Anda di halaman 1dari 12

MPU2312 (PENGANTAR AKIDAH)

MUKJIZAT

NAMA PENSYARAH : USTAZ SYAMIM ZAKWAN ROSMAN

NAMA AHLI NO MATRIK


1. AIMAN HIRZIE BIN HUSAINY 2012073
2. AMIEN YASSER BIN CHE MOHAMAD ZAKI 2012076
3. MUHAMMAD SAAD BIN AMIR 2012075
4. ALLIF AIEMAN BIN IBRAHIM 2012061
5. MUHAMAD HASIF INSANI BIN HASROL FAHMY 2012083

SESI II 20/21 ( IS12 3C )

ISI KANDUNGAN

1
1) MUKA HADAPAN…………………………………………………...………………1

2) ISI KANDUNGAN………………...…….…………..……………….……………….2

3) PENDAHULUAN………………………….………………………….…………........3

4) DEFINISI MUKJIZAT………………………………………………………………..4

5) JENIS-JENIS MUKJIZAT ………………..………………………….……………….6

6) CIRI-CIRI MUKJIZAT ……………………...………………………..………………8

7) CONTOH MUKJIZAT RASUL……………………...………………...……..………9


8) KESIMPULAN…………………………………………………………………...…11

9) RUJUKAN……………………..………………………………………...………….12

PENDAHULUAN

2
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi di atas limpah kurnia dan segala
nikmat yang telah diberikan serta selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W dan ahli keluarga baginda dan para sahabat ridwanullahi ajma’in. Dalam surah al-
Ahzab ayat 56 Allah S.W.T berfirman yang maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan
malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Allah Swt telah memberikan kepada para Nabi dan Rasulnya mukjizat-
mukjizat sebagai hujjah dan alasan rasional yang menyatakan, bahwa mereka adalah benar
dan mereka adalah para Nabi dan Rasul Allah Swt, karena mukjizat adalah sesuatu yang luar
biasa yang diperlihatkan Allah Swt melalui para Nabi dan Rasul-Nya, sebagai bukti atas
kebenaran pengakuan kenabian dan kerasulan mereka.

Namun mukjizat para Nabi dan Rasul terdahulu hanya berupa mu’jizat
indrawi yang sesuai dengan masa dan zaman ketika mereka diutus dan diangkat menjadi
Nabi. Misalnya zaman Nabi Musa, adalah zaman keunggulan tukang-tukang sihir, maka
mu’jizat utamanya adalah tongkatnya dapat berubah menjadi ular, untuk mengalahkan ular-
ular tukang sihir tersebut.

Zaman Nabi Isa adalah zaman kemajuan ilmu kedokteran, maka mukjizat
utamanya adalah menyembuhkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh pengobatan
biasa, yaitu menyembuhkan orang yang buta sejak dari kandungan dan orang yang
berpenyakit kusta (sopak), serta menghidupkan orang yang sudah mati dan zaman Nabi
Muhammad Saw adalah zaman keemasan kesusastraan Arab, maka mukjizat utamanya
adalah al-Quran, kitab suci yang ayat-ayatnya mengandung nilai sastra yang amat tinggi
sehingga tidak ada seorang pun dapat membuat serupa dengan al-Quran. Ajaran al-Quran
kekal selamalamanya dan menyempurnakan ajaran-ajaran dalam kitab-kitab sebelumnya.

Oleh hal yang demikian, kumpulan kami ditugaskan untuk membuat satu
kertas kerja di bawah tajuk mukjizat bagi pelajaran Pengantar Akidah (MPU2312). Semoga
dengan penulisan kertas kerja ini dapat menerangkan serba sedikit tentang mukjizat. Semoga
Allah memberi kita kefahaman dalam agama dan menambahkan ilmu kita.

DEFINISI MUKJIZAT
3
Mukjizat adalah perkataan arab mu'jizat (‫ )معجزة‬yang telah dimelayukan . Perkataan ini tidak
ditemui di mana-mana bahagian sumber islam yang paling berautoriti,al-Quran dan al-Hadith.
Sebaliknya ia digunakan oleh ulama' kalam berdasarkan justifikasi ketidakmampuan manusia
mengatasi atau melakukan yang seumpamanya. Mu'jizat secara etimologinya berasal dari
kata perbuatan '𝒂𝒋𝒂𝒛𝒂 ( ‫ ) عجز‬yang bermaksud tidak berkemampuan. atau sesuatu yang
melemahkan musuh apabila dicabar. Al-Quran hanya menggunakan perkataan '𝒂𝒋𝒂𝒛𝒂 dalam
bentuk kata perbuatan dan juga kata nama 𝒎𝒖' 𝒋𝒊𝒛𝒊𝒏 (orang-orang yang lemah). Perkataan
yang di gunakan oleh al-Quran bagi menunjukkan mukjizat ialah 𝒂𝒚𝒂𝒕, ( ‫(𝒕𝒂𝒏𝒊𝒚𝒚𝒂𝒃 ) اية‬
‫ ) بينات‬dan juga 𝒃𝒂𝒓𝒂𝒉𝒊𝒏 ( ‫ ) براهين‬Antaranya Allah s.w.t berfirman :

ِ‫َن ي أْتِي بِآي ٍة إِ اَّل بِِإ ْذ ِن اللَّ ه‬


َ َ َ ْ ‫ول أ‬ ٍ ‫ان لِر ُس‬
َ َ ‫َو َم ا َك‬
Maksudnya: “ Dan tidaklah harus bagi seorang rasul membawa sesuatu keterangan atau
menunjukkan mukjizat melainkan dengan izin Allah.”

SURAH AL MU'MIN (40):78

ِ ‫و ٰاَت ْينَا ِع ْيسى ابْن مريم الْبِّين‬


ِ ۗ ‫ٰت َواَيَّ ْدنٰهُ بُِر ْو ِح الْ ُق ُد‬
‫س‬ َ ََ َْ َ َ َ
Maksudnya: “ Dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibn Maryam beberapa mukjizat serta Kami
teguhkan kebenarannya dengan Ruh al-Quds.”

SURAH AL BAQARAH (2):87

‫ه‬ ۗ ‫ك اِ ٰلى فِ ْر َع ْو َن َو َماَل ۟ا ِٕى‬


َ ِّ‫ك ُب ْر َهانٰ ِن ِم ْن َّرب‬
َ ِ‫ فَ ٰذن‬ 
Maksudnya: “Yang demikian adalah dua bukti daari Tuhanmu (untuk engkau
menunjukkan) kepada fir’aun dan kaumnya.”

SURAH AL QASAS (28):32

4
Dari sudut istilah, terdapat pelbagai pengertian yang diberikan. Meskipun
terdapat pelbagai interpretasi yang dikemukakan,namun tidak terdapat perbezaan yang ketara
dari segi ciri-ciri dan syarat-syaratnya. Hanya yang berbeza ialah dari aspek cabaran sahaja.

Menurut al-Suyuti, mukjizat ialah perkara luar biasa yang ada hubungannya
dengan cabaran dan bebas dari sebarang penentangan. Pengertian yang sama juga diberikan
oleh Ibrahim al-Bajuri dan juga Manna Qattan. Pengertian yang dikemukakan ini tidak
mengaitkan mukjizat dengan dakwaan kenabian. Justeru, ini menunjukkan ia boleh berlaku
kepada sesiapa sahaja asalkan ianya tidak dapat ditandingi dan diatasi. Definisi ini juga
menghubungkaitkan mukjizat dengan cabaran secara umum. Justeru , dapat diandaikan sama
ada mukjizat lahir selepas pelakunya dicabar atau ia yang mencabar penentang atau mereka
yang menyaksikan. Secara keseluruhannya, penggarapan definisi ini adalah tidak tuntas.

Menurut al-Sabuni pula, mukjizat ialah kejadian yang menyalahi adat yang
berlaku kepada mereka yang mendakwa dirinya rasul semasa mencabar penentangnya dan
penentangnya itu tidak mampu untuk mengadakan yang seumpamanya. Ia adalah ciptaan
Allah bagi membuktikan kebenaran rasul itu tanpa diragui lagi. Berdasarkan definisi ini,
suatu itu dianggap mukjizat hanya apabila nabi mencabar penentangnya supaya melakukan
atau mendatangi seumpamanya. Justeru itu berdasarkan kepada definisi ini, banyak perkara
yang berlaku kepada para nabi tidak terkategori sebagai mukjizat.

Berbeza dari definisi di atas, Said Ramadhan al-Buti pula, mukjizat berlaku
apabila nabi dicabar oleh penentangnya. Beliau mendefinisikan mukjizat sebagai segala
perkara yang mencarik adat, yang berlaku ke atas mereka yang mendakwa sebagai nabi
ketika mana ianya dicabar oleh penentangnya yang mana bertujuan untuk membuktikan
kebenaran dakwaannya itu. Pengertian yang sama juga diberikan oleh Muhammad Ali al-
Sabuni.

Al-Juwayni juga tidak memberikan perbezaan yang ketara tentang definisi


mukjizat. Beliau hanya menambahkan frasa berterusan dan berkekalan. Di dalam bukunya
Lam’u al-Adillah beliau menakrifkan mukjizat sebagai perbuatan Allah yang luarbiasa,
berterusan dan berkekalan, berlaku mengiringi dakwaan kerasulan, bagi mencabar dan
melemahkan mereka yang menerima cabaran itu untuk mengadakan yang seumpamanya.

Daripada definisi-definisi serta penghuraian yang dikemukakan dapat


dirumuskan bahawa mukjizat adalah perkara luarbiasa yang dianugerahkan oleh Allah hanya

5
kepada rasul-rasulNya bertujuan untuk membuktikan kebenaran risalah yang dibawa serta
melemahkan mereka yang menentangnya. Mukjizat tidak akan dapat diatasi.

JENIS-JENIS MUKJIZAT

Klasifikasi mukjizat ini bukanlah suatu yang mutlak daripada al-Quran


mahupun al-hadis. Kedua-dua sumber ini tidak membahagikan mukjizat kepada klasifikasi
tertentu. Ia hanya dilakukan oleh para ulama berdasarkan elemen tertentu yang bertujuan
mensistematikan perbincangan tentang mukjizat.

Mukjizat para nabi diklasifikasikan kepada dua iaitu Mukjizat Hissi dan
Mukjizat Maknawi. Berbeza dengan para nabi yang lain hanya memiliki mukjizat hissi
tetapi nabi Muhammad SAW memiliki kedua-dua klasifikasi tersebut iaitu al-Quran sebagai
mukjizat maknawi dan apa yang selain al-Quran sebagai mukjizat hissi.

Mukjizat Hissi:
Dari sudut penggunaan istilah, mukjizat hissi dinamakan juga mu’jizat al-
Hawadith, mukjizat Kawniyah dan mukjizat Maddiyah.Mukjizat ini lebih mempengaruhi
jiwa umum dan mudah dimengerti oleh semua golongan manusia berbanding mukjizat
ma’nawi. Justeru mukjizat para nabi tedahulu adalah dalam betuk hissi yang mana ia sejajar
dengan kelemahan pemikiran umat ketika itu. Berbeza dengan mukjizat maknawi juga,
kewujudan mukjizat hissi adalah dalam masa yang terbatas, justeru kerana kedudukan para
nabi terdahulu yang terbatas kepada sesuatu tempat, masa dan kumpulan yang tertentu.

Hissi juga beerti fisik, dapat dilihat. Menurut istilah yang lain pula,
mukjizat hissi adalah mukjizat yang secara kasar mata atau indera dan dimengerti sebagai
sesuatu yang luar biasa. Misalnya: Tongkat Nabi Musa menjadi ular, Nabi Isa mampu
menghidupkan orang mati dengan izin Allah S.W.T. Mukjizat Hissi bersifat material dan
indrawi dalam erti lain keluarbiasaan tersebut dapat disaksikan atau dijangkau langsung
melalui pancaindera oleh masyarakat tempat mereka menyampaikan risalah.

6
Tidak dinafikan bahawa al-Quran mahupun al-Sunnah tidak pernah
mewujudkan sebarang pengkategorian mukjizat sama ada hissi atau maknawi. Walau
bagaimanpun kewujudan kedua-duanya adalah jelas berdasarkan kedua-dua sumber tersebut.
Sebahagian besar daripada mukjizat hissi nabi Muhammad SAW diketahui berdasarkan
hadith mutawatir dan juga hadith ahad. Manakala yang terdapat di dalam al-Quran ialah
tentang bulan yang terbelah dua, Isra dan Mi’raj dan pertolongan malaikat dalam peperangan.
Dengan ini tertolak pandangan yang mengatakan bahawa kewujudan mukjizat hissi adalah
tidak berdasarkan kepada dalil yang kukuh.

Mukjizat Maknawi:
Mukjizat maknawi ialah mukjizat yang hanya dapat dilihat menerusi mata
hati. Sebagaimana yang dijelaskan, mujizat ini hanya dianugerahkan kepada nabi Muhammad
SAW iaitu al-Quran. Berbeza dengan mukjizat-mukjizat hissi, mukjizat al-Quran dalah kekal
selama kekalnya bangsa manusia. Sebaliknya, mukjizat hissi hanya dapat disaksikan pada
ketika seseorang nabi itu masih ada.

Pendapat yang lain pula, Maknawi bermaksud makna kepada sesuatu iaitu
mukjizat yang dapat difahami dengan akal. Contohnya Al-Quran, Taurat, Injil, dan Zabur.
Mukjizat ini tidak dibatasi oleh suatu tempat atau masa tertentu. Mukjizat Al-Quran dapat
dijangkau oleh setiap orang menggunakan akalnya dimana dan selamanya hingga hari kiamat.

Selain dinamakan mukjizat maknawi,al-Quran juga dipanggil mukjizat


aqliyyah (berbentuk pemikiran) dan mukjizat ghoir al-maddiyyah ( bukan berbentuk
material). Gelaran ini bersesuaian dengan hakikat kemukjizatan al-Quran yang mana hanya
dapat diketahui apabila ayat-ayatnya dikaji. Kemukjizatan juga tidak dapat disentuh dengan
tangan atau sekadar diperhatikan dengan mata kasar sahaja.

7
CIRI-CIRI MUKJIZAT

Setiap perkara mempunyai ciri atau sifat yg khusus pd sesuatu untuk membezakannya
daripada yg lain. Begitu juga dengan mujizat, terdapat beberapa perkara yang perlu ada untuk
menjadikannya mukjizat. Ciri mukjizat yang pertama ialah kejadian yang sangat luar biasa.
Maksud kejadian yang luar biasa ini ialah ianya berbeza dengan kebiasaan yang berlaku. Ciri
mukjizat yang kedua ialah daripada Allah SWT. Setiap perkara mukjizat yang berlaku adalah
asalnya daripada Allah SWT dan bukannya dibuat buat oleh manusia. Ciri seterusnya ialah
perkara itu tidak boleh diterima oleh akal manusia. Setiap perkara atau kejadian yang berlaku
pastinya hadir dengan sebab dan logic tersendiri yang dapat dijelaskan melalui kaedah sains,
akan tetapi perkara mukjizat ini berlaku luar dari tahap pemikiran manusia biasa.

Ciri mukjizat seterusnya ialah perkara itu terjadi secara tiba-tiba tanpa adanya unsur
kesengajaan. Untuk berlakunya sesuatu perkara atau keadaan itu kebiasaannya adalah
dirancang terlebih dahulu oleh manusia itu sendiri, akan tetapi berbeza dengan perkara
mukjizat yang hadir secara tiba-tiba tanpa ada perancangan atau kesengajaan. Yang kelima
ialah terjadi kepada seorang nabi dan rasul. Mukjizat hanya berlaku kepada para nabi dan
rasul  sebagai tanda kebenaran mereka. Berbeza pula dengan karamah yang berlaku pada
tangan wali-wali Allah SWT. Ciri mukjizat yang keenam ialah sebagai bukti kebenaran
ajaran Allah SWT. Mukjizat yang berlaku kepada para nabi dan rasul menjadi bukti
kebenaran kepada manusia tentang agama yang dibawa dan disampaikan oleh pesuruh Allah
SWT. Ciri mukjizat yang terakhir ialah berguna untuk melemahkan hujah atau tentangan
orang kafir yang mengingkarinya. Sama tujuannya adalah untuk membuktikan tentang
kebenaran agama islam dan kekuasaan Allah SWT.

8
CONTOH MUKJIZAT RASUL

Terdapat pelbagai contoh mukjizat dari setiap para rasul. Antara mukjizat-mukjizat para rasul
yang dapat kami dapat himpunkan ialah :

1. Mukjizat Nabi Adam: Nabi Adam diyakini sebagai manusia pertama yang menginjakkan
kaki di bumi. Allah menjadikan pasangan Nabi Adam iaitu Hawa yang diciptakan dari tulang
rusuk kiri Nabi Adam. Mereka diturunkan ke bumi kerana telah melakukan kesalahan akibat
godaan iblis/syaitan, Adam dan Hawa dikurniakan dua pasang putra-putri yang bernama
Qabil dan Iklima, kemudian Habil dan Labuda. Qabil bersifat kasar, sedangkan Labuda
bersifat lembut. Kedua-dua sifat inilah yang akhirnya menjadi sebahagian dari sifat-sifat
dasar manusia hingga hari ini.

2. Mukjizat Nabi Ayub: Nabi Ayub terkenal sebagai seorang yang kaya raya dan
sangatdermawan. Namun ini tidak membuatnya sombong, lalu iblis berasa dengki.Allah pun
menentang iblis sekiranya dia dapat meruntuhkan iman Nabi Ayub lalu ujianitu pun tiba,
seluruh harta kekayaan yang dimiliki Nabi Ayub habis terbakar, setelahitu Nabi Ayub
diserang penyakit kulit hingga 80 tahun lamanya.Namun dia dan istrinya yang setia, Rahmah,
tetap bertawakal kapada Allah SWT. Hinggaakhirnya Allah berfirman agar Nabi Ayub
menapakkan kakinya ditanah. kemudian daritanah tersebut keluar air yang dapat
menyembuhkan penyakit yang dideritanya selama 80tahun.

3. Mukjizat Nabi Daud: Kehebatan Nabi Daud memuncak setelah Nabi Daud
berjayamembunuh Jalut, pemimpin kaum pemberontak Palestin. Nabi Daud kemudian
menjadiseorang raja dan berlaku sangat adil. Semasa pemerintahan kerajaan Nabi Daud
ekonominegaranya bertambah maju dan masyarakat menjadi makmur. Pada suatu hari,
NabiDaud melarang para nelayan untuk tidak kelaut pada hari sabtu, namun
peringatantersebut dilanggar, sehingga terjadi bencana gempa yang memusnakan seluruh
penduduk.

4. Mukjizat Nabi Dzulkifli: Sejarah menulis bahawa Nabi Dzulkifli adalah putra NabiAyub.
Dikisahkan pula Nabi Dzulkifli mewarisi sifat sabar ayahnya. Suatu masa beliaudilantik
menjadi seorang raja setelah dapat memenuhi persyaratan yang ditetapkan.Syarat-syaratnya

9
ialah calon pengganti raja haruslah seorang yang sanggup berpuasa disiang hari, beribadah di
malam hari, dan bukan seorang yang pemarah.

5. Mukjizat Nabi Harun: Nabi Harun disebut sebagai saudara Nabi Musa. Dia
adalahseorang yang cekap dan pandai berdakwah, pandai berdiplomasi, dan penuh
perhatian.Nabi Harun selalu mendampingi Nabi Musa dalam berdakwah, hingga suatu saat
Nabi Musa memutuskan untuk beruzlah dan menitipkan umatnya kepada Nabi Harun. Nabi
Harun juga sempat berjuang dengan dakwahnya untuk memberantas penyembahanberhala
yang dipimpin oleh Samiri, salah seorang tukang sihir kerajaan Firaun.

6. Mukjizat Nabi Hud: Nabi Hud diutuskan untuk kaum Ad yang terhormat. Kehidupan
mereka serba maju namun sayangnya mereka selalu berfoya-foya dan tenggelamdalam
kehidupan fana yang memesongkan.Nabi Hud mengingatkan mereka untukbersyukur dan
selalu memohon kepada Allah SWT, namu mereka menolak. Akhirnyamurka Allah datang
dengan menurunkan azab berupa badai gurun selama 7 hari 7 malam.Kaum yang
mendengarkan dan mengikut Nabi Hud selamat dengan berpindah ke kotaHadramaut.

7. Mukjizat Nabi Ibrahim: Nabi Ibrahim dikenal sebagai bapak para Nabi. NabiIbrahim
dihormati oleh pemeluk 3 agama, yaitu Islam, Kristian dan Yahudi. NabiIbrahim lah yang
telah diutus oleh Allah dan membangunkan Kabah di kota Mekkah.Keyakinannya yang kuat
terhadap Islam dimulai dari pencariannya akan Tuhan, diasangat tidak menerima orang-orang
disekitarnya yang menyembah berhala, hinggaakhirnya dia dibakar hidup-hidup kerana telah
menentang raja Namrud, namun AllahSWT menurunkan mukjizatnya dengan
menyelamatkan Nabi Ibrahim dari dijilat api.

8. Mukjizat Nabi Idris: Nabi Idris pula diyakini sebagai Nabi pertama yang menulis dengan
pena. Masyarakat terdahulu mempercayai bahawa Nabi Idris dibawa ke surgaoleh Allah
tanpa mengalami kematian. Peristiwa itu terjadi ketika beliau berusia 82tahun.

9. Mukjizat Nabi Ilyas: Nabi Ilyas tinggal di lembah sungai Yordan dimanapenduduknya
menyembah berhala, Nabi Ilyas menyuruh kepada mereka semua untukmeninggalkan
berhala, namun mereka tidak mengindahkannya seruan Nabi Ilyas.Malahan mereka
mengancam agar Tuhan yang disembah Nabi Ilyas menurunkan bencanakepada mereka, dan
akhirnya kekeringan melanda daerah tersebut. Setelah beberapatahun,akhirnya Nabi Ilyas
dapat meyakinkan kaum tersebut untuk menyembah Allah SWT.

10
KESIMPULAN

Sebagai rumusan daripada huraian-huraian di atas, nyatalah Allah kurniakan


mukjizat pada rasul-rasul dan nabi-nabi-Nya bukan sesuka hati, tetapi diberi mengikut
keperluan semasa. Untuk tujuan kemudahan, keindahan dan keselamatan ummah. Mukjizat
berlawanan dengan sihir kerana sihir, dalam keadaannya yang merupakan sesuatu yang
menyalahi adat, tetapi ia adalah sesuatu yang diusahakan, yang boleh dipelajari. Sihir
mengkhayalkan dan tidak benar-benar berlaku. Berlawanan dengan itu, mukjizat bukanlah
sesuatu yang diusahakan dan ia benar-benar berlaku dan bukan khayalan mata.

Allah tidak mendatangkan mukjizat kepada para Nabi palsu. Jika Nabi palsu
itu mendatangkan sesuatu yang menyalahi adat, maka ia adalah sihir atau ciptaan yang boleh
dipelajari atau didatangkan sesuatu yang sepertinya. Kebanyakan nabi-nabi dan rasul-rasul
diberikan mukjizat maknawiah lebih daripada mukjizat lahiriah. Rasul-rasul yang paling
banyak mendapat mukjizat lahiriah dan maknawiah ialah di kalangan lima orang yang
berpangkat Ulul Azmi sahaja. Iaitu Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Musa dan
Nabi Nuh a.s. Mereka ini semuanya terlalu kuat azam, hati teguh, hati terlalu kuat bergantung
dengan Allah, sabar dan tabah dalam meng-hadapi ujian-ujian dan kedegilan kaum-kaum
mereka. Demikianlah huraian secara ringkas tentang mukjizat. Moga-moga kita sama-sama
memahami dan menghayatinya.

11
RUJUKAN
http://studentsrepo.um.edu.my/1228/5/BAB_2.pdf

http://www.ipbl.edu.my/intra/sistem/academic/Modul_PDPM_S1/6%20%20MODUL
%20PDPM_PIMKD2023%20Pengajian%20Aqidah.pdf

https://www.seputarpengetahuan.co.id/2016/02/pengertian-mukjizat-menurut-bahasa-dan-
istilah-beserta-contohnya.html

https://www.slideshare.net/sue2217/apa-itu-mukjizat

12

Anda mungkin juga menyukai