Anda di halaman 1dari 1

Huraikan satu model refleksi dan nyatakan kelebihan dan kekurangan model

tersebut.

Model refleksi ‘Do- Review- Plan’ atau (buat- nilai- rancang) adalah salah satu
daripada model refleksi yang telah diperkenalkan oleh Roger Greenway (1955).
Kelebihan yang diperoleh menerusi model ini guru dapat mengetahui apa yang
diperoleh oleh murid pada akhir PdP. Pemerolehan pembelajaran oleh murid ini dapat
menentukan keberkesanan penyampaian pengajaran guru sama ada pemerolehan
tersebut seperti dirancang oleh guru sejak awal PdP atau sebaliknya (Roger,2001).
Sekiranya pemerolehan murid tidak sejajar dengan yang dirancang oleh guru, maka
guru perlu menilai serta merancang semula pengajaran tersebut. Oleh itu, pada
pendapat saya model ini seperti lebih menekankan pelaksanaan aktiviti di dalam kelas
manakala guru akan membuat pemerhatian keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan
tersebut kepada pelajarnya.
Namun begitu, pada pendapat saya model refleksi buat- nilai- rancang ini
mempunyai kekurangan ketika proses penilaian iaitu menurut Roger (1955) menerusi
proses penilaian ini guru perlu memastikan murid perlu melakukan apa yang
dirancangkan oleh guru sahaja. Ini menunjukkan tiada sikap keterbukaan guru dalam
menerima hasil murid yang pelbagai dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti. Sikap
keterbukaan ini penting bagi mewujudkan penghargaan kepada murid kerana
pandangan mereka diterima. Hal ini juga secara langsung dapat membantu guru dalam
melahirkan murid yang berfikir di luar kotak. Tuntasnya, pengaplikasian model
refleksi ini sangat digalakkan dalam menambahbaik pengajaran guru, namun guru
juga perlu bijak untuk mengubahsuainya agar sejajar dengan PdP yang dilaksanakan
ke atas murid yang berbeza pencapaiannya.

Anda mungkin juga menyukai