Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA (KARANGAN TIDAK BERFORMAT)

3.
“ Sepandai-pandai Tupai Melompat,
Akhirnya Jatuh ke Tanah Juga”

Peribahasa di atas merujuk peribahasa orang-orang tua yang bermaksud orang menipu akhirnya diketahui
orang juga.

Berdasarkan peribahasa tersebut, tuliskan sebuah cerita yang menggambarkan maksud peribahasa tersebut.

Panduan Menulis

Murid-murid perlu memahami maksud peribahasa yang dikemukakan. Jika maksud tidak difahami,
pasti karangan yang dihasilkan akan terpesong dari segi isinya.
Karangan ini boleh dijawab dengan dua cara. Cara pertama ialah teknik huraian dan cara kedua ialah
teknik cerita. Teknik huraian menggunakan cara penulisan fakta. Teknik cerita pula, murid menulis
satu karangan berbentuk cerita/ cereka yang sesuai dengan maksud peribahasa.
Bahagian penutup karangan ini bergantung pada teknik yang digunakan iaitu sama ada teknik huraian
dan teknik cerita/ cereka.
Idea Cadangan

Pendahuluan Zainal – murid yang nakal dan sering melanggar peraturan


sekolah- suka membuli murid-murid lain-tidak diketahui orang
Idea 1 Sikap Zainal tidak disenangi rakan – mereka takut untuk melaporkan
perbuatan tersebut-takut akan diapa-apakannya

Idea 2 Perbuatannya terbongkar-dilihat dan diperhatikan-tidak menyedari


perbuatannya diperhatikan

Idea 3 Sudah lama diperhatikan-menunggu masa yang sesuai

Idea 4 Mereka diminta berdiri- menceritakan apa yang telah mereka lakukan-
pada mulanya enggan memberitahu- akhirnya mereka mengaku melakukan
kesalahan tersebut

Penutup Cikgu Fakhrul menegur sikap Zainal dan rakan-rakannya- dibawa


berjumpa dengan Guru Besar
Contoh Karangan Peribahasa “ Bagai aur dengan tebing”

Soalan:
Tulis sebuah karangan untuk menjelaskan maksud peribahasa “ Bagai aur dengan
tebing”

     Kampung Pasir ialah sebuah perkampungan yang terletak di tebing sungai
Kelantan. Kebanyakan penduduk kampung ini bekerja sebagai penoreh getah.
Terdapat juga antara mereka yang bekerja sebagai nelayan sungai.

     Penduduk Kampung Pasir hidup bersatu-padu. Mereka saling menolong dan
bekerjasama.  Segala masalah mereka selesaikan bersama-sama secara bijaksana.
Walaupun sekali-sekala berlaku perselisihan pendapat, namun mereka tidak pernah
bermasam muka.

     Sekiranya ada antara penduduk yang mengadakan kenduri-kendara, mereka


akan beramai-ramai menolong menyediakan peralatan seperti memasang khemah,
menyusun kerusi meja, dan memasak nasi serta lauk-pauk. Begitu juga jika berlaku
kematian. Mereka akan membantu menguruskan jenazah sehingga selesai
dikebumikan.

     Pada penghujung tahun lepas, Kampung Pasir telah dilanda banjir besar. Hujan
yang lebat menyebabkan  air Sungai Kelantan melimpahi tebing. Banjir besar ini
telah menghanyutkan beberapa buah rumah penduduk. Banyak juga rumah yang
rosak teruk.  Ramai penduduk terpaksa berpindah ke sekolah di Kampung Pasir.
Ketika berada di pusat pemindahan, penduduk Kampung Pasir bekerjasama
memasak makanan.

     Setelah banjir tersebut surut,  penduduk Kampung Pasir bekerjasama


membersihkan kawasan kampung dan rumah-rumah mereka daripada sampah-
sarap dan lumpur.  Mereka juga bergotong-royong membaiki rumah-rumah yang
rosak.  Selain itu, mereka juga membina pondok-pondok sementara untuk penduduk
yang kehilangan rumah kerana dihanyutkan banjir. Mereka tidak pernah mengeluh
walaupun terpaksa mengorbankan masa dan tenaga.

   Demikianlah keadaan hidup  penduduk Kampung Pasir. Sikap kerjasama dan


saling membantu dalam kalangan mereka amat sesuai  dengan maksud peribahasa
“Bagai  aur dengan tebing”.

Anda mungkin juga menyukai