Anda di halaman 1dari 11

NAMA DAN KOD KURSUS

FEQH MUAMALAT

(KSD 2643)

TAJUK TUGASAN

MUSYARAKAH MUTANAQISAH DAN APLIKASINYA

DALAM PEMBELIAN RUMAH

NAMA PELAJAR & NO. MATRIK

SITI ‘IZZATUL ADILAH BINTI MOHD TUAH (KID 190504076)

NUR ASILAH LIYANA BINTI ZULKIFLI (KID190504057)

ALYA MURSYIDAH BINTI MESRON (KID190504007)

SITI NOR NABILAH BINTI AZMAN (KID 190504079)

ISMI AFIFAH BINTI SAHARUDIN (KID190504021)

NAMA PENSYARAH

PUAN NORAFNI FARLINA BINTI RAHIM

DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM

KELAS 2 SEMESTER 3
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 2

2 PENERANGAN KONSEP KONTRAK MUAMALAT 2-4

3 DALIL BERKAITAN MUSYARAKAH MUTANAQISAH 5

4 APLIKASI KONTRAK BERSERTA PDS 6-7

5 DIAGRAM MUSYARAKAH MUTANAQISAH 8

6 PENUTUP 9

RUJUKAN 10

1
PENDAHULUAN

Musyarakah Mutanaqisah merupakan suatu bentuk perkongsian pinjaman apabila salah


salah satu pihak berjanji untuk membelikan bahagian pemilikan pihak yang lain secara
beransur-ansur sehingga ia memiliki sepenuhnya harta benda tersebut. Ia juga merupakan
satu bentuk pinjaman yang mengambil suatu tempoh untuk membayarnya pada kebiasaannya
untuk membayar benda yang sudah siap mahupun yang belum siap sepenuhnya. Lebih-lebih
lagi apabila pihak yang telah menyempurnakan perjanjian jual beli bagi harta benda yang
dimaksudkan seperti rumah atau tanah telah membayar sebahagian daripada harga belian bagi
pembiayaan jangka panjang dengan kadar keuntungan tetap atau boleh ubah.

KONSEP KONTRAK MUAMALAT

Akad pada bahasa bermaksud "ikatan" atau "simpulan". Akad juga boleh
diterjemahkan sebagai kontrak. Menurut muamalat yang digunakan dalam Islam, ia
menekankan penggunaan konsep-konsep dan kontrak-kontrak hibrid seperti gabungan atau
campuran. Antara kontrak tersebut antaranya adalah Mudarabah (Perkongsian Untung),
Murabahah (Kos Tambah Untung), Musharakah (Usaha Sama) , Ijarah Thumma al-
Bay‘ (AITAB-Sewa Beli), Hibah (Hadiah) dan lain-lain yang diguna pakai oleh perbankan di
Malaysia. Islam memperkenalkan konsep ini sebagai cara umatnya untuk mengelakkan dari
terlibat dengan muamalat riba, gharar dan sebarang ketidakadilan dalam muamalat.
Pembentukan kontrak muamalat sangat penting untuk kita berhati-hati supaya tidak terlibat
dengan larangan dalam muamalat atau tidak timbul isu dua kontrak dalam satu kontrak.

Dalam sistem muamalat Islam, musharakah mutanaqisah telah dilaksanakan secara


meluas dalam pembiayaan perumahan. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan pembiayaan
kenderaan, peralatan, aset tetap, usahasama perniagaan dan lain-lain. Melalui konsep ini,
bank dan pelanggan akan berkongsi modal mereka bagi mendapatkan sesuatu aset kehidupan
mereka. Jadi, kedua-dua belah pihak itu berhak ke atas pemilikan aset tersebut lalu ia akan

1
2
menjadi milik penuh pelanggan apabila mereka telah membayar kesemua pembiayaan dalam
tempoh masa yang ditetapkan secara berkala.

Kontrak tersebut dilaksanakan oleh beberapa institusi kewangan yang menawarkan


produk dan perkhidmatan perbankan Islam di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat,
United Kingdom dan Malaysia. Musharakah mutanaqisah telah diperkenalkan oleh American
Finance House Lariba pada tahun 1987. Akan tetapi, kontrak itu lebih dikenali sebagai ijarah
wa iqtina’ iaitu sewa yang berakhir dengan pemilikan. Lariba telah bekerjasama dengan
Freddie Mac dan telah mengeluarkan pembiayaan rumah sebanyak USD100 juta pada tahun
2001. Di Malaysia pula, Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah
memperkenalkan konsep Musharakah Mutanaqisah melalui Koperasi Belia Islam (KBI)
Malaysia Berhad pada 1 Januari 1989. Ia terletak di bawah Projek Perumahan KBI Secara
Musharakah Mutanaqisah. Konsep ini telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah daerah di
negeri Selangor Darul Ehsan.

Justeru, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan
bahawa pembiayaan secara musharakah mutanaqisah adalah suatu kontrak yang diiktiraf
dalam sistem muamalat Islam. Oleh itu, beberapa buah institusi kewangan telah mula
memperkenalkan produk pembiayaan perumahan secara musharakah mutanaqisah.

Kuwait Finance House (KFH) merupakan bank Islam pertama yang memperkenalkan
musharakah mutanaqisah di Malaysia. Kemudian, pada 6 Mac 2007, Citibank pula telah
menawarkan kontrak tersebut di bawah program Home Partner-i. Ini bermakna Citibank
merupakan bank komersial pertama menawarkan musharakah mutanaqisah di Malaysia
diikuti beberapa buah bank Islam seperti Maybank Islamic, RHB Islamic Bank (RHBIB),
HSBC Amanah, Affin Islamic Bank (AIB), Standard Chartered Saadiq (SCS) dan Public
Islamic Bank (PIB. Pada 12 September 2007, Maybank Islamic telah menawarkan kontrak di
bawah program HomeEquity-i dan ShophouseEquity-I dan pada 22 November 2007 pula
RHBIB menawarkannya di bawah program Equity Home Financing-i. Secara
keseluruhannya,terdapat lapan institusi kewangan di Malaysia yang menawarkan produk
pembiayaan perumahan secara musharakah mutanaqisah di Malaysia.

1
3
Terdapat dua kategori rumah yang dijual beli di negara ini, iaitu rumah yang telah
siap dibina dan rumah yang belum dibina atau masih dalam pembinaan. Misalnya, Nabilah
telah memohon untuk membeli rumah banglo di atas kontrak musyarakah mutanaqisah.
Setelah mengenal pasti banglo yang ingin dimiliki dan dibeli, Nabilah telah membayar 10%
daripada harga banglo tersebut sebagai deposit pembelian rumah. Baki selebihnya sebanyak
90% akan dibayar oleh bank. Maka, Nabilah telah berkongsi milik banglo itu dengan pihak
bank banglo tersebut sebanyak 1 : 9. Nabilah bersetuju untuk membayar sebanyak 1% setiap
bulan kepada pihak bank secara berkala. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan pemilikan
penuh, iaitu kadarnya bergantung kepada kontrak yang dipersertujui pada permulaan
perjanjian. Oleh itu, pemilikan bank ke atas rumah tersebut akan berkurang dalam tempoh itu
manakala pemilikan Nabilah akan bertambah. Pada akhir kontrak, Nabilah telah memiliki
banglo tersebut sepenuhnya dan ini akan menjadikan nisbah pemilikan banglo Nabilah 10 : 0.

1
4
DALIL YANG BERKAITAN MUSYARAKAH MUTANAQISAH

᜹ ᜹ ᜹ ᜹ ᜹‫ﻓ‬
ଉ˵Γ ⺁ Γ ଉ˵ ⺁ Γ ˵Γ ⺁ Γ ˵ ᜹ā ˵ଉଉā ΢ā
˴Ϝ᜹ā ଉā ΢ā ΐ˴ ᜹ā ଉā ΢ā ˵ ⺁ Γ ᜹ā ˴ ࠤā ˵ ᜹ā Γ Ϝ
˴ ā

ΐ˴ ᜹ā Γ Ϝ
˴ ā

Maksudnya: “Kebahagiaan anak Adam terdiri daripada tiga perkara dan kebinasaannya juga
terdiri daripada tiga perkara. Di antara kebahagiaan anak Adam ialah wanita (isteri) yang baik,
kediaman (rumah) yang baik dan kenderaan yang baik. Dan di antara kebinasaannya pula
ialah kediaman (rumah) yang sempit, wanita (isteri) yang jahat dan kenderaan yang teruk.”

(Hadith riwayat Abu Dawud al-Tayalisi, Ibn Hibban, al-Tabrani dan al-Hakim)

Firman Allah SWT :

ā l᜹ba TϜ⺁ lTb ଉ e l a˴ Γ Ύb˴ā ϰ ā ࠤ ⺁ b ξ ⺁ 7ā Γ b᜹


ā \D
ଉ a Γ Γ ᜹ \ T‫ﻓ‬
ΖԻb΢ā ˯ b ˴ϰT ‫⺁\ ﻓ‬γ ͉ l ˴ γ Ϫ

Maksudnya : Sesungguhnya dia telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu
itu untuk ditambahkan kepada kambingnya. Dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang
yang berserikat itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh; dan amat sedikitlah mereka
ini". Dan Daud mengetahui bahwa Kami mengujinya; maka ia meminta ampun kepada
Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat.

(Surah Sad : ayat 24)

1
5
KAEDAH PEMBAYARAN ASET RUMAH

RUMAH DI TAMAN SRI KLUANG PERDANA : RM 400,000

BANK AMBIL UNTUNG SEBANYAK : 3%

TEMPOH SELAMA : 35TAHUN

PENGIRAAN

3% X 400,000 : 12,000

12, 000 X 35 TAHUN = 420,000

HARGA JUALAN RUMAH / HARGA KITA KENA BAYAR PADA BANK

KOS RUMAH + UNTUNG BANK / 35 TAHUN

= 400,000 + 420,000 / ( 35 TAHUN X 12 BULAN )

= 820,000 / 420 BULAN

= 1952.381 *SETIAP BULAN BAYAR PADA BANK SELAMA 35 TAHUN

RM 1952.381

1
6
1
7
DIAGRAM MUSYARAKAH MUTANAQISAH

RM 400,000

RUMAH DI TAMAN
SRI KLUANG PERDANA

PEMAJU TAMAN SRI


KLUANG PERDANA

Bank bayar
tunai kepada
pemaju.

Bank meluluskan
pembiayaan pembelian
rumah

MAYBANK
LIYANA PARTNERSHIP
Keuntungan 3%
Memohon pembiayaan
pembelian rumah

Musyarakah

MUSYARAKAH IJARAH

1
8
PENUTUP

Kesimpulannya, Musyarakah Mutanaqisah ini dapat membantu pihak yang


memerlukan harta benda yang mampu menjadi aset sebagai harta pusaka yang diberikan
kepada para waris. Ia juga memudahkan pihak yang ingin membelinya untuk membuat
pinjaman dari mana-mana pihak bank yang melaksanakan konsep muamalat ini. Semoga
segala konsep muamalat dapat membantu pihak yang memerlukan bantuan dalam segala
permasalahan dalam jual beli.

Terdapat riwayat sahabat Rasulullah SAW yang menyatakan tentang keharusan


musyarakah seperti yang berikut :

“Keuntungan adalah berdasarkan apa yang telah disyaratkan dan kerugian adalah berdasarkan
kadar harta (pihak yang berkongsi).” - Al-Zaila`i, Nasb al-Rayah li Ahadis al-Hidayah,
Mu’assasah al-Rayyan, 1997.

1
9
RUJUKAN

Hashim Yunos (2016), Pandangan ulama terhadap kontrak hibrid dan pelaksanaannya
dalam produk pembiayaan perumahan Affin Home Invest-I, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Malaysia.

http://mukhlisahfillah.blogspot.com/2010/12/konsep-musyarakah-perkongsian.html {dimuat
turun pada 16 Jun 2008}

Khairun Najmi (2013), ISU-ISU SYARIAH DALAM SUKUK MUSYARAKAH, Universiti


Malaya, Kuala Lumpur.

Muhammad Nadratuzaman Hosen (2009), MUSYARAKAH MUTANAQISHAH, Universiti


Islam, Jakarta.

1
10

Anda mungkin juga menyukai