Anda di halaman 1dari 9

UJIAN BEBAN BAGI SEBUAH JANAKUASA

1. Ujian beban dilakukan di kilang. Tujuan adalah untuk merekodkan perlakuan (characteristic)
dan pencapaian (performance) bagi enjin dan alat ayun (alterntor) dalam keadaan beban yang
berbeza (0%, 25%, 50%, 75%, 100% an 110%)

Beban (Load bank) terdiri daripada beban berperontang (resistive) beban beraruhan
(inductive) dan beban berkemuatan (capacitive) boleh digunakan serentak dengan
berperingkat.

2. Catatkan butir-butir enjin dan alat ayun (alternator) – no siri dan model yang berkaitan.

3. Janakuasa disambungkan pada beban (load bank) lengkap dengan panel jangka (Jangka
Voltan, Jangka Ampiar, Jangka Hz, Jangka PF, Jangka Kw dan Jangka HR).

4. Perinsa minyak pelincir (minyak htam) aur dalam radiator dan minyak – bahan api (disel).
Laraskan dan rekodkan pda paras yang sepatutnya. Perkara-perkara ini akan direkodkan
kemudian bagi setiap peratus beban yang diuji ke atas janakuasa.

5. Hidupkan enjin, panaskan dan biatkan selama 15 minit.

6. Selepas 15 minit – setkan dengan betul pada 1500 rpm, 50 Hz, 415 voltan dan mulakan ujian
dengan beban pertama (0% - tanpa beban selama 1 jam berikutnya). Nilai yang telah
disetkan ini hendaklah digunkan sepanjang ujian – jangan dilaraskan semula semasa ujian
djalankan, biarkan sehngga tamat ujian bagi semua peratus beban.

7. Biarkan selama 1 jam dengan tanpa beban – 0%. Pada penghujung 1 jam – rekodkan butir-
butir seperti dibawah:-

8. Tambahkan beban berperingkat-peringkat bagi setiap jam sehingga 110% dan buatkan rekod
seperti (7) di atas. Jumlah masa ujian ini adalah lebih kurang 6 jam.

9. Periksa keseluruhan enjin semasa ujian dijalankan – periksa kebocoran minyak pelkincir, air
panas dan saluran bahan api. Tentukan bahawa keadaan enjin dan alat ayun berada di
dalam keadaan stabil.

10. Bacaan-bacaan lain seperti masa bertindakbalas (response time) apabila setiap tambahan
beban dikenakan, tindakanbalas ke atas voltan, Hz dan pusingan enjin boleh juga dirakamkan
dengan menggunakan perakam bergraf / bercarta (seperti chart recorder, voltage & current
recorder, Hz recorder, tempreture recorder dan lain-lain).

Muka : 1/6
NOTA A4

11. Selepas tamat ujian bagi semua peringkat beban, dengan janakuasa masih lagi beroperasi,
jalankan ujian-ujan berikut bagi memastikan peranti perlindungan (geganti dan pemutus litar)
beroerasi seperti yang dikehendaki:-

 kuantiti pengunaan bahan api (disel)


 suhu air
 tekanan minyak pelincir
 voltan, ampiar, ulangan, kuasa (kW), factor kuasa, pusingan (rpm) enjin.

12. Bagi keseluruhan ujian dengan kadar beban – hanya kirakan pada beban 100% bahawa
kejatuhan voltan dan kejatuhan kelajuan/pusingan (rpm) yang dibenarkan adalah:-

 kejatuhan voltan 4% pada penuh (100%)


 kejatuhan kelajuan/pusingan (rpm) 5% pada beban penuh (100%)

Jika kejatuhan voltan dan kelajuan/pusingan lmelebihi milai-nilai di atas, janakuasa tersebut
dianggap gagal dalam ujian.

Hasil dari ujian di atas boleh digunakan bagi merancang saiz tangki bahan api untuk membekalkan
janakuasa bagi satu jangka waktu/masa kegunaan. Lain-lain butiran yang direkodkan juga dapat
mengambarkan perilaku enjn dan alat ayun (alternator) tersebut – sama ada menepati spesifikasi
atau sebaliknya.

PENYEGERAKAN DUA SET JANAKUASA


(Menggunakan panel penyegerakan berasingan)

Syarat-syarat penyegerakan adalah:

 Voltan terminal kedua-kedua janakuasa mestilah sama


 Ulangan/Frekuensi kedua-dua janakuasa mestilah sama
 Turutan voltan/jujukan voltan (voltage sequence) atau pernafasan mestilah sama
 Sudut fasa bagi voltage (voltage phase angle) antara dua janakuasa atau antara janakuasa
dan bekalan utama mestilah sama

1. Periksa ke dua-dua janakuasa – minyak pelincir, system penyejukan (air), minyak bahan api
yang mencukupi, bateri dan system penghidup dan periksa secara fizikal akan segala
bahagian luaran enjin dan alternator dari sebarang kebocoran minyak dan air. Periksa juga
ruang peredaran uadara dari system penyejukan tidak terhalang dari apa-apa perkara.

2. Hidupkan Janakuasa No. 1 – tutup suis neutral – panaskan janakuasa ini selama 15 minit –
biarkan ia mencapai suhu operasi.

Laraskan semua keluaran Janakuasa No. 1 – Voltan 415V, Frekuensi 50Hz,


pusingan/kelajuan 1500 rpm – laraskan dengan menggunakan perapi voltan dan perapi
frekuensi (voltage & frequency trimmer).

3. Tutup pemutus litar (on) Janakuasa No. 1 – berikan/lepaskan bekalan elektrik ke palang bas
(busbar).
Muka : 2/6
NOTA A4

4. Sambungkan beban satu demi satu sehingga mencapai tahap beban maksima atau beban
yang mampu ditanggung oleh Janakuasa No. 1 ini. Laraskan semula – bagi setiap tambahan
beban – jika terdapat kejatuhan voltan, ulangan (Hz) dan pusingan/kelajuan enjin (rpm).

Biarkan Janakuasa No. 1 ini berjalan selama 15 minit dengan beban penuh tersebut. Periksa
seluruh bahagian janakuasa jika terdapat apa-apa kerosakan atau kebocoran minyak atau air.
Perhatikan sebarang perubahan ke atas bunyi atau gegaran yang luar biasa atau sebarang
bau hangit sama ada pada enjin atau pada alat ayun atau pada pengganding (coupler).

Jika terdapat apa-apa kerosakan, matikan enjin dan buat apa-apa pembaikan perlu.

5. Hidupkan Janakuasa No. 2 – tutup suis neutral – panaskan janakuasa ini selama 15 minit –
biarkan ia mencapai suhu operasi.

Laraskan semua keluaran janakuasa ini – Voltan 415V, Frekuensi 50 Hz, pusingan/kelajuan
1500 rpm – laraskan dengan menggunakan perapi voltan dan perapi frekuensi (voltage &
frequency trimmer).

6. Sambungkan palam panel penyegerakan (synchroscope) ke soket panel Janakuasa No. 1 dan
Janakuasa No. 2 atau tutup (on) suis penyegerakan ke dua-dua panel janakuasa.

7. Tentukan dan laraskan voltan dan ulangan (frekuensi) Janakuasa No. 2 adalah sama dengan
Janakuasa No.1 atau palang bas. Laraskan juga Janakuasa No. 1 jika terdapat kejatuhan
voltan dan ulangan supaya ke dua-dua janakuasa berada pada voltan & ulangan yang sama.

8. Perhatian synchroscope dan lampu gelap atau lampu cerah. Kedua-dua sudut fasa voltan
tentunya tidak sama. Laraskan semula perlahan-lahan perbezaan sudut fasa voltan kedua-
duanya – jika didapati jarum synchroscope terlalu laju – pusingan arah jam menunjukkan ia
beroperasi dengan betul (turutan positif) dan pusingan lawan jam menunjukkan ia beroperasi
tidak betul (turutan negatif).

Jika jarum penunjuk berhenti – ini bermakna voltan & ulangan – sama – tetapi sudut fasa tidak
sama. Kedua-dua sudut fasa akan sama jika jarum pada kedudukan pukul 12 atau lampu
gelap pada keadaan paling gelap atau lampu cerah pada keadaan paling cerah. Ikut cara
mana penyegerakan ini dibuat.

9. Bersedia untuk penyegerakan kedua-dua janakuasa. Tutup pemutus litar (on_ Janakuasa No.
2 apabi;a jarum synchroscope menghampiri pukul 12 atau pada keadaan lampu paling gelap
atau paling cerah.

Perbuatan pengendali ini melibatkan masa lengah tindakbalas pengendal (operator) –


disebabkan tindakbalas ini adalah paling baik jika penyegerakan dibuat pada kedudukan
jarum synchroscope 5 minit sebelum jam 12.

10. Laraskan semula ulangan (Hz) Janakuasa No. 2 (jika terdapat kejatuhan) supaya ia benar-
benar dapat berkongsi beban dengan Janakuasa No. 1 secara sama rata/seimbang. Dengan
menyamakan (menaikan jika terdapat kejatuhan) ulangan (Hz) ini akan dapat dilihat bahawa
Kw bagi kuas bekalan juga akan naik (bertambah).

Muka : 3/6
NOTA A4

Selepas ini buka (off) suis neutral bagi janakuasa No. 2 dan biarkan sehingga tamat
penggunaan tenaga bagi kedua-dua janakuasa segerak tersebut. Apabila terjadi salah satu
janakuasa tersebut mati disebabkan kerosakan – atas tindakan sustem perlndungan, ini
bermakna hanya satu janakuasa berjalan – tentukan suis neutral.

Kedua-dua Janakuasa ini telah selesai menjalani proses penyegerakan. Tambahan atau
pengurangan beban boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Walau bagaimanapun
jika kapasiti beban cukup ditampung oleh satu janakuasa, adalah lebih baik menjalankan secara
individu sahaja. Cara ini dapat menjimatkan.

KOMPENEN UTAMA SEBUAH JANAKUASA (ALTERNATOR)

1. Penguja Utama (Main Exciter):

Alat yang bertindakbalas sebagai penjana kecil yang akan membekalkan arus AC dan
ditukarkan ke arus ujaan DC bagi kegunaan gelong medan rotor (Rotor Field Coil) untuk
menghasilkan medan magnet.

Penguja utama ini terdiri daripada – Gelong medan penguja (Exciter Field Coil) dan
Gelong angker penguja (Exciter armature coil).

Penguja (exciter) menerima arus ujaan dari Pelaras Voltan Automatik (AVR) melalui gelong
medan penguja AVR akan mengesan kejatuhan voltan punca/terminal dan akan member
tambahan bekalan arus ujaan gelong medan rotor bagi menaikkan voltan punca/terminal.

2. Penguja Pandu (Pilot Exciter):

Penguja pandu mempunyai penjana magnet kekal (permanent magnet generator) yang
terletak di rotor bagi membekalkan arus ujaan kepada angker penguja pandu (pilot exciter
armature). Angker penguja pandu membekalkan arus AC kepada AVR dan seterusnya AVR
menukarkan arus AC kepada DC untuk dibekalkan keada penguja utama.

3. Diod Berputar (Rotating Diode):

Adalah diod-diod yang terletak pad aci janakuasa (generator shaft) dn berpusing apabila aci
berpusing – janakuas duhidupkan. Diod-did ini bertindak sebagai pemeras (rectifier) dan akan
menukarkan arus AC yang dihasilkan oleh gelongh angker penguja (exciter armature coil)
menjadi arus DC dan membekalkan arus DC tersebut ke gelong medan rotor (rotor field coil)
bagi menghasilkan medan magnet.

4. Pelaras Voltan Otomatik (AVR)

Automatic Voltage Regulator adalah merupakan alat kawalan pada janakuasa bagi
menstabilkan voltan terminal. Ia digunakan bagi mengesan kejatuhan voltan terminal dan bagi
menambah arus ujaan.

Muka : 4/6
NOTA A4

5. Geganti Kerosakan Bumi Terhad (Restricted Earth Fault Relay)

Melindungi lilitan stator dan sebarang kerosakan yang disebab oleh kebocoran arus
daripadanya. Geganti berfungsi dengan membandingkan antara arus keluaran dan arus
mengalir di pengalir bumi (star-point).

6. Reverse Power Relay:

Geganti yang akan mengesan perubahan arah arus dan kuasa dalam janakuasa segerak
apabila janakuasa kehilangan kuasa seperti kehilangan kuasa penggerak utama (prime
mover), kejatuhan voltan terminal kerana laju/putaran menurun atau system ujaan rosak atau
janakuas telah bertindak menjadi motor. Biasanya janakuasa dalam keadaan segerak, arah
arus dan kuasa adalah keluar dari janakuasa dan masuk ke palang bas. Geganti ini akan
mengesan dan memutuskan bekalan dan mengeluarkan janakuasa dari penyegerakan dan
mengasingkannya.

7. Peranan Suis Neutral dalam pengendalian Janakuasa secara selari:

Neutral bagi suatu system janakuasa segerak adalah dibumikan lebih dari sat upon (star-
point/neutral dua-dua janakuasa dibumikan). Jika berlaku ketidakseimbangan beban antara
kedua-dua janakuasa dalam sistem pepasangan itu, ini akan menyebabkan ujudnya arus
edaran (circulating current) mengalir di dalam sistem tersebut terus menerus dan ini
menyebabkan panas yang berlebihan ke atas janakuasa, terutamanya lilitan pada alternator.
Sebab itu apabila janakuasa telah disegerakan, salah satu suis neutral mestilah dibuka (off).
Biasanya suis neutral janakuasa yang ke-2 dibuka (off).

CARA MEMATIKAN SATU SET JANAKUASA DAN MEMINDAHKAN BEBAN KEPADA SATU SET
JANAKUASA DARI SET-SET JANAKUASA SEGERAK

1. Pada Kedudukan asal, kedua-dua janakuasa adalah berkongsi beban yang sama janakuasa
(JK) 1 dengan suis neutral terpasang (on) dan Janakuasa 2 dengan suis neutral terbuka (off) –
beban sama setiap janakuasa yang beroperasi secara segerak.

2. Perhatikan pembahagian beban diantara JK1 dan JK2 adalah seimbang dan suis neutral JK1
terpasang (on) jika JK2 dengan suis neutral terbuka (off) akan dimatikan kemudiannya.

3. Beban di kilang atau pepasangan dikurangkan sedikit demi sedikit atau satu persatu sambil
memerhatikan kedua-dua JK beroperasi dengan beban yang seimbang pada setiap kali beban
dikurangkan.

4. Tambahkan/tinggikan beban JK1 dengan kadaran 50kw atau lebih dengan menaikkan
perlahan-perlahan kawalan penguasa laju (governor throttle) JK1 serta membuat penyelasan
perlahan-perlahan penguasa laju (governor throttle) JK2 untuk menurunkan beban dengan
kadar yang sama. Buat seterusnya sehingga beban dikilang atau pepasangan semuanya
dipindahkan kepada JK1.

5. Selepas beban dipindahkan kepad JK1, bukakan (off) pemutus litar JK2 dan sambungkan (on)
suis neutral JK2.

6. Perhatian voltan dan frekuensi JK1 supaya ia berada didalam keadaan stabil. Akhirnya,
matikan set JK2.
Muka : 5/6
NOTA A4

BAGAIMANA JANAKUASA TUNGGU SEDIA BEKERJA APABILA TERPUTUS BEKALAN


ELEKTRIK DAN APABILA BEKALAN PULIH SEMULA

1. Jika bekalan dari pemegng lesn terputus, geganti susut voltan (under voltage rlay) yang
mengawasi
punca voltan bekalan akan memberikan isyarat kepada janakuasa untuk mula menghidupkan.

2. Pada kebiasaan, masa 5 saat terputusnya bekalan dan pemegang lessen, janakuasa akan
hidup dan berjalan/beroperasi dengan voltan dan frekuensi/ulangan mencapai kedudukan
yang stabil, menunggu untuk menerima beban.

3. Pada 6 saat berikutnya iaitu, selepas vltn dan frekuensi stabil, suis pemindah otomatik
(automatic change-over switch atau contractor) akan memindahkan atau menyambungkan
beban atau beban kecemasan kepada bekalan dari janakuasa tunggu sedia ini.

4. Jika bekalan dari pemegang lessen pulih semul, geganti susut voltan yang mengesan adanya
voltan pada punca bekalan akan memberikan isyarat/arahan kepada janakuasa untuk
memberhentikan perjalanan/operasi – selepas masa 5 minit bekalan dalam keadaan stabil.
Selepas tempoh masa ini baharulah suis pemindah akan memindahkan semula keseluruhan
beban kepada bekalan utama.

5. Janakuasa tunggu sedia akan terus berjalan selama tempoh 5 minit lagi dengan tanpa beban.
Ini dibiarkan bagi mengelakkan voltan bekalan utama terputus semula (jika terjadi). Peraturan
ini diadakan bagi melindungi janakuasa semul selepas ianya diberhentikan/matikan.

Muka : 6/6
NOTA A4

MEMBUAT PENYEGERAKAN (SYNCHRONIZING) DUA BUAH JANAKUASA.

1. Periksa minyak hitam, air, minyak janakuasa no. 1 samada mencukupi. Jika tidak, tambah mana yang
perlu.

2. Hidupkan enjin dan janakuasa no. 1 ON neutral suis janakuasa no. 1 dan panaskan enjin selama 15
mini.

3. Laraskan voltan, kelajuan, frekuensi mengikut nilai kadaran (rated value) dengan melaraskan perapi
voltan dan frekuensi (voltage & frequency trimmer)

4. Catatkan bacaan voltan, arus, factor kuasa, kw, Hr, kwh, Hz, laju, suhu air dan tekanan minyak pelincir.

5. ON pemutus litar janakuasa no. 1, berikan bekalan kepada busbar.

6. Sambungkan beban, ulangi langkah 2, tambah beban berperingkat-peringkat dan ulangi langkah 2
hingga mencapai beban maksimum yang boleh ditanggung oleh janakuasa no. 1.

7. Biarkan janakuasa beroperasi dalam beban maksimum yang boleh ditanggung oleh janakuasa no. 1
selama 15 minit.

8. Periksa jika ada apa-apa kebocoran, suhu panas, bau hangit, geseran kuat, bunyi bising dan apa-apa
sahaja yang luar biasa. Jika ada, hentikan enjin dan buat pemeriksaan man yang perlu.

9. Ulang langkah 1 dn 2 untuk voltan, laju, frekuensi, suhu air dan tekanan minyak.

10. Sambungkan palam ke soket atau ON suis litar sinkroskop kepada papan janakuasa no. 1 dan no. 2
atau papan janakuasa no. 2 dan busbar yang telah mendapat bekalan janakuasa no. 1.

11. Periksa samada voltan dan frekuensi janakuasa no. 2 sama atau tidak dengan voltan dan frekuensi no.
1 atau busbar. Jika tidak laraskan perai (trimmer) supaya voltan dan frekuensi menjadi sama nilai.

12. Lihat pada sinkroskop dan lampu gelap atau lampu terang samada sudut fasa voltan janakuasa no. 2
sama atau tidak dengan janakuasa no. 1 atau busbar. Kedua-dua sudut fasa voltan akan sama hanya
apabila jarum sinkroskop menunjukkan pukul 12 atau lampu penunjuk menjadi paling gelap untuk cara
lampu gelap dan atau penunjuk menjadi paling terang untuk cara lampu terang.

13. Apabila jarum sinkroskop menunjukan hamper-hampir pukul 12. ON pemutus litar janakuasa no. 2.
Pemutus ltar no. 2 di ON pad masa jarum berada hamper-hampir pada pukul 12 bagi mengambil kira
masa lengah tindakbalas operator dan pemutus litar.

14. Laraskan perapi frekuensi supaya janakuas no. 2 berkongsi beban dengan janakuasa no. 1 secara
sama rata. Apabila perapi frkuensi dinaikkan kuasa bekalan kw janakuasa juga akan naik.

15. Janakuasa no.1 dan no. 2 telah selesai menjalani kendalian penyegerakan dan naikkan/turunkan beban
mengikut keperluan pengguna.

16. OFFkan salah satu suis neutral – ini bagi mengelakkan arus legar (circulating current).
NOTA A4
NOTA A4

Anda mungkin juga menyukai