Anda di halaman 1dari 2

Burung, Hikmah bagi Orang yang Berfikir

Jika kita perhatikan alam ciptaan Illahi ini, berbagai-bagai pengajaran dapat diteladani
dari kejadian alam. Antara makhluk ciptaan Allah yang kita dapat perhatikan adalah
burung.

Burung jika diperhatikan dari kawasan yang bermusim dingin akan sentiasa berhijrah ke
kawasan yang lebih panas. Memang sudah menjadi lumrah alam penghijrahan tersebut
dilakukan secara berkumpulan. Dan dalam setiap perkumpulan tersebut pasti ada seorang
ketua yang sentiasa berada di hadapan. Selain memiliki ketua, sekumpulan burung ini
turut berhijrah mengikut formasi tertentu iaitu formasi berbentuk V. Secara saintifiknya
formasi ini menghasilkan satu bentuk aero-dinamik yang membahagikan rintangan angin
kepada setiap ahli burung yang sekaligus memudahkan penghijrahan jika dibandingkan
dengan penghijrahan berseorangan. Maka untuk membentuk formasi tersebut amatlah
penting akan wujudnya komponen perpaduan dan kerjasama di kalangan burung tersebut.
Subhanallah, bertapa tingginya hikmah penciptaan burung itu.

Marilah kita melihat realiti hari ini. Keadaan umat Islam hari ini jelas sekali terumbang-
ambing. Kita seolah-olah menjadi ‘pak turut’ terhadap segala apa ideologi yang
dilaungkan oleh musuh-musuh kita. Sehinggakan isu-isu besar yang menyentuh soal
agama sekalipun tidak diendahkan. Tiada lagi sensitiviti terhadap isu yang menimpa
saudara-saudara sendiri sepertimana yang menimpa tanah Palestina. Tiada lagi
kesepaduan di kalangan kita sepertimana yang ditonjolkan oleh sekumpulan burung tadi.
Masing-masing mahu hidup ‘nafsi-nafsi, lu punya suka, gua punya suka’. Masing-masing
tak mengendahkan apa yang menimpa orang lain asalkan hidup sendiri bahagia.

Menyingkap kembali zaman kegemilangan Islam di kala dahulu, seluruh umat Islam di
seluruh dunia disatukan di bawah satu pemerintahan dan ketaatan setiap rakyat ditujukan
kepada satu khalifah. Kesepaduan di saat itu amatlah jelas kukuh dan semua umat Islam
bagaikan anggota-anggota badan manusia. Jika tangan terluka seluruh tubuh merasai
kesakitannya. Jika kaki dijangkiti kuman seluruh tubuh berkerjasama untuk
menyembuhkannya. Alangkah indahnya saudara-saudara sekalian. Sifat seperti inilah
yang difirmankan oleh Allah dalam kalam-Nya; Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi
seseorang dua buah hati dalam rongganya…(33:4). Dalam satu badan manusia hanya ada
satu hati dan dalam satu umat juga hanya ada satu hati.

Ayuh semua. Di sini diri ini menyeru kepada diri sendiri dan kalian semua untuk
bersama-sama kita membina kekuatan ukhuwwah di antara kita. Ukhuwwah yang
didasarkan atas aqidah hanya kepada Allah Taala semata-mata. Sedarlah bahawa
perselisihanlah yang menyebabkan kita berpecah-belah. Ingatlah perintah Allah dalam
surah al-Hujuraat ayat 10: Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu
damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap
Allah, supaya kamu mendapat rahmat. InsyaAllah Islam pastikan tertegak kelak.

Anda mungkin juga menyukai