Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACA

RA MAJLIS MOHON RESTU ATAS TALIAN CALON SPM TAHUN 2021


Pengumuman Mengumumkan ketibaan Yang berusaha En Tee Tiam
Chai,Pengetua Sekolah Seni Malaysia Johor, Barisan
Penolong-penolong kanan, Barisan Guru Kanan
Matapelajaran dan ketua bidang serta Guru-guru Sekolah
Seni Malaysia Johor.
Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan
lagu Negaraku dan bangsa Johor
*Nyanyian lagu negaraku*
*Nyanyian lagu sekolah*

Hadiri dipersilakan duduk.


Kata-kata aluan Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Salam sembah pembuka bicara

Yang Berusaha,
Encik Tee Tiam Chai,
Pengetua Sekolah Seni Malaysia Johor
Yang dihormati
Puan Suhaibah binti Mohamed
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Siti Jauhara binti Jamian
Penolong Kanan Kokurikulum
Cik Mah Nyuk Ying, Penolong Kanan Kesenian

En Zairul Rizal bin Zainal, Yang Dipertua Persatuan


Ibubapa dan Guru Sekolah Seni Malaysia Johor.
Barisan guru matapelajaran dan ibubapa yang turut serta
dalam talian maya seterusnya murid-murid calon SPM
2021 yang dikasihi sekalian
Kata-kata aluan Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta
kerana di atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-
sama bersiaran pada hari ini bagi menghadiri Majlis
Mohon Restu Calon SPM tahun 2021 Sekolah Seni
Malaysia Johor secara atas talian.
Bacaan Doa Hadirin sekalian, bagi memohon keberkatan majlis kita
pada petang ini, majlis mempersilakan
Encik Muhammad Nizam bin Mohd Yamin
bagi mengetuai bacaan doa mohon restu. Majlis
mempersilakan.
 Cue: Setelah selesai bacaan doa.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan Pengetua Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Ucapan Pengetua dinanti-nanti
Membuat majlis bertambah seri
Majlis menjemput Yang Berusaha Encik Tee Tiam Chai,
Pengetua Sekolah Seni Malaysia Johor bagi
menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan..
 Cue: setelah ucapan selesai.
Terima kasih tuan pengetua atas ucapan yang diberikan.
Bacaan Warkah Majlis diteruskan lagi dengan menjemput semua murid
Ku Mohon calon SPM tahun 2021 untuk berdiri dan meletakkan
Ampun Darimu tangan ke dada bagi menghayati bacaan warkah Ku
Mohon Ampun Darimu yang akan diwakili oleh Ketua
Murid dan Penolong Ketua Murid
Muhammad Thaqif Irfan bin Rosidan dan
Yasdina binti Yahya
…………………………………………………………….
Majlis mempersilakan.

 Cue: setelah ikrar selesai


Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan warkah
yang penuh keinsafan itu tadi.
Penutup Hadirin sekalian
Dengan berakhirnya bacaan warkah itu tadi, maka
berakhirlah upacara rasmi Majlis Mohon Restu.
Bunga seroja di atas cemara
Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pinta
Di atas dahan burung tempua
Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi
Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan
dalam pengendalian majlis pada hari ini, saya mewakili
jawatankuasa program dengan rendah hati memohon
ampun dan maaf. Sekian terima kasih dan salam hormat.
Pengumuman Murid-murid dan ibubapa , Sesi Mohon Restu murid
bersama ibubapa bermula sekarang. Semua murid
dibenarkan untuk membuka telefon bimbit dan menunggu
panggilan daripada ibubapa masing-masing. Sekian,
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai