Anda di halaman 1dari 6

6.

0 Cara-cara mengatasi tercekik

Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup
disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan
seterusnya ke otak. Tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian tercekik
sering berlaku pada kanak-kanak mahupun kalangan remaja dan ia merupakan salah satu
penyebab kematian.

Tanda tercekik adalah apabila makanan ataupun objek tersekat di dalam tekak, anda akan
tercekik. Kanak kanak sering tercekik kerana meletakkan objek ke dalam mulut mereka.
Orang dewasa pula boleh mengalami masalah ini kerana makan atau minum dengan tergesa
gesa. Hampir semua orang pernah tercekik dalam hidup mereka. Ia biasanya terjadi
sementara dan tidak serius. Namun, masalah ini juga boleh membawa maut dan berbahaya.

Seseorang yang tercekik akan batuk dengan berterusan dengan harapan untuk
mengeluarkan makanan yang tersekat dalam tekak atau saluran udara. Namun, dalam
sesetengah kes, objek atau makanan yang tersekat di dalam tekak tidak dapat dikeluarkan dan
seterusnya menghalang laluan udara ke dalam paru paru.

Seseorang yang tercekik mungkin mengalami tidak boleh bercakap, tidak boleh batuk,
tidak boleh bersuara dan tidak boleh bernafas. Mereka juga mungkin mempunyai kesan
kebiruan pada bibir, kulit atau kuku yang terjadi kerana kekurangan oksigen.
6.1 Cara-cara mengatasi Lemas

Insiden lemas ini boleh berlaku di mana sahaja iaitu di kolam renang, sungai, laut
mahupun di rumah. Jadi persoalan utama kini, apakah langkah pencegahan dan cara
mengatasi insiden lemas agar tidak berulang dan khalayak dapat melakukan aktiviti air
dengan selamat dan menyeronokkan.

Oleh itu, terdapat banyak langkah untuk mengatasi situasi lemas berlaku tidak kira tempat
samada di rumah, kolam, pantai mahupun sungai. langkah pencegahan yang pertama boleh
dilakukan adalah apabila berada di rumah pastikan anda sentiasa mengawasi anak anda iaitu
meninggalkan bayi atau kanak-kanak sendirian tanpa pengawasan. Anda juga perlu
kosongkan bekas air seperti timba yang tidak digunakan. Sebaiknya terbalikkan bekas air
tersebut dan tutup sebarang bekas tadahan air di dalam mahupun di luar rumah.

Seterusnya, apabila berada di kolam. Nasihatkan anak supaya tidak makan atau
mengunyah gula-gula getah semasa berenang, menyelam atau berada di dalam air kerana ia
akan menyukarkan utuk bernafas.Pastikan terdapat pengawal keselamatan berkelayakan
bertugas Sentiasa awasi anak anda dan jangan biarkannya sendirianPastikan anak anda
menggunakan pelampung
Selain itu, Kawasan air sungai atau laut dimana kita perlu mengelakkan dari membiarkan
anak bermain sendirian berhampiran air malah kita boleh ajar anak untuk mengenali tanda
bahaya . Pastikan anak sentiasa memakai pelampung jika berada di dalam air dan
memberikan pakaian yang bersesuaian kepada anak

Sebenarnya, isu keselamatan dalam air harus bermula dari pendidikan. Di mana khalayak
itu sendiri yang perlu memainkan peranan untuk mengurangkan risiko insiden seperti ini
daripada berlaku. Program pendidikan yang melibatkan pengalaman pastinya dapat membuka
minda setiap individu mengenai kepentingan mengetahui keselamatan di dalam air.

6.2 Cara-cara mengatasi tercekik bagi kanak-kanak

Apabila seorang kanak-kanak sedang tersedak atau tercekik, ia bermaksud terdapat objek
atau makanan yang terperangkap di bahagian trakea (laluan pernafasan). Ini akan
mengakibatkan gangguan dalam aliran udara ke paru-paru dan akan menyebabkan kanak-
kanak itu tidak boleh bernafas dengan lancar. Trakea adalah sebahagian organ pernafasan
yang dilindungi satu injap, yang dinamakan Epiglottis. Laluan di bahagian tekak itu dikongsi
dengan bahagian esofagus, iaitu laluan bagi makanan dan minuman ke bahagian perut.
Epiglottis memainkan peranan penting sebagai 'penutup' yang membenarkan makanan dan
minuman melalui Esofagus tanpa memasuki bahagian trakea. Bagaimanapun, timbul situasi
dimana bahagian Epiglottis ini tidak 'tutup' dengan cepat (ketika kanak-kanak sedang
menelan) yang menyebabkan objek atau makanan memasuki laluan trakea. Kebiasaannya,
makanan atau objek yang menutupi sebahagian laluan trakea itu mampu dikeluarkan apabila
anak itu batuk dan pernafasan mereka akan kembali normal.
Terdapat banyak cara dalam mengatasi kanak-kanak tercekik dalam lingkungan umur 3
tahun kebawah. Pertama adalah mengelakkan memberi makanan yang berisiko seperti buah
anggur, kismis, gula-gula, kacang dimana makanan yang mempunyai saiz dan bentuk sama
dengan laluan pernafasan kanak-kanak.

Seterusya, ketika makan, berikan kanak-kanak makanan dalam kuantiti sedikit, mudah
dikunyah. Ini bermaksud kita perlu memotong makanan itu kepada saiz yang kecil. Kanak-
kanak juga perlu diajar untuk duduk ketika makan dan tidak bercakap atau ketawa ketika
makanan di dalam mulut. Selain itu juga, mainan dan barang rumah juga boleh menjadi
merbahaya terutamanya duit syiling, manik, mainan yang kecil, dan lain-lain. Pastikan
barangan seperti ini tidak berada di kawasan anak sedang berada.

Akhir sekali, pilih mainan yang sesuai untuk umur kanak-kanak. Pastikan mainan itu
menepati cadangan umur dari pihak pengeluar kerana beberapa mainan mungkin terlalu kecil.
Sebarang mainan atau objek yang lebih kecil dari saiz bola golf berpotensi menyebabkan
kakan-kanak tersedak atau tercekik.

6.3 Cara-cara mengatasi tercekik bagi orang Dewasa

Bagi orang dewasa, tercekik biasanya berlaku ketika makan makanan secara tergesa-gesa.
Jangan memandang rendah keadaan ini kerana semasa tersedak makanan atau minum saluran
udara boleh tersekat. Akibatnya, saluran udara dapat terhalang. Oleh itu, pertolongan cemas
diperlukan untuk mengatasi tercekik yang boleh anda lakukan sendiri atau orang lain agar
tidak menjadi lebih teruk
Seseorang boleh tersedak apabila terdapat benda cair, padat atau makanan yang tersekat
di kerongkong sehingga menyumbat saluran udara. Hampir semua orang tercekik. Keadaan
ini biasanya tidak bertahan lama kerana refleks batuk segera muncul untuk menghilangkan
objek yang tersekat di kerongkong. Namun, tercekik yang dibiarkan berpotensi mengancam
nyawa kerana boleh menyumbat pernafasan terlalu lama. Sekiranya anda atau seseorang
mengalami tersedak, ikuti langkah-langkah di bawah ini supaya mereka selamat dan
mencegah kesan berbahaya.

Cara untuk mengatasi tercekik bagi orang dewasa adalah memaksa diri untuk batuk.
Apabila refleks batuk muncul, cuba batuk sekeras yang anda boleh. Sekiranya masih boleh
batuk dan bercakap, ini bermakna saluran angin tidak tersekat sepenuhnya. Keadaan tercekik
seperti ini tidak terlalu parah, tetapi rasa benjolan masih ada dan lama-kelamaan pernafasan
juga terganggu. Apabila ini berlaku, cubalah memaksa diri anda untuk ketawa terbahak-
bahak. Ini dilakukan untuk mendorong objek yang menyumbat saluran pernafasan ke arah
mulut sehingga dapat muntah.

Seterusnya, menepuk belakang dimana cara mengatasi tercekik ini boleh dilakukan
apabila anda menolong orang lain. Sekiranya anda mengalaminya sendiri, minta orang lain
untuk melakukan pertolongan cemas ini. Inilah cara menangani orang yang tersedak dengan
menepuk belakang. Yang pertama adalah berdiri di belakang orang yang tersedak dan
sebelum mula menepuk belakang, minta pesakit bersandar ke depan dengan sedikit tunduk.
Seterusnya, tepuk belakang dengan kuat dengan tangan anda 5 kali. Cara ini boleh diulangi
dengan memberikan pukulan lebih kuat 5 kali atau sehingga objek tersekat keluar dari
kerongkong. Akhir sekali, jangan panik, inilah yang perlu anda lakukan ketika ubat 'tersekat'
di tekak.

RUJUKAN

https://sallysalonservicescareers.com/5251-6-right-steps-to-overcome-choking-when-alone-
or-helping-others

https://skincode.my/articles/insiden-lemas-boleh-berlaku-kepada-sesiapa-sahaja-jom-ketahui-
cara-mengatasinya

https://hellodoktor.com/habit-sihat/pertolongan-cemas/jom-ketahui-cara-mengatasi-insiden-
lemas/

https://sallysalonservicescareers.com/5251-6-right-steps-to-overcome-choking-when-alone-
or-helping-others

Anda mungkin juga menyukai