua sama.
Ebook ini mungkin antara hasil doa para sahabat pembaca dalam usaha mencari solusi kepada
pencegahan diri daripada cepat nak marah-marah anak.

Saya doakan kesemua sahabat pembaca saya ini dimudahkan, ditenangkan, diberi kekuatan
emosi, ilmu dan aplikasi apa sahaja ilmu yang para pembaca sudah ada selama ini.

Apa jua ilmu, ia tetap dari satu susur galur yang sama, dari Allah Al Alim. Maha Berilmunya Dia.

Wassalamualaikum. Jazakumullahu Khairan Kathira. Terima kasih kerana meluangkan masa


untuk mendapatkan Ebook tidak seberapa ini dan membacanya hingga selesai.

Kasih sayang Lillahi Ta’ala berterusan hingga ke syurga.

Maznah Ibrahim.

© Maznah Ibrahim 2016 Page 23


Anda Ibu Bapa Yang Hebat
Diuji Hebat
Untuk Membesarkan Seorang Khalifah Allah Yang Hebat.
Sesungguhnya Sedikit Ujian Itu Bagi Mendekatkan Diri Kita
Kepada Sang Pencipta. Yang Mencipta Dan Menganugerahkan
Anak-Anak Hebat Ini Yang Khusus Untuk Anda, Bukan Untuk Ibu
Bapa Lain, Dan Bukan Anak Lain. Renungkan!
- Maznah Ibrahim

© Maznah Ibrahim 2016 Page 24

Anda mungkin juga menyukai