Anda di halaman 1dari 5

Skema Jawapan Kertas 2

Bahagian A

Soalan 1 (a) Nyatakan maksud:


i. Kerajaan
- Kerajaan muncul disebabkan adanya raja
- Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar
- Pemerintahan beraja diperkukuhkan dengan Sistem Pembesar Empat
Lipatan
- Sistem pentadbiran kerajaan yang tersusun menjadikan Melaka
sebagai empayar yang terkenal.
2 markah
- Selepas kedatangan Islam, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka
mula menggunakan gelaran sultan
ii. Wilayah pengaruh
- Wilayah pengaruh merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima
dan diakui oleh rakyat.
- Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas
merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur
Sumatera
- Wilayah pengaruh diperoleh melalui penakhlukan, naungan dan
perkahwinan
2 markah
-Wilayah pengaruh yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah
kerajaan ini

b) Senaraikan dua lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka


- adat istiadat/ penggunaan warna/ nobat/ regalia/ cap mohor 2 markah

c) Mengapakah warisan sesuatu bangsa perlu dipertahankan dalam


kehidupan sesebuah masyarakat.
Berikan penjelasan anda.
- melambangkan identiti sesuatu bangsa
- mengekalkan kesinambungan tamadun 4 markah
- memupuk perpaduan negara
- memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi akan datang

Mana-mana jawapan munasabah


Soalan 2 a) Jelaskan maksud nasionalisme
- Nasionaslisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap
bangsa dan negara
- Semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan
- berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan
terhadap bangsa dan negara
- gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial
2 markah
daripada penguasaan orang asing

b) Bagaimanakah faktor berikut mendorong kemunculan


nasionalisme di negara kita pada awal abad ke-20?
i. Media Cetak
- Media cetak seperti akhbar dan majalah berperanan sebagai penyalur
2 markah
maklumat dan penyebar berita
- Akhbar awal seperti Jawi Peranakan yang menegur campur tangan
British dalam soal agama Islam di Singapura/ isu bahasa Melayu
- Sekola Melayu digunakan untuk bahan pembacaan di sekolah Melayu
- Al-imam, Neracha dan Pengasuh memuatkan idea pembaharuan
- Fajar Sarawak yang diterajui oleh angkatan intelektual Melayu
diterbitkan sebagai wadah bagi mengkritik dasar pemerintahan Brooke
yang mengabaikan hak dan kepentingan bumiputera Sarawak
ii. Sistem Pendidikan
- Pendidikan moden Islam melalui penubuhan madrasah telah
meniupkan semangat baharu dalam kalangan pelajar pada awal abad ke-
20. 2 markah
- Madrasah al-Attas/ Madrasah al-Masyhur/ Madrasah al- Idrisiyah
- Institusi ini menerima idea nasionalisme melalui kunjungan para
ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat
- Pulangnya pelajar dari Mesir yang menyebarkan idea kemajuan dan
pemodenan kepada masyarakat
- pelajar didedahkan dengan idea tokoh falsafah Islam dan Barat
- memperlihatkan kelemahan bangsa yang dijajah/ mendesak British
melakukan pembaharuan
c) Jelaskan kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki
semangat nasionalisme yang tinggi.
- Berlaku campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara
- Berlaku ketidakstabilan politik
- Negara tidak akan membangun dan maju
- Kedaulatan negara akan tercemar
- Melahirkan rakyat tidak mempunyai integriti
- Melahirkan pemimpin yang tidak bertanggungjawab/amanah
- Rasuah dan jenayah berleluasa
- Negara akan mundur dan dipandang rendah oleh orang luar
4 markah

Soalan 3 a) Nyatakan slogan yang digunakan oleh Jepun untuk menonjolkan


imej mereka sebagai pembela negara Asia.
- Semangat Asia
- Asia untuk Orang Asia
2 markah

b) Mengapakah Jepun ingin menguasai Tanah Melayu?


- Mengeksploitasi sumber bahan mentah
Untuk keperluan perindustrian, ekoran Pembaharuan Meiji dan operasi
ketenteraan Jepun.
Tanah Melayu- pengeluar utama bijih timah, getah dunia, emas, bejih
besi, arang batu, bauksit/ Sarawak - sumber minyak (Miri/Lutong)
Sebagian daripada rancangan menjayakan pembentukan kawasan
Lingkungan Semakmuran Asia Timur Raya untuk mengukuhkan
ekonomi Jepun
- Kepentingan strategik ketenteraan
Di hujung Semenanjung Tanah Melayu terletak pangkalan tentea laut
British (Singapura).
Penguasaan pangkalan tentera laut - membuka laluan penguasaan Jepun
terhadap telaga minyak di Sumatera. 2 markah

Penguasaan Pulau Borneo - menjayakan operasi penaklukan tentera


Jepun di Pulau Jawa
c) Bagaimanakah Jepun melaksanakan dasar pendidikan di Tanah
Melayu?
- Jepun bertindak menutup sekolah Inggeris dan Cina
- Bangunan sekolah digunakan untuk keperluan pentadbiran tentera
Jepun
- Sistem persekolah Jepun diperkenalkan untuk membentuk semangat
persaudaraan (Hakko Ichiu)/ mencapai teknologi industri/ meningkatkan
disiplin/ menerapkan nilai Jepun
- Tentera Jepun berusaha memupuk nasionalisme Asia/ menghapuskan
pengaruh Barat/ menanam kesetiaan kepada Jepun melalui pendidikan
- Pendidikan menekankan semangat Jepun (Nippon Seishin)/
menghormati kebudayaan dan Maharaja Jepun
- Pengajaran bahasa Jepun (Nippon Go) dijalankan secara meluas/
menjadikan bahasa Jepun sebagai lingua franca
3 markah
- Sekolah bermula dengan perhimpunan menghadap arah negara Jepun/
menyanyikan lagu kebangsaan Jepun (Kimigayo)

d) Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa


pendudukan Jepun di Tanah Melayu?
- Menolak semua penjajahan sama ada dari Barat atau Timur
- Tidak mengharapkan kuasa luar untuk memerdeka dan
mempertahankan negara
- Tidak mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing
- Tidak bergantung dengan kuasa luar dalam urusan pentadbiran negara
3 markah
- Belajar daripada kesilapan yang lalu
- Mempertahankan kemerdekaan yang dimiliki pada hari ini

Soalan 4 a) Mengapakah British memperkenalkan Malayan Union pada


tahun 1946?
- Menggantikan British Military Administration (BMA)
- Melicinkan pentadbiran
- Meningkatkan pelaburan ekonomi
- Mengukuhkan pertahanan 2 markah
- Mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga kerja
b) Pengenalan Malayan Union dibantah oleh Raja-raja Melayu.
Buktikan pernyataan tersebut.
- Membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England
- Menghantar surat bantahan ke london
- Menyokong kongres Melayu
- Permaisuri Perak memimpin gerakan menentang Malayan Union
4 markah
- Memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan Union

c) Jelaskan kesan terhadap negara kita hari ini sekiranya


Malayan Union tidak ditentang oleh orang Melayu.
- Penjajahan British akan berterusan sehingga ke hari ini
- Sultan/Raja-raja Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik/
hanya berbincang mengenai hal agama Islam dan adat istiadat Melayu
- Hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dipertikaikan
- Warisan tamadun terancam kerana tiada kebudayaan kebangsaan

- Bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa kebangsaan
- Agama Islam tidak akan menjadi agama rasmi kebangsaan
- Negara akan dibanjiri oleh rakyat negara lain/ Perpecahan kaum akan
4 markah
berlaku
- Pertumpahan darah akan sering berlaku/ jurang ekonomi
mana-mana jawapan munasabah

Anda mungkin juga menyukai