Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pendahuluan

Teknologi adalah produk atau penyelesaian yang terdiri dari sekumpulan instrumen,

metode, dan teknik yang dirancang untuk menyelesaikan masalah. Secara umumnya, teknologi

dikaitkan dengan pengetahuan saintifik dan kejuruteraan; namun, teknologi adalah segala

gagasan yang dapat mempermudah kehidupan dalam masyarakat, atau yang memungkinkan

memenuhi tuntutan atau keperluan individu atau kolektif, disesuaikan dengan kehendak waktu

tertentu.

Fokus utama bab ini ialah untuk member gambaran dan seterusnya menjelaskan konsep

berkaitan penhayatan etika dan peradaban dengan isu semasa iaitu Penyalahgunaan Teknologi

Komunikasi. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang maju selaras dengan

peredaran semasa bahkan menjadikan Malaysia negara pengguna teknologi komunikasi yang

kelima terbesar di rantau Asia-Pasisfik. Kemunculan teknologi internet sebagai alat komunikasi

terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.

Kecangihan teknologi maklumat dan komunikasi boleh menimbulkan penyalahgunaan

teknologi. Penyalahgunaan teknologi bermaksud menggunakan teknologi untuk tujuan yang

salah dan boleh menyusahkan orang lain sebagai contoh, oleh kerana tiada siapa yang dapat

mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan.

Bermacam-macam maklumat (samaada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak

kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.


Maksud etika ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dan

sebagainya) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.

Menurut Dr. H. Hamzah, etika ialah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana

yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat diketahui akal.1

Pada dasarnya etika adalah salah satu cabang dari ilmu falsafah yang membuat

penyelidikan tentang moral dan tingkahlaku manusia dari segi tindakan baik dan buruk yang

seharusnya diketahui, dan yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan, samaada dari sudut

individu, masyarakat dan negara.

Manakala peradaban pula bermaksud sistem dan tahap sosial sesuatu bangsa dan

kebudayaan sesuatu bangsa. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, adab ditafsirkan sebagai budi

pekerti yang halus. Namun begitu, “terminology peradaban” merujuk kepada sistem dan tahap

perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.

1
H. Hamzah Ya’cub, Dr., (1985), Etika Islam, Bandung: cv. Deponegoro, h. 13.

Anda mungkin juga menyukai