Anda di halaman 1dari 11

ETIKA DAN LEGAL ISU DALAM KAUNSELING KELOMPOK

1- PENGENALAN KAUNSELING KELOMPOK

Kaunseling Kelompok adalah satu proses antara individu (interpersonal process) yang
melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri serta
situasi yang dialami. Jadi proses ini menekankan pemikiran yang sedar, dari segi perasaan dan
kelakuan. Tujuan kaunseling kelompok ini adalah untuk memperbaiki tingkah laku klien yang
tidak mengikut norma-norma kehidupan yang tidak berkesan atau tidak mendatangkan faedah.
Mengikut Corey (1990), kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta memulih . Hansen et. al
(1976), tujuan mencegah klien dari mengulangi tingkahlaku yang tidak diingini daripada
berterusan. Dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi “serius”.
Tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang “serius” di mana
kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk menukar kelakuan .
Kaunseling kelompok berorientasikan masalah yang spesifik, sama ada masalah itu masalah
pembelajaran, kerjaya, sosial atau emosi. Isi dan fokus perbincangan dalam kelompok
sebahagain besarnya ditentukan oleh klien yang terdiri daripada individu yang normal (dapat
berfungsi dengan sepenuhnya). Masalah-masalah yang sering di bawa ke dalam kelompok ialah
berkaitan dengan tugas perkembangan dalam hidup seharian. Fungsi kaunseling kelompok ini
serta klien adalah memberi sokongan dan empati yang diperlukan untuk menimbulkan suasana
yang selamat dan menyembuh yang membawa kepada kepercayaan ahli berkongsi maklumat dan
perasaan ke arah menimbulkan celik akal, membaiki sikap serta perlakuan.

Teori–teori kaunseling kelompok adalah “guidelines” yang digunakan supaya proses kaunseling
yang dijalankan mendatangkan hasil yang baik atau efektif. Hansen et al (1976), “ each theory
proposes a process whereby the counselor and group can participate in the process of changing
the member’s behavior”.Dalam menjalankan sesi, kaunselor perlulah mematuhi beberapa etika
demi matlamat yang hendak dicapai.

2- DEFINISI ETIKA KAUNSELING KELOMPOK

Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam,
kebiasaan dan budi pekerti. Dengan kata lain etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan
peraturan masyarakat yang terdiri dari tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Peraturan
masyarakat biasa juga dimaksudkan dengan tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan
pantang larang masyarakat. Peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan itu juga
bersifat konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam sesebuah masyarakat.

Menurut Kamus Dewan DBP (Edisi Ketiga, 2002), etika adalah prinsip atau nilai akhlak yang
menjadi pegangan seseorang atau dengan kata lain garis panduan yang harus dipatuhi oleh
seseorang semasa menjalankan tugas mereka.

Etika (dalam Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) adalah disiplin falsafah yang memberi perhatian
khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan
persaorangan serta antara individu. Durkheim (1961) pula menyatakan bahawa etika terdiri
daripada suatu sistem peraturan yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang bagaimana
seseorang itu mesti bertindak dalam situasi tertentu.

Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional serta
undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman Mohamed
(1999), kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis
yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan
satu praktis profesional.

Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu
dengan yang lain, iaitu ;
1) pola hidup am atau suatu cara hidup
2) set peraturan tingkah laku atau kod moral
3) tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.
Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah laku
manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya manusia
bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan
nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod etika dianggap
penting bai membantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.

3- KEPENTINGAN ETIKA KAUNSELING KELOMPOK

Setiap profesion yang melibatkan interaksi antara individu, memerlukan satu bentuk peraturan
atau etika yang tersendiri bagi keperluan ahli-ahlinya. Begitu juga di dalam kaunseling
kelompok, etika memainkan peranan yang penting sebagai satu garis panduan atau peraturan
untuk menjaga profesionalisma kaunselor, kepentingan ahli kelompok serta perjalanan kelompok
itu sendiri.

Pandangan yang diberikan oleh Swanson & Van Hoose (1977) yang menyatakan, “Standard or
code of ethics are designed to protect the public and also to give guidelines to practitioner so that
difficulty with the law may be avoided by the person who follow the profesion’s code”,
menguatkan lagi fakta di atas.

Di antara-antara kepentingan-kepentingan itu ialah;

1) memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion kaunseling daripada sebarang tindakan
yang boleh menyebabkan “ public condemnation”( penghinaan masyarakat).

2) Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan yang tidak
profesional, atau kecuaian pihak kaunselor.

3) Sebagai pengukur kepada “self-regulation” dalam profesion itu sendiri.

4) Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara-perkara


yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu sendiri.

5) Mempertingkatkan keberkesanan diri melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran selaras


dengan tuntutan dan kesedaran pihak klien berkaitan hak mereka dalam undang-undang.

4- ETIKA DALAM KAUNSELING KELOMPOK


4.1- Pandangan Tokoh-Tokoh:

Etika kelompok diolah mengikut keperluan sesuatu kelompok. Menurut Gazda (1977), adalah
penting bagi ketua kelompok untuk mengolah satu model bagi mencapai perubahan tingkah laku.
Tambah beliau lagi, bila sesi dirakamkan ahli patut diberitahu yang mereka boleh
memberhentikan rakaman bila-bila masa jika mereka merasakan ini menyekat penglibatan
mereka.
Bagi Feignberg (1977) pula, etika dalam kaunseling kelompok di mana ketua kelompok harus
mempunyai latihan yang cukup dalam teori dan prosedur kelompok. Mereka juga harus sedar
tentang kepelbagaian kesan yang mungkin timbul daripada prosedur dan proses kelompok.

Memberikan pandangannya, Bindrim (1977) menyatakan menjadi satu polisi yang wajar jika
ketua meminta ahli menandatangani satu perjanjian yang memerlukan mereka bersetuju supaya
tidak berbincang atau menulis tentang perkara-perkara yang berlaku dalam kelompok atau
mendedahkan identiti ahli lain.

4.2- Kelayakan Pemimpin Kelompok:

Pemimpin kelompok mestilah mempunyai kelayakan profesional serta pengalaman yang


diperlukan sesuai mengikut kelompok yang mereka pimpin. Pemimpin seharusnya seorang yang
teraputik, cekap dan berkesan serta bersedia untuk dicabar dan diuji untuk mendapatkan
kepercayaan.

Pemimpin kelompok juga mesti mempunyai fokus yang jelas terhadap tujuan dan matlamat
kelompok, memilih kaedah-kaedah yang sesuai dan mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti
sepanjang perjalanan kelompok bagi mencapai tujuan dan matlamat sesuatu kelompok itu.

Pemimpin kelompok mestilah bijak mengendalikan kelompok. Seandainya terdapat sebarang


bentuk pertentangan di dalam kelompok, contohnya desakan kelompok yang bercanggah dengan
kehendak ahli-ahl lain, pemimpin perlulah peka dan bertindak bijak mengatasi isu tersebut.
Seandainya ada ahli yang menjadi sasaran di dalam kelompok, pemimpin haruslah berani
campur tangan.

Sebagai pemimpin kelompok, perlulah turut melakukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ahli-
ahli kelompok sebagai sokongan kepada kelompok untuk melakukan perkara itu dengan penuh
yakin dan berani. Pemimpin juga harus faham tentang nilai-nilai dalam kelompok dan sedar
bahawa nilai-nilai itu adalah selaras dengan etika profesionnya.
Etika dalam kaunseling kelompok juga melibatkan tanggungjawab yang dituntut daripada
seorang ahli profesional seperti kaunselor atau pemimpin kepada kelompok yang spesifik seperti
orang-orang yang memerlukan bantuan atau sesuatu khidmat dari pemimpin tersebut. Menjadi
tanggungjawab pemimpin kelompok untuk memaklumkan kepada bakal ahli kelompok tentang
prosedur dan matlamat kelompok, peraturan kelompok, teknik-teknik yang akan digunakan,
harapan ahli, risiko psikologikal dan faktor lain yang boleh mempengaruhi mereka dalam
membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan kelompok.

Ahli kelompok seharusnya bersedia mentafsirkan pembelajaran mereka dalam kelompok dengan
kehidupan seharian mereka dan menggunakannya dengan berkesan. Jesteru itu etika kaunseling
kelompok berkait rapat dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor
semasa sesi kaunseling dijalankan. Semasa sesi perjanjian dijalankan satu perjanjian bertulis
perlu dimenterai antara ahli dengan kaunselor. Prosedur ini penting kerana melindungi hak-hak
ahli dan juga kaunselor.

Pemimpin kelompok seharusnya berusaha menggendalikan sesi kelompok dan seterusnya


menilai kesan bagi kelompok pimpinannya. Proses susulan di dalam kelompok adalah penting
kerana ia merupakan satu aspek akauntabiliti pemimpin kelompok. Melalui proses ini juga akan
mendorong ahli kelompok untuk meneruskan tingkah laku positif yang mereka pelajari dalam
kelompok setelah mengetahui adanya proses susulan setelah tamat sesi kelompok.

Akhirnya, pemimpin kelompok perlu berwaspada dengan tanda-tanda kelemahan psikologikal


ahli kelompok seperti ahli menangis sepanjang masa berada di dalam kelompok, ahli seperti
dalam keadaan celaru serta tertekan (berada dalam dunianya yang tersendiri), ahli berdiam diri
sepanjang masa dalam kelompok dan tanda-tanda psikologikal lain. Ini menandakan penglibatan
mereka di dalam kelompok harus di tamatkan.

Adalah tidak beretika mengamalkan kaunseling tanpa persediaan yang rapi American Group
Psychotherapy Association dan Association for Specialists in Group Work (ASGW),
menggariskan secara terperinci, piawaian terbaik bagi latihan yang diperlukan oleh kaunselor.

4.3- Kerahsiaan:

Kerahsiaan merupakan salah satu etika di dalam kelompok yang perlu dititikberatkan. Ahli-ahli
perlu mendapat makluman tentang kerahsiaan di dalam kelompok, seawal waktu penstrukturan,
semasa sesi berjalan dan apabila kelompok berakhir. Maklumat kelompok tidak akan diberitahu
kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan kelompok
demi kebaikan kelompok sendiri.
Selain daripada itu identiti setiap ahli dalam kelompok hendaklah dirahsiakan dan menjadi
tanggungjawab ke atas semua ahli (Kod Etika Kaunselor, 2005)

5- ISU-ISU DALAM KAUNSELING KELOMPOK

Proses kaunseling kelompok akan menjadi lebih bermakna dan sangat berkesan sekiranya proses
tersebut dapat berjalan mengikut nilai, norma dan tingkah laku yang diterima dalam persekitaran
masyarakat. Peterson (1970). Satu Sistem etika adalah menjadi panduan berdasarkan nilai-nilai
yang biasa dipegang dan dihargai oleh masyarakat. Kaunseling kelompok juga dapat membantu
ahli mencapai matlamat dan tujuan yang telah digariskan bersama dengan ahli kelompok dalam
menentukan hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai dalam persetujuan bersama.

Namun walaubagaimanapun terdapat halangan-halangan yang menyebabkan proses ini tidak


dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan. Ini adalah disebabkan isu-isu yang wujud dalam
kaunseling kelompok yang boleh memberi kesan yang buruk atau pengalaman yang ngeri
terhadap ahli sekaligus mencemar nilai kepercayaan dan penerimaan ahli terhadap kaunseling
kelompok.

Selain itu juga isu-isu yang wujud dalam kaunseling kelompok akan memberi kesan yang lebih
mendalam kerana bukan seorang ahli yang akan mengalami trauma atau tekanan tetapi ramai,
kerana jumlah ahli dalam kelompok adalah lebih daripada satu. Maka sudah tentu akan
memburukkan lagi pandangan masyarakat terhadap kaunseling kelompok serta menghilangkan
nilai kepercayaan masyarakat terhadap kaunseling kelompok.

5.1- Pemimpin Kelompok:

Antara isu-isu yang terdapat dalam kelompok ialah isu melibatkan kepimpinan. Isu ini secara
keseluruhannya melibatkan tahap kredibiliti yang dimiliki oleh pemimpin atau kaunselor yang
bertindak sebagai ketua atau penggerak utama dalam proses kaunseling kelompok. Tidak kira
apa jenis kelompok yang dipimpin, apa pendekatan yang digunakan atau apa gaya kepimpinan
yang dilaksanakan dalam kaunseling kelompok, kejayaan kelompok sangat bergantung kepada
pemimpin yang mengetuai kelompok tersebut.

Terdapat pelbagai permasalahan atau persoalan yang ditimbulkan tentang pemimipin kelompok
sama ada dari segi latihan yang diperoleh, kelayakan yang dimiliki, kecekapan dan pengalaman
pemimpin dalam menerajui sesuatu kelompok. Disamping itu juga isu kepimpinan ini mengukur
tahap kemampuan pemimpin dalam menguasai masalah yang diketengahkan dalam kelompok.

Ini antara isu yang dikaitkan dengan pemimpin dalam kelompok. Adalah menjadi tanggungjawab
pemimpin dalam memimpin ahli kelompok mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama
tanpa wujud perkara yang bercanggah dengan nilai dan norma persekitaran masyarakat.
Rosenbaum (1972). Bakal ketua perlu diberitahu tentang beberapa jenis kelompok dalam proses
pengajaran yang formal dan perlu mendapat peluang untuk mengolah teori sendiri yang rasional
dan praktikal.

5.2- Keahlian Kelompok:

Selain itu juga isu keahlian dalam kelompok merupakan sesuatu yang perlu dititi beratkan. Ini
kerana kejayaan kelompok dalam mencapai matlamatnya sangat bergantung kepada ahli-ahli
yang terlibat dalam sesuatu kelompok. Ini menunjukkan pemilihan ahli dalam kelompok
mestilah mengikut klasifikasi jenis kelompok yang hendak dilaksanakan dan kaedah kepimpinan
yang akan digunakan oleh pemimpin dalam mengendalikan kelompok tersebut.

Bagi menentukan pemilihan ahli kelompok adakah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk
membuat pemilihan ahli kelompok. Tidak kira apa jenis kelompok yang hendak ditubuhkan,
pemilihan ahli mesti mengikut klasifikasi jenis kelompok yang hendak dikendalikan oleh
pemimpin . The American Psychological Association (APA) dalam Guidelines for Psychologists
Conducting Growth Group (1973) mencadangkan “Satu temu bual menapis peserta harus
dijalankan oleh ketua kelompok sebelum individu diterima menjadi ahli. Adalah menjadi
tanggungjawab ketua menapis dan menolak mereka yang memikirkan bahawa pengalaman
kelompok tidak sesuai bagi mereka”. Cadangan ini dipersetujui oleh Gazda (1977) dan
menambah, proses menapis patut diolah untuk memastikan peserta faham apa yang diharapkan
daripada mereka dan menerima yang mungkin menikmati faedah yang lebih daripada
pengalaman kelompok. Yalom (1975) menyatakan, jika penapisan pemilihan ahli kelompok
tidak dijalankan dengan teliti, ahli itu boleh meninggalkan kelompok dengan perasaan hampa
dan tawar hati. Yalom menerangkan bahawa lebih mudah mengenal pasti individu yang sesuai.

Maka jelas tanggungjawab terhadap ketua untuk memilih ahli bagi sesuatu penubuhan sesuatu
kelompok bertujuan mengelakkan berlakunya konflik sesama ahli menyebabkan proses atau sesi
tidak dapat dijalankan dan wujud gangguan-gangguan yang menyebabkan timbulnya isu dalam
kelompok sekaligus menyekat proses kelompok. Ahli juga perlu dinyatakan kenapa dan mengapa
pemilihan ahli perlu dilakukan sebelum kelompok ditubuhkan.

5.3- Kerahsiaan Kelompok:

Kerahsiaan merupakan faktor yang perlu dititikberatkan dan perlu diberi penjelasan yang
terperinci atau mendalam kepada ahli kelompok semasa peringkat penstrukturan dilakukan. Ini
kerana kerahsiaan dalam kaunseling kelompok sangat sukar untuk dikawal kerana jumlah ahli
yang ramai, sudah tentunya pemimpin tidak dapat memberi jaminan terhadap kerahsiaan dalam
pelaksanaan kelompok. Olsen (1971) menyatakan “Ketua kelompok boleh menjamin kerahsiaan
untuk dirinya sahaja, dia mesti memberitahu ahli tentang tanggungjawab mereka menghormati
rahsia yang telah dibincangkan. Dia juga harus menyedarkan ahli bahawa dia tidak boleh
menjamin kerahsiaan ahli lain dalam hal ini.”

Isu kerahsiaan ini sangat sensitif, oleh itu pemimpin perlu membincangkan secara khusus kepada
ahli tentang kerahsiaan yang perlu dititikberatkan dan perlu jujur untuk tidak berlakunya
kebocoran hal-hal peribadi, hal-hal yang sensitif mengenai seseorang ahli dalam kelompok.
Disarankan kepada pemimpin setiap kali berakhir pertemuan ataupun sesi, pemimpin perlu
memberi penegasan atau penekanan terhadap ahli tentang prinsip kerahsiaan dalam kelompok.

Corey, Corey dan Callanan (1984). Bagi kaunselor walaupun aspek kerahsiaan ini telah
diberitahu pada awal kelompok, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mengingatkan
ahli tentang prinsip kerahsiaan ini dari masa ke semasa.

5.4- Penilaian Kelompok

Isu yang ada dalam kaunseling kelompok ialah penilaian dan tindakan susulan Pemimpin perlu
memberi penekanan terhadap tindakan susulan selepas tamat sesi kaunseling kelompok.
Pemimpin boleh melaksanakan tindakan susulan ini selepas sebulan atau tiga bulan selepas sesi
tamat. Ini bertujuan untuk membincangkan tentang kesan kaunseling kelompok dan hasil yang
diperoleh dalam kelompok. Melalui sesi susulan ini pemimpin dapat gambaran yang sebenar dan
dapat melihat sendiri sama ada ahli-ahli dapat menggunakan pengalaman dan pengajaran yang
dilalui dalam kelompok. Selain itu juga ahli dapat meluah serta berkongsi pengalaman yang telah
dilalui untuk sama-sama mendapat maklum balas dan pengukuhan selepas meninggalkan sesi
kelompok.
Tempoh ini ahli digalakkan membuat pendedahan kendiri yang mendalam. Namun menjadi
tanggungjawab pemimpin untuk mengajar dan menerangkan kaedah pendedahan kendiri yang
perlu dilakukan oleh ahli. Pemimpin jangan terlalu mendesak untuk ahli mendedahkan hal-hal
yang agak sulit sebelum mereka bersedia. Jika tidak ahli akan menarik diri dengan perasaan malu
kerana telah menceritakan lebih dari yang sepatutnya.

6- CONTOH-CONTOH KES

Kes 1:

Olympia-Jabatan Kesihatan menahan seorang kaunselor Preston Carbery yang memiliki ‘license
of Mental Health’(CLH 00006880) di atas kesalahan melakukan hubungan seksual semasa
mengendalikan kaunseling. Carbery disabitkan kesalahan pada 7 September 2005 di Steven
County Supervisor Court dengan melakukan 3 kali perkosaan ke atas kliennya. Carbery didapati
tidak dapat menjadi seorang kaunselor yang baik, dan beliau yang masih mempunyai kontrak
dengan Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kaunseling
kesihatan kepada kliennya.

Tuduhan ini menyatakan Carbery terlibat dengan hubungan seksual dengan dua orang klien
perempuan semasa mengadakan perkihmatan kaunseling. Carbery juga didapati bersalah kerana
cuba menakutkan kliennya dengan mengugut sekiranya kejadian tersebut dilaporkan kepada
Jabatan Perkhidmatan Sosial, Carbery akan mengancam anak-anak kliennya. Carbery
mempunyai 20 hari untuk memberikan maklum balas di atas tuduhan tersebut.

Daripada kes tersebut, didapati kaunselor telah menyalahi etikanya sebagai seorang kaunselor
yang bertauliah kerana merujuk kepada Kod Etika Kaunselor 2005, batasan seksual , bukan
sahaja bersifat fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan. Contohnya, kaunselor dilarang
menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Justeru itu, gangguan seksual akan menyebabkan
ahli-ahli kelompok tidak selamat dan kebolehpercayaannya terhadap kaunselor tergugat.
Kes 2:

Seorang kaunselor pembimbing didapati bersalah kerana mengadakan seks dengan kliennya yang
berusia 16 tahun. Jenniffer Villacrusis disabitkan kesalahan minggu lepas, kerana
menyalahgunakan kuasanya sebagai kaunselor dan secara tidak langsung melanggar etika
seorang kaunselor. Menurut laporan polis, beliau dan pelajar melakukan kesalahan tersebut di
pejabatnya,Hugesville Junior High School dan di rumah kediamannya. East Lycony School
Superintendent Dave Price, mengesahkan Villacrusis telah digantung bekerja pada hari Selasa,
dan kes ini akan didengar pada 22 Januari di bilik mesyuarat. Ahli mesyuarat akan membuat
keputusan sama ada beliau akan terus atau berhenti daripada kerjaya sebagai seorang kaunselor.
Polis turut mengesahkan satu penyiasatan terhadap remaja tersebut terpaksa ditangguhkan kerana
Villacrusis tidak memberikan kerjasama. Penyiasatan ini bermula minggu lepas selepas
Villacrusis mendapatkan perkhidmatan hospital dan memberitahu kepada seorang jururawat
bahawa dia telah dirogol dan tidak mahu membuat laporan polis.

Kes 3:

Olympia- Jabatan Kesihatan Negeri Washington telah menahan James F. Durham seorang
kaunselor yang juga mempunyai banyak kepakaran professional dalam mengendalikan bahan
kimia . Beliau ditahan diatas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan dadah.
Tindakan disiplin dikenali sebagai ‘pergantungan tanpa perbincangan’bermaksud Durham yang
mempunyai sijil CP 828 dan berdaftar sebagai RC11842, didapati tidak dibenarkan bekerja
sebagai seorang kaunselor dan juga pakar mengendalikan bahan kimia sehinggalah kes beliau
dibicarakan semula.

Durham mempunyai 20 hari untuk memberikan respond diatas tuduhan tersebut. Durham ditahan
di atas berurusan dengan kumpulan kecil untuk tujuan yang tidak bermoral pada 3 June
2001.Perbicaraan beliau dijadualkan pada 18 Oktober 2001. sebelum ini Durham didapati
banyak melakukan perbuatan tidak bermoral dan masih berhubungan dengan pesalah-pesalah
juvana untuk urusan peribadi. Penyiasat yang ditugaskan daripada Jabatan Kesihatan mendapati
Durham gagal menunjukkan kesalahan jenayah di kawasan Yakima dan King. semasa
permohananya sebagai pakar penggunaan bahan kimia . Rekod jenayah Durham sebelum ini
mengandungi rompakan berbahaya pada tahun 1978 dan kejadian jenayah kredibilitinya pada
Mac 2000.

Merujuk kepada kes ini pula, kaunselor didapati melanggar etika serta menghilangkan
kepercayaan kelompok terhadap kewibawaan kaunselor. Oleh itu. Dengan tertubuhnya, Akta
Kaunselor 580 pada tahun 1998, dengan ini mengesahkan bahawa sebarang salahlaku , maka
secara automatiknya, jawatan kaunselor akan digantung sehinggalah kes tersebut dibicarakan.

Kesimpulan daripada kes-kes di atas, dapat mengukuhkan lagi bahawa wujud isu-isu yang
berlaku dalam kaunseling kelompok yang mengganggu proses ataupun sesi dari berjalan dengan
lancar mengikut kaedah yang sebenarnya. Namun isu-isu ini dapat dielakkan jika pemimpin yang
mengendalikan kelompok mempunyai etika yang telus.

Anda mungkin juga menyukai