Anda di halaman 1dari 5

Syirik Dan Kesan-Kesannya

dakwahdantarbiah.com/syirik-dan-kesan-kesannya

November 15, 2015

Marilah kita bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala dengan melaksanakan segala


suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sehubungan dengan itu juga
marilah kita bersama-sama berpegang dan melaksanakan sunnah Nabi
Sallallahu’alaihiwasallam agar kita benar-benar menjadi pengikut baginda dan pengamal
sunnah baginda.

Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini banyak cabaran dan ujian. Antara cabaran
yang kita hadapi ialah wujudnya syirik dalam masyarakat.

Syirik merupakan persoalan yang menyentuh aqidah. Ia mestilah kita jauhi. Syirik
bermaksud menyekutukan Allah Subhanahuwata’ala dalam ibadah dan perhambaan.
Contoh menyekutukan Allah Subhanahuwata’ala ialah menjadikan tuhan-tuhan palsu
yang lain setanding dengan Allah Subhanahuwata’ala dan meminta tolong atau
menyampaikan hajat kepada perkara-perkara lain selain daripada Allah
Subhanahuwata’ala.

Sebenarnya Islam mendidik kita agar menjadikan segala ibadah yang dilakukan hanya
ditujukan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Allah Subhanahuwata’ala menegaskan
perkara tersebut di dalam Al-Quran:

‫ﺻﻠِﺤﺎ َو َﻻ ﯾُﺸ ِﺮك ﺑِ ِﻌﺒَﺎ َد ِة َرﺑﱢ ِﻪۦٓ أَ َﺣ َﺪا‬ ُ ‫ُﻮﺣﻰ إﻟَ ﱠﻲ أَﻧﱠ َﻤﺂ إﻟَﻬ‬
َ ‫ُﻜﻢ إِﻟَﻪ َو ِﺣﺪ َﻓ َﻤﻦ َﻛ‬
َ ‫ﺎن ﯾَﺮ ُﺟﻮ ْا ﻟِ َﻘﺂ َء َرﺑﱢ ِﻪۦ َﻓﻠﯿَﻌ َﻤﻞ َﻋ َﻤﻠﺎ‬ ِ
ُُ َ ُ
ِ َ ‫ﻗﻞ إِﻧﱠ َﻤﺂ أﻧَﺎ ﺑَ َﺸﺮ ﻣﱢﺜﻠﻜﻢ ﯾ‬

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan
kepadaku: “Bahawa sesungguhnya Ilah kamu itu adalah Ilah yang Esa”. Barangsiapa
mengharap perjumpaan dengan Rabnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang

1/5
saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Rabnya”

(Al-Kahfi : 110)

Jenis-Jenis Syirik

1. Syirik akbar (Syirik besar)


Syirik jenis ini ialah dengan cara menyembah sesuatu yang lain (seperti berhala)
yang dianggap sebagai tuhan. Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala tidak
mengampunkan dosa orang yang melakukan perbuatan tersebut. Firman Allah
Subhanahuwata’ala:

‫ﯾﻞ ٱﻋﺒُ ُﺪو ْا ٱﷲﱠَ َرﺑﱢﻲ َو َرﺑﱠ ُﻜﻢ إِﻧﱠ ُﻪۥ َﻣﻦ‬ َ ‫ﯿﺢ ﯾَﺒَﻨِﻲ إﺳ َﺮ ِء‬
ِ ُ ‫ﯾﻦ َﻗﺎﻟُﻮ ْا إِ ﱠن ٱﷲﱠَ ُﻫ َﻮ ٱﻟ َﻤ ِﺴ‬
َ ‫ﯿﺢ ٱﺑ ُﻦ َﻣﺮﯾَ َﻢ َو َﻗ‬
ُ ‫ﺎل ٱﻟ َﻤ ِﺴ‬ َ ‫ﻟَ َﻘﺪ َﻛ َﻔ َﺮ ٱﻟﱠ ِﺬ‬
‫ﻧﺼﺎر‬َ َ‫ﯿﻦ ِﻣﻦ أ‬ ‫ﺎر َو َﻣﺎ ﻟِ ﱠ‬
َ ‫ﻠﻈﻠِ ِﻤ‬ ُ ‫ٱﷲُ َﻋﻠَﯿ ِﻪ ٱﻟ َﺠﻨﱠ َﺔ َو َﻣﺄ َوى ُﻪ ٱﻟﻨﱠ‬
‫ٱﷲِ َﻓ َﻘﺪ َﺣ ﱠﺮ َم ﱠ‬
‫ﯾُﺸ ِﺮك ﺑِ ﱠ‬

Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-
Masih putera Maryam”, padahal Al-Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil,
sembahlah Allah Rabku dan Rabmu”. Sesungguhnya orang yang
mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan
kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang zalim itu
seorang penolong pun

[Al-Maidah : 72]
2. Syirik asghar (syirik kecil)
Antara bentuk syirik jenis ini ialah meyakini azimat, mentera-mentera, jampi-jampi,
dukun danbersumpah dengan sumpah selain daripada Allah Subhanahuwata’ala.

Termasuk juga dalam syirik kecil ialah sesuatu yang merosakkan keikhlasan dalam
beribadah dan ber’ubudiyah kepada Allah Subhanahuwata’ala seperti riya’, takabur
dan ‘ujub.

Syirik jenis ini juga sangat dilarang oleh Allah Subhanahuwata’ala.

Kesan-Kesan Syirik

1. Penghinaan ke atas manusia

Syirik merupakan penghinaan terhadap kemuliaan manusia dan penurunan martabat


serta kedudukannya. Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menjadikan manusia
sebagai khalifah-Nya. Oleh itu manusia tidak patut takut, tunduk atau menyembah
sesama makhluk. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

‫ﯾﺢ ِﻓﻲ َﻣ َﻜﺎن َﺳ ِﺤﯿﻖ‬ ‫ٱﻟﻄﯿ ُﺮ أَو ﺗَﻬ ِﻮي ﺑِ ِﻪ ﱢ‬


ُ ‫ٱﻟﺮ‬ ‫ٱﷲِ َﻓ َﻜﺄَﻧﱠ َﻤﺎ َﺧ ﱠﺮ ِﻣ َﻦ ﱠ‬
‫ٱﻟﺴ َﻤﺂ ِء َﻓﺘَﺨ َﻄ ُﻔ ُﻪ ﱠ‬ ‫ﯿﻦ ﺑ ِﻪۦۚ َو َﻣﻦ ﯾُﺸ ِﺮك ﺑ ﱠ‬
ِ
‫َ ﱠ‬
ِ َ ‫ُﺣﻨَﻔﺂ َء ِﷲِ َﻏﯿ َﺮ ﻣُﺸ ِﺮ ِﻛ‬

(Beramallah) dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia.
Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh
dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh

(Al-Hajj : 31)

2/5
2. Sarang tahayul (dongengan)

Syirik adalah sarang tahayul dan kebatilan kerana mempercayai dan meyakini sesuatu
(selain Allah Subhanahuwata’ala) mempunyai kuasa serta pengaruh dalam kehidupan.
Apa yang lebih membimbangkan ialah yakin kepada sesuatu yang dianggap boleh
membuat perubahan melebihi keyakinan kepada Allah Subhanahuwata’ala.

3. Kezaliman yang besar

Syirik adalah perbuatan dosa yang besar dan merupakan suatu kezaliman ke atas diri
sendiri dan kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala. Kezaliman di sini bermaksud
menafikan kebenaran yang di bawa oleh Islam di mana hanyasanya yang layak
disembah ialah Allah Subhanahuwata’ala bukannya berhala dan sebagainya.

4. Sumber ketakutan

Syirik adalah sumber ketakutan dan kegelisahan. Apa yang berlaku dalam masyarakat
kita terjadinya ketakutan kepada kubur, wali-wali, pokok besar, jin-jin dan kepada sesuatu
yang lain. Ini semua adalah kepercayaan yang tidak berasas dan dilarang oleh Islam.
Firman Allah Subhanahuwata’ala dalam surah Ali-Imran:

‫ﺲ َﻣﺜ َﻮى ﱠ‬ ‫ٱﻟﺮﻋ َﺐ ﺑ َﻤﺂ أَﺷ َﺮ ُﻛﻮ ْا ﺑ ﱠ‬


ُ ‫ٱﷲِ َﻣﺎ ﻟَﻢ ﯾُﻨَ ﱢﺰل ﺑِ ِﻪۦ ُﺳﻠ َﻄﻨﺎ َو َﻣﺄ َوى ُﻬ ُﻢ ٱﻟﻨﱠ‬ َ ‫ﻮب ٱﻟﱠ ِﺬ‬
‫ﯾﻦ َﻛ َﻔ ُﺮو ْا ﱡ‬ ُُ
‫ﯿﻦ‬
َ ‫ٱﻟﻈﻠِ ِﻤ‬ َ ‫ﺎر َوﺑِﺌ‬ ِ ِ ِ ‫َﺳﻨُﻠ ِﻘﻲ ِﻓﻲ ﻗﻠ‬

Akan Kami masukkan ke dalam hati orang kafir rasa takut disebabkan mereka
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan
keterangan tentang itu. Tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk
tempat tinggal orang yang zalim

[Al -Imran: 151]


5. Melemahkan jiwa

Syirik mengajar penganutnya berserah diri dan bertawakkal kepada sesuatu yang lain
daripada Allah Subhanahuwata’ala. Ini akan menyebabkan seseorang itu akan lemah
pergantungannya kepada Allah Subhanahuwata’ala. Sedangkan segala sesuatu yang
lain itu tidak mempunyai sebarang kuasa pun melainkan dengan izin Allah
Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
ُ
‫ﻮن ٱﷲﱠَ ﺑِ َﻤﺎ َﻻ ﯾَﻌﻠَ ُﻢ ِﻓﻲ ﱠ‬
‫ٱﻟﺴ َﻤ َﻮ ِت َو َﻻ‬ َ ‫ٱﷲِ ُﻗﻞ أَﺗُﻨَﺒﱢ‬ َ ُ‫ﻀ ﱡﺮ ُﻫﻢ َو َﻻ ﯾَﻨ َﻔ ُﻌﻬُﻢ َوﯾَ ُﻘﻮﻟ‬
‫ﻮن َﻫ ُﺆ َﻵ ِء ُﺷ َﻔ َﻌ ُﺆﻧَﺎ ِﻋﻨ َﺪ ﱠ‬ ُ َ‫ٱﷲِ َﻣﺎ َﻻ ﯾ‬
‫ون ِﻣﻦ ُدون ﱠ‬
ِ َ ‫َوﯾَﻌﺒُ ُﺪ‬
َ ‫ۡﺤﻨَ ُﻪۥ َوﺗَ َﻌﻠَﻰ َﻋ ﱠﻤﺎ ﯾُﺸ ِﺮ ُﻛ‬
‫ﻮن‬ َ
َٰ ‫ض ُﺳﺒ‬
ِ ‫ِﻓﻲ ٱﻟﺄر‬

Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan
kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata:
“Mereka itu adalah pemberi syafa´at kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah
kamu mengkhabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak
(pula) di bumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka
mempersekutukan (itu)

[Yunus: 18]
6. Akibat yang buruk di Akhirat

3/5
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mengingatkan kepada umatnya agar menjauhi
perbuatan syirik kerana perbuatan tersebut balasannya adalah neraka. Sabda Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam:

‫اﻟﻨﺎر‬
َ ‫دﺧﻞ‬ َ ‫ُﺸﺮ ُك ﺑﺎﷲِ ﺷﯿﺌًﺎ‬
ِ ‫ﯾ‬

Barangsiapa yang berjumpa dengan Allah (meninggal dunia) dalam keadaan syirik
kepada Allah dengan sesuatu, maka dia akan memasuki neraka

(Riwayat Bukhari – Sahih Al-Bukhari, hadits no: 1238)

Penyelesaian bagi permasalahan syirik

Kesucian aqidah seseorang akan terpelihara jika beliau tidak melewati batas-batas yang
telah digariskan oleh Al-Quran dan As-sunnah Nabi Sallallahu’alaihiwasallam. Untuk
menghapuskan syirik hendaklah kita kembali kepada langkah-langkah sepertimana yang
terdapat dalam surah Al-Ikhlas.

1. Mengesakan Allah Subhanahuwata’ala.


Firman Allah Sallallahu’alaihiwasallam dalam surah al-Ikhlas.

‫ٱﷲُ أَ َﺣ ٌﺪ‬
‫ُﻗﻞ ُﻫ َﻮ ﱠ‬

Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa [Al Ikhlas : 1]

Ini bermakna dasar pertama di dalam aqidah Islam ialah Allah Subhanahuwata’ala
itu Maha Esa.

2. Memohon, bergantung dan menuju hanya kepada Allah Subhanahuwata’ala


‫ٱﻟﺼ َﻤ ُﺪ‬
‫ﱠ‬ ُ‫ٱﷲ‬
‫ﱠ‬

Allah adalah Rab yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu [Al Ikhlas : 2]

Hanya sanya kepada Allah kita memohon hajat atau pertolongan.

3. Meyakini Allah Subhanahuwata’ala tidak beranak, tidak berbapa dan tidak menyerupai sesuatu
‫ َوﻟَﻢ ﯾَ ُﻜﻦ ﻟﱠ ُﻪۥ ُﻛ ُﻔﻮًا أَ َﺣ ُﺪ‬. ‫ﻟَﻢ ﯾَﻠِﺪ َوﻟَﻢ ﯾُﻮﻟَﺪ‬

Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang
setara dengan Dia

[Al Ikhlas : 3-4]


Ini bermaksud Allah Subhanahuwata’ala tidak beranak, tidak diperanakkan dan
tidak serupa dengan manusia atau makhluk lain baik dari segi rupa, zat, sifat
mahupun perbuatan.

Kesimpulan

4/5
Marilah kita sama-sama menjauhi amalan, perbuatan dan rasa hati yang boleh membawa
syirik kepada Allah Subhanahuwata’ala. Allah Subhanahuwata’ala, Dialah Maha kuasa,
Maha bijaksana serta Maha mengetahui segala-galanya.

5/5

Anda mungkin juga menyukai