Anda di halaman 1dari 20

BMP 3073

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

PROGRAM :

NAMA :

NO. MATRIK :

NAMA PENSYARAH :

DR. ARIFF BIN MOHAMAD


1.0 PENDAHULUAN
Kesusasteraan adalah bidang ilmu kemanusiaan yang terangkum pelbagai unsur, antaranya
falsafah, gambaran kehidupan, nilai-nilai pendidikan, nasihat-nasihat untuk diteladani
selain untuk tujuan berhibur. Kesusasteraan dicorakkan oleh hasil karya dalam pelbagai
bentuk yang disebut genre. Dalam penghasilan karya kesusasteraan, aspek yang sangat
rapat bahasa. Tanpa Bahasa sesebuah karya sastera tidak dapat lahir. Bahasa tersebut
diungkapkan oleh sesorang pengarang yang tentunya menggambarkan masyarakat pada
zamanya dan keistimewaan serta keindahan Bahasa yang diungkapnya.
Kajian terhadap teks sastera terbatas pada kelainan-kelaianan bahasa dalam hubungan
dengan kehendak-kehendak tatabahasa di samping kelainan-kelainan yang bersifat
figuratif, iaitu penggunaan peribahasa, bahasa kiasan, sindiran, ungkapan, dan sebagainya,
berubah kepada kajian yang dianggap lebih objektif dan saintifik. Secara stilistik, kajian
terhadap teks sastera tidak lagi dari sudut kebahasaan sahaja tetapi juga dari sudut isi yang
disampaikan dengan penggunaan bahasa itu.
2.0 SINOPSIS
Cerpen “Obsesi Cintamu, Zulaikha” ini mengisahkan tentang seorang lelaki berbangsa
Yahudi Ortodoks yang mengimbas kembali pertemuannya dengan seorang gadis muslim
berdarah campuran Arab-Melayu yang bermastautin lebih dua bulan di tebing gaza sebagai
anggota Bulan Sabit Merah Sedunia. Mereka saling mengagungkan kesucian dan kebesaran
bangsa dan agama masing-masing. Zulaikha mengatakan bahawa masjidil Aqsa merupakan
tempat suci agama Islam dan mempunyai sejarah penting tidak pernah dia lupakan setiap
kali mengingati kalendar Rejab. Zulaikha turut menceritakan tentang ketakjuban al-Quran
dan mengutuk sekeras-kerasnya tentang tindakan tentera zionis ke atas umat Islam di
Palestin. Segala hujahan itu ditemplak oleh lelaki Yahudi itu lalu dia mengagungkan segala
teori zionis yang mimpikan dunia di bawah satu telapak tangan ajaran Yahweh yang
berkiblatkan Jerusalem iaitu kota suci agamanya yang suatu hari nanti bakal berstatus pusat
pentadbiran sedunia. Segala tipu muslihat dan agenda tersembunyi oleh agen-agen Yahudi
di seluruh dunia dibongkarkan oleh lelaki Yahudi itu untuk menghancurkan umat Islam
terutama anak-anak muda supaya pemikiran liberal dapat diwujudkan dalam kalangan
mereka dan seterusnya memudahkan urusan pihak Yahudi untuk menakluki dunia. Namun,
di akhir pertemuan itu, lelaki itu berasa terkilan kerana masih belum mampu membuatkan
Zulaikha rebah di dalam pelukan cintanya. Keteguhan iman serta kehalusan peribadi
Zulaikha melemaskan jiwa lelaki Yahudi itu. Akhirnya, dia meninggalkan pesan kepada
Zulaikha agar memelihara anak bangsanya daripada virus F3m1 supaya mereka tidak
terperangkap di dalam tipu muslihat orang Yahudi.
3.0 ANALISIS BAHASA FIGURATIF
3.1 Simile
Definisi :
- Perbandingan yang bersifat eksplisit yang menyatakan sesuatu sama dengan hal
yang lain yang menggunakan kata-kata : seperti, sama, bagaikan, sebagai,
laksana dan sebagainya.

Contoh 1 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Di negaramu, pembunuhan kejam bagaikan menjadi budaya baharu dengan


jenayah rogol, khalwat, sumbang mahram, dan pergaulan bebas yang bagaikan
tiada titiknya.

(Halaman 51)

Penerangan :

- Penulis menggunakan perkataan bagaikan untuk menyatakan bahawa


pembunuhan kejam itu adalah perkara yang sama dengan budaya baharu yang
dibawa di negara Zulaikha. Begitu juga dengan jenayah-jenayah lain yang
dikatakan oleh penulis bagaikan tiada titiknya yang membawa maksud tiada
berpenghujung kerana terlalu banyak berlaku dalam kalangan masyarakat dari
masa ke semasa.

Contoh 2 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Yahudi ortodoks yang suatu hari bakal menjadikan bangsa-bangsa lain


sebagai hamba abdi.

(Halaman 45)

Penerangan :

- Penulis menggunakan perkataan sebagai untuk menyatakan secara jelas bahawa


bangsa-bangsa lain adalah perkara yang sama dengan hamba abdi.
3.2 Personifikasi
Definisi :
 Gaya bahasa kiasan yang menggambarkan benda-benda mati atau barang-
barang yang tidak bernyawa seolah-olah memiliki sifat-sifat kemanusiaan.

Contoh 1 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Daerah yang tidak pernah berhenti mengalirkan darah dan korban


kematian.

(Halaman 43)

Penerangan :

 Penulis cuba menggambarkan daerah itu seolah-olah hidup dan mempunyai


sifat kemanusiaan sehingga boleh mengalirkan darah dan kematian. Maksud
sebenar di sebaliknya penyataan ini ialah penulis ingin menggambarkan kepada
pembaca bahawa di daerah berkenaan sering berlaku peperangan sehingga
melibatkan banyak kematian saban tahun.

Contoh 2 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Ada keharuman Alhambra yang tiba-tiba mencuit gelora nafsuku yang


terhidu aroma di balik jubah labuh yang membaluti tubuh kecilnya.

(Halaman 45)

Penerangan :

 Penulis menggambarkan seolah-olah nafsu itu mempunyai sifat kemanusiaan


sehingga boleh dicuit oleh haruman Alhambra sedangkan nafsu itu adalah
sesuatu yang tidak dapat dilihat secara mata kasar dan tidak bernyawa. Maksud
yang cuba penulis gambarkan melalui penyataan ini ialah keharuman yang
terdapat pada jubah Zulaikha terlalu mengasyikkan sehingga dapat membuat
gelora nafsu lelaki yahudi itu meningkat.
Contoh 3 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Sungguh melucukan, katamu membetulkan jilbab ungu yang sedikit


ternganga ditepis angin kering dari padang pasir yang melanjur jauh.

(Halaman 46)

Penerangan :

 Penulis menggambarkan seolah-olah jilbab ungu itu mempunyai sifat


kemanusiaan kerana ia menggunakan perkataan ternganga untuk
menggambarkan jilbab itu sedikit terbuka. Begitu juga dengan penyataan ditepis
angin kering, penulis seolah-olah menggambarkan angin itu bersifat
kemanusiaan kerana ia menggunakan perkataan ditepis untuk menggambarkan
bahawa angin kering itu telah menepis jilbab ungu yang dipakai oleh Zulaikha.

Contoh 4 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Alat propagonda paling canggih yang mampu menipiskan iman dan


ketakwaan anak-anak bangsamu supaya lemas di dalam gelodak hawa
nafsu. Kami eksport segala filem-filem yang mengkhayalkan perasaan. Kami
utus cerita-cerita yang mengagungkan dunia Barat kepada generasi timur.
Kami hijrahkan adegan-adegan pornografi melalui karya cetak dan elektronik
demi membuaikan jiwa mereka agar melupakan matlamat hidup sebenar.

(Halaman 49)

Penerangan :

 Penulis menggambarkan seolah-olah iman dan ketakwaan, hawa nafsu,


perasaan, dan jiwa itu mempunyai sifat kemanusiaan dengan meletakkan
perkataan seperti menipiskan iman dan ketakwaan yang membawa maksud
iman dan ketakwaan anak bangsa akan berkurangan. Selain itu, perkataan jiwa
juga digambarkan seolah-olah mempunyai sifat kemanusiaan oleh penulis
dengan dihadiri perkataan membuaikan yang bermaksud jiwa anak muda yang
akan menjadi tidak tetap akibat pengaruh yang negatif.

Contoh 5 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Aku terpanah oleh kelembutan pekertimu, saat kau bakal tinggalkan bumi al-
Quds ini dengan serangkap pesan yang mengocak rohaniku.

(Halaman 53)

Penerangan :

 Penulis menggunakan perkataan mengocak untuk memberikan sifat


kemanusiaan kepada rohani. Dalam konteks ayat ini, istillah mongocak
rohaniku ini memberi maksud merasa gentar atau takut akan pesanan yang
disampaikan.
3.3 Metafora
Definisi :
 Perbandingan dua hal secara langsung dalam bentuk yang ringkas.
Kebiasaannya metafora menggunakan dua kata yang bersifat konkrit dan yang
bersifat abstrak.
Contoh 1 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Katamu, di situ terpahat sejarah penting yang tidak pernah kau lupakan setiap
kali mengingati kalendar rejab.

(Halaman 43)

Penerangan :

 Penulis menggunakan dua kata yang bersifat konkrit dan bersifat abstrak.
Perkataan terpahat adalah bersifat konkrit manakala sejarah adalah bersifat
abstrak. Dalam konteks ayat ini, maksud istillah terpahat sejarah ialah sejarah
yang sentiasa kekal diingati oleh umat Islam.
Contoh 2 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Selagi belum tercapai cita-cita ini, selagi itulah kami jajah fikiran dan minda
anak bangsamu agar menjadikan doktrin kami sebagai fahaman anutan.

(Halaman 43)

Penerangan :

 Penulis menggunakan dua kata yang bersifat konkrit dan bersifat abstrak.
Perkataan jajah adalah menggambarkan sesuatu yang bersifat konkrit manakala
fikiran dan minda pula adalah sesuatu perkara yang bersifat abstrak. Dalam
konteks ayat ini, maksud istillah jajah fikiran dan minda ialah mempengaruhi
fikiran dan minda anak bangsa.
Contoh 3 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Benteng imanmu terlalu kental untukku tewaskan, Zulaikha.

(Halaman 43)

Penerangan :

 Penulis menggunakan dua kata yang bersifat konkrit dan bersifat abstrak.
Perkataan benteng adalah menggambarkan sesuatu yang bersifat konkrit
manakala iman adalah bersifat abstrak. Dalam konteks ayat ini, maksud istillah
benteng imanmu ini ialah ketahanan seseorang untuk melindungi iman mereka.
3.4 Hiperbola
Definisi :
 Gaya bahasa yang mengandungi suatu penyataan yang berlebihan, dengan
membesar-besarkan sesuau hal.
Contoh 1 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Tataplah konflik Drafur yang kononnya dicemari keserakahan pemuda-


pemuda berkuda Islam yang menjarah wanita dan anak-anak gadis demi
memuaskan gelojak nafsu yang tidak lagi terbendung.

(Halaman 44)

Penerangan :
 Dalam konteks ayat ini, penyataan yang berlebih-lebihan yang dinyatakan oleh
penulis ialah seperti dicemari keserakahan pemuda-pemuda berkuda Islam dan
menjarah wanita dan anak gadis.

Contoh 2 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Sedang, nun di sepanjang pesisiran Laut Arab jauh di selatan terhimpun


khazanah emas hitam yang sedang diintai untuk dilahap sang politikus
dari Rumah Putih.

(Halaman 44)

Penerangan :
 Dalam konteks ayat ini, penyataan khazanah emas hitam yang sedang diintai
untuk dilahap sang politikus dari Rumah Putih dilihat sebagai berlebih-lebihan
kerana perkataan diintai seolah menggambarkan bahawa kedudukan emas itu
terlalu dekat dan boleh dilahap seolah menggambarkan bahawa pentadbir dunia
boleh membolot kesemua emas hitam itu dengan rakusnya.
Contoh 3 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Malah, kau pasti terkejut kala kunyatakan tanah air kerdilmu nun jauh di
kepulauan Nusantara juga tidak terlepas daripada cengkaman kami.

(Halaman 44&45)

Penerangan :

 Penyataan tanah air kerdilmu dilihat sebagai penyataan yang berlebih-lebihan


kerana penulis menggambarkan bahawa seolah negera itu terlalu kecil dan
terpencil.

Contoh 4 (Berdasarkan cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha) :

Telah kukatakan berkali-kali, kami Zionis yang bakal menjarah dunia dengan
kuku-kuku runcing licik dan penuh helah.

(Halaman 46)
4.0 ANALISIS BAHASA EMOTIF
Definisi :
 Bahasa emotif ialah suatu gaya bahasa yang digunakan oleh penulis untuk
menggambarkan sesuatu situasi yang melibatkan perasaan seseorang.

Contoh 1 :

Wajah manis gadis Muslimah Melayu itu cukup tenang setiap kali
kubentangkan piagam rejim Zionis.

(Halaman 45)

Contoh 2 :

Tataplah konflik Darfur yang kononnya dicemari keserakahan pemuda-


pemuda berkuda Islam yang menjarah Wanita dan anak-anak gadis demi
memuaskan gelojak nafsu yang tidak lagi terbendung.

(Halaman 44)

Contoh 3 :

Serigala Putih yang angkuh dan garang itu telah kami peralatkan demi
memenuhi haloba kami menguasai ekonomi dunia sejagat.

(Halaman 44)

Contoh 4 :

Malah, kau pasti terkejut kala kunyatakan tanah air kerdilmu nun jauh di
kepulauan Nusantara juga tidak terlepas daripada cengkaman kami.

(Halaman 44&45)
5.0 ANALISIS BAHASA SENSORI
Definisi :
 Bahasa sesnsori ialah gaya bahasa yang melibatkan lima deria iaitu auditori
(pendengaran), taktil (sentuhan), visual (penglihatan), olfaktori (bau), dan
gustatori (rasa).
Contoh 1 : Visual

Tataplah konflik Darfur yang kononnya dicemari keserakahan pemuda-


pemuda berkuda Islam yang menjarah Wanita dan anak-anak gadis demi
memuaskan gelojak nafsu yang tidak lagi terbendung.

(Halaman 44)

Contoh 2 :Visual

Sedang, nun di sepanjang pesisiran Laut Arab jauh di selatan terhimpun


khazanah emas hitam yang sedang diintai untuk dilahap sang politikus dari
Rumah Putih.

(Halaman 44)

Contoh 3 : Visual

Zulaikha, si perawan intelektual berdarah campuran Arab Melayu itu


melampiaskan senyum tatkala mata nakalku menatap alis lentik dan bibir
basahnya yang tidak berlipstik.

(Halaman 45)

Contoh 4 :Olfaktori

Ada keharuman Alhambra yang tiba-tiba mencuit gelora nafsuku yang terhidu
aroma di balik jubah labuh yang membaluti tubuh kecilnya.

(Halaman 45)
Contoh 5 : Taktil (sentuhan)

Aku hampir mengilai kuat kala kau rentap tangan kematuku yang cuba
menyentuh jari-jemari halusmu.

(Halaman 45)
6.0 ANALISIS GAYA BAHASA
6.1 Gaya Bahasa Pengulangan
Gaya bahasa pengulangan adalah gaya bahasa yang mengandungi unsur-unsur
ypengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa, atau bahagian ayat yang dianggap
penting untuk menghasilkan kesan dan memberikan tekanan dalam sesebuah
konteks yang sesuai.
(a) Repitisi :
- Pengulangan kata dalam ayat.
 Contoh :
 Aku lelaki Yahudi. Yahudi Ortodoks kelahiran tentang Gaza,
Zulaikha.
*Pengulangan perkataan Yahudi*
 Engkau bercerita tentang ketakjuban al-Quran yang terkandung enam
ribu enam ratus enam puluh enam ayat.
*Pengulangan perkataan ‘enam’*
(b) Aliterasi :
- Gaya bahasa yang wujud perulangan konsonan yang sama. Biasanya digunakan
dalam puisi, kadang-kadang dalam antara lain untuk penekanan.
 Engkau bercerita tentang ketakjuban al-Quran yang terkandung
enam ribu enam ratus enam puluh enam ayat.
*Pengulangan konsonan ‘t’*
(c) Asonansi :
- Gaya bahasa yang wujud perulangan bunyi vokal yang sama. Biasanya
dipergunakan dalam puisi, kadang-kadang juga dalam prosa untuk memperoleh
kesan penekanan atau sekadar keindahan.
 Contoh :
 Engkau bercerita tentang ketakjuban al-Quran yang terkandung enam
ribu enam ratus enam puluh enam ayat.
* Pengulangan Vokal e*
 Zulaikha, si perawan intelektual berdarah campuran Arab Melayu itu
melampiaskan senyum tatkala mata nakalku menatap alis lentik dan
bibir basahnya.
*Pengulangan Vokal a*
6.2 Gaya Bahasa Penyirnaan
Gaya bahasa ini adalah bentuk bahasa yang mengalami unsur-unsur pengguguran
bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian ayatnya.
(a) Sinkof (Sinkope)
- Bahasa singkatan atau sinkof adalah penyingkatan perkataan seperti ku, tak,
saja, dan sebagainya.
 Contoh :
 Engkau tertawa terkekeh-kekeh di balik fabrik jilbab erbil jaquaer
bergrafik hiasan tulip Istanbul tatkala kubentangkan piagam zionis.
*Penyingkatan perkataan aku menjadi ku*
 Malah, kau pasti pasti terkejut kala kunyatakan tanah air kerdilmu nun
jauh di kepulauan Nusantara juga tidak terlepas daripada cengkaman
kami.
*Penyingkatan perkataan engkau dan kamu*.

6.3 Gaya Bahasa Pertautan


Gaya Bahasa Pertautan yang mengaitkan atau menghubungkan sesuatu perkara
dengan perkara yang lain seperti sesuatu frasa ditautkan dengan frasa yang lain
dengan menggunakan nama ciri dan pelbagai lagi.
(a) Eufemisme
- Ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis), gata bahasa ini untuk
menggantikan ungkapan yang dianggap kasar.
 Contoh :
 Alat propaganda paling canggih yang mampu menipiskan iman dan
ketakwaan anak-anak bangsamu.
*Perkataan menipiskan lebih sopan didengar berbanding berkurangnya
iman*
 Kami hijrahkan adegan-adegan pornografi melalui karya cetak dan
elektronik demi membuaikan jiwa mereka agar melupakan matlamat
hidup sebenar.
*Perkataan membuaikan lebih lembut didengar berbanding perkataan
merosakkan jiwa*
7.0 KESESUAIAN KARYA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI
SEKOLAH

Karya cerpen Obsesi Cintamu Zulaikha ini sesuai dalam pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah kerana mempunyai nilai-nilai tertentu yang boleh diterapkan di dalam diri
pelajar sekolah. Antara nilai yang dapat diterapkan oleh cerpen ini ialah dapat
menyedarkan para pelajar tentang agenda dan tipu helah Yahudi untuk menghancurkan
jiwa dan fikiran anak-anak muda Islam melalui virus F3m1 iaitu f3- fiesta,food, and
fesyen yang digerakkan di dalam satu sel iaitu m1- media.

Selain itu, karya ini juga memaparkan semangat juang yang tinggi yang
ditunjukkan oleh watak utama dalam cerpen ini iaitu Zulaikha yang tetap teguh
membela agama Islam yang sentiasa ditindas oleh golongan Yahudi. Karya ini juga
mampu untuk membuka minda para pelajar untuk berfikir dengan lebih bijak agar tidak
sentiasa tertipu dengan helah-helah yang disampaikan oleh golongan zionis ini. Karya
ini juga memberi kesedaran bukan sahaja kepada para pelajar tetapi juga kepada semua
golongan masyarakat tidak kira samada Islam atau bukan Islam bahawa dunia akan
sentiasa aman dan harmoni dengan pentadbiran yang berasaskan humanisme bukannya
berasaskan kapitalisme atau zionisme.

Di samping itu, karya ini mampu membuka mata semua pihak bahawa Islam
bukanlah fundamentalisme dan pengganas dunia tetapi sebaliknya ada segelintir
daripada agen-agen Yahudi yang memburukkan nama umat Islam di mata dunia. Karya
ini juga mampu menyuntik semangat para pelajar untuk memasang cita-cita bagi
membantu rakyat Palestin yang tertindas.
8.0 PENUTUP
Gaya bahasa dan stilistik sering dianggap mempunyai persamaan. Namun demikian,
terdapat perbezaan daripada segi tujuan dan konsep kajian. Gaya bahasa merujuk kepada
bentuk pengucapan yang tersendiri dalam karya-karya kesusasteraan, juga yang bukan
kesusasteraan. Manakala stilistik merupakan antara cabang kajian dalam linguistik atau
kajian bahasa. Dalam perbincangan karya-karya kesusasteraan dalam pengajaran bahasa
Melayu dan pengajaran kesusasteraan Melayu keseluruhannya, istillah yang digunakan
ialah gaya bahasa.
RUJUKAN :

Ariff Mohamad. 2019. Memahami dan Menguasai Kesusasteraan Dalam Pengajaran


Bahasa Melayu. Muhibbah Publications Tanjung Malim, Perak.

Nazrin Hussien. 2016. Kumpulan Cerpen Remaja Obsesi Cintamu Zulaikha. Institut
Terjemahan Dan Buku Malaysia Berhad. Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
LAMPIRAN :

Anda mungkin juga menyukai