Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

Majlis Khatam Al Quran 2019


Sk Hj Junid Gerigat

No Tentatif Teks Sapaan Catatan


Majlis
1. Ketibaan Mengumumkan...Perarakan masuk tetamu kehormat,
Tetamu Encik______________________,
Kehormat
Wakil Yang Berhormat Mohd Chee bin Kadir Adun N.40 Kabong ,
dan Para
diiringi oleh YDP PIBG, guru-guru besar zon kabong, guru besar Sk
Jemputan
Haji Junid Gerigat, guru-guru penolong kanan, guru-guru, ibu bapa
serta murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2019.

2. Mukadimah Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera.

Yang Berbahagia,
_
Wakil Yang Berhormat Mohd Chee bin Kadir Adun N.40 Kabong

Yang Berusaha,
En. Hartono bin Bujang
YDP PIBG Sk Hj Junid Gerigat.

Yang Dihormati,
Guru Besar SK Haji Junid, Gerigat Tn Hj Jamel bin Hj Razali,
En. Mohamad bin Bokhari,Penolong Kanan 1
Encik Dahari bin Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Sapaee Bin Lee, Penolong Kanan Kokurikulum, Para Exco PIBG,
Ketua Kampung, Para Guru dan Staf Sokongan,
para pelajar serta muslimin dan muslimat.

(1) DISEDIAKAN OLEH “SAYA”


TEKS PENGACARA MAJLIS
Majlis Khatam Al Quran 2019
Sk Hj Junid Gerigat

Selamat datang ke Majlis Khatam Al Quran peringkat Sekolah


Kebangsaan Hj Junid Gerigat bagi tahun 2019.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T


kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama
berhimpun di padang SK Haji Junid Gerigat pada pagi yang barakah
ini bagi menjayakan ”Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah
Kebangsaan Haji Junid Gerigat Tahun 2019”.

Majlis dengan penuh takzim dan rasa bangga mengalu-alukan


kehadiran tetamu kehormat dan hadirin hadirat sekalian ke majlis
ini.

Ribuan terima kasih diucapkan..

Hadirin hadirat yang dimuliakan..

Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak


sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid di dalam
bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid
yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi mengeratkan


ukhwah silaturrahim di antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah ini
khususnya.

Kesungguhan guru-guru dan kecaknaan ibu bapa pastinya


melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana yang diimpikan
oleh setiap dari kita..Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan
dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati
Allah jua. InsyaAllah...

(2) DISEDIAKAN OLEH “SAYA”


TEKS PENGACARA MAJLIS
Majlis Khatam Al Quran 2019
Sk Hj Junid Gerigat

3. Bacaan Doa Zikir munajat pembersih jiwa,


Doa dipohon menjana taqwa.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput


Tuan Haji Hazemi bin Halim, tuan Imam Masjid Kampung Gerigat
Untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan

*setelah doa selesai

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

4. Bacaan Hadirin Sekalian,


Tilawah Al- Majlis Khatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan
Quran persembahan Tilawah Al-quran oleh Adik Zulfikri bin Muhd Haikal.
Dipersilakan

*setelah bacaan Al-Quran

Majlis mengucapkan terima kasih di atas persemabahan Tilawah Al-


Quran sebentar tadi.

5. Majlis Hadirin hadirat yang dimuliakan.


Khatam Al
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini dimulakan.
Quran
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
Bermula
mempersilakan Tuan Imam Masjid Kampung Gerigat, Tuan Haji
Hazemi bin Halim bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran. Dengan
segala hormatnya dipersilakan...

(3) DISEDIAKAN OLEH “SAYA”


TEKS PENGACARA MAJLIS
Majlis Khatam Al Quran 2019
Sk Hj Junid Gerigat

6. Khatam Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai


Selesai oleh 20 orang murid SK Haji Junid, Gerigat. Tahniah diucapkan.

7. Ucapan Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Aluan Guru
Majlis Khatam Al-Quran pada pagi ini diteruskan lagi dengan
Besar
mempersilakan, Tn Hj Jamel bin Hj Razali, Guru Besar, SK Haji Junid
Gerigat bagi menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya
dipersilakan...

- UCAPAN GB –

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Jamel bin Hj


Razali atas ucapan itu tadi..

8. Ucapan YDP Hadirin sekalian,


PIBG
Majlis Khatam Al-Quran diteruskan lagi dengan mempersilakan, En
Hartono bin Bujang, YDP PIBG SK Haji Junid, Gerigat bagi
menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan...

- UCAPAN YDP PIBG –

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Hartono bin


Bujang atas ucapan itu tadi..

8. Ucapan Hadirin dan hadirat sekalian,


Perasmian
Penangguhan Meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis dengan segala sukacitanya
mempersilakan Yang Berbahagia, Encik _______________________,
Wakil Yang Berhormat Mohd Chee bin Kadir Adun N.40 Kabong
untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan penangguhan
Majlis Khatam Al Quran peringkat SK Haji Junid Gerigat 2019. Dengan

(4) DISEDIAKAN OLEH “SAYA”


TEKS PENGACARA MAJLIS
Majlis Khatam Al Quran 2019
Sk Hj Junid Gerigat

segala hormatnya, dipersilakan.

*Ucapan *
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan perasmian
penangguhan itu tadi.

6. Merenjis Air Hadirin dan hadirat sekalian,


Mawar
Majlis kita diteruskan lagi dengan merenjis air mawar yang akan
disempurnakan oleh En__________________________________,
Wakil Yang Berhormat Mohd Chee bin Kadir Adun N.40 Kabong.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selesai.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas acara merenjis air


mawar itu tadi.
9. Penyampaian Hadirin hadirat yang dimuliakan.
Sijil Peserta
Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian sijil kepada murid-
Khatam
murid khatam Al-Quran pada tahun ini seramai 20 orang yang
berjaya khatam Al-Quran mengikut kriteria yang ditetapkan.

Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya Yg


Berbahagia, Encik ____________________, Wakil Yang Berhormat
Mohd Chee bin Kadir Adun N.40 Kabong, diiringi oleh Yg Berusaha
Guru Besar SK Haji Junid,Gerigat, Tn Haji Jamel bin Hj Razali bagi

(5) DISEDIAKAN OLEH “SAYA”


TEKS PENGACARA MAJLIS
Majlis Khatam Al Quran 2019
Sk Hj Junid Gerigat

menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan...

- Penyampaian sijil

(Rujuk lampiran senarai penerima sijil)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berbahagia,


Encik ____________________kerana sudi menyempurnakan majlis.

10. Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


Cenderahati
Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha,Tn Haji Jamel bin Hj
Razali, Guru Besar Sk Haji Junid,Gerigat, Encik Mohamad bin
Bokhari, Guru Penolong Kanan 1 untuk menyampaikan cenderahati
kepada para takhtim Dengan segala hormatnya.

(Rujuk senarai Penerima…)

Seterusnya, majlis menjemput En____________________ Wakil


Yang Berhormat Mohd Chee bin Kadir Adun N.40 Kabong untuk
menerima cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dari SK Haji
Junid,Gerigat. dipersilakan.
******
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tn
Haji Jamel bin Hj Razali kerana sudi menyempurnakan majlis.

12. Sesi Hadirin sekalian,


Bergambar
Seterusnya, dijemput Yang Berbahagia Encik __________________,
Wakil Yang Berhormat Mohd Chee bin Kadir Adun N.40 Kabong ,
Guru Besar SK Haji Junid, Gerigat Tn Hj Jamel bin Hj Razali, En.

(6) DISEDIAKAN OLEH “SAYA”


TEKS PENGACARA MAJLIS
Majlis Khatam Al Quran 2019
Sk Hj Junid Gerigat

Mohamad bin Bokhari,Penolong Kanan 1 ,Encik Dahari bin Ramli,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Sapaee Bin Lee, Penolong
Kanan Kokurikulum, guru-guru besar serta peserta-peserta khatam
untuk sesi bergambar.
11. Penutup Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati berkenaan


maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2019
menutup tirai.

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini. Terima kasih juga atas sokongan semua ibu
bapa yang hadir ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa, tahniah juga
kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya.

Akhir kata, segala yang baik adalah datangnya dari Allah jua dan
segala kekurangan adalah dari kelemahan kami jua. Diizinkan Allah
kita bertemu lagi di tahun hadapan.

Kami sudahi majlis dengan lafaz yang mulia...Wabillahitaufik wal


hidayah assalamualakum w.b.t.

Majlis bersurai.

13. Jamuan Dijemput semua jemputan untuk sama-sama menikmati jamuan di


tempat yang disediakan.

(7) DISEDIAKAN OLEH “SAYA”

Anda mungkin juga menyukai