Anda di halaman 1dari 3

DASAR KO-KURIKULUM.

DASAR 1:

1.0 TENAGA PENGAJAR


1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali
dengan gelaran guru penasihat.

1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang
berikut:
a. persatuan
b. beruniform
c. sukan dan permainan
d. satu murid satu sukan

1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan seperti
berikut:
a. menggubal perlembagaan
b. melantik jawatankuasa
c. merekod kehadiran pelajar
d. melaksanakan aktiviti harian
e. membuat penilaian
f. menyediakan laporan

DASAR 2:

2.0 PENYERTAAN PELAJAR


2.1 Semua pelajar tahap 2 dimestikan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-
tiga bidang berikut:
a. persatuan
b. beruniform
c. sukan dan permainan
d. satu murid satu sukan
2.2 Semua pelajar diberi kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan kegiatan-kegiatan yang ditawarkan oleh sekolah.
DASAR 3:

3.0 PENJADUALAN KEGIATAN


3.1 Kegiatan beruniform dan persatuan dijalankan pada setiap petang Rabu secara
bergilir.
3.2 Kegiatan sukan dan permainan ,serta 1Murid 1 Sukan dibawah pengawasan
penyelaras masing-masing dan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan
oleh GK Ko-kurikulum.
3.3 Semua kegiatan Unit Beruniform serta Kelab dan Persatuan akan dijalankan
pada hari Rabu mulai jam 1.00 hingga 2.00 petang secara bergilir.
3.4 Kegiatan 1 Murid satu sukan akan dijalankan pada setiap hari Khamis mulai jam
7.40 hingga 8.40 pagi.
3.4 Kegiatan hanya boleh dibatalkan atas sebab-sebab berikut:
a. cuaca buruk
b. ada aktiviti berlangsung di sekolah
c. atas arahan/kebenaran Guru Besar atau GK Kokurikulum sahaja.

DASAR 4

4.0 PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat


Kelompok, Daerah atau MSSPK perlu persiapan awal dan sedia untuk
bertanding.
4.2 Setiap pasukan yang bertanding di peringkat Kelompok perlu mensasarkan
layak ke separuh akhir.
4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar yang tertinggi
melalui latihan yang bersistematik, kelengkapan yang sempurna, pertandingan
dalaman, penyertaan yang aktif.
DASAR 5:

5.0 PENGHARGAAN

5.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang


mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum
berbentuk
a. barangan atau wang tunai
b. sijil penghargaan sekolah
5.2 Mewujudkan anugerah khas atlit harapan kepada pelajar yang cemerlang
dalam kokurikulum.
5.3 Mewujudkan anugerah khas guru cemerlang kokurikulum dan guru cemerlang
sukan.

Anda mungkin juga menyukai