Anda di halaman 1dari 13

ANALISIS AYAT

(SURAH AN-NUR: 58-62)

Photo Name Student ID

Muhammad Amir Haziq bin Muhd Husaire 2020858674

Aley Hakim bin Mahadi 2020452138

Nur Alieya Atiqah binti Zainudin 2020880272

Nur Adila Izzyani binti Halim 2020871018

Nurfariha Arisya binti Abd Razak 2020855026

Ilia Maisarah binti Nasiruddin 2020815998

Penilaian:

Pengenalan

Isi Kandungan

Kesimpulan

Teknikal dan rujukan

Etika dan Profesionalisme

1
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 3

2.0 Asbabun Nuzul 6

3.0 Hikmah dari Surah An-Nur: 58-62 7-8

4.0 Isu-isu Kontemporari

4.1 Anak Tidak Menghormati Privasi Ibu Bapa 9

4.2 Aurat Bagi Orang Perempuan Yang Sudah Tua 9

4.3 Memberi Salam Sesama Muslim 10

5.0 Kesimpulan 11-12

6.0 Rujukan 13

2
1. Pengenalan

Surah An-Nur adalah surah ke-24 dari kitab suci Al-Quran, yang merupakan kalam
Allah SWT yang tiada tandingannya. Surah An-Nur ini terdiri daripada 64 ayat, dan termasuk
dalam golongan surah-surah Madaniyah (ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Madinah atau
diturunkan setelah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah). Surah ini dinamakan
sebagai An Nuur yang bereerti ‘cahaya’, yang diambil dari kata An Nuur yang terdapat pada
ayat ke-35. (Ahmad Sehri, 2020).

Tujuan utama surah An-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat
yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke bumi ini membawa satu tanggungjawab menjadi
khalifah di muka bumi. Dengan itu Allah SWT menjadikan satu tujuan utama surah An-Nur ini
adalah untuk melahirkan manusia-manusia yang layak untuk menjadi pewaris dan mewarisi.
Itulah yang dipanggil khalifah yang sebenarnya makna khalifah itu adalah ‘saling ganti
mengganti’.

Melalui Surah An-Nur, analisis yang telah dijalankan adalah berdasarkan dari ayat 58
hingga ayat 62.

Surah An-Nur ayat 58:


َ‫صلَوةِ ۡٱلفَجۡ ِر َوحِ ين‬ َ ‫ََٰٓيأ َ ُّي َها ٱلَّذِينَ َءا َمنُوا ِل َيسۡ ت َۡـذِن ُك ُم ٱلَّذِينَ َملَك َۡت أ َ ۡي َمنُ ُكمۡ َوٱلَّذِينَ لَمۡ َي ۡبلُغُوا ۡٱل ُحلُ َم مِ ن ُكمۡ ثَلَثَ َم َّرت ِمن قَ ۡب ِل‬
َ‫ط َّوفُون‬
َ ‫علَ ۡي ِهمۡ ُجنَا ُح َبعۡ َده َُّن‬ َ ‫علَ ۡي ُكمۡ َو َل‬ َ ‫س‬ َ ‫ع ۡو َرت لَّ ُكمۡ لَ ۡي‬
َ ‫ث‬ َ ‫صلَوةِ ۡٱل ِع‬
ُ َ‫شآَٰءِ ثَل‬ َ ‫يرةِ َومِ ن َبعۡ ِد‬ َّ َ‫ضعُونَ ِث َيا َب ُكم ِمن‬
َ ‫ٱلظ ِه‬ َ َ‫ت‬
‫علِيم َحكِيم‬ َ ‫ٱّلل‬
ُ َّ ‫ت َو‬ ِ ‫ٱّلل لَ ُك ُم ۡٱۡلَٰٓ َي‬
ُ َّ ‫علَى َبعۡ ض َكذَلِكَ يُ َب ِي ُن‬ َ ۡ‫ض ُكم‬ُ ۡ‫علَ ۡي ُكم َبع‬
َ

“58. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-
orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum
masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan
ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah
sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu
padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang
tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan
kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan
hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

3
Surah An-Nur ayat 59:
‫علِيم َحكِيم‬
َ ‫ّللا‬ ُ َّ ‫َوإِذَا َبلَ َغ اۡلَطفَا ُل مِ ن ُك ُم ال ُحلُ َم فَل َيستَأ ِذنُوا َك َما استَأذَنَ الَّذِينَ مِ ن قَب ِل ِهم َكذَلِكَ يُ َب ِي ُن‬
ُ َّ ‫ّللا لَ ُكم آ َيا ِت ِه َو‬

“59. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah
mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang
tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-
ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Surah An-Nur ayat 60:


‫ضعنَ ِث َيا َب ُه َّن غَي َر ُمتَ َب ِر َجات ِب ِزينَة ۖ َوأَن‬
َ ‫علَي ِه َّن ُجنَاح أَن َي‬ َّ ِ‫ساء‬
َ ‫الَّلتِي َل َيرجُونَ ِنكَاحا فَلَي‬
َ ‫س‬ ِ َ‫َوالقَ َوا ِع ُد مِ ن‬
َ ‫الن‬
‫علِيم‬
َ ‫سمِ يع‬ ُ َّ ‫َيستَعفِفنَ خَير َل ُه َّن َو‬
َ ‫ّللا‬

“60. Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak
mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan
pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam
pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan
pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Surah An-Nur ayat 61:


‫علَى أَنفُ ِس ُكم أَن تَأ ُكلُوا مِ ن بُيُو ِت ُكم‬َ ‫يض َح َرج َو َل‬ ِ ‫علَى ال َم ِر‬
َ ‫ج َح َرج َو َل‬ ِ ‫علَى اۡلَع َر‬َ ‫علَى اۡلَع َمى َح َرج َو َل‬ َ ‫س‬ َ ‫لَي‬
‫ع َّما ِت ُكم أَو‬
َ ‫ت‬ِ ‫ت أَع َمامِ ُكم أَو بُيُو‬ ِ ‫ت أَخ ََوا ِت ُكم أَو بُيُو‬ ِ ‫ت أ ُ َّم َها ِت ُكم أَو بُيُو‬
ِ ‫ت ِإخ َوا ِن ُكم أَو بُيُو‬ ِ ‫ت آ َبا ِئ ُكم أَو بُيُو‬
ِ ‫أَو بُيُو‬
‫ع َلي ُكم ُجنَاح أَن تَأ ُكلُوا َجمِ يعا أَو أَشتَاتا‬ َ ‫س‬ َ ‫صدِي ِق ُكم َلي‬ َ ‫َال ِت ُكم أَو َما َملَكتُم َمفَا ِت َحهُ أَو‬
َ ‫تخ‬ ِ ‫ت أَخ َوا ِل ُكم أَو بُيُو‬
ِ ‫بُيُو‬
َ‫ت لَعَلَّ ُكم تَع ِقلُون‬
ِ ‫ّللا لَ ُك ُم اْل َيا‬ َ ‫اركَة‬
ُ َّ ‫ط ِي َبة َكذَلِكَ يُ َب ِي ُن‬ ِ َّ ‫علَى أَنفُ ِس ُكم تَحِ يَّة مِ ن عِن ِد‬
َ ‫ّللا ُم َب‬ َ َ‫فَإِذَا َدخَلتُم بُيُوتا ف‬
َ ‫س ِل ُموا‬

“61. Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang,
dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan
sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian), dan
juga tidak ada salah bagi kamu (termasuk orang-orang yang tersebut turut sama)
makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu,
atau di rumah saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara kamu yang
perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak
saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau
di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah yang kamu kuasai
kuncinya, atau di rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan

4
bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana
rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan
memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu
memahaminya.”

Surah An-Nur ayat 62:


َ‫علَى أَمر َجامِ ع َلم َيذ َهبُوا َحتَّى َيستَأ ِذنُوهُ ِإ َّن الَّذِين‬ َ ُ‫سو ِل ِه َو ِإذَا كَانُوا َم َعه‬ ِ َّ ‫ِإ َّن َما ال ُمؤمِ نُونَ الَّذِينَ آ َمنُوا ِب‬
ُ ‫اّلل َو َر‬
‫ض شَأ ِن ِهم َفأ َذن ِل َمن شِئتَ مِ ن ُهم َواستَغفِر‬ ِ ‫سو ِل ِه فَإِذَا استَأذَ ُنوكَ ِل َبع‬ ِ َّ ‫َيستَأ ِذنُونَكَ أُولَئِكَ الَّذِينَ يُؤمِ نُونَ ِب‬
ُ ‫اّلل َو َر‬
‫غفُور َرحِ يم‬ َ َّ ‫لَ ُه ُم‬
َ َّ ‫ّللا إِ َّن‬
َ ‫ّللا‬

“62. Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang


beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka turut bersama-sama dengan
Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan ramai, tidaklah
mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin
kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (wahai
Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya. Maka
apabila meminta izin kepadamu untuk pergi menjalankan sesuatu urusan mereka,
maka izinkanlah bagi sesiapa yang engkau kehendaki di antara mereka, dan mintalah
ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”

5
2.0 Asbabun Nuzul

Surah An-Nur diturunkan demi menerangkan bahawa terdapat seorang khadam diutus
daripada Nabi Muhammad SAW kepada Umar al-Khatab. Ahmad Mustafa al-Maraghi melalui
terjemaah tafsir al-Maraghi (1993: 236) menceritakan bahawa ketika Umar sedang tidur, telah
datang seorang khadam yang diutus oleh Rasulullah SAW pada waktu tengah hari. Kemudian
dengan secara tidak sengaja khadam tersebut melihat aurat Umar ketika Umar bangun tidur.
Maka kesimpulan berdasarkan ayat tersebut adalah setiap kali kita ingin berjumpa dengan
seseorang, hendaklah dimulai dengan memberi salam serta meminta izin agar tuan rumah
tidak berasa terkejut dengan kehadiran kita. Ini jelas menunjukkan bahawa adab seseorang
memainkan peranan penting kerana cerminan adab yang baik menujukkan diri kita yang baik.

6
3.0 Hikmah Dari Surah An-Nur (Ayat 58-62)

Setiap ayat di dalam al-Quran mempunyai hikmah dan kisahnya tersendiri. Mengapa
ia diturunkan oleh Allah SWT kepada kita adalah untuk memberi pengajaran dan pengetahuan
tentang bagaimana keadaan umat-umat terdahulu serta memberi gambaran kepada kita
tentang hukum hakam ataupun sesuatu perkara yang dibenarkan ataupun dilarang dalam
agama islam.

Hikmah yang terdapat di dalam ayat 58 dan 59 surah An-Nur ialah dimana semua ahli
keluarga termasuk kanak kanak hendaklah di didik dengan peraturan ini supaya mereka dapat
menyesuaikan diri dengan perkara tersebut setelah baligh. Pengabaian dan kecuaian
mematuhi peraturan yang ditetapkan boleh menyebabkan perkara-perkara yang negatif
berlaku seperti yang disiarkan di media massa hari ini. Antaranya gangguan seksual dan zina
diantara pembantu rumah dengan majikan, sumbang mahram antara adik beradik, bapa
dengan cucunya sehingga hamil dan sebagainya lagi yang bertentangan dengan fitrah
kekeluargaan dalam Islam. Disamping itu, hiburan dan budaya yang tidak sihat seperti
pendedahan aurat, berpelukan dan berciuman antara lelaki dengan perempuan berlaku di
dalam rumah melalui media televisyen dan internet menyebabkan rangsangan nafsu antara
keluarga sehingga tidak dapat membezakan yang mana halal dan haram. Jadi, cara terbaik
untuk mengatasi gejala ini ialah dengan kembali kepada ajaran islam dan menghayati nilai
nilai kekeluargaan seperti digariskan oleh islam. Cara ini boleh mewujudkan keluarga yang
harmoni dan bahagia.

Seterusnya, hikmah yang boleh kita pelajari dari ayat 61pula ialah Allah SWT telah
menjelaskan tentang hukum hakam dan adab mengenai makan minum di rumah orang lain.
Ketika Allah SWT menurunkan firmanNya:“Hai orang-orang yang beriman janganlah kalian
saling memakan harta sesama kalian dengan jalan yang batil. (An-Nisa:29). Maka kaum
muslim berkata “Sesungguhnya Allah telah melarang kita saling memakan harta sesama kita
dengan cara yang batil, sedangkan makanan harta yang paling utama. Kerana itu, tidak halal
bagi sesorang di antara kita makan di rumah orang lain.” Maka orang ramai menahan dirinya
dari hal tersebut. Hal ini kerana mungkin akan berlakunya salah faham mengenai perkara
tersebut. Dengan perkara tersebut umat islam pada zaman kini tidak akan keliru dan membuat
sebarang kesilapan yang boleh mengundang dosa.

7
Allah SWT juga menurunkan firmannya untuk memberitahu nikmatnya kepada hamba-
hambanya dan bahawa dia tidak menjadikan kesulitan dalam agamanya bahkan
memudahkanya semudah-mudahnya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa agama islam itu
mudah dan suci.

Oleh itu, kita sebagai seorang hamba yang taat dan patuh kepada Allah SWT mestilah
sentiasa mematuhi segala perintah Allah dan menjauhkan diri daripada larangan-Nya. Kita
haruslah sentiasa memperbaiki diri dan niat kita dalam melakukan sesuatu perkara, bukan
hanya untuk mendapatkan ganjaran pahala semata-mata tetapi ikhlas kerana Allah SWT.

8
4.0 Isu-isu Kontemporari

4.1 Anak Tidak Menghormati Privasi Ibu Bapa

Pada zaman moden ini,ibu bapa tidak peka untuk mengajar anak mereka yang belum
baligh tentang adab-adab ketika mahu memasuki bilik tidur ibu bapa. Anak-anak haruslah
mengetahui masa-masa yang mereka tidak boleh sesuka hati memasuki bilik tidur ibu bapa
mereka kerana sebab-sebab yang tertentu. Yang pertama, pada waktu subuh kerana mungkin
ketika waktu itu ibu bapak tidak memakai pakaian yang sesuai lagi. Yang kedua, pada waktu
tengah hari kerana pada waktu itu ibu bapa mungkin menanggalkan pakaian mereka kerana
tengah hari merupakan waktu yang yang sangat panas. Yang ketiga, selepas isyak kerana
pada waktu ini ialah waktu untuk tidur ataupun mungkin ibu bapa sedang bersedia untuk
melakukan hubungan bersama. Selain dari waktu ini, anak-anak boleh memasuki bilik tidur
ibu bapa mereka sama ada untuk bermain ataupun perkara yang lain. Ibu bapa perlu
mendisiplinkan anak-anak mereka dengan perkara ini dari kecil lagi supaya apabila mereka
sudah meningkat dewasa, mereka tahu tentang adab-adab biasa yang perlu diterapkan di
dalam diri mereka. Tambahan pula jika anak-anak sentiasa memasuki bilik ibu bapa mereka
tanpa mengira waktu dan ketika itu pula ibu bapa mereka tidak berpakaian pakaian yang elok,
anak-anak ini sudah terbiasa dengan melihat perkara itu dan akan membuatkannya seperti
tiada apa yang salah di masa akan datang. (Maulana Hadi, 2019)

4.2 Aurat Bagi Orang Perempuan Yang Sudah Tua

Untuk Perempuan yang sudah tua ataupun yanng tidak lagi mengandung dan tidak
juga haid. Mereka mendapat kelonggaran terhadapat penjagaan aurat mereka. Mereka boleh
memakai apa-apa pakaian tetapi masih perlu menutup aurat dengan sempurna tetapi mereka
tidak boleh menayang perhiasan-perhiasan mereka. Terdapat segelintir orang-orang
perempuan yang sudah tua suka menunjuk-nunjuk harta perhiasan mereka kepada orang
ramai terutama kaum lelaki untuk memikat mereka dan ini sudah dikira sebagai tabarruj.
Tabarruj terjadi apabila seorang perempuan itu menayang perhiasan atau kecantikannya
untuk mengoda kaum lelaki. Perkara ini satu perkara yang salah dan boleh mendapat dosa.
terdapat juga perempuan-perempuan tua sekarang yang suka memakai pakaian-pakaian
yang seksi sehingga menaikkan syahwat kaum lelaki. Terdapat juga jenis yang membayar
kaum lelaki untuk membuatkan mereka berasa gembira dan perkara ini dikenali sebagai
“sugar mummy”. Kerajaan perlulah memantau isu ini dengan tegas kerana ia dapat
merosakkan generasi akan datang dan memburukkan nama baik agama islam. (Nouman Ali
Khan, 2018)

9
4.3 Memberi Salam Sesama Muslim

Terdapat orang-orang muslim zaman sekarang yang sudah lupa tentang adab
memberikan salam sesama muslim. Sebagai seorang umat islam, Kita seharusnya
memberikan salam ketika apa jua keadaan seperti kepada rakan kita sendiri, semasa hendak
memasuki rumah, ketika memasuk masjid ucaplah salam kepada Rasulullah dan situasi-
situasi yang lain. Contohnya, remaja zaman sekarang apabila berjumpa dengan rakan
mereka, mereka tidak memulakan dengan perkataan salam sebaliknya penuh dengan caci
maki kerana mereka sudah terbiasa dengan perkataan tersebut. Mereka tidak diterapkan
dengan ajaran sentiasa memberi salam dan menjaga adab salam dari kecil oleh orang yang
bertanggungjawab untuk mengajar mereka contohnya ibu bapa mereka sendiri. Pada zaman
kini, Jika ada yang memberikan salam pula, mereka dilabel sebagai seorang yang tidak
mengikuti gaya hidup masa kini dan semakin lama orang itu juga akan malu untuk memberi
salam lagi. Sebagai seorang muslim yang beriman, kita hendaklah menerapkan semula
perkara memberi salam ini pada generasi kini. Perkara ini tidak dapat dicapai jika hanya
segenlintir sahaja yang memulakannya. Jadi, Kita perlulah mengajak orang ramai sekali
supaya mengikutinya. (Maulana Hadi, Nouman Ali Khan, 2019)

10
5.0 Kesimpulan

Pengajaran yang terdapat dalam surah an-nur ayat 58 hingga 62 ialah kita
hendaklah beradab dengan cara meminta izin, memberi salam dan bermuka jernih
apabila ingin memasuki bilik seseorang sama ada bilik adik-beradik mahupun ibu bapa
kerana kita mempunyai aurat sesama ahli keluarga. Kita juga tidak boleh masuk ke
dalam bilik ahli keluarga sesuka hati terutamanya pada tiga waktu iaitu sebelum
sembahyang fajar, selepas zuhur dan sesudah solat isyak kerana tiga waktu ini ialah
masa bagi aurat kita kerana waktu tersebut ialah waktu untuk beristirahat,mandi dan
tidak berada dalam keadaan yang sopan. Adab ini perlu diterap dalam diri anak-anak
sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana ayat ini
menerangkan tentang sopan santun dalam rumah tangga bagi manusia yang
mengakui percaya kepada Allah adab berpakaian.

Selain itu, ibu bapa juga perlu tidak boleh mendedahkan aurat mereka kepada
anak-anak kerana boleh menimbulkan masalah kepada mereka nanti terutamanya
apabila anak-anak terbiasa melihat aurat ibu bapa supaya tidak terjadinya kes anak
dan ibu.Tambahan pula, kita haruslah menjaga sikap hidup, kewibawaan dan menjaga
sikap diri dan jiwa supaya tetap terhormat, menjadi contoh teladan yang disegani oleh
anak cucu dalam keluarga dan orang lain dengan berpakaian sopan. Hal ini kerana
pemakaian dapat mencerminkan keperibadian seseorang meskipun tidak semua yang
baik itu berpakaian sopan seperti menutup aurat sepenuhnya dan tidak berpakaian
mengikut budaya barat.Kita juga haruslah menyambut tetamu dengan ikhlas hati
dengan menyediakan makanan dan minuman kerana tetamu membawa rezeki. Islam
menyuruh seseorang menghormati tetamunya manakala tetamu wajib menghormati
tuan rumah. Tetamu yang tidak menghormati tuan rumah dan ahli rumah yang
ditamuinya, bukanlah orang yang patut dihormati.

Kemudian, kita mestilah mengucapkan salam iaitu “Assalamualaikum” untuk


diri sendiri serta manusia yang berada di dalam tempat tersebut terutamanya apabila
pulang dari mana-mana dan membawa kunci kerana ucapan salam merupakan
ucapan “tahiyyah” iaitu selamat dan dicampuri berkat yang baik. Hal ini juga kerana
kadang-kadang terdapat penghuni lain yang tidak kelihatan tetapi terbukti. Justeru itu,
apabila kita datang ke rumah keluarga, kawan-kawan dan kenalan, kita perlulah
mengucapkan salam bagi membawa damai, yang menyambut terbuka hatinya dan
suasana iman meliputi rumahtangga. (Rahmayani, Siti, 2020)

11
Kesimpulanya, kita sebagai ummat Islam haruslah sentiasa peka dengan
sekala isu yang telah diajar oleh baginda Nabi Muhammad SAW kerana setiap apa
yang berlaku pada masa kini telah berlaku di zaman para anbi’a dan setiap yang
berlaku mempunyai jalan penyelesaian dan ajaran yang sempurna oleh Rasulullah
SAW. Oleh itu, semua golongan sama ada muda atau tua haruslah sentiasa membuat
carian atau mempelajari secara mendalam tentang ajaran Islam yang sempurna agar
kita dapat mengelakkan diri dari melakukan perbuatan atau tingkah laku yang
bercanggah dengan Islam.

12
6.0 Rujukan

From online sources

Ahmad Sehri, Alitaetah (2020). Analisis Struktur Makna Fi’il Amr dalam Al-Quran Surah
An-Nur. Vol.1 No.2, Institut Agama Islam Negeri Palu, Indonesia:
http://www.albariq.org/index.php/albariq/article/view/8/10

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh From


https://celiktafsir.net/surah-024-an-nur/

Siti Aminah, 2017, Nilai-nilai Pendidikan Akhlak dalam al-quran, Institut Agama Islam
Negeri (IAIN) Salatiga:
http://perpus.iainsalatiga.ac.id/g/pdf/public/index.php/?pdf=1696/1/SKRIPSI%20FIX

Blog tafsiran Quran Bahasa Melayu.com


https://www.tafsiralquranbahasamelayu.com/2020/01/2458-60-tafsir-surah-nur-ayat-58-
60.html

Blog Halaqah Tafsir An-Nur dari Dr. Sofiah Shamsudin


http://halaqah-an-nur.blogspot.com/2013/03/penerangan-keseluruhan-surah-nur.html

Rahmayani, Siti (2020) Pendidikan Akhlak Dalam Berpakaian Menurut Al-Qur’an Surat
An-Nur Ayat 31 Dan Al-Ahzab Ayat 59. Skripsi thesis, Universitas Islam Negeri Sumatera
Utara:
http://repository.uinsu.ac.id/11174/

Book

CRESCENT NEWS (KL), 2007, Tafsir Quran, Malaysia

13

Anda mungkin juga menyukai