Anda di halaman 1dari 2

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan kajian kualitatif mengikut pemahaman anda?

Kajian kualitatif ialah kajian yang menggunakan pendekatan secara langsung untuk memahami suatu
peristiwa/fenomena yang berlaku dengan lebih terperinci. Kajian kualitatif ini dijalankan tanpa
menggunakan sebarang prosedur yang memberikan dapatan kajian secara statistik atau pengiraan.
Ianya juga lebih banyak digunakan dalam kajian yang melibatkan bidang akademik seperti sejarah,
sains, perniagaan dan sebagainya. Namun, tujuan kajian akan berbeza bergantung kepada sesuatu
bidang yang ingin dikaji.

Seterusnya, kaedah kualitatif ini juga sesuai digunakan bagi kajian yang mencari tentang ‘mengapa’,
‘bagaimana’ atau ‘ingin mengenal pasti’ sesuatu isu yang timbul dengan lebih mendalam. Selain itu,
kajian kualitatif ini juga tidak melibatkan data dalam bentuk nombor, sebaliknya data yang
diperolehi dalam bentuk audio atau video yang direkod melalui temubual yang dilakukan. Bukan itu
sahaja, kajian kualitatif ini juga lebih fokus kepada definisi konsep, tingkah laku, simbol atau makna
sesuatu perkara dengan lebih mendalam tanpa mengfokuskan kepada tahap pengukuran. Akhir
sekali, kajian kualitatif ini juga dapat melihat sesuatu perkara, fenomena atau peristiwa yang ingin
dikaji dengan lebih dekat kerana ia memerlukan pengkaji tersebut membuat penelitian secara
langsung di lapangan untuk mendapatkan data dengan lebih mendalam dan terperinci.

Contoh kaedah kajian kualitatif yang sering digunakan seperti proses temubual yang dilakukan
bersama responden. Seterusnya, pengkaji akan memungut data tersebut melalui rakaman yang
dilakukan ketika temubual tersebut dalam bentuk audio atau video.

Antara reka bentuk kajian kualitatif ialah kajian kes, kajian etnografi, kaedah binaan teori (grounded
theory), kajian fenomenologi dan kajian historiografi. Seterusnya, terdapat pelbagai jenis kaedah
dalam pengumpulan data seperti perbincangan kumpulan berfokus, temubual, triangulasi, bahan
audio dan video, analisis dokumen dan pemerhatian.

Soalan: Apakah kekuatan dan kelemahan reka bentuk kajian ini jika dibandingkan dengan
kuantitatif?

Kekuatan kajian kualitatif

Pertama, kajian ini dijalankan ke atas sesuatu peristiwa atau individu untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih terperinci dan mendalam. Tujuannya ialah untuk memahami serta mengetahui setiap
aspek secara lebih mendalam tentang sesuatu yang ingin dikaji.

Kedua, kajian ini menerangkan proses dan langkah sebab sesuatu itu berlaku. Pengkaji akan
memberikan soalan kepada responden seperti “apakah sebab..?“ “apakah langkah..?” “apakah aspek
yang terlibat..?” dan sebagainya. Dengan cara ini pengkaji akan dapat memperolehi hasil dapatan
kajian dengan lebih tepat.

Ketiga, kutipan data dan penggunaan teori banyak menggunakan kaedah berinteraksi, bersemuka
dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Pengkaji akan terlibat secara
langsung dengan responden kajian sama ada melalui pemerhatian, temu bual atau merujuk kepada
dokumen.

Keempat, kajian kualitatif ini berbentuk induktif iaitu pengkaji akan membina konsep dan teori untuk
dikembangkan, dinyatakan atau dijelaskan. Konsep dan teori ini merupakan dapatan penting kajian
kualitatif yang dihasilkan daripada kajian yang dijalankan.

Kelima, kutipan data dijalankan secara berterusan. Ianya tiada tempoh had yang ditetapkan secara
khusus sebaliknya data dikutip selagi ia diperlukan dan mencukupi untuk menjawab soalan kajian.
Kelemahan kajian kualitatif

Antara kelemahan kajian kualitatif ialah ia akan memakan masa yang agak lama. Ini kerana, ia
memerlukan pengkaji menjalankan kajian ke atas sesuatu perkara dengan lebih mendalam untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Selain itu, ia juga bergantung kepada kemahiran
pengkaji untuk mengumpulkan data daripada responden melalui kaedah temubual atau
pemerhatian.

Anda mungkin juga menyukai