5 Sebab Logik Kenapa Gaji Rakyat Malaysia Tak Naik
5 Sebab Logik Kenapa Gaji Rakyat Malaysia Tak Naik
Naik
Pada tahun yang sama, kadar inflasi adalah 2.1%. Jadi kenaikan gaji
sebenar (kadar kenaikan gaji tolak dengan kadar inflasi) adalah
sekitar 4%. Ada juga yang akan kata gaji mereka tak naik setinggi 6%
terutamanya kakitangan swasta. Ya mungkin ada yang naik lebih
rendah dan ada yang lebih tinggi dan mungkin ada tak naik langsung.
Alasan lain yang masuk akal adalah kerana anda tak pernah
memintanya. Dekat Facebook bukan main lagi merungut gaji tak naik
tapi rupa-rupanya tak pernah minta pun.
Maklumlah, minta naik gaji ni kononnya hal yang sensitif. Nak pula
orang kita yang jenis ‘pemalu’ tak bertempat. Pastinya anda takut
permintaan anda kena reject ataupun dicop mata duitan oleh bos! Tapi
pepatah lama ada sebut; belum try belum tahu.
Sebab terakhir yang mungkin logik juga, gaji tak naik-naik sebab
majikan memang tak ada bajet atau tak suka dekat kita!
Mungkin sudah sampai masa pihak Kerajaan harus memberi fokus dan
mengkaji bagaimana boleh memperbaiki sistem penggajian negara kita
terutamanya di sektor swasta.
Kesimpulannya, anda rasa anda layak dapat gaji lebih tinggi? Jika
anda hanya boleh mengeluh dan mengeluh tentang gaji yang kecil,
tentang karier yang tidak jelas, tentang penilaian pihak majikan yang
tidak adil tetapi anda tidak berani untuk keluar mencari peluang
pekerjaan atau punca rezeki yang lain, maka berhentilah mengeluh.
Bahasa mudahnya nak cakap, kalau betul-betul tak puas hati dengan
majikan, carilah kerja lain. Dapat juga kurangkan stok dosa mengeji
dan mencaci dari belakang.