Anda di halaman 1dari 11

ASAL USUL KATA PINJAMAN

TERPILIH DALAM BIDANG


SEJARAH
S. Nathesan

Umumnya, sejarah bermaksud cerita zaman lampau manusia. Rekod-rekod

peristiwa dan kejadian-kejadian lama dikaji dalam bidang ini. Rekod-rekod dan

peristiwa tersebut disebut secara umum sebagai sejarah. Kata sejarah merupakan

kata pinjaman Arab. Mereka yang mengkaji bidang sejarah dirujuk sebagai

sejarawan, atau ahli sejarah. Menurut Kamus Dewan (2005), sejarah merupakan

bidang yang meneliti “peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau”.

Oxford Online Dictionary pula menerangkan sejarah sebagai segala peristiwa yang

berlaku pada masa lampau.

Sejarah terawal di dunia pernah direkodkan di negara Cina kira-kira pada 100 SM.

Sejarah negara Barat pula bermula di negara Yunani. Herodotus, yang hidup sekitar

tahun 400 SM di Yunani digelar sebagai “Bapa Sejarah” kerana banyak menulis

kisah tentang peperangan antara negara Yunani dan Parsi.

Sebagai salah satu bidang sains sosial, sejarah mula menjadi bidang kajian di

sekolah-sekolah sejak tahun 1800-an lagi. Kini, sejarah merupakan mata pelajaran

penting yang diajarkan di semua sekolah, termasuk di negara kita. Menurut Ahmat

Adam (2013), mata pelajaran ini pertama kali diajarkan pada tahun 1918 sebagai

subjek dalam latihan perguruan di Tanah Melayu. Sebelum digunakan kata sejarah,

1
istilah tawarikh digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk mata pelajaran

tersebut. Sebenarnya, pada mulanya istilah tawarikh, iaitu kata pinjaman Arab

(Wilkinson, 1908), digunakan untuk menerangkan bidang berkenaan. Kamus Pelajar

(2008) mendefinisikan tawarikh sebagai ilmu tentang peristiwa yang benar-benar

berlaku pada masa yang lampau.

Dalam peredaran masa, sebilangan istilah daripada bahasa-bahasa lain dipinjam ke

dalam bahasa Melayu, khususnya daripada bahasa Inggeris untuk melengkapkan

perbendaharaan kata bidang sejarah. Antaranya termasuk istilah anarki, borjuis,

dekri, diktator, diplomasi, embargo, hartal, suaka, ufti dan teokrasi.

Kebanyakan istilah tersebut ada disenaraikan dalam Istilah Sejarah Edisi Ketiga

(1990), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam perbincangan ini, sejarah

kemasukan kata/istilah tersebut dalam bahasa Melayu serta etimologinya akan

dikupas dan diteliti.

anarki (anarchy)

Anarki secara umum difahami sebagai keadaan huru-hara atau kekacauan. Dalam

Kamus Dewan (2005), anarki definisikan sebagai “keadaan tidak ada atau tidak

berasaskan undang-undang (ketertiban umum atau pemerintahan yang teratur)”.

John J. Butt dalam The Greewood Dictionary of World History (2006) mentakrifkan

anarchy sebagai “keadaan masyarakat tanpa undang-undang, pemerintah atau

kuasa agung”. Manakala, Online Cambridge Dictionary menerangkan anarchy

sebagai “situasi yang tidak ada organisasi, khusus masyarakat disebabkan

ketiadaan kerajaan yang berkesan”.

2
Apabila disoroti sejarah kata anarki, didapati bahawa kata tersebut dipinjam ke

dalam bahasa Melayu daripada kata Inggeris anarchy sekitar tahun 1970-an.

Pertama kali kata tersebut dicatat dengan sedikit penyesuaian ejaan

(anarchy>anarki) dalam Kamus Dewan (1970) dengan takrif “tak ada undang-

undang (ketertiban umum dan pemerintahan)”.

Namun demikian, apabila etimologi anarchy disusurgalurkan, maka didapati bahawa

kata tersebut berasal daripada kata Latin “anarchia” yang bermaksud “keadaan

tanpa kerajaan” (Online Etymology Dictionary). Maknanya kemudian diperluas

menjadi “huru-hara dan ketiadaan kewibawaan secara umum” sejak tahun 1660-an

lagi. Kini, kata anarki bukan sahaja menjadi istilah dalam bidang sejarah, malah turut

menjadi istilah dalam beberapa bidang lain seperti sains politik dan sosiologi.

borjuis (bourgeoise)

Dalam bidang sejarah, masyarakat manusia dikelompokkan mengikut kedudukan

atau status mereka. Salah satu kelompok ialah borjuis. Kamus Dewan (2005)

menerangkan istilah tersebut sebagai “orang daripada kelas pertengahan, orang

yang tergolong dalam kelas pertengahan yang memiliki kebanyakan harta dalam

sistem kapitalis, orang yang perangai dan pandangannya dipengaruhi oleh nilai atau

kepentingan golongan kelas pertengahan”.

Kata borjuis bukanlah kata asli Melayu tetapi merupakan kata pinjaman daripada

bahasa Perancis, borjois yang bermaksud kelas pertengahan (H. Manser, 2002

dalam Foreign Words and Phrases ). Kata tersebut masuk ke dalam bahasa Melayu

3
daripada bahasa Inggeris setelah disesuaikan ejaannya mengikut sistem bunyi

dalam bahasa Melayu.

Kata tersebut masuk ke dalam bahasa Melayu sekitar tahun 1970-an kerana kata

tersebut pertama kali dicatatkan dalam Kamus Dewan (1970) sebagai kata pinjaman

Inggeris dengan entri “orang-orang bangsawan atau hartawan (berlainan dengan

kaum buruh dan marhaen”. Kini, maksudnya diperluaskan seperti yang didefinisikan

dalam Kamus Dewan (2005). Istilah ini turut menjadi istilah dalam bidang lain seperti

sains politik, ekonomi dan sosiologi sekarang.

dekri (decree)

Lazimnya, dekri membawa erti perintah atau arahan. Winstedt (1965) dalam kamus

dwibahasa susunannya mencatatkan kata hukum (kata pinjaman Arab) dan sabda

(kata pinjaman Sanskrit) sebagai padanan bagi kata decree. Namun, kata dekri mula

digunakan sekitar tahun 1970-an dan dicatat pertama kali sebagai dekret dalam

Kamus Dewan (1970) sebagai kata pinjaman Indonesia Belanda (IB).

Namun, dalam terbitan Kamus Dewan pada tahun 1984 kata tersebut dinyatakan

sebagai kata pinjaman Inggeris. Kata tersebut dipinjam ke dalam bahasa Melayu

setelah ejaannya disesuaikan mengikut sistem bunyi bahasa Melayu, iaitu daripada

decree menjadi dekri (decree>dekri).

Kini, Kamus Dewan (2005) mentakrifkan dekri sebagai “perintah (undang-undang

dan lain-lain) yang dibuat oleh pihak berkuasa, raja, pemerintah”. Sementara itu,

Merriam Webstar Online Dictionary menerangkan decree sebagai “an order usually

4
having a force of law”. Hal ini bermaksud perintah yang disertai oleh kuasa undang-

undang.

diktator (dictator)

Kata diktator umumnya merujuk seorang pemerintah yang menjalankan

pemerintahan secara kuku besi. Dalam World History Glossary pula, diktator

dijelaskan sebagai “pemimpin politik yang diberikan kuasa mutlak untuk menggubal

undang-undang dan memimpin tentera buat masa yang tertentu”.

Apabila dijejaki asal usul kata tersebut, kata tersebut didapati sebenarnya berasal

daripada kata Latin dictator yang bermaksud “seorang hakim republik Rumawi yang

diberikan kuasa mutlak sementara” dalam bahasa Inggeris sekitar akhir abad ke-14.

Sejak 1590-an, maksudnya berubah menjadi “seorang yang mempunyai kuasa

mutlak atau kewibawaan” (Online Etymology Dictionary).

Kata diktator dipinjam daripada kata Inggeris dictator dan disesuaikan ejaan

sebelum dimasukkan dalam bahasa Melayu. Pertama kali kata tersebut dimasukkan

dalam Kamus Dewan (1970) dengan definisi “orang yang memerintah dengan

kekuasaan yang tidak terbatas”. Selanjutnya maksudnya dikemas kini menjadi

seperti yang berikut: “pemerintahan mutlak, terutamanya yang merampas kuasa

tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim” (Kamus Dewan,

2005). Kini kata diktator juga menjadi istilah dalam bidang sains politik dan undang-

undang

embargo (embargo)

5
Umumnya, embargo membawa erti larangan. Dahulunya, kata “larangan” menjadi

padanan bagi kata Inggeris embargo, seperti yang dientrikan dalam Kamus Winstedt

(1965). Kemudian, istilah embargo dipinjam secara total daripada kata Inggeris

embargo tanpa sebarang perubahan ejaan untuk dijadikan istilah Melayu dalam

bidang sejarah. Kata tersebut pertama dicatatkan dalam Kamus Dewan (1970)

dengan takrif “perintah daripada kerajaan yang melarang kapal perdagangan masuk

atau keluar dari pelabuhan (biasanya dalam masa permusuhan)”. Kamus Dewan

Edisi Keempat (2005) masih mengekalkan erti yang sama.

Walaupun bahasa Inggeris menyumbangkan kata embargo kepada bahasa Melayu,

namun kata tersebut bukanlah kata asli Inggeris kerana kata embargo dipinjam

daripada bahasa Sepanyol embahrgō yang bermaksud melarang atau disekat. Hal

yang demikian dijelaskan oleh Manser (2002). Selain menjadi istilah dalam bidang

sejarah, embargo turut menjadi istilah Melayu dalam bidang ekonomi, sains politik

undang-undang dan geografi.

emigran (emigrant)

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menerangkan emigran sebagai “orang yang

meninggalkan negerinya untuk menetap di negeri lain”. Dalam sejarah, kita dapat

tahu maklumat tentang kemasukan golongan orang ini, iaitu emigran dari negara

asal mereka ke negara-negara lain. Di Malaysia terdapat beberapa golongan

emigran yang menetap di sini kini sebagai warga negara ini. Antara mereka

termasuk orang Cina, India, Arab, Pakistan dan emigran-emigran lain.

6
Dahulunya, golongan emigran dirujuk sebagai dagang dalam bahasa Melayu. Hal ini

demikian kerana Winstedt (1965) mencatatkan dagang sebagai padanannya dalam

kamus dwibahasanya. Oleh sebab, kata dagang tidak dapat menerangkan konsep

emigran secara menyeluruh, maka kata emigran dipinjam ke dalam bahasa Melayu

sekitar tahun 1970-an untuk menjadi istilah Melayu.

Kata emigran merupakan kata pinjaman daripada kata Inggeris emigrant. Pertama

kali kata emigran dicatatkan dalam Kamus Dewan (1970) sebagai kata pinjaman

Inggeris dengan definisi “orang yang meninggalkan negerinya dan pergi ke negeri

lain untuk menetap di situ”.

Walau bagaimanapun, apabila dijejaki asal usul kata tersebut, didapati bahawa kata

tersebut dipinjam daripada bahasa Latin pada tahun 1754 ke dalam bahasa Inggeris.

Kata tersebut berasal daripada kata Latin emigrantem yang membawa maksud

“meninggalkan” (Online Etymology Dictionary).

hartal (hartal)

Kata hartal membawa maksud pemogokan umum. Complete Wordfinder (1994)

mentakrifkan hartal sebagai “penutupan kedai dan pejabat sebagai bantahan atau

kesedihan” “pemogokan umum, penutupan kedai (kerana bantahan) di India”. Selain

itu, dijelaskan bahawa kata hartal merupakan kata pinjaman Hindi hartāl yang

sebenarnya dipinjam daripada bahasa Sanskrit (hatta).

7
Kata hartal mula digunakan di India semasa perjuangan tuntutan kemerdekaan

negara tersebut pada lewat tahun 1940-an. Daripada bahasa Hindi, kata tersebut

dipinjam ke dalam bahasa Inggeris sekitar tahun 1915-20 (Collins Online Dictionary).

Kata hartal pula digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk pemogokan umum

yang diadakan sekitar tahun 1940-an di Tanah Melayu.

Walaupun digunakan dalam penulisan dan percakapan bahasa Melayu selepas

tahun 1940-an, namun kata tersebut pertama kali dicatatkan dalam Kamus Dewan

(1970) dengan entri makna “pemogokan umum (penutupan kedai dan lain-lain)

sebagai bantahan terhadap sesuatu. Maksudnya tersebut kekal sehingga kini dalam

kamus terkini, iaitu Kamus Dewan (2005).

suaka (asylum)

Kata suaka biasanya digunakan bidang sejarah untuk menerangkan tindakan

sesuatu kerajaan untuk memberikan perlindungan kepada seseorang dari negara

lain. Hal ini dijelaskan lanjut dalam Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005)

sebagai “sesuatu yang berkaitan dengan usaha mendapatkan tempat perlindungan

setelah lari atau meninggalkan tempat yang berbahaya, biasanya dilakukan oleh

orang-orang politik”. Collins Dictionary pula menerangkan hal tersebut sebagai “if a

government gives a person from another country asylum, they allow them to stay,

usually because they are unable to return home safely for political reasons”.

Adakah kata suaka kata asli Melayu? Kata suaka sebenarnya berasal daripada

bahasa Sanskrit seperti yang direkodkan dalam Kamus Wilkinson (1908) sebagai

kata pinjaman Sanskrit suaka. Winstedt (1965) dalam kamus dwibahasanya

8
menjelaskan bahawa kata suaka digunakan dalam bidang kesusasteraan Melayu.

Kata tersebut ada digunakan dalam teks-teks sastera lama. Lihat contoh

pemakaiannya dalam Hikayat Hang Tuah 1995 (Edisi Pelajar) seperti yang berikut:

“Maka baginda pun turun duduk di istana suaka; yang memegang kerajaan itu Puteri
Gunung Ledang itu”

Demikianlah kata-kata yang terdapat dalam bidang kesusasteraan lama pun dapat

dimanfaatkan sebagai istilah dalam bidang-bidang tertentu seperti sejarah

memandangkan konsep-konsep tertentu berupaya untuk mengungkapkan sesuatu

konsep dengan jelas dengan kata-kata sastera lama dalam bidang-bidang

berkenaan.

teokrasi (theocracy)

Dalam sejarah kita mengenali pelbagai sistem pemerintahan, termasuk

pemerintahan teokrasi. World History Glossary menerangkan teokrasi sebagai

“sebuah kerajaan yang dikuasai oleh pemimpin-pemimpin agama”. Winstedt (1965)

dalam kamus dwibahasanya menerangkan theocracy sebagai “pemerintahan

ulama”.

Pertama kali kata teokrasi dicatatkan dalam Kamus Dewan (1970) sebagai kata

pinjaman Indonesia-Belanda (IB) dengan maksud “sistem kerajaan yang

menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara”.

Selanjutnya, dalam Kamus Dewan (1984) dicatatkan kata tersebut sebagai kata

pinjaman Inggeris (Ig). Kata theocracy yang dipinjam masuk setelah disesuaikan

ejaannya (theocracy>teokrasi) dalam kosa kata Melayu untuk menjadi istilah dalam

9
bidang sejarah. Maksud teokrasi masih kekal sama seperti dalam Kamus Dewan

(1970) dalam kamus terkini, iaitu Kamus Dewan (2005).

Apabila dijejaki asal usul kata theology, didapati bahawa kata tersebut berasal

daripada kata Latin theologia yang bermaksud “an account of Gods” (iaitu huraian

tentang Tuhan-tuhan”) pada pertengahan abad ke-14 (Online Etymology Dictionary).

Selain bidang sejarah, istilah teokrasi menjadi istilah dalam bidang sains politik dan

antropologi.

ufti (tribute)

Barangkali ramai antara kita sudah lama mengenal kata ufti kerana pernah

membaca kata tersebut dalam buku-buku sejarah. Adakah kata tersebut kata asli

Melayu? Kata tersebut merupakan kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan

sudah digunakan dalam bahasa Melayu sejak awal abad ke-19. Beberapa teks

klasik Melayu juga ada mencatatkan ufti. Antara termasuk karya klasik Hikayat Malik

Saiful-Lisan (1965) (Korpus DBP).

Dari mana asalnya kata ufti? Shellabear (1902) mencatatkan ufti sebagai kata

pinjaman Sanskrit dalam kamus dwibahasanya. Demikian juga Wilkinson (1908)

mencatatkan ufti sebagai kata pinjaman Sanskrit (upeti) dalam kamus dwibahasa

susunannya. Russel Jones (2008) juga mencatatkan kata ufti sebagai kata pinjaman

Sanskrit, utpatti. Dalam Etimologi Bahasa Melayu (2015) pula, Nathesan

memasukkan ufti sebagai kata pinjaman Sanskrit dalam bidang pemerintahan

Melayu.

10
Pertama kali kata ufti dicatatkan dalam Kamus Dewan (1970) dengan maksud

“persembahan (wang, emas dan lain-lain) yang wajib dibayar kepada raja atau

negara yang berkuasa”. Maksudnya masih kekal dalam kamus terbitan terkini, iaitu

Kamus Dewan (2005). Selain menjadi istilah bidang sejarah, ufti juga menjadi istilah

dalam bidang sains politik dan undang-undang.

Demikianlah asal usul kemasukan beberapa kata pinjaman terpilih dalam bidang

sejarah serta etimologi kata-kata tersebut. Pinjaman perkataan daripada bahasa-

bahasa lain menjadi lumrah, malah penting dalam semua bahasa termasuk bahasa

untuk memperkaya kosa katanya dan juga untuk melengkapkan perbendaharaan

kata dalam bidang-bidang tertentu.

11

Anda mungkin juga menyukai