Anda di halaman 1dari 19

HAK HARTA INTELEK (IPR) DAN MULTIMEDIA: KAJIAN UNDANG-

UNDANG DAN PEMBANGUNAN SISTEM PANGKALAN DATA WEB

Noor Maizudin Mohamad Noor1, Zawiyah Mohamad Yusof2,


Zinatul Asyiqin Zainol3, Shahrul Azman Mohd Noah4,
1
Fakulti Pentadbiran Perniagaan, UNITAR,
2, 4
Fakulti Tekonologi dan Sains Maklumat, UKM
3
Fakulti Undang-Undang, UKM
Tel : 1 (03) 7809 2158
E-mel : 1maizudin@unitar.edu.my, 2zmy@ftsm.ukm.my,
3
shiqin@pkrisc.cc.ukm.my,4samn@ftsm.ukm.my

Abstrak

Fokus utama kajian ini adalah berkenaan undang-undang harta intelek dan kaitannya dengan pembangunan
perisian multimedia di Malaysia. Tiga undang-undang harta intelek yang dikaji ialah hakcipta, paten dan
cap dagangan. Empat objektif telah digariskan dalam kajian ini. Objektif pertama adalah untuk mengetahui
status semasa tahap pengetahuan dan kesedaran pembangun perisian multimedia di Malaysia berkenaan
dengan hak-hak intelek yang berkaitan dengan pembangunan perisian multimedia. Untuk mencapai objektif
ini, soal selidik dikemukakan kepada pembangun perisian multimedia di Malaysia menerusi kaedah
persampelan. Kemudian, analisis kepada data yang diperolehi dibuat untuk mengetahui status semasa
pengetahuan dan kesedaran pembangun perisian multimedia berkenaan hak harta intelek yang berkaitan
dengan pembangunan perisian multimedia di negara ini. Objektif kedua adalah untuk mengetahui hak harta
intelek yang berkaitan dengan pembangunan perisian multimedia di Malaysia. Untuk mencapai objektif ini,
hak harta intelek yang berkaitan dengan pembangunan perisian multimedia dikaji. Seterusnya, kelemahan
hak harta intelek (sekiranya ada) yang berkaitan dengan pembangunan perisian multimedia dinyatakan.
Cadangan juga dikemukakan bagi mengatasi kelemahan tersebut. Objektif ketiga adalah untuk mengetahui
elemen penting yang perlu dipertimbangkan dalam merekabentuk dan membangunkan sistem pangkalan
data web hak harta intelek yang berkaitan dengan pembangunan perisian multimedia. Objektif ketiga ini
dicapai melalui perbincangan unsur-unsur yang penting dalam merekabentuk dan membangunkan sistem
pangkalan data web hak harta intelek yang berkaitan dengan pembangunan perisian multimedia.
Seterusnya, berdasarkan perbincangan tersebut, satu model konseptual reka bentuk dan pembangunan
sistem dikemukakan. Objektif keempat adalah untuk membangun sistem pangkalan data web hak harta
intelek dan menguji sistem tersebut. Objektif ini dicapai melalui pembangunan sistem pangkalan data
tersebut berdasarkan model konseptual yang dicadangkan. Pengujian dilaksanakan di syarikat
pembangunan perisian yang menjadi sasaran sistem ini. Justeru, melalui perbincangan objektif di atas,
metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada gabungan antara pendekatan kuantitatif
dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif adalah untuk mendapatkan status semasa tahap pengetahuan dan
kesedaran pembangun perisian multimedia di Malaysia berkenaan dengan hak harta intelek yang berkaitan
dengan pembangunan perisian multimedia. Pendekatan kuantitatif juga digunakan dalam menguji sistem
yang dibina. Manakala pendekatan kualitatif pula adalah dengan melakukan kajian literatur yang mendalam
terhadap undang-undang hakcipta, paten dan cap dagangan yang berkaitan dengan pembangunan perisian
multimedia di Malaysia. Kajian literatur yang terperinci juga dilakukan terhadap elemen penting yang perlu
dipertimbangkan dalam merekabentuk dan membangunkan sistem pangkalan data web hak harta intelek.

1
1. Pengenalan

Kelahiran teknologi multimedia yang membolehkan pembelajaran interaktif membawa


persepsi baru era penggunaan komputer dalam kehidupan manusia dekad ini. Perubahan
konsep ini, yang seiring dengan perkembangan lain, merupakan satu anjakan paradigma
yang wajar ditangani dengan berhati-hati dan teliti supaya ianya mampu menangani
sebahagian daripada perubahan struktur masyarakat yang menjadi dinamik dalam abad ke
21. Di samping kehebatan teknologi multimedia dalam era digital dikaji daripada
pelbagai aspek, kajian juga seharusnya melihat dari sudut undang-undang. Pengetahuan
dan kefahaman yang jelas tentang undang-undang yang berkaitan dengan teknologi
maklumat, adalah penting dalam menangani isu yang semakin kompleks. Sebagai contoh,
tanggungjawab untuk memahami undang-undang berkenaan dengan hak-hak harta intelek
dalam membangunkan produk dan perkhidmatan multimedia seharusnya diberi perhatian
oleh semua pihak. Kajian menurut perspektif undang-undang ini penting terutamanya
untuk memberi penghormatan terhadap individu dan pihak-pihak yang mempunyai hak
ke atas kandungan yang digunakan oleh pembangun perisian mutimedia. Antara hak
utama dalam harta intelek (intellectual property rights) adalah hakcipta, paten dan cap
dagangan. Penekanan kepada aspek undang-undang ini, adalah sejajar dengan prinsip
undang-undang sejagat yang memberikan keadilan kepada semua pihak dalam kehidupan
mereka masing-masing. Perlindungan terhadap hak intelek setiap individu semakin diberi
perhatian di seluruh dunia dan semakin penting dalam dekad mendatang sesuai dengan
era globalisasi (Lehmann 2000).

1.2 Multimedia dan Hak Harta Intelek

Perkembangan pesat pembangunan perisian multimedia di Malaysia memberikan kesan


yang menggalakkan dalam mendokong agenda teknologi maklumat negara. Namun
demikian, perkembangan ini juga menuntut kajian dilakukan bagi mengenalpasti sama
ada peruntukan undang-undang yang sedia ada mencukupi untuk melindungi perisian
multimedia. Persoalan perundangan terutamanya harta intelek sebenarnya mengundang
kegusaran di kalangan sarjana seperti Philips (Mohd Nor 2000):

“There is, however, one major difference between the world of physical property and that of
intellectual property. In the former there is recognition of environmental interest which however
imperfectly they are respected, exceed and transcend the interests of property owning inviduals. In
the latter there is no such recognition. As a result, the great and noble resource known as public
domain is under a variety of threats and has no one to protect it. Two international bodies
currently exercise a vibrantly active of stewardship over intellectual property rights; the World
Intellectual Property Organization and the World Trade Organization. Yet in each of these great
ships of international intellectual estate it is intellectual property rights owners whose hands have
turnly grasped the tiller and its is towards the state, protective of private security that they are
steered”.

Kajian perlu dilakukan bagi memastikan pembangunan perisian multimedia


negara selaras dengan peruntukan undang-undang. Undang-undang utama yang perlu
dikaji adalah undang-undang harta intelektual yang terdiri daripada hakcipta, paten dan
cap dagangan (Brinson & Radcliffe 1994). Undang-undang hakcipta merupakan undang-

2
undang yang paling banyak terlibat dengan isu-isu perundangan dalam pembangunan
perisian multimedia (Zaverdinos 1997; Douglas 1997).
2. Pernyataan Masalah

Pembangunan perisian multimedia bukan merupakan suatu perkara yang mudah. Ia


memerlukan langkah-langkah tertentu dan perlu mengambil kira banyak faktor dalam
menghasilkan perisian yang benar-benar memenuhi kehendak pengguna. Salah satu
faktor penting yang perlu diambil kira adalah soal hak harta intelek. Jika tidak dilindungi
harta intelek ini, maka kesannya ke atas hak ekonomi dan hak moral penciptanya adalah
buruk. Dari aspek ekonomi, Zawiyah et al (2002) melaporkan Weisband dan Goodman
sebagai berkata bahawa industri perisian komputer peribadi di Amerika Syarikat
mengalami kerugian berjumlah US$3 billion setahun disebabkan penyalinan tidak sah.
Pada tahun 1998 sahaja kerugian yang berlaku di seluruh dunia adalah sebanyak US$11
billion yang disebabkan oleh perlanggaran terhadap hakcipta. Manakala dari segi hak
moral, minat pencipta terjejas untuk terus menghasilkan ciptaan-ciptaan baru yang akan
menyumbang kepada perkembangan ilmu, intelek dan budaya (Jamalludin et al 2001).

Malaysia juga tidak terkecuali mengalami banyak kerugian akibat perlanggaran


terhadap hak harta intelek, terutamanya perlanggaran hakcipta perisian komputer. Jika
keadaan ini berterusan tanpa adanya kawalan yang berkesan dari segi undang-undang
maka ia pasti menjejaskan perkembangan industri IT negara. Oleh itu, kajian harus
dilakukan terhadap aspek undang-undang yang berkaitan dengan pembangunan perisian
multimedia agar semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dengan baik dan
berkesan.

Antara persoalan semasa yang timbul adalah kedudukan perisian multimedia


dalam undang-undang hakcipta negara Malaysia (Akta Hakcipta 1987). Menurut undang-
undang tersebut, perisian multimedia tidak dinyatakan dengan jelas (Rohazar Wati 1999).
Walaupun pindaan dilakukan terhadap akta ini pada tahun 1997 bagi melindungi industri
teknologi maklumat negara dan MSC, namun terdapat kesamaran apabila menyentuh isu-
isu berkaitan dengan multimedia secara terperinci. Contoh yang jelas adalah berkenaan
lokasi produk multimedia itu ditempatkan. Douglas (1997) membincangkan produk
multimedia, sama ada diletakkan sebagai satu program komputer, kompilasi, filem
cinematografi ataupun kerja dramatik di bawah akta hakcipta. Namun, keempat-empat
kategori tersebut mempunyai penjelasan yang menghalang multimedia dimasukkan
dalam kategori-kategori tersebut.1 Ida Madieha (1998) pula meletakkan multimedia
sebagai satu kompilasi yang terdiri daripada karya-karya yang dilindungi. Manakala
Bainbridge (2000) cenderung untuk meletakkan produk multimedia dalam kategori
Pangkalan Data. Kajian terbaru oleh Monotti (2002) menyatakan bahawa kemungkinan
multimedia boleh diletakkan dalam kategori pangkalan data digital, kompilasi, kerja
1
Komputer Program - produk multimedia bukan merupakan program komputer sepenuhnya; Kompilasi -
untuk membolehkan kompilasi dilindungi hakciptanya, maka ia harus dibentuk dari perkataan, angka
atau simbol, sedangkan audio dan video dalam produk multimedia bukan dalam bentuk-bentuk tersebut;
FilemCinematografi - filem haruslah terdiri daripada gambar-gambar keseluruhannya bergerak tetapi
produk multimedia tidak semua gambarnya bergerak, ada yang statik; Kerja Dramatik - kerja dramatik
biasanya didefinisikan sebagai satu senario ataupun skrip untuk filem cinematografi tetapi definisi ini
tidak sesuai untuk produk multimedia yang lebih merupakan satu bentuk penyampaian maklumat.

3
dramatik ataupun cinematografi filem. Oleh itu, terdapat percanggahan pendapat untuk
menentukan kedudukan multimedia dalam undang-undang hakcipta yang sedia ada.
Persoalan yang sama juga wujud apabila membincangkan masalah undang-
undang harta intelek yang lain seperti paten dan cap dagangan dengan perisian
multimedia. Walaupun hari ini Malaysia mempunyai Akta Hakcipta 1987, Akta Paten
1983 dan Akta Cap Dagangan 1976, namun persoalannya adalah, adakah akta-akta ini
mencukupi untuk melindungi dan menangani isu-isu yang berbangkit daripada
pembangunan perisian multimedia.

Persoalan lain adalah menyentuh hak intelek perisian multimedia yang dihasilkan
oleh pembangun perisian multimedia tersebut. Kajian harus dilakukan untuk
mengenalpasti peruntukan-peruntukan dalam harta intelek yang melindungi perisian
multimedia yang disiapkan itu. Dalam aspek ini, antara persoalan yang timbul adalah
untuk menentukan pencipta kepada perisian multimedia tersebut. Kajian perlu dilakukan
bagi mengenalpasti pencipta dalam beberapa keadaan yang berlainan kerana ini boleh
mengelakkan daripada masalah timbul kemudian hari (Smedinghoff 1994; Williams
1996; Rohazar Wati 1999). Kajian juga harus dibuat terhadap perisian multimedia yang
berasaskan kepada laman web di internet. Bagaimanakah ianya dilindungi dan apakah
undang-undang harta intelek yang terlibat ? (Hugenholtz 2000).

Berdasarkan persoalan-persoalan di atas, kajian yang teliti seharusnnya dilakukan


untuk menjelaskan bagaimana peruntukan undang-undang yang sedia ada berupaya
menangani semua isu yang berkaitan dengan industri pembangunan perisian multimedia
khususnya hak harta intelek. Kajian undang-undang tersebut mestilah berupaya untuk
mengenalpasi kelemahan undang-undang sedia ada yang perlu diperbaiki supaya dapat
menyelesaikan semua isu yang sepatutnya.

Persoalan seterusnya adalah sejauhmana tahap pengetahuan dan kefahaman


mereka yang terlibat dalam industri pembangunan perisian multimedia dengan undang-
undang harta intelek. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Hal
Ehwal Pengguna Malaysia menunjukkan bahawa dari segi pemberian paten dalam
negara, 95% permohonan datangnya daripada syarikat asing (New Straits Times. 30 Mei
2002). Statistik ini menunjukkan bahawa kesedaran, pengetahuan dan kefahaman tentang
hak mereka sendiri, iaitu usahawan tempatan termasuk yang bergiat dalam bidang
multimedia, berada pada tahap yang minimun. Seharusnya mereka yang terlibat dalam
bidang multimedia ini perlu arif tentang undang-undang harta intelek ini berdasarkan dua
sebab yang utama. Pertamanya, adalah kerana pengetahuan yang jelas boleh
mengelakkan mereka yang terlibat dalam bidang multimedia ini melakukan perlanggaran
hak intelek pihak lain serta mengelakkan daripada disaman dan yang kedua, mereka
sendiri seharusnya mengetahui hak dan tindakan yang perlu diambil jika harta intelek
mereka dicerobohi. Atas dasar inilah, suatu sistem perlu diwujudkan agar mereka yang
terlibat dalam bidang multimedia ini boleh merujuk dengan mudah dan senang dalam
usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman terhadap undang-undang harta
intelek yang berkaitan dengan apa yang mereka lakukan.

4
Oleh sebab itulah, kajian ini berusaha, bukan sahaja untuk mengkaji adakah
undang-undang harta intelek melindungi perisian multimedia, tetapi juga cuba
menghasilkan sistem yang boleh menjadi panduan yang berguna kepada mereka yang
memerlukan. Pembangunan sistem hak harta intelek berasaskan pangkalan data web ini
diharap dapat membantu syarikat-syarikat yang berkenaan, secara langsung memperolehi
katalog maklumat yang boleh menjadi panduan kepada mereka untuk mengetahui hak
masing-masing dari perspektif undang-undang. Pengetahuan undang-undang boleh
membantu mengelakkan proses litigasi atau perbicaraan yang panjang dan melibatkan
kos yang tinggi (Sakina 2001) Sistem ini, yang merupakan pertama kali dibangunkan
untuk pangkalan data web ini, diharapkan secara tidak langsung membantu meningkatkan
industri multimedia negara ke tahap yang cemerlang dan setanding dengan negara-negara
maju yang lain.

3. Objektif Penyelidikan

Fokus utama kajian ini adalah berkenaan undang-undang harta intelek dan kaitannya
dengan pembangunan perisian multimedia di Malaysia. Empat objektif telah digariskan
dalam kajian ini.

Objektif pertama adalah untuk mengetahui status semasa tahap pengetahuan dan
kesedaran pembangun perisian multimedia di Malaysia berkenaan dengan hak-hak
intelek yang berkaitan dengan pembangunan perisian multimedia. Untuk mencapai
objektif ini, soal selidik dikemukakan kepada pembangun perisian multimedia di
Malaysia menerusi kaedah persampelan. Kemudian, analisis kepada data yang diperolehi
dibuat untuk mengetahui status semasa pengetahuan dan kesedaran pembangun perisian
multimedia berkenaan hak harta intelek yang berkaitan dengan pembangunan perisian
multimedia di negara ini.

Objektif kedua adalah untuk mengetahui hak harta intelek yang berkaitan dengan
pembangunan perisian multimedia di Malaysia. Untuk mencapai objektif ini, hak harta
intelek yang berkaitan dengan pembangunan perisian multimedia dikaji. Seterusnya,
kelemahan hak harta intelek (sekiranya ada) yang berkaitan dengan pembangunan
perisian multimedia dinyatakan. Cadangan juga dikemukakan bagi mengatasi kelemahan
tersebut. Objektif ketiga adalah untuk mengetahui elemen penting yang perlu
dipertimbangkan dalam merekabentuk dan membangunkan sistem pangkalan data web
hak harta intelek yang berkaitan dengan pembangunan perisian multimedia. Objektif
ketiga ini dicapai melalui perbincangan unsur-unsur yang penting dalam merekabentuk
dan membangunkan sistem pangkalan data web hak harta intelek yang berkaitan dengan
pembangunan perisian multimedia. Seterusnya, berdasarkan perbincangan tersebut, satu
model konseptual reka bentuk dan pembangunan sistem dikemukakan.

Objektif keempat adalah untuk membangun sistem pangkalan data web hak harta
intelek dan menguji sistem tersebut. Objektif ini dicapai melalui pembangunan sistem
pangkalan data tersebut berdasarkan model konseptual yang dicadangkan. Pengujian
dilaksanakan di syarikat pembangunan perisian yang menjadi sasaran sistem ini.

5
4. Skop Penyelidikan

Penyelidikan ini terhad kepada kajian dan analisis undang-undang terhadap


pembangunan perisian multimedia sahaja. Undang-undang yang dikaji hanyalah undang-
undang harta intelek yang terdiri daripada undang-undang hakcipta, undang-undang paten
dan undang-undang cap dagangan. Penyelidikan ini juga dihadkan kepada penyelidikan
untuk pembangunan sistem hak harta intelek berasaskan pendekatan pangkalan data web.

5. Signifikan Penyelidikan

Penyelidikan ini memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu dalam dua keadaan.
Pertama, penyelidikan ini mengetengahkan satu analisis terkini tentang perkembangan
undang-undang harta intelek di Malaysia dan perkaitan antara undang-undang tersebut
dengan pembangunan perisian multimedia. Analisis ini mengenalpasti kelemahan
undang-undang, sekiranya ada, dan kemudian mencadangkan peruntukan baru bagi
mengatasi kelemahan tersebut. Oleh itu, penyelidikan ini dapat memberi sumbangan
kepada perkembangan ilmu dalam bidang teknologi maklumat khususnya daripada aspek
undang-undang harta intelek dan multimedia.

Kedua, penyelidikan ini menghasilkan model konseptual reka bentuk sistem


pangkalan data web hak harta intelek. Model ini dapat memberi sumbangan kepada
perkembangan ilmu khususnya dalam aspek pembangunan sistem pangkalan data web
dengan menggunakan undang-undang sebagai kandungan utamanya. Model konseptual
ini juga berguna untuk membangunkan sistem yang seumpamanya pada masa hadapan
terutamanya untuk sistem pengajaran web kepada syarikat-syarikat.

6. Faedah Penyelidikan

Penyelidikan undang-undang harta intelek ini dijangka dapat memberi faedah kepada
penggubal undang-undang dalam mengenalpasti kelemahan peruntukan sedia ada supaya
relevan dengan perkembangan IT semasa. Kajian undang-undang ini juga memberi
manfaat kepada pengamal undang-undang seperti peguam dan hakim untuk
meningkatkan kefahaman mereka terhadap undang-undang harta intelek yang dikaitkan
dengan pembangunan perisian multimedia.

Penyelidikan ini juga menghasilkan satu analisis terkini tahap pemahaman


pembangun perisian multimedia terhadap hak harta intelek yang berkaitan. Hasil analisis
ini kemudiannya boleh menjadi panduan kepada pihak-pihak yang berkuasa di Malaysia
untuk bertindak dalam memajukan bidang teknologi maklumat negara dari sudut undang-
undang.

Manakala sistem pangkalan data web harta intelek yang dibangunkan pula, boleh
menjadi panduan berguna terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam bidang

6
pembangunan perisian multimedia ataupun pihak industri. Penggiat pembangunan
perisian multimedia perlu mengetahui undang-undang yang berkenaan bagi mengelakkan
daripada disaman kerana melanggar hak ciptaan pihak lain. Mereka juga boleh merujuk
kepada sistem yang dibangunkan bagi mengetahui dan mempertahankan hak-hak intelek
mereka dalam produk dan perkhidmatan masing-masing.

7. Metodologi Penyelidikan

Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada gabungan antara
pendekatan kuantitatif dan kualitatif serta reka bentuk dan pembangunan sistem.

7.1 Kuantitatif

Pendekatan kuantitatif pertama adalah untuk mendapatkan status semasa tahap


pengetahuan dan kesedaran pembangun perisian multimedia di Malaysia berkenaan
dengan hak harta intelek yang berkaitan dengan pembangunan perisian multimedia. Soal
selidik ini dihantar kepada syarikat yang membangun perisian multimedia. Soal selidik
ini bertujuan untuk mengetahui sama ada syarikat pembangun perisia multimedia
memahami hak-hak harta intelek dalam aktiviti pembangunan dan pengeluaran produk.
Tahap pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai hak harta intelek perlu diketahui
supaya sistem yang dibangunkan adalah relevan.

Pendekatan kuantitatif kedua digunakan dalam menguji sistem yang dibina.


Sistem yang dihasilkan diuji keberkesanannya di syarikat-syarikat terpilih yang terlibat
secara langsung dalam pembangunan perisian multimedia. Penilaian dibuat untuk
mengetahui adakah sistem yang dibangunkan dapat membantu meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman syarikat mengenai hak harta intelek dan multimedia
berdasarkan maklumat yang disampaikan.

7.2 Kualitatif

Pendekatan kualitatif pertama pula adalah dengan melakukan kajian literatur yang
mendalam terhadap tiga undang-undang harta intelek yang berkaitan dengan
pembangunan perisian multimedia di Malaysia. Terdapat tiga analisis kualitatif yang
akan dilihat. Pertama adalah analisis terhadap undang-undang harta intelek yang ada pada
hari ini yang memfokuskan kepada tiga undang-undang iaitu Akta Hakcipta 1987, Akta
Paten 1983 dan Akta Cap Dagangan 1976. Kedua adalah analisis pembangunan perisian
multimedia dan tahap-tahapnya. Ketiga adalah analisis isu undang-undang harta intelek
berkenaan yang relevan dengan pembangunan perisian multimedia. Analisis ini dilakukan
dengan tujuan untuk meneliti sama ada terdapat kelemahan dalam undang-undang sedia
ada. Sekiranya ada cadangan untuk mengatasi kelemahan undang-undang tersebut, maka
ia dikemukakan pada akhir tahap kajian undang-undang ini.

Pendekatan kualitatif kedua adalah melalui kajian literatur terperinci yang


dilakukan terhadap elemen penting yang perlu dipertimbangkan dalam merekabentuk dan
membangunkan sistem pangkalan data web hak harta intelek. Analisis reka bentuk dan

7
pembangunan sistem perlu dibuat agar sistem yang dihasilkan berdasarkan kepada reka
bentuk yang baik.

7.3 Reka bentuk dan Pembangunan

Setelah analisis kualitatif dan kuantitaif yang berkenaan dilakukan, reka bentuk sistem
pangkalan data web harta intelek dilaksanakan. Fasa ini meliputi pelbagai perkara yang
penting untuk diambil kira dalam reka bentuk dan pembangunan sistem pangkalan data
hak harta intelek berasaskan web. Antara komponen utama perkara yang dilihat adalah
konsep sistem pengajaran berasaskan web, pembangunan pangkalan data, pembangunan
laman web, pembangunan pangkalan data web dan konsep senibina pelayan-pengguna.
Reka bentuk yang dihasilkan termasuklah model konseptual yang menjadi asas kepada
pembangunan sistem tersebut.

Reka bentuk pembangunan yang dihasilkan dalam fasa sebelum ini dijadikan asas
kepada pembangunan sistem yang dilaksanakan dalam fasa ini. Pembangunan sistem
berdasarkan dua pendekatan utama iaitu pangkalan data dan laman web.

8. Kajian Literatur

Kajian literatur dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kajian literatur berkenaan dengan
harta intelek dan reka bentuk serta pembangunan sistem pengajaran berasaskan web.

8.1 Harta Intelek

Undang-Undang Harta Intelektual (IP) atau Hak Harta Intelektual memberi kuasa secara
eksklusif kepada pencipta atau pemilik harta intelektual, yang diberikan hak secara sah
dari segi undang-undang terhadap ciptaan mereka untuk mengelakkan orang lain dari
membuat atau menggunakan ciptaan yang dilindungi tanpa kebenaran.

Tiga bentuk undang-undang harta intelek utama yang sentiasa dibincangkan


adalah seperti berikut (Lipton 2002) :

i) Undang-Undang hakcipta (copyright law) iaitu bagi mengawal keaslian karya


seseorang
ii) Undang-Undang paten (patent law) iaitu bagi mengawal penemuan baru dan
berguna
iii) Undang-Undang cap dagangan (trademark law) iaitu bagi mengawal perkataan,
nama dan simbol yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan
untuk mengenalpasti produk dan perkhidmatan mereka.

Ketiga-tiga undang-undang harta intelek ini kebanyakannya dikendali dan ditadbir


di peringkat antarabangsa oleh World Intellectual Property Organization (WIPO). Antara
tanggungjawab utama pertubuhan ini ialah menentukan keselarasan undang-undang harta
intelek di peringkat antara negara (Merges et al 2000).

8
i) Undang-Undang Hakcipta

Pembangun perisian multimedia perlu memahami prinsip asas undang-undang hakcipta


(Khaw 2001). Kerja pembangunan perisian multimedia melibatkan penggabungan isi
kandungan yang terdiri daripada teks, grafik, gambar, video, audio dan sebagainya.
Pembangunan perisian multimedia yang asli adalah dikawal di bawah undang-undang
hakcipta. Undang-undang hakcipta memberi hak kepada pembangun agar perisian
multimedia yang dihasilkan tidak boleh disalin dan diedarkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab tanpa kebenaran daripada pihak yang terlibat (England & Finney
1996). Di Malaysia, hakcipta ke atas karya yang dihasilkan, dikawal oleh Akta Hakcipta
1987.

Antara karya yang dilindungi oleh hakcipta 2 adalah bahan-bahan bercetak seperti
novel, puisi, surat khabar, artikel dalam majalah dan manual perisian, muzik atau kesan
audio seperti lagu iklan dan lagu instrumental, pantomin seperti tarian moden dan tarian
jazz, gambar dan grafik seperti gambar foto, poster, peta, lukisan dan kartun, audio visual
seperti tayangan filem, rancangan televisyen, dan iklan, rakaman suara seperti rakaman
muzik, bunyi dan perkataan serta program-program komputer seperti perisian komputer
termasuk perisian multimedia (Bainbridge 1999)

Perlindungan hakcipta diberikan secara automatik. Pembangun perisian


multimedia yang mendapat hakcipta mempunyai empat hak eksklusif 3 seperti berikut
(Jamalludin et al 2001):

i) Hak pengeluaran semula iaitu hak untuk menyalin atau meniru bahan
ii) Hak pengubahsuaian iaitu hak untuk mengubahsuai sesuatu kerja kepada kerja
yang baru
iii) Hak pengedaran iaitu hak untuk mengedarkan salinan kerja kepada khalayak
ramai dengan menjual, menyewa atau meminjam
iv) Hak persembahan di khalayak ramai iaitu hak untuk mempersembahkan serta
mempamerkan hasil kerja secara terbuka.

Perlanggaran hakcipta boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti yang


diperuntukkan di bawah seksyen 36 Akta Hakcipta 1987 (Zawiyah et al 2002). Antara
contoh-contoh perlanggaran terhadap hakcipta adalah apabila seseorang yang bukan
pemilik hasil karya hakcipta tersebut melakukan hak-hak eksklusif pemilik hakcipta
tanpa kebenaran beliau. Sebagai contoh, pembangun perisian multimedia mengambil
gambar yang mempunyai hakcipta untuk digunakan dalam perisian multimedia yang
digunakan tanpa kebenaran pemilik hakcipta gambar tersebut. Contoh kedua,
perlanggaran boleh juga berlaku apabila seseorang mengimport sesuatu artikel langgaran
daripada luar negara bagi tujuan perdagangan atau komersil tanpa persetujuan tuan punya

2
Lihat Seksyen 3 dan Seksyen 7, Akta Hakcipta 1987
3
Lihat Seksyen 13(1), Akta Hakcipta 1987

9
asal hasil karya tersebut. Sebagai contoh, jika seseorang mengimport salinan langgaran
program Macromedia Authorware sebagai perisian pengarangan bagi pembangunan
multimedianya tanpa kebenaran syarikat yang mengeluarkan perisian tersebut, maka jika
beliau tahu bahawa salinan yang dimport itu adalah tanpa kebenaran pemiliknya maka dia
telah melakukan kesalahan perlanggaran hakcipta.

Namun demikian, terdapat beberapa pengecualian terhadap perlanggaran


hakcipta. Pengecualian-pengecualian ini dinyatakan di bawah seksyen 13(2) Akta
Hakcipta 1987. Terdapat lebih kurang 20 pengecualian yang diberi termasuklah
pengecualian yang pertama iaitu untuk urusan yang wajar. Makna urusan yang wajar di
sini ialah perlanggaran itu dibuat untuk tujuan penyelidikan yang bukan mencari
keuntungan, pengajian persendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan semasa (Khaw
2001). Jadi mengikut pengecualian ini, jika seseorang itu ingin membangunkan perisian
multimedia untuk penyelidikan, beliau maka dia dikecualikan daripada perlanggaran
hakcipta. Antara pengecualian lain adalah melakukan dekompilasi iaitu mengubah
penyusunan perisian sedia ada untuk tujuan interaksi, melakukan salinan sokongan dan
adaptasi termasuk pembetulan kesilapan (Sakina 2001).

Banyak persoalan yang berkaitan dengan hakcipta dan multimedia boleh


disenaraikan yang memerlukan kajian lanjut. Antaranya ialah penggunaan bahan-bahan
yang tidak mempunyai notis hakcipta padanya (Bainbridge 1999). Walaupun undang-
undang terkini menunjukkan bahan-bahan yang tidak mempunyai hakcipta itu tidak
semestinya tidak dilindungi oleh undang-undang, namun persoalannya ialah bagaimana
untuk membezakan antara bahan-bahan yang dilindungi atau tidak dilindungi sedangkan
bahan-bahan tersebut tidak mempunyai notis hakcipta. Persoalan seterusnya adalah
sejauhmanakah kesalahan perlanggaran hakcipta dilakukan jika penggunaan bahan-bahan
yang mempunyai hakcipta itu hanyalah dalam kuantiti yang kecil. Begitu juga dengan
persoalan perlanggaran atas urusan yang wajar. Walaupun ada beberapa panduan
menentukan sama ada sesuatu urusan itu wajar ataupun tidak, namun terdapat banyak
keraguan yang timbul dalam menentukan perkara ini apabila ia membabitkan industri
digital (Gladney 2000).

Menurut Ong (1999), keupayaan maklumat digital ini yang mudah diubah,
distruktur, digabung dan dimanipulasikan memberi banyak persoalan mengenai status
hakcipta ke atas karya-karya asal. Oleh itu, banyak kajian perlu dibuat dari masa ke
semasa untuk mengkaji perubahan yang berlaku agar ianya berjaya ditangani oleh
peruntukan undang-undang yang sesuai.

ii) Undang-Undang Paten

Paten merupakan hak monopoli yang sah di sisi undang-undang. Sesuatu ciptaan boleh
dipatenkan sekiranya ia merupakan sesuatu yang baru ataupun menggunakan pendekatan
baru dan boleh digunakan secara industri (Stim 2001). Paten menyediakan perlindungan
undang-undang yang eksklusif dalam bentuk monopoli kepada pemegang paten.
Malaysia menggunakan Akta Paten 1983 bagi memberikan hak yang sepatutnya dalam
melindungi paten tertentu.

10
Undang-undang paten bertujuan untuk memonopoli dan mengeksploitasi sesuatu
ciptaan itu sepertimana peruntukan dalam Akta Paten. Undang-undang ini juga boleh
bertindak sebagai satu galakan kepada pencipta bagi menghasilkan produk-produk baru
yang lebih baik dalam memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Ia juga boleh
bertindak sebagai satu cara untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada rekacipta
terbabit.

Jenis rekaan yang boleh dipatenkan ialah rekaan produk dan rekaan proses. 4
Rekaan produk merujuk kepada produk itu sendiri manakala rekaan proses pula merujuk
kepada proses pembuatan atau cara pembuatan (Stim 2001). Jangkamasa paten tamat 20
tahun dari tarikh seseorang itu diberikan hak paten.5

Terdapat tiga elemen utama yang perlu dipenuhi secara serentak bagi
membolehkan suatu barangan itu dipatenkan iaitu:

i) Rekaan atau ciptaan itu hendaklah suatu yang baru6


ii) Rekaan atau ciptaan itu hendaklah melibatkan langkah-langkah penciptaan7
iii) Rekaan atau ciptaan itu hendaklah boleh diaplikasikan secara industri.8

Pemegang paten mempunyai hak untuk mengeksploitasi ciptaan berkenaan,


menyerahkan atau memberi hak paten, dan/atau memberikan lesen kontrak kepada
sesiapa yang dikehendaki.9 Satu paten memberi hak kepada pemilik untuk tidak
membenarkan orang lain menggunakan ciptaan tersebut di Malaysia.

Terdapat beberapa perbuatan yang dianggap perlanggaran oleh Akta Paten.


Perlanggaran boleh berlaku terhadap produk. Contohnya sejenis komputer multimedia
yang baru dimport. Pengimport, membuat tawaran untuk menjual, menggunakan produk
atau menyimpan stok untuk tawaran jualan. Selain perlanggaran terhadap produk,
seseorang juga boleh dikatakan melakukan perlanggaran terhadap sesuatu proses seperti
menyalin tanpa kebenaran proses pembuatan sebuah litar bersepadu untuk kegunaan
komputer multimedia (Sakina 2001). Bagaimanapun, terdapat dalihan atau pengecualian
kepada perlanggaran sekiranya produk digunakan untuk tujuan persendirian dan
bukannya untuk tujuan komersial ataupun ujikaji.

Selain daripada itu, perlanggaran produk dan proses, isu lain yang pokok kepada
masalah paten ialah adakah perisian komputer boleh dipatenkan? (Widdison 2000, Llyod
2001). Persoalan ini penting memandangkan mereka yang terlibat dalam pembangunan
perisian termasuklah multimedia merasakan bahawa seharusnya perisian komputer juga
boleh dipatenkan bagi memberikan perlindungan terhadap perisian-perisian tersebut.

4
Lihat Seksyen 3, Akta Paten 1983
5
Lihat Seksyen 35, Akta Paten 1983
6
Lihat seksyen 14, Akta paten 1983
7
Lihat Seksyen 15, Akta Paten 1983
8
Lihat Seksyen 16, Akta Paten 1983
9
Lihat Seksyen 36, Akta Paten 1983

11
Setakat ini, hanya hakcipta sahaja yang telah memberikan perlindungan kepada perisian
komputer (New Straits Times. 30 Mei 2002).

iii) Undang-Undang Cap Dagangan

Cap dagangan adalah salah satu bentuk harta intelektual yang digunakan berkaitan
dengan barang-barang, bagi tujuan menunjukkan hubungan antara barang-barang yang
diniagakan dan seseorang yang mempunyai hak untuk menggunakan tanda atau cap
berkenaan (Lipton 2002). Cap dagangan menyediakan monopoli terhadap alat-alat,
jenama, label, tiket, nama, tandatangan, perkataan, huruf nombor atau apa-apa kombinasi
yang berkenaan.10 Misalnya, cap dagangan seperti “Adobe Photoshop” digunakan oleh
syarikat Adobe Corporation untuk membezakan perisiannya dengan perisian
penyuntingan grafik yang lain. Cap dagangan menerangkan sesuatu produk dan bukan
bagi membezakan produk yang tidak dapat dikawal. Misalnya, perkataan ‘perisian
multimedia’ tidak dapat dikawal. Terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan ‘perisian
multimedia’ maka adalah agak sukar untuk ianya dijadikan cap dagangan (Jamalludin et
al 2001).

Seseorang pemilik cap dagangan berdaftar mempunyai hak eksklusif ke atas


penggunaan cap dagangan tersebut. Sekiranya terdapat dua orang atau lebih pemilik cap
dagangan berdaftar yang serupa atau hampir serupa sama ada untuk barangan atau
perkhidmatan, tidak akan dimiliki oleh individu lain hanya kerana pendaftaran cap
dagangan tersebut. Setiap orang mempunyai hak yang serupa seolah-olah cap dagangan
itu hanya mempunyai seorang pemilik. Sesuatu cap dagangan yang berdaftar adalah
dilanggar sekiranya digunakan oleh seseorang yang bukan pemilik berdaftar atau
digunakan oleh pengguna yang tidak mendapat kebenaran dari pemilik cap dagangan
yang berdaftar itu atau pun seseorang menggunakan cap dagangan yang serupa atau
hampir sama sehingga memperdayakan atau mengelirukan orang ramai (Stim 2001).

Sebagaimana hakcipta dan paten, cap dagangan juga mempunyai dalihan ataupun
pengecualiannya (Merges et al 2000). Antara pengecualiannya ialah cap dagangan yang
dikatakan melanggar cap dagangan plaintif tidak dalam apa-apa cara pun berkait dengan
barang atau perniagaan plaintif. Di samping itu, pendaftar cap dagangan juga boleh
membenarkan pendaftaran lebih dari seorang tuan punya bagi cap dagangan yang serupa.
Pengecualian seterusnya adalah tidak berlakunya penipuan atau kekeliruan dari
penggunaan cap dagangan yang dituduh telah melakukan perlanggaran (Sakina 2001).

8.2 Kajian Literatur Reka Bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran


Berasaskan Web

“For many years, visionaries and futurists have been telling us that one day we would
have quick and easy online access to all of the world’s information. Well, the future has
arrived; [it’s] called the Wolrld Wide Web (WWW) and its growth in the past few years
has been phenomenal. Already the web is showing us how global networks will transform
education ”11

10
Lihat Seksyen 3, Akta Cap Dagangan 1976

12
8.2.1 Definisi Pengajaran Berasaskan Web (WBI)

Antara definisi WBI12 adalah ia merupakan satu program pengajaran berasaskan


hipermedia yang menggunakan atribut dan sumber World Wide Web untuk mencipta
persekitaran pembelajaran bermanfaat yang mana pembelajaran itu mempunyai
rangsangan dan sokongan (Khan 1997).

WBI juga dikatakan sebagai satu pendekatan inovatif untuk menyampaikan


pengajaran kepada khalayak yang jauh dengan menggunakan web sebagai medium (Khan
1997). WBI juga didefinisikan sebagai satu persekitaran yang melibatkan banyak
sumber, menyokong kerjasama, implementasi aktiviti berasaskan web sebagai sebahagian
daripada rangka kerja pembelajaran, dan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua
pengguna asas dan juga pakar (Sherry & Wilson 1997). Manakala Relan & Gillani (1997)
menakrifkan WBI sepertimana berikut :

“application of a repertoire of cognitively oriented instructional strategies implemented


within a constructivist and collaborative learning, utilizing the attributes and resources of
the WWW “

Menurut Relan dan Gillani (1997) juga, WBI boleh diaplikasikan dalam bentuk-bentuk
berikut ;
i) sebagai satu sumber untuk mengenalpasti, menilai dan mengintegrasikan
pelbagai jenis maklumat
ii) sebagai satu medium kerjasama, perbualan, perbincangan, pertukaran dan
komunikasi idea
iii) sebagai satu platform antarabangsa untuk ekspresi dan sumbangan dalam
pemahaman dan makna yang bersifat kognitif dan artistik
iv) sebagai satu medium untuk penglibatan dalam simulasi pengetahuan,
perantisan dan perkongsian kognitif.

8.2.2 Kelebihan Pengajaran Berasaskan Web (WBI)

WBI mempunyai pelbagai kelebihan daripada sudut pengajaran dan penyampaian


maklumat berbanding dengan cara konvensional yang diamalkan sebelum ini.
Kemampuan teknologi membantu pengajaran berasaskan web untuk menawarkan
dimensi baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran khususnya dan penyampaian
maklumat amnya. Antara kelebihan WBI adalah ia sebagai teknologi pengajaran
berasaskan hipermedia yang membekalkan empat nilai pengajaran (Jonassen 1994; Starr
1997; Yang 1996). WBI menawarkan persekitaran maklumat bermultimedia, menyokong

11
Kearsley, G. 1996. The World Wide Web: Global Access to Education. Educational Technology Review.
5:26-30.
12
WBI merupakan singkatan kepada Web-Based Instruction yang diterjemahkan sebagai Pengajaran
Berasaskan Web dalam Bahasa Malaysia. Oleh kerana WBI digunakan secara meluas oleh para sarjana
maka penulis juga menggunakan singkatan WBI sebagai merujuk kepada Pengajaran Berasaskan Web.

13
capaian maklumat secara tidak berjujukan, menyokong komunikasi interaktif dan
berupaya untuk mengintegrasikan pelbagai format maklumat.

Relan & Gillani (1997) juga menyatakan beberapa kelebihan WBI antaranya ialah
WBI meluaskan sempadan pembelajaran, yang bukan sahaja terhad kepada bilik darjah
sahaja tetapi merangkumi rumah, tempat kerja ataupun dari mana-mana tempat. Ia juga
boleh dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka yang berpengalaman untuk menyesuaikan
pengajaran dengan situasi sebenar. WBI juga menawarkan kelebihan dalam penyampaian
maklumat secara hiperteks dan hipermedia yang menarik di samping capaian kepada
pelbagai jenis maklumat (Weston & Barker 2001).

Antara kelebihan WBI yang lain adalah keupayaan pengguna membuat capaian
yang mudah terhadap pelbagai sumber di internet. Kemudahan capaian ini boleh berlaku
apabila pautan hiperteks dan hipermedia dibangunkan secara maksimun untuk mencapai
pelbagai dimensi data (Liaw & Huang 2000).

Weston & Barker (2001) pula menerangkan perbezaan utama WBI berbanding
dengan penyampaian maklumat secara tradisional adalah ia boleh dimanfaatkan oleh
pengguna yang jauh. Kelebihan lain adalah kebebasan kawalan oleh pelajar kepada
maklumat yang disampaikan.

8.2.3 Keperluan Reka Bentuk dan Pembangunan WBI

“Not many creatures can spin webs. Even men aren’t as good at it as spiders, although
they think they’re pretty good and they’ll try anything”

White 1952

Reka bentuk dan pembangunan WBI perlu dirancang dengan baik agar matlamat sistem
WBI itu tercapai. Derry (1997) mencadangkan bahawa untuk WBI berjaya dalam
pendekatan pengajaran dan penyampaian maklumatnya, ia memerlukan kepada lima
kriteria. Kriteria tersebut adalah pengetahuan kandungan dan pengalaman yang sepadan,
kecekapan dan kefahaman yang diperlukan untuk menyampaikan kursus (contoh e-mail,
komunikasi masa sebenar), kebolehan memperkenal dan mengendalikan interaksi
komunikasi segerak (syncronous) dan tidak segerak (asynchronous) dan keterbukaan
kepada kemajuan teknologi serta mempunyai cara untuk mengaplikasikannya dalam
persekitaran pengajaran WBI.

Manakala Reeves & Reeves (1997) pula mencadangkan reka bentuk model
pengajaran WBI haruslah terdiri daripada sepuluh dimensi iaitu falsafah pedagogi, teori
pembelajaran, orientasi matlamat atau objektif, orientasi tugas, sumber motivasi, peranan
guru, sokongan metakognitif, pembelajaran kerjasama, sensitiviti budaya dan struktur
yang fleksibel.

Di samping itu, elemen lain yang perlu diambilkira adalah soal reka bentuk
pengajaran dalam pembangunan WBI (Kang 2001; Ruffini 2000; Revees &Reeves 1997).
Konsep reka bentuk pengajaran harus digunakan dalam mereka bentuk sistem WBI.

14
Antara prinsip reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan oleh WBI menurut Ritchie
& Hoffman (1997) adalah motivasi kepada pelajar, mengenalpasti apa yang perlu
dipelajari, mengingatkan pelajar kepada pengetahuan yang lepas, keperluan penglibatan
yang aktif, panduan dan maklum balas, ujian dan membekalkan unsur pengayaan dan
pembaikan. Prinsip ini dicadangkan berasaskan gaya penyampaian pembelajaran yang
dikemukakan oleh Dick & Reiser (1989).

Sementara itu, Rasmussen et al. (1997) menyatakan pembangunan WBI perlu


melibatkan empat elemen seperti keselamatan, sambungan, komunikasi dan penyelesaian
masalah. Keempat-empat elemen ini membentuk model yang dinamakan sebagai SCo²T.

Kesimpulannya, reka bentuk dan pembangunan sistem berasaskan WBI perlu


mengambil kira beberapa elemen bagi memastikan sistem tersebut memberi kesan yang
baik dalam penyampaian maklumatnya. Elemen-elemen tersebut adalah berasaskan
kepada konsep prinsip pembangunan WBI itu sendiri. Ini termasuklah reka bentuk
pengajaran, pembangunan laman web dan pangkalan data lain-lain.

8.2.4 Tinjauan Terhadap Perisian Kursus Berasaskan Web Yang Sedia Ada

Santi (1997), mengemukakan satu perisian kursus WBI yang menekankan kepada
kemudahan forum perbincangan dan ruang sembang. Perisian “Animal Research for
Human Research” yang diperkenalkan pada tahun 1996 ini, dibangunkan di Univeriti
Minnessota. Walaupun perisian ini menggunakan konsep perisian kursus WBI, namun ia
masih lagi bergantung kepada pengajaran berasaskan kelas. Pelajar berjumpa sejam
seminggu di kelas manakala lima jam seminggu untuk pelajar belajar melalui internet.
Pelajar memperolehi pengetahuan asas melalui pembelajaran di kelas dan memperolehi
bahan tambahan melalui perisian kursus WBI ini. Penggunaan forum perbincangan oleh
pelajar adalah melalui komen-komen yang perlu mereka berikan setiap minggu sebagai
tugasan terhadap kajian kes yang dipaparkan pada laman web. Pakar juga dijemput untuk
memberi komen kepada kajian kes yang sama. Satu lagi bentuk interaksi dalam perisian
ini adalah melalui ruang sembang yang dilaksanakan secara informal. Perbincangan
serentak berasaskan teks dilakukan.

Manakala Universiti New Brunswick (Bannan & Milheim 1997) pula


membangunkan satu projek pengajaran yang disampaikan keseluruhannya melalui
internet. Projek ini dinamakan sebagai ‘Applied Educational On-Line Technologies’.
Walaupun tanpa kehadiran pelajar ke kelas seperti biasa, pendekatan pembelajaran masih
lagi berorientasikan pelajar termasuk pelajar menyediakan proposal dan tugasan yang
dihantar melalui mel-e. Pelajar juga perlu menghantar projek mereka ke internet dan
maklum balas terhadap projek tersebut dipaparkan. Komunikasi antara pelajar juga
dilaksanakan melalui ruang perbincangan yang disediakan.

Satu lagi projek WBI dikemukakan oleh Universiti Texas (Bannan & Milheim
1997). Projek ini membolehkan pelajar meneroka persekitaran pembelajaran secara
berstruktur berasaskan tema tertentu yang bersesuaian dengan maklumat yang
disampaikan. Projek ‘Rhetoric of Epic Narratives’ membolehkan pelajar mengolah

15
bahan-bahan dan mengaplikasikan maklumat tersebut. Di samping itu, pelajar juga dapat
menganalisis maklumat yang dihantar kepada web tersebut.
Jika melihat kepada beberapa sistem WBI yang dinyatakan di atas, semua
kandungannya tidak memfokus kepada undang-undang. Namun demikian, terdapat
sistem WBI yang berkaitan dengan undang-undang dibangunkan di peringkat tempatan
dan antarabangsa. Namun sistem-sistem ini kebanyakannya untuk tujuan komersil.
Contoh sistem yang dibangunkan di peringkat antarabangsa adalah Lexis-Nexis13
(www.lexisnexis.com). Lexis-Nexis dibangunkan untuk membekal maklumat
perundangan kepada pelbagai pihak termasuk ahli undang-undang, syarikat korporat,
kerajaan dan ahli akademik. Selain daripada maklumat perundangan yang ditawarkan
secara dalam talian, maklumat tersebut juga boleh didapati dalam bentuk dokumen
cetakan dan format cakera padat. Laman web dan talian dial-upnya membolehkan
penggunanya mendapat lebih tiga billion maklumat daripada 31,000 sumber. Terdapat
pelbagai maklumat yang merangkumi pelbagai bidang termasuk kes-kes yang diputuskan
di negara-negara tertentu di samping artikel-artikel dari seluruh dunia.

Di peringkat tempatan, “Malayan Law Journal Online (MLJ Online)”


(www.mlj.com.my) pula dibangunkan. Sistem ini menawarkan maklumat perundangan di
Malaysia secara dalam talian yang komprehensif dan terkini. Antara maklumat yang
ditawarkan adalah mengenai kes yang dilaporkan dan yang tidak dilaporkan (kemaskini
mingguan), laporan dan kes MLJ semenjak 1932, artikel MLJ semenjak 1992, laporan
All England Reports, statut di Malaysia dan lain-lain. Di samping itu, penggunanya boleh
memperolehi lebih 100 bahan daripada kawasan Asia Pasifik dan pautan secara hiperteks
kepada pelbagai maklumat perundangan. Bayaran dikenakan kepada pengguna yang
ingin menggunakan penerbitan ini dan latihan percuma diberikan.

Oleh itu, berdasarkan tinjauan ke atas perisian berasaskan web yang sedia ada,
tidak terdapat lagi sebarang sistem sama ada di peringkat tempatan mahupun
antarabangsa yang memfokuskan khusus kepada kaitan antara harta intelek dan
pembangunan perisian multimedia. Oleh itu, sistem yang dicadangkan melalui kajian ini
adalah merupakan satu-satunya sistem yang dibangunkan di Malaysia untuk menawarkan
maklumat percuma kepada pembangun perisian multimedia dan hak harta intelek yang
berkaitan terutamanya undang-undang hakcipta, paten dan cap dagangan. Sistem ini yang
menggunakan pangkalan data, juga mengandungi statut-statut terkini perundangan, di
samping kes yang menjadi rujukan serta artikel-arikel lain yang berkaitan. Oleh itu
penyelidikan ini adalah penting untuk membantu pembangun perisian multimedia
memahami hak harta intelek yang sepatutnya mereka mengetahui.

Oleh itu, pembangunan dan reka bentuk sistem penyampaian WBI adalah penting
dalam memastikan sistem yang dibangunkan dapat mencapat matlamatnya. Sistem
tersebut perlu mengambilkira elemen-elemen yang penting dalam pembangunan WBI
sebagaimana yang dibincangkan oleh kebanyakan kajian lepas.

13
Laman web yang menggunakan banyak pangkalan data ini dibangunkan sejak 1973 dan kini menjadi
antara rujukan utama dalam bidang perundangan di internet oleh masyarakat antarabangsa.

16
9. Kesimpulan

Diharapkan penyelidikan ini dapat mencapai dua matlamatnya iaitu untuk mengkaji
undang-undang harta intelek yang berkaitan dengan perisian multimedia dan
membangun serta menguji keberkesanan sistem hak harta intelek yang dibangunkan
kelak. Semoga kajian dan sistem yang dihasilkan mampu memberi panduan yang berguna
kepada semua pihak yang terlibat dalam industri pembangunan perisian multimedia
negara. Penyelidikan ini merupakan tanda sokongan kepada aspirasi negara dalam
memacu industri IT negara ke arah tahap tertinggi untuk bersaing dengan gergasi
teknologi maklumat global masa kini.

10. Rujukan

Bainbridge, D. 1999. Intellectual Property. London: Pearson Education Limited.


Bainbridge, D. 2000. Introduction to Computer Law. London: Pearson Education
Limited.
Bainbridge, D. 1999. Software Copyright Law. London: Butterworths.
Bannan, B. & Milheim, W. D. 1997. Existing Web-Based Instruction Courses and Their
Design. Dlm. Khan, B.H. (pnyt.). Web-Based Instruction, hlm 381-387. New Jersey:
Educational Technology Publications.
Brinson, J. D. & Radcliffe, M. F. 1994. Intellectual Property Law Primer for Multimedia
Developers. California: Ladera Press.
Derry, D. D. 1997. Introducing Online Educational Alternatives into K-12 Worlds. Dlm.
Khan, B.H. (pnyt.). Web-Based Instruction, hlm 389-392. New Jersey: Educational
Technology Publications.
Dick, W. & Reiser, R. 1989. Planning Effective Instruction. Englewood Cliffs, NJ:
Prentice-Hall.
Douglas, J. 1997. Too Hot to Handle?. Copyright Protection of Multimedia. Australian
Intellectual Property Journal. 8: 96-106.
England, E. & Finney, A. 1996. Managing Multimedia. Cambridge. Addison-Wesley.
Gladney, M.H. 2000. Digital Intellectual Property. Controversial and International
Aspects. VLA Journal & The Arts. (atas talian) http://www.lexis.com [29 Mei 2002].
Hugenholtz, P.R. 2000. Copyright and Electronic Commerce : Legal Aspects of
Electronic Copyright Management. London: Kluwer Law International.
Ida Madieha Abdul Ghani Azmi. 1998. Electronic Works and Copyright: The Demise of
Public Interest. Malaysia Law Journal. 1: ci-cxx.
Jamalludin Harun, Baharudin Aris & Zaidatun Tasir. 2001. Pembangunan Multimedia:
Satu Pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Jonassen, D. 1994. Toward A Constructive Desin Model. Educational Technology. 34(4):
34-37.
Kang, S. 2001. Toward a Collaborative Model for the Disign of Web-Based Courses.
Educational Technology. March-April: 22-30.

17
Khan, B. H. 1997. Web-Based Insruction (WBI): What Is It and Why Is It?. Dlm. Khan,
B.H. (pnyt.). Web-Based Instruction, hlm 5-18. New Jersey: Educational Technology
Publications.
Khaw, L. T. 2001. Copyright Law in Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.
Lehmann, M. 2000. Electronic Commerce and Consumer Protection in Europe. Santa
Clara Computer and High Technology Law Journal. (atas talian)
http://www.lexis.com [29 Mei 2002].
Lipton, J. 2002. Intellectual Property in the Information Age and Secured Finance
Practice. European Intellectual Property Review. 24(7): 358-367.
Llyod, I. 2001. Intellectual Property in the Information Age. European Intellectual
Property Review. 23(6): 290-295.
Merges, R.P, Menell, P.S. & Lemley, M.A. 2000. Intellectual Property in the New
Technological Age. New York: Aspen Law & Business.
Mohd Nor Mamat. 2001. Hak Intelektual Era Digital Menurut Islam. E Journal Pusat
Pendidikan Islam UiTM. (atas talian) http://www.uitm.edu.my/ppi/article3.htm. [15
Mei 2002].
Monotti, A. L. 2002. University Copyright in the Digital Age: Balancing and Exploiting
Rights in Computer Programs, Web based Materials, Databases and Multimedia in
Australian Universities. European Intellectual Property Review. 24(5): 251-270.
Ong, R. 1999. Copyright in the Digital Age. The Malayan Law Journal. 3: cxiii-cxxvii.
Rasmussen, K., Northrup, P. & Lee, R. 1997. Implementing Web-Based Instruction.
Dlm. Khan, B.H. (pnyt.). Web-Based Instruction, hlm 341-346. New Jersey:
Educational Technology Publications.
Relan, A. & Gillani, B. B. 1997. Web-Based Instruction and the Tradisional Classroom:
Similarities and Differences. Dlm. Khan, B.H. (pnyt.). Web-Based Instruction, hlm
41-46. New Jersey: Educational Technology Publications.
Reeves, T. C. & Reeves, P. M. 1997. Effective Dimensions of Interactive Learning on the
World Wide Web. Dlm. Khan, B.H. (pnyt.). Web-Based Instruction, hlm 59-66. New
Jersey: Educational Technology Publications.
Ritchie, D. C. & Hoffman, B. 1997. Incorporating Instructional Design Principles With
the World Wide Web. Dlm. Khan, B.H. (pnyt.). Web-Based Instruction, hlm 135-138.
New Jersey: Educational Technology Publications.
Ruffini, M. F. 2000. Systematic Planning in the Design of an Educational Web Site.
Educational Technology. March-April: 58-64.
Rohazar Wati Zuallcobley. 1999. Undang-Undang Hakcipta di Malaysia. Kuala Lumpur:
TetapVest Sdn. Bhd.
Sakina Shaik Ahmad Yusoff [Penyt.]. 2001. Pengenalan Kepada Undang-Undang
Komersil Di Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Santi, P. A. 1997. Interactive World Wide Web-Based Courseware. Dlm. Khan, B.H.
(pnyt.). Web-Based Instruction, hlm 407-410. New Jersey: Educational Technology
Publications.
Sherry, L. & Wilson, B. 1997. Transformative Communication as at Stimulus to Web
Innovations. Dlm. Khan, B.H. (pnyt.). Web-Based Instruction, hlm 67-74. New
Jersey: Educational Technology Publications.
Smedinghoff, T.J. 1994. Legal Guide to Multimedia. New York: The Software Publishers
Association.

18
Stim, R. 2001. Intellectual Property: Patents, Trademarks, and Copyrights. New York:
West Thomson Learning.
Starr, R. M. 1977. Delivering instruction on the World Wide Web: Overview and Basic
Design Principles. Educational Technology. 37(3): 7-14.
Weston, T. J. & Barker. L. 2001. Designing, Implementing, and Evaluating Web -Based
Learning Modules for University Students. Educational Technology. July-August: 15-
22.
White, E. B. 1952. Charlotte’s Web. Dlm. Khan, B.H. (pnyt.). Web-Based Instruction,
hlm 411. New Jersey: Educational Technology Publications.
Widdison, R. 2000. Software Patents Pending?. Journal of Information Law &
Technology. (atas talian) http://elj.warwick.ac.ok/jilt/00-3/widdison.html [25 Mei
2002].
Williams, A., Calow, D. & Lee, A. 1996. Multimedia: Contracts, Rights and Licensing.
London: Pearson Professional Limited.
Yang, S. C. 1996. Designing Instructional Applications Using Constructive Hypermedia.
Educational Technology. 36(6): 45-50.
Zaverdinous, J. 1997. Legal Aspects of Multi-Media – Enforcing Copyright. Australian
Intellectual Property Journal. 8: 151-164.
Zawiyah Mohamad Yusof, Nazura Abdul Manap & Masnizah Mohd. 2002. Komputer,
Etika & Sosial. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

19

Anda mungkin juga menyukai