Anda di halaman 1dari 3

Teks Pidato Generasi Muda Penyambung Warisan

AssalamualaikumSHaring is caring. Peribahasa bahasa Inggeris itu tidak pernah pudar dari ingatan. Hari
ini, nak sharesikit teks pidato yang Aishah gunakan untuk dipersembahkan pada hari Rabu lepas.
Keputusan pundah dikeluarkan. Alhamdulillah, AIshah mendapat tempat ketiga. Macam tak sangka
sangat dapatmenang. Eeeeh, yang bertanding tu bukan calang-calang ma. Ada yang pernah sampai
peringkatdaerah pun ada.GENERASI MUDA PENYAMBUNG WARISAN Cuba kita fikir sejenak, zaman
remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincon yang punya hati budi
membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambatkemiskinan. Malah, lakaran kemurnian zaman
remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menterikesayangan kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang
menyerlahkan karisma kepimpinansehingga akhirnya beliau diangkat menjadi menteri cabinet yang
termuda dalam meneraju Negara.Seterusnya, hakikat tidak pernah berdusta, apabila mengangkat
Rasulullah sebagai contoh tauladankerana semasa zaman remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja
dan penampilan baginda telahpun mewarnai diri Rasulullah.Sejambak mawar, seharum kasturi buat
peneraju majlis, barisan panel hakim penjunjungkesksamaan, kelompok pendidik bestari, seterusnya
warga intelektual penerus warisan Negara. Assalamualaikum wbt dan salam apreasasi.Berdirinya Usman
Awang kerana puisinya, berdirinya Malaysia kerana rakyatnya. Berdirinya saya didewan yang indah
adalah untuk menyampaikan sebuah pidato buat pencetus minda generasi hari iniyang bertajuk
Generasi Muda Penyambung Warisan.Generasi di sini membawa maksud suatu kaula yang dapat
membawa revolusi bagi semua ummat.Warisan pula membawa maksud tersendiri. Menurut Budayawan
Negara, Datuk Radin warisan darisudut budaya ialah apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan
oleh segolongan masyarakat.Dari sudut sejarah pula, warisan menjurus pada peninggalan-peninggalan
berbentuk bangunan samaada bangunan-bangunan yang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-
bangunan nenek moyang kitayang terdahulu.Teman dan taulan sekalian,Bicara yang pertama ialah Batik
Malaysia warisan khazanah bangsa. Peribahasa ada mengatakan

“tak kenal maka tak cinta‟, sifat ini ialah tabii manusia yang sememangn

ya tidak boleh disangkal lagi.Nilai estetika yang terdapat pada batik sering kali dipandang sepi oleh
segelintir masyarakat kita.Pada tahun 2003 kerajaan telah membelanjakan berjuta- juta ringgit untuk
memasarkan jualan batikhingga ke peringkat antarabangsa. Pada tahun yang sama, impak jualan batik
ialah RM33 juta dan jumlah itu meningkat kepada RM39.7 juta pada tahun 2004 berkat fakulti dan usaha
AllahyarhamDatin Seri Endon Mahmood. Oleh itu, generasi muda hari ini dan akan datang merupakan
wajah-wajah baru yang akan menjadi penerus kepada usaha Allahyarham.Pria kacak serta juwita anggun
sekalian,Bicara yang kedua ialah permaianan tradisional warisan turun-temurun. Sudah terang lagi
bersuluh.Dasawarsa ini, permainan tradisional dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat
kitadaripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer
danpermainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Sebelum nasi menjadi
bubur,kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara
kitasemula. Contohnya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan
PelanconganMalaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton dan Maxis
untukmenganjurkan pertandingan. permainan tradisional dari peringkat sekolah hingga
antarabangsa.Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya.
Dengan ini,budaya kita akan terus berkembang.

Anda mungkin juga menyukai