Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SIVIK (PENDIDIKAN ISLAM) TAHUN 3

Mata Pelajaran Pendidikan Sivik (Pendidikan Islam)


Kelas Tahun 1
Tarikh 27 September 2019 (Khamis)
Masa 7.30-8.30 pagi
Standard 6.2 Menaakul dan mengamalkan adab dalam kehidupan
kandungan bersosial mengikut sunnah Rasulullah: keluarga

Standard 6.2.1 Menerangkan maksud keluarga


Pembelajaran 6.2.2 Menghuraikan adab terhadap keluarga

Nilai Teras 4.0 Kegembiraan.

Tajuk 4.8 Berterima kasih keluargaku sayang

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan


dapat;
i. Menyatakan pengertian keluarga selepas latih tubi
membaca pengertian keluarga melalui slaid yang
ditayangkan dengan betul .
ii. Mengenal pasti 3 cara berterima kasih melalui
perbuatan dan pengucapan dalam adab terhadap
keluarga selepas aktiviti permainan “pilih dan
tampal” dengan betul.
iii. Menzahirkan ucapan terima kasih melalui perbuatan
dan pengucapan selepas melihat demonstrasi
dengan betul.

Aktiviti 1. Murid menyanyi lagu ”keluarga bahagia”


https://www.youtube.com/watch?v=T2BpwaARScQ
2. Murid menjawab sumbang saran ciri-ciri keluarga
bahagia dan guru mengaitkan lagu dengan tajuk.
3. Murid membaca pengertian keluarga melalui slaid
yang ditayangkan dan guru menjelaskan maksud
keluarga dengan terperinci.
4. Permainan ”pilih dan tampal” di dalam peta buih
mengenai adab terhadap keluarga.
5. Murid melihat demonstrasi cara berterima kasih
kepada ibu bapa dan keluarga melalui lakonan guru
dan murid terpilih.
6. Murid merumuskan perbincangan peta pemikiran
yang dihasilkan.
EMK Nilai Murni – berterima kasih
TMK – belajar melalui TMK
KBAT - menilai
Bahan Bantu Komputer, LCD, video keluarga bahagia, lembaran kerja
Belajar
Penilaian Murid akan dinilai melalui nyanyian, soal jawab dan
Pengajaran dan tugasan di dalam peta buih.
Pembelajaran
Refleksi Murid yang telah menguasai objektif pengajaran diberikan
aktiviti pengayaan.
Murid yang belum menguasai objektif pengajaran
diberikan aktiviti pengukuhan.

Anda mungkin juga menyukai