Anda di halaman 1dari 6

SK SEREMBAN 2A

PERSIARAN 2 S4 SEREMBAN 2
70300 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KERJA

LAWATAN SECARA MAYA PENGAWAS PSS KE


PUSAT SUMBER SMK SULTANAH BAHIYAH,
ALOR SETAR, KEDAH

KOLABORASI
PUSAT SUMBER SK LUKUT, PORT DICKSON dan PUSAT SUMBER SK SEREMBAN 2A
UNIT PENGAWAS PSS SKS2A
KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SECARA MAYA
SK SEREMBAN 2A
TAHUN 2021

1 PENDAHULUAN

Penanda aras merupakan kaedah yang telah digunakan sekian lama oleh
sesebuah organisasi untuk tujuan perkongsian maklumat dan penambahbaikan
prestasi organisasi masing-masing. Penanda aras adalah merupakan satu proses
yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai
dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau
organisasi lain untuk mencapai prestasi unggul.
Sehubungan itu, PSS SK Seremban 2A telah berkolaborasi dengan PSS SK Lukut
untuk membuat lawatan penanda aras ke Pusat Sumber Sekolah SMK Sultanah
Bahiyah, Alor Setar, Kedah bagi mempelajari dan berkongsi amalan terbaik PSS SMK
Sultanah Bahiyah ke arah peningkatan prestasi khususnya dalam bidang
pengurusan PSS mereka sehingga berjaya dinobatkan Naib Johan dalam Anugerah
Pusat Sumber Sekolah kebangsaan (APSSK) Tahun 2020. Melalui lawatan ini diharap
akan memberi impak kepada pengurusan PSS dan pentadbiran sekolah.

2 MATLAMAT

Selaras dengan hasrat negara, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada guru-guru dan pengawas PSS tentang
pengurusan dan amalan terbaik yang dilaksanakan di SMK Sultanah Bahiyah untuk
diserap dan diaplikasikan dalam pengurusan sekolah. Selain itu, lawatan seperti ini
merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan
memberi inspirasi kepada guru-guru, pentadbir dan pengawas PSS untuk meneroka
masa depan yang lebih baik di samping membina jaringan yang berterusan antara
sekolah.
3 OBJEKTIF

Objektif Lawatan :
a) memastikan kepimpinan berprestasi tinggi dalam pengurusan dan pentadbiran
sekolah SK Seremban 2A dan mentranformasikan profesion perguruan.
b) melihat dan mengambil pengajaran amalan terbaik yang dilaksanakan dalam
pengurusan PSS sekolah yang dilawat.
c) mengambil panduan dan cara pelaksanaan pengurusan pengawas PSS.
d) menjalinkan hubungan kerjasama dan persahabatan antara guru-guru SK
Seremban 2A dengan SMK Sultanah Bahiyah.
e) meningkatkan dan memperkasakan motivasi dan keyakinan peserta terhadap
potensi dan kepercayaan diri.

4 DESTINASI

SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

5 SASARAN

JK Unit Pengawas PSS dan 10 pengawas PSS tahun 4,5 dan 6

6 PELAKSANAAN LAWATAN

➢ Tarikh : 24 Julai 2021


➢ Hari : Sabtu
➢ Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
➢ Pautan : Akan diberi oleh pihak penganjur.

7 JAWATANKUASA KERJA

TUGAS NAMA PERINCIAN


Pengerusi Pn Fuziah bt Abdul Malek - Mengetuai jawatankuasa untuk
Guru Besar Cemerlang merancang melaksanakan program
- Bertanggungjawab untuk memantau
perjalanan program

Naib Pengerusi Pn Roslina bt Bowah - Membantu Pengerusi dan AJK


GPK Akademik merancang dan melaksana program
Setiausaha Pn Aishah Pushpa bt Abdullah - Berbincang dengan Pihak Pentadbir
Guru Perpustakaan Media berkaitan Lawatan.
- Menyediakan Kertas Kerja
- Menyediakan surat menyurat
- Menyediakan peserta lawatan.
- Menghubungi sekolah penganjur untuk
urusan pendaftaran lawatan.
- Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
Pengerusi tentang perkembangan terkini
urusan lawatan
- Membuat ‘follow up’ pada setiap
Pengawas PSS yang terlibat dalam
lawatan.
- Menyediakan semua tindakan AJK
- Menyediakan laporan Program.

Dokumentasi/Juru Pn Rasyidah bt Ibrahim - Mengambil gambar-gambar menarik


gambar sebelum, semasa, sepanjang dan
selepas lawatan
- Membuat laporan lawatan

Sijil/Hadiah Pn Siti Hajar bt Baharum - Mecetak e-sijil Peserta Lawatan dan Sijil
Jaringan Sekolah.
- Menempah plak untuk Peserta
- Menempah hadiah pertandingan
menulis Laporan Lawatan.

8 ATUR CARA LAWATAN

9.30 pagi - Peserta masuk ke bilik meet


10.00 pagi - Bacaan doa
10.15 pagi - Taklimat
10.30 pagi - Ucapan Guru Besar SK Lukut
- Ucapan Perasmian oleh KPP SSTP Negeri Sembilan
- Lawatan di Pusat Sumber Sekolah
- Persembahan Slaid
- Sesi bergambar
12.00 tengah hari - Bersurai
9 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PROGRAM KOS (RM) JUMLAH

1 Mencetak Sijil Penyertaan RM 1 x 10 RM 10


2 Mencetak Sijil Jaringan Sekolah RM 1 x 1 RM 1
3 Hadiah/Cenderahati Peserta RM 5 x 10 RM 50
4 Hadiah Pertandingan Penulisan Laporan RM 10 x 3 RM 30

JUMLAH RM 91.00

10 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi pengetahuan dan
pengalaman baharu kepada Guru Pengawas PSS serta Pengawas PSS dalam
mengurus tadbir PSS, bilik-bilik khas dan sekolah dengan amalan terbaik yang
ditimba. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang
mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh;

................................................... ..........................................
AISHAH PUSHPA BT ABDULLAH PN ROSLINA BT BOWAH
SK SEREMBAN 2A SK SEREMBAN 2A
GURU PERPUSTAKAAN MEDIA GPK AKADEMIK
[No Ruj: ]

KERTAS CADANGAN LAWATAN SECARA MAYA PENGAWAS PSS KE PUSAT SUMBER SMK

SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR, KEDAH

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas cadangan Lawatan Maya ke SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar,
Kedah Peringkat Sekolah 2021

atau

Tidak Meluluskan Kertas cadangan Lawatan Maya ke SMK Sultanah Bahiyah, Alor
Setar, Kedah Peringkat Sekolah 2021

Ulasan:

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

…………………………………………………
Ybrs Puan Fuziah bt Abdul Malek
Guru Besar Cemerlang,
Tarikh : ___________________

Anda mungkin juga menyukai