Anda di halaman 1dari 29

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN ………….…………………2
2.0 ISU PERTAMA (RASUAH)
2.1 “TIGA PENGARAH SYARIKAT DIREMAN BERI …………………………….3
JUTAAN RINGGIT”
2.2 FAKTOR …………………………….4
2.3 JALAN PENYELESAIAN …………………………….5
2.4 HUBUNGKAIT TEORI …………………………….6

3.0 ISU KEDUA (MENGABAIKAN KESELAMATAN


DAN KEBAJIKAN PEKERJA)
3.1 “DUA SYARIKAT DIDAKWA ABAIKAN …………………………….7
KESELEMATAN DAN KEBAJIKAN PEKERJA”
3.2 FAKTOR …………………………….8
3.3 JALAN PENYELESAIAN …………………………….9
3.4 HUBUNGKAIT TEORI …………………………...10
4.0 ISU KETIGA (PECAH AMANAH)
4.1 “IBU TUNGGAL TAK MENGAKU PECAH …………………………...12
AMANAH”
4.2 FAKTOR …………………………...13
4.3 JALAN PENYELESAIAN …………………………...14
4.4 HUBUNGKAIT TEORI …………………………...15
5.0 ISU KEEMPAT ( PENIPUAN)
5.1 “AHLI PERNIAGAAN MENIPU DIJATUHI …………………………...16
HUKUMAN PENJARA 92 TAHUN,44 SEBATAN”
5.2 FAKTOR …………………………...17
5.3 JALAN PENYELESAIAN …………………………...18
5.4 HUBUNGKAIT TEORI …………………………...19
6.0 ISU KELIMA ( GANGGUAN SEKSUAL)
6.1 “POLIS SIASATAN LAPORAN WANITA …………………………...21
MENGALAMI GANGGUAN SEKSUAL”
6.2 FAKTOR ………………...…………22
6.3 JALAN PENYELESAIAN …………………………...23
6.4 HUBUNGKAIT TEORI 24
7.0 KESIMPULAN …………………………...26
8.0 SUMBER …………………………...27

1
1.0 PENGENALAN

Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkah laku yang diikuti oleh manusia
yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan,Khususnya dikalangan yang meminggirkan
agama di dalam kehidupan mereka.Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah
menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang
mengamalkannya.

Mengikut Kamus Dewan, (2005 : 401) etika adalah prinsip moral, akhlak atau nilai-nilai
akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan,
pekerjaan dan lain-lain).Institut Integriti Malaysia (2007 : 17) pula mendefinisikan etika
sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi
dan profesyen.Jelasnya etika adalah suatu prinsip, peraturan, nilai akhlak atau moral
berkaitan tingkah laku atau tindakan setiap anggota dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu,
apabila disebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan, nilai akhlak atau moral
yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan.

Secara umum, kajian tentang etika profesional melibatkan semua isu etika dan nilai dalam
sesuatu bidang profesion dan tingkahlaku golongan profesional dalam masyarakat. Tidak
dapat dinafikan bahawa dalam tugas hariannya sebagai seorang profesional, mereka
berhadapan dengan masalah etika dan nilai yang sukar dan mencabar. Sehubungan itu, etika
mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan nilai dalam sesuatu profesion profesional.
Hal ini dapat dilihat dalam ekosistem perkhidmatan yang dikendalikan oleh para profesion
dalam bidang profesional seperti pegawai perubatan, polis, majistret, pegawai psikologi dan
para pekerjasosial (Sopian Brahim, 2017). Walaupun berlainan bidang atau berbeza etika
kerja tetapi asas-asas nilai yang digunakan adalah hampir sama dalam membentuk satu
akhlak atau moral seseorang profesional. Kajian kes ini membincangkan mengenai lima isu
masalah di tempat kerja.Lampiran pertama akan membincangkan mengenai isu rasuah, kedua
mengenai pengabaian keselamatan dan kebajikan pekerja, ketiga mengenai masalah pecah
amanah, keempat mengenai penipuan di syarikat dan yang terakhir ialah masalah hak asasi.

2
2.0 ISU PERTAMA ( RASUAH)

2.1 “TIGA PENGARAH SYARIKAT DIREMAN BERI RASUAH JUTAAN RINGGIT”

Gambar di atas menunjukkan suspek ditahan reman lima hari disyaki beri rasuah kepada
pegawai syarikat telekomunikasi untuk dapatkan nombor telefon pelanggan bagi tujuan
penipuan SMS. Gambar Ihsan SPRM.
KUALA LUMPUR: Tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk direman lima
hari bermula hari ini (9 November 2020) kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan
ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon
pelanggan bagi tujuan penipuan sistem pesanan ringkas (SMS).Perintah reman sehingga
Sabtu ini(14 November 2020) dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim, di
Mahkamah Majistret Putrajaya, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
membuat permohonan itu pagi tadi.Menurut sumber, tiga suspek berusia antara 41 hingga 48
tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, antara jam 9 hingga 11 malam tadi selepas
hadir memberikan keterangan.Katanya, semua pengarah bagi tiga syarikat berlainan itu
dipercayai membayar wang rasuah kepada pegawai syarikat telekomunikasi bagi
mendapatkan nombor telefon pelanggan untuk digunakan oleh sindiket penipuan 'content
provider' (pembekal maklumat) menerusi SMS."Ia dengan mengenakan bayaran langganan
tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna," kata sumber itu kepada BH, hari ini
(9 November 2020).Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.

3
2.2 FAKTOR BERLAKUNYA ISU RASUAH

2.2.1 Individu perlu melakukan sesuatu berdasarkan niat yang salah

Daripada Umar bin Al-Khatab, Rasulullah pernah bersabda, yang bermaksud “amalan
itu mesti ada niat, dan bahawasanya bagi setiap orang apa yang diniatkannya”. Sesuatu
masalah tidak akan terjadi seandainya seseorang boleh berfikir dan bertindak secara rasional.
Syed Ahmad (1994) juga telah menegaskan, niat yang baik adalah asas bagi setiap amalan
kepada Allah, sebab amalan tanpa niat yang baik, tidak akan diterima oleh Allah.Manakala
amalan dengan niat yang jahat akan dimurkai oleh Allah.Itulah pokok lintasan hati yang terbit
daripadanya segala gerak-geri dan kelakuan manusia.Jelasnya di sini penulis menyatakan niat
adalah amalan penting dalam kehidupan harian manusia.

2.2.2 Saranan ibu bapa untuk menolak budaya rasuah tidak diberikan kepada anak-anak.

Menurut Hamner (2001), ibu bapa bermaksud seseorang yang bertanggungjawab


terhadap anak biologinya.Manakala menurut kamus dewan edisi tiga (2002), ibu bapa
bermaksud orang tua yakni emak dan ayah.Selain itu menurut Hammer and Turner, (2001),
The term “parent” comes from the words parens, meaning “give birth”.Oleh itu, secara
jelasnya, ibu bapa merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap anak -anak mereka.
Di sini peranan ibu dan bapa amatlah penting bagi mewujudkan budaya “Katakan Tidak
Kepada Rasuah”.Anak yang baru dilahirkan ibarat kain putih dan ibu bapalah yang
bertanggungjawab mencorakkan perilaku anak mereka.Oleh sebab itu, selain benteng diri
setiap individu dapat mengelakkan perbuatan rasuah.Didikan ibu bapa juga antara langkah
yang berkesan dapat diterapkan dikalangan masyarakat bagi mengurangkan masalah ini.

4
2.3 JALAN PENYELESAIAN RASUAH

2.3.1 Melakukan pelbagai kempen

Y.A.B. Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 19 Mac 1983 menerusi kempen
‘Kepimpinan Melalui 17 Teladan’ 12 dan pada pertengahan April 1982, beliau telah
melancarkan kempen ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ sebagai satu dasar yang menjadi amalan
kepada semua penjawat awam yang khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan
mengamalkannya. Kempen-kempen ini adalah bagi memastikan supaya seluruh warga dalam
perkhidmatan awam benar-benar memberikan perkhidmatan yang terbaik yang wajar
ditauladani dan sentiasa mengutamakan penekan bahawa perkhidmatan yang disampaikan
hendaklah dilaksanakan dengan bersih dari segala salah laku dan rasuah, penuh kecekapan
dengan mengembelengkan segala sumber yang telah diperuntukkan dan disampaikan dengan
memenuhi amanah yang telah ditentukan oleh rakyat yang telah memilih kerajaan dalam
pilihanraya umum yang membentuk kerajaan.

2.3.2 Penerapan keagamaan dan moral

Seseorang yang ingin melakukan rasuah perlu mendalami agama kerana terdapat
hadis dan surah yang mengharamkan tentang rasuah. Hadis Rasulullah saw “Pemberi rasuah
dan penerima rasuah masuk neraka” Hadis riwayat Abu Daud “Sesiapa sahaja yang telah
kami lantik untuk memegang sesuatu jawatan atau kerja dan kami telah tetapkan
pendapatannya atau gaji maka apabila ia mengambil lebih dari apa yang ditetapkan itu
dikira sebagai satu penipuan dan rasuah.” Dan janganlah kamu makan (atau mengamb il)
harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan kamu pula
menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan
(atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu m
engetahui (salahnya) (Al Baqarah: 188).

2.3.3 Akta dan undang-undang

Berdasarkan kes rasuah tiga pengarah syarikat tersebut,mereka bertiga boleh


disabitkan denda tidak lebih RM 10 000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua -

5
duanya.(AMR 1961, Disemak 1971) Walaubagaimanapun hukuman tersebut dipertingkatkan
kepada penjara tidak kurang daripada 14 hari dan maksimum 20 tahun penjara; dan denda
lima kali ganda nilai suapan yang diterima atau RM 10 000 yang mana lebih tinggi. (AMR
1997)

Kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 137 Akta Kastam 1954.Kesalahan
di bawah Bahagian III Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Sesuatu percubaan untuk
melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c) atau sesuatu
persubahatan atau komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditarifkan
dalam Kanun Keseksaan) mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) hingga
(c), sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berbangkit daripadanya.

2.4 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN DISIPLIN PEKERJA

Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan
mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Teori ini berkait rapat
dengan ”kaedah sikap baik” dan sifat-sifat seorang insan bermoral. Keperibadian mulia ialah
kecenderungan untuk sesuatu tujuan.Ia bukanlah perasaan atau kebolehan dan kekuasaan
manusia merasai kerana seseorang itu tidak boleh dipuji atau dikeji dan dikatakan baik atau
jahat hanya sebab perasaannya atau kerana dia berupaya merasai.Keperibadian mulia
dianggap tidak dihasilkan oleh alam semulajadi.Sebaliknya cara untuk memperoleh
keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan
yang menyenangkan dan menyeronokan.

Berdasarkan kes rasuah yang dilakukan oleh tiga pengarah syarikat dapatlah dikaitkan
dengan teori keperibadian mulia.Dalam keperibadian mulia menjelaskan bahawa seseorang
itu hendaklah mengamalkan sifat peribadi mulia seperti jujur atau amanah dalam
pekerjaan.Maka dalam kes rasuah ini sekiranya ketiga-tiga pengarah syarikat ini menguasai
sifat keperibadian mulia ini seperti amanah dan jujur dalam melaksanakan pekerjaan mereka
tidak melibatkan diri dalam gejala rasuah atau mereka akan menolak daripada melakukan
perkara tidak bermutu iaitu melakukan rasuah untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang
cepat.Sepatutnya,tiga pengarah tersebut perlu menunjukkan keperibadian mulia yang baik
untuk menunjukkan contoh kepada pekerja-pekerja yang lain.

6
3.0 ISU KEDUA (MENGABAIKAN KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN PEKERJA)

3.1 “DUA SYARIKAT DIDAKWA ABAIKAN KESELAMATAN,KESIHATAN DAN


KEBAJIKAN PEKERJA”

Gambar di atas ialah suspek iaitu Teoh Kim Kuan (kiri) dan Ng Wai Chew.
IPOH: Dua syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini (3 Jun 2019) atas
pertuduhan gagal memastikan keselamatan pekerja hingga berlaku kemalangan yang
menyebabkan kematian dan kecacatan pekerja mereka dalam kejadian di Manjung dan Lahat,
di sini tahun lalu.Kedua-dua syarikat berkenaan didakwa secara berasingan oleh Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak mengikut Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.Pertuduhan pertama
membabitkan Tunas Gemilang TKK Enterprise yang diwakili pengarahnya, Teoh Kim Kuan,
46, didakwa melakukan kesalahan gagal memastikan setiap lubang pit pada tingkat bekerja
ditutup rapat atau dipagar kukuh untuk menghalang kejadian orang jatuh.Kegagalan syarikat
berkenaan sebagai majikan mengakibatkan seorang pekerja warga Bangladesh bernama Sajib
Ahmmud Dulal terjatuh dan maut ketika bekerja di tapak projek pangsapuri 35 tingkat di
Sitiawan, pada jam 3.30 petang 24 Disember tahun lalu.Kim Kuan didakwa mengikut

7
Seksyen 10 (e) Akta Kilang dan Jentera 1967 dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu
yang memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 51 (2) akta sama iaitu denda maksimum
RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan kedua pula membabitkan WIM Automation Jig & Moulding Sdn Bhd diwakili
pengarahnya, Ng Wai Chew, 51, yang didakwa gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan ketika bekerja hingga menyebabkan kemalangan terhadap seorang
pekerjanya.Kegagalan itu mengakibatkan pekerja warga Myanmar, Chan Myae Aung cedera
terputus jari dalam kejadian di kilang syarikat berkenaan di Kawasan Perindustrian RIMA,
Lahat pada 10.15 pagi, 28 Ogos tahun lalu.Wai Chew, mengaku bersalah sebaik pertuduhan
mengikut Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan berdepan
hukuman mengikut Seksyen 19 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum
RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.Kedua-dua pertuduhan kes
berkenaan dijalankan Pegawai Pendakwa JKKP, Hanisah Ahmad dihadapan Hakim S Indera
Nehru manakala kedua-dua wakil syarikat terbabit tidak diwakili peguam.Indera Nehru
kemudian menetapkan 18 Jun ini bagi keputusan hukuman terhadap kedua-dua wakil syarikat
yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dihadapi.

3.2 FAKTOR BERLAKU ISU MENGABAIKAN KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN


PEKERJA

3.2..1 Kegagalan organisasi

Kemalangan yang berlaku di tempat kerja adalah kebanyakkannya berlaku disebabkan


oleh kegagalan pengurusan daripada pihak organisasi itu sendiri. Seperti yang diketahui,
setiap organisasi seharusnya menyediakan tempat kerja yang selamat buat para pekerja
mereka. Akan tetapi, masih banyak organisasi yang tidak mematuhi piawaian yang telah
ditetapkan oleh JKKP. Pihak organisasi, contohnya pegawai atau kontraktor yang
bertugas tidak mengambil endah akan para pekerjanya yang terdedah kepada hazard.
Dalam sektor pembuatan, terutamanya para pekerja, yang kebanyakkannya mereka
semua bekerja dengan menggunakan mesin. Dalam erti kata lain, kerja harian mereka
bergantung kepada penggunaan mesin di tempat kerja mereka itu. Pihak pengurusan
hanya memikirkan keuntungan tanpa berfikir panjang mengenai hazard di tempat kerja.

8
Kebanyakkan pihak pengurusan mereka tidak memberikan kursus yang secukupnya
mengenai cara pengendalian mesin.

3.2..2 Kelemahan pekerja

Faktor-faktor kemalangan juga berlaku disebabkan oleh kelemahan pekerja itu


sendiri. Kebanyakkan sebab yang berlaku juga adalah termasuk masalah peribadi pekerja
tersebut.Contohnya, masalah penglihatan dan masalah kesihatan.Ada sesetengah
pekerja mengabaikan masalah kesihatan semata-mata untuk mencari rezeki. Namun begitu,
mereka tidak pula fikir mengenai bahayanya akibat yang bakal tiba. Seterusnya,
mereka turut mengabaikan pemakaian ‘Personal Protective Equipment’ sewaktu
berada di tapak pembinaan dan di dalam kilang yang mana keselamatan adalah paling
penting. sesetengah pekerja yang kurang mempunyai sifat bertanya pada penyelia turut
mengundang risiko untuk berlakunya kemalangan. Pekerja tidak bertanya mengenai sesuatu
yang tidak difahami tetapi hanya mengikuti kata-kata orang sahaja tanpa menyiasat
kebenarannya. Ada juga pekerja yang kelayakan akademiknya rendah ataupun bidang yang
dipelajari itu berlainan menyebabkan berlakunya ketidakcekapan dalam pemahaman dan
menerima arahan mahupun dalam membuat kerja.

3.3 JALAN PENYELESAIAN ISU MENGABAIKAN KESELAMATAN DAN


KEBAJIKAN PEKERJA

3.3..1 Tanggungjawab Majikan

Majikan bertanggungjawab untuk memastikan aspek keselamatan pekerja daripada


perkara yang boleh mendatangkan kecederaan, kematian atau kerosakan kepada badan serta
bertanggungjawab untuk menyediakan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) di tempat kerja
supaya mereka dapat bekerja dengan selamat.Ini termasuk peralatan seperti topi keselamatan,
sarung tangan, pelindung mata, pakaian yang mudah dilihat, kasut keselamatan tali pengikat
keselamatan (harness) dan peralatan perlindungan pernafasan.Mengurus keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja merupakan satu salah tanggungjawab asasi majikan demi menjaga
dan melindungi kebajikan pekerja.Kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini merupakan
satu perlanggaran kontrak perkhidmatan kerana persekitaran kerja yang selamat dan sihat
merupakan hak asasi pekerja.Mengurus keselamatan dan kesihatan adalah sama penting

9
dengan mengurus pengeluaran, kewangan dan pentadbiran kerana tanpa pengurusan
keselamatan dan kesihatan, kemalangan akan terjadi dan tidak dapat dikawal.Sekiranya kadar
kemalangan tinggi, perkara-perkara lain juga tidak dapat diurus dengan sempurna kerana
terpaksa memberi perhatian kepada kejadian, kecederaan, kerugian dan juga tindakan
undang-undang.Dengan itu, majikan mesti mengurus keselamatan dan kesihatan pekerja di
tempat kerja dengan berkesan kerana produktiviti tenaga kerja akan terjamin jika kebajikan
mereka setiasa terpelihara.

3.3..2 Kewajipan Menyediakan Latihan Dan Pendidikan

AKKP 1994 menetapkan majikan menyediakan latihan keselamatan dan kesihatan


pekerjaan kepada semua peringkat pekerja samada peringkat pengurusan, penyelia, pekerja
bawahan ataupun penyelenggaraan dan samada pekerja digaji secara tetap ataupun kontrak.
Latihan dan pendidikan ini bertujuan memastikan pekerja dan orang lain selain pekerja
dilindungi daripada risiko keselamatan dan kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti
pekerjaan.

3.3..3 Akta dan undang-undang

Berdasarkan kes pengabaian keselamatan dan kebajikan pekerja Teoh Kim Kuan dan
Ng Wai boleh disabitkan hukuman Seksyen 10 (e) Akta Kilang dan Jentera 1967 dan
hukuman mengikut Seksyen 51 (2) akta sama iaitu denda maksimum RM50,000 atau penjara
tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

3.4 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN DISIPLIN PEKERJA

Fomca menyatakan bahawa hak asasi manusia adalah hak yang tidak boleh dipisahkan
dan kebebasan yang layak bagi setiap insan sebagai seorang manusia. Hak-hak tersebut
menjamin maruah dan harga diri insan manusia serta menggalakkan kebaikan insani.Teori ini
menyatakan setiap orang mempunyai hak dalam memikul tanggungjawab dalam kehidupan
mereka.John, Lacke (1632-1704),merupakan pendukung teori ini menekankan bahawa
sekiranya sesuatu tindakan yang melanggar hak-hak seseorang dianggap tindakan tidak
bermoral.Selain itu, teori ini menegaskan bahawa setiap individu mempunyai sifat

10
tanggungjawab dalam menghormati hak orang lain.Hak asasi yang memberi kebebasan
kepada indivitu ini dikatakan bersifat individualistik iaitu mementingkan diri, kerana hak
akan menghalang individu mencampuri urusan dan bebas untuk melakukan tindakan negaif
tanpa peneguran.

Berdasarkan kes mengabaikan keselamatan dan kebajikan pekerja yang dilakukan oleh
Teoh Kim Kuan dan Ng Wai Chew dikaitkan dengan hubungkait teori hak asasi.Dalam
hubungkait hak asasi menjelaskan bahawa hak asasi yang haknya dimiliki seseorang hanya
kerana dia adalah manusia dan yang wujud dalam semua manusia tanpa mengira umur, asal
etnik, lokasi, bahasa, agama, etnik, atau status lain.Teoh Kim Kuan dan Ng Wai Chew
perlulah mempunyai sifat hak asasi ini kerana mereka perlu bersifat sama rata dalam erti
sama untuk semua orang.Pekerja syarikat Teoh Kim Kuan dan Ng Wai Chew tidak akan
menanggung risiko yang banyak jikalau mereka mematuhi peraturan-peraturan yang
disediakan.Sepatutnya, Teoh Kim Kuan dan Ng Wai Chew perlu lebih peka dangan
mengambil berat tentang keselamatan dan kebajikan pekerja agar tidak akan berlakunya
kemalangan.

11
4.0 ISU KETIGA (PECAH AMANAH)

4.1 “IBU TUNGGAL TAK MENGAKU PECAH AMANAH”

Gambar di atas menunjukkan Nor Azizah Embong 50, di Mahkamah Kuala Terengganu atas
dua tuduhan melakukan pecah amanah dalam urusan jual beli kereta membabitkan kerugian
RM91,900.
KUALA TERENGGANU: Jurujual yang juga ibu tunggal kepada dua anak mengaku tidak
bersalah di dua Mahkamah Majistret, hari ini(24 Mac 2021) atas dua tuduhan melakukan
pecah amanah dalam urusan jual beli kereta membabitkan kerugian RM91,900.Tertuduh, Nor
Azizah Embong, 50, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan mengikut Seksyen 406
Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz dan Majistret Noor
Mazrinie Mahmood.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pecah
amanah ke atas wang pendahuluan kereta Honda City 1.5V berjumlah RM47,400 pada 10
hingga 14 Julai 2019.Nor Azizah turut didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang
pendahuluan kereta Honda HRV 1.8L berjumlah RM44,500 yang diterima daripada seorang
wanita pada 9 Mei hingga 10 Oktober 2020.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah
syarikat automotif di kawasan perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus.Bagi kesalahan itu,
tertuduh berdepan hukuman penjara 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit

12
kesalahan.Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, mahkamah menetapkan 25 April
depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,000
bagi kedua-dua pertuduhan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Ka Full
dan Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan
Guaman Kebangsaan Nur Ain Mohd Rani dan Nurul Najmi Adila Mohd Nasir.

4.2 FAKTOR BERLAKU ISU PECAH AMANAH

4.2.1 Sikap tamak haloba dan materialistik

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu yang
batil dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberikan rasuah) kepada hakim-
hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia
dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (ia salah)” (Surah Al-Baqarah
2:188).Berdasarkan ayat Quran di atas, secara terang-terangan Allah melarang kita
mengambil harta atau hak orang lain sedangkan harta itu bukan kepunyaan kita.Disebabkan
kurang dan tipisnya keimanan telah menyebabkan ramai yang terpengaruh dengan kekuasaan
wang ringgit dan seterusnya terlibat dalam jenayah ini.Di samping itu juga, sesetengah
masyarakat sanggup menjadi hamba kepada wang ringgit atas sebab mengejar status dan
kedudukan yang berprofil tinggi demi meletakkan satu perbandingan yang tidak sihat antara
mereka dengan golongan biasa.

4.2.2 Sosial dan budaya

Masyarakat Malaysia hari ini sering kali mengamalkan tradisi ‘memberi hadiah’
dengan mengharapkan sesuatu balasan pada masa hadapan. Secara tidak langsung, ia menjadi
budaya kepada pemberi terhadap penerima sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa
disedari. Hal ini secara tidak langsung telah menjadi trend dalam kehidupan masyarakat di
Malaysia iaitu setiap perbuatan dilakukan inginkan balasan.

13
4.3 JALAN PENYELESAIAN ISU PECAH AMANAH

4.3.1 Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu pekerjaan

Sabda Rasulullah SAW :“Tidak sempurna iman barangsiapa


yang tidak amanah dan tidak sempurna agama barangsiapa yang tidak menunaikan janji ”
(Hadith Riwayat Ahmad). Sifat amanah adalah prasyarat dalam menilai keimanan
seseorang.Orang yang pecah amanah dan tidak melaksanakan apa yang
dipertanggungjawabkan serta menyeleweng adalah salah satu daripada tiga sifat orang-orang
munafik iaitu apabila diberikan sesuatu amanah, dia khianat. Amanah adalah sifat terpuji
yang mesti wujud dalam diri setiap manusia pada asasnya dan ia mesti diamalkan pada setiap
saat di mana sahaja kita berada terutamanya dalam menjalankan amanah di pejabat, apatah
lagi kita mendapat hasil atau gaji daripada apa yang dikerjakan.

4.3.2 Mendalami ilmu agama

Daripada Abdullah Bin Mas’ud, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


“Menyertai perang fisabilillah akan menghapus segala dosa kecuali amanah. Amanah itu
ada dalam solat.Amanah juga ada dalam puasa.Amanah juga ada dalam percakapan.Maka
amanah yang paling berat adalah menyimpan sesuatu yang telah diamanahkan”. Sikap
amanah juga telah disebut dalam Al-Quran sebagai asas utama pengambilan seseorang
pekerja dan pengurus. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:”Salah seorang anak Nabi
Syu’ib berkata:“Wahai ayah, ambillah dii menjadi orang upahan (menggembala kambing
kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi
amanah”(Al-Qasash: 26).Oleh itu, kita sebagai pemegang amanah haruslah sentiasa
mengingatkan diri sendiri dan diri orang lain tentang kepentingan menjaga amanah yang telah
dipertanggungjawabkan.Di sisi kanan dan kiri kita sentiasa ada malaikat yang setia
memerhatikan amalan kebaikan dan kejahatan kita tanpa leka sebagai bukti amalan kita di
hadapan Allah nanti. Di samping itu, Allah juga sentiasa memerhatikan kita setiap masa.

14
4.3.3 Akta dan undang-undang

Berdasarkan kes pecah amanah yang dilakukan oleh Nor Azizah Embong.Dia
dijatuhkan seksyen 406 Kanun Keseksaan.Nor Azizah Embong juga diikat jamin RM17,000
bagi kedua-dua pertuduhan.

4.4 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN DISPLIN PEKERJA

Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German
(1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia.
Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan
akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita.
Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus
bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.

Berdasarkan kes ibu tunggal yang tidak mengaku pecah amanah yang dilakukan oleh
Nor Azizah Embong yang berumur 50 tahun bahawa hubungkait yang dapat dikaitkan ialah
hubungkait teori kewajiban (deontologi).Dalam teori kewajiban (deontologi) menjelaskan
bahawa seseorang itu melakukan perbuatan yang tidak menghalalkan cara kerana
tujuannya.Maka dalam kes ini Nor Azizah Embong tidak boleh menggunakan statusnya yang
ibu tunggal untuk tidak bersalah dalam melakukan perkara yang salah ini iaitu pecah
amanah.Malah, Nor Azizah Embong boleh meminta bantuan untuk menyara anak-anaknya
dengan tidak melakukan kes pecah amanah ini kerana dengan statusnya ibu tunggal, banyak
pihak akan membantunya dalam membesarkan anak-anaknya dengan menyumbangkan dari
segi wang, bahan masakan dan sebagainya.

15
5.0 ISU KEEMPAT ( PENIPUAN)

5.1 “AHLI PERNIAGAAN MENIPU DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 92 TAHUN,44


SEBATAN”

Gambar di atas menunjukkan Ling Tzer Sheng yang dibawa keluar dari bilik Mahkamah
Majistret Sibu.
Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara 92 tahun dan 44 kali sebatan oleh
Mahkamah Majistret di sini pada hari ini(21 November 2019) selepas mengaku bersalah
terhadap 44 pertuduhan menipu pada 2018, melibatkan pelaburan baja dan penanaman kelapa
sawit.Tertuduh, Ling Tzer Sheng, 29, didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga
dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Tertuduh bagaimanapun hanya akan menjalani
hukuman selama 40 bulan penjara selepas Majistret Muhammad Faizal Che Saad
membenarkan tempoh hukuman  dijalankan secara serentak manakala 44 sebatan sebat
dikekalkan.Tzer Ling akan menjalani hukuman di penjara Bintulu.Tertuduh dalam
mitigasinya yang dibacakan oleh peguam bela, Elaine Ting telah memohon pengampunan
16
atas kesalahannya dan merayu agar hukumannya dikurangkan atas beberapa alasan.  Beliau
memberitahu dia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada penipuan itu.  Malah, dia dan
keluarganya juga terpaksa menjual harta benda dan kenderaan mereka untuk membayar
kedua-dua pengadu dalam kes itu.Sebagai pencari nafkah tunggal  dalam keluarganya,
tertuduh perlu memikirkan anak lelakinya yang baru lahir pada 11 November 2019. 

Dengan pengakuan atas semua tuduhan, dia telah menjimatkan masa dan kos
mahkamah.Timbalan Pendakwa Raya, Inspektor Awang Iswandi bagaimanapun bertegas agar
mahkamah mengekalkan hukuman memandangkan Tzer Sheng pernah disabitkan atas
kesalahan sebelumnya.Menurut fakta kes itu, tertuduh bersama dua orang lelaki yang
berumur 22 dan 26 tahun, masing-masing telah menyertai satu pelaburan dalam perniagaan
baja dan penanaman kepala sawit yang tidak wujud.Tertuduh telah memberitahu mangsa
bahawa wang dari pelabur akan digunakan untuk membeli dan menjual baja dan keuntungan
akan dikongsi dalam kalangan pelabur.Mangsa juga dijanjikan keuntungan sebanyak 10
peratus dalam tempoh tujuh hari selepas itu yang mana mereka telah membayar sejumlah
wang sebagai modal pelaburan.Namun, mangsa tidak menerima sebaramg keuntungan
daripada pelaburan itu kerana tertuduh telah menghilangkan diri sejak  Januari 2019 dan tidak
dapat dihubungi selepas itu.

5.2 FAKTOR BERLAKU ISU PENIPUAN

5.2.1 Kemudahan

Menurut Pube Emma Naomi R.B (2016) menyatakan kemudahan merupakan perkara
yang memudahkan dan mempercepatkan sesuatu urusan.Dalam pasaran atas talian, pengguna
boleh menempah sesuatu produk dalam masa 24 jam sehari tidak kira di mana sekali pun
mereka berada.Pengguna juga tidak perlu memandu untuk mencari barang.Kebiasaannya,
pembelian secara atas talian akan dibandingkan dengan pembelian di luar talian.Barangan
yang ditawarkan dalam pembelian secara atas talian mesti lebih baik dari yang ditawarkan di
luar talian.Kemudahan menjadi daya tarik bermula dengan pilihan barangan, kemudahan
dalam melakukan pembelian, kemudahan pembayaran, dan juga kemudahan mendapatkan
barangan tersebut.Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi sebagai alat komunikasi
terkini kerana dengan memberi perjanjian-perjanjian palsu masyarakat akan termakan dengan
perkara tersebut.

17
5.2.2 Kepercayaan Pengguna

Menurut Isnain Putra Baskara et. al (2014) mengulas faktor kepercayaan adalah
penting dalam menarik minat beli. Hal ini kerana pembelian secara atas talian dilakukan
tanpa bersemuka atau bertemu secara langsung antara penjual dan pengguna. Manakala,
Cecilia Desy Widya Permata Sari (2015) menyatakan faktor kepercayaan menjadi kunci bagi
setiap jual beli secara atas talian. Ini kerana, pelanggan yang mempunyai kepercayaan dan
berani mengambil risiko sahaja yang akan melakukan transaksi melalui media Internet.
Manakala menurut Nurul Azifah dan Citra Kusuma Dewi, (2016) pembelian berkait dengan
tingkah laku yang boleh diklasifikasikan sebagai cara seseorang individu dalam membeli
produk secara khusus. Sikap dan tingkah laku seseorang itu yang menentukan tersebut.

5.3 JALAN PENYELESAIAN ISU PENIPUAN

5.3.1 Peranan Pihak Berkuasa dalam Menangani Penipuan Internet

Peranan pihak berkuasa bagi menangani penipuan internet adalah menganjurkan


Program Kursus Jenayah yang bertajuk ‘Kita Juga Mangsa’.Menurut Pengarah JTK Perlis,
Azmi Ibat, program ini adalah penting untuk penjawat awam bagi menyediakan diri dalam
menangani ancaman jenayah siber.Beliau juga percaya sebahagian besar daripada masyarakat
pernah menerima emel berantai atau iklan di aplikasi ‘Facebook’ menyatakan kita telah
ditawarkan pekerjaan yang menarik dan gaji yang lumayan dengan hanya duduk di rumah.
Selain itu, pengguna hanya perlu memberi maklumat peribadi atau menghantar sejumlah
wang untuk mendapatkan pekerjaan tersebut, tetapi apabila kita melakukan arahan yang
diminta akhirnya kita mendapati pekerjaan yang ditawarkan tidak wujud dan wang kita hilang
begitu sahaja,”. JTK juga melalui Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan laman
web rasmi JobsMalaysia untuk membuka peluang kepada pencari kerja dan juga majikan bagi
mencari pekerja dan laman ini diuruskan oleh jabatan secara percuma.

18
5.3.2 Media

Media seharusnya berperanan untuk menjadi badan pemerhati ataupun watchdog


untuk melaporkan salah laku jenayah siber ataupun penipuan internet.Hal ini bermaksud,
media memainkan peranan dalam usaha untuk membongkar segala kegiatan jenayah siber
kepada pihak berkuasa dan juga masyarakat.Media seharusnya perlu peka terhadap salahlaku
jenayah kerana sudah menjadi tanggungjawab media untuk mengheboh-hebohkan sesuatu
perkara kepada masyarakat terutamanya hal yang berkaitan dengan penipuan ineternet yang
semakin berluasa. Jenayah tidak semestinya perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat biasa
sahaja, tetapi juga turut dilakukan oleh tokoh kenamaan.Di sini media menghadapi masalah
untuk membuat laporan kerana sudah menjadi isu media apabila media melayan tokoh
masyarakat (public figures) berbeza dengan rakyat biasa.

5.3.3 Akta dan undang-undang

Berdasarkan kes penipuan Ling Tzer Sheng yang dijatuhkan hukuman penjara selama
92 tahun dan 44 kali sebatan dan Ling Tzer Sheng akan menjalani hukuman selama 40 bulan
penjara.

5.4 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN DISPLIN PEKERJA

Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud diharuskan atau
diwajibkan (Davis dalam Singer, 1991). Teori ini menafikan konsep Teori Teleologikal
kerana golongan deontologist ini ialah golongan yang tidak percaya dengan akibat. Teori ini
menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau
ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Mengikut teori ini, nilai moral suatu tindakan
tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya iaitu hasil atau kebaikan yang akan didapati kerana
kesudahan sesuatu tindakan adalah tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa
tindakan tersebut dibuat tetapi bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan
atau melakukan tindakan.

Berdasarkan kes penipuan yang dilakukan oleh Ling Tzer Sheng yang ingin
menggunakan duit daripada penipuan tersebut untuk menyara keluarganya.Di dalam kes ini

19
teori yang berkait ialah teori kewajiban (deontologi) kerana tindakan seseorang sendiri tidak
dikawal oleh diri sendiri.Malah, niat seseorang yang lebih mendahului.Seseorang akan
memberikan nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat
tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita tetapi motif atau niat tindakan kita
adalah di bawah kawalan kita. Oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif
kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.

20
6.0 ISU KELIMA (GANGGUAN SEKSUAL)

6.1 “POLIS SIASATAN LAPORAN WANITA MENGALAMI GANGGUAN SEKSUAL”

Gambar di atas merujuk kepada sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Jalan Duta.
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan dua wanita
diganggu termasuk gangguan seksual oleh anggota polis yang menjalankan tugas di sekatan
jalan raya (SJR) di lokasi berasingan, baru-baru ini.Dalam kes di Jalan Duta, di sini, seorang
wanita mendakwa ditanya sama ada memakai baju dalam oleh anggota polis bertugas, selain
diberi jaminan tidak akan disaman jika menunjukkan kepadanya.Manakala, kejadian lain
berlaku di Pulau Pinang apabila anggota polis didakwa menghantar mesej kepada wanita
yang baru diperiksanya ketika melalui SJR dengan tujuan ingin berkenalan.Pengarah Jabatan
Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya kini
sedang menjalankan siasatan kedua-dua dakwaan berkenaan."Siasatan pada masa ini adalah
untuk mengenal pasti kedua-dua anggota terbabit berdasarkan keterangan dan maklumat yang
ada."Bukit Aman sudah menghubungi kedua-dua wanita itu bagi mendapatkan maklumat
lebih lanjut mengenai anggota yang didakwa mengganggu mereka bagi membantu siasatan
JIPS," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.Zamri berkata, JIPS akan mengambil tindakan

21
tatatertib yang sewajarnya ke atas mereka yang terbabit."Kesalahan-kesalahan sebagaimana
yang dinyatakan itu adalah kesalahan tatakelakuan yang serius kerana ianya boleh
mencemarkan imej PDRM.
"Saya ingin mengingatkan pegawai dan anggota polis perlu bersikap profesional dan
tidak membuat sesuatu perkara atau melakukan percakapan tidak berkaitan dengan tugas
rasmi yang sedang dijalankan pada masa itu," katanya.Kedua-dua wanita itu berkongsi
hantaran situasi yang dialami mereka ketika melalui SJR menerusi akaun Twitter dan
Instagram masing-masing.Wanita yang dikenali sebagai Sabiyusof memaklumkan ditahan
selepas tidak membawa lesen memandu ketika melalui SJR di Jalan Duta, di sini, semasa
dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas mengambil barang di Wangsa Maju, di
sini.Dia juga turut diminta mengemukakan surat kebenaran untuk pergerakan semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun menunjukkan kebenaran itu dalam sistem
menerusi atas talian dalam telefon bimbit miliknya.Bagaimanapun, semasa pemeriksaan
dilakukan, seorang daripada anggota polis bertanya soalan sama ada dia memakai pakaian
dalam atau tidak, selain turut mendakwa tidak akan disaman sekiranya dia
menunjukkannnya.Wanita itu kemudian enggan menuruti permintaan itu, dan meminta
anggota polis terbabit mengeluarkan saman.

6.2 FAKTOR BERLAKU ISU GANGGUAN SEKSUAL

6.2.1 Gangguan personaliti

Menurut Fiske dan Glick, (1995) wanita yang digolongkan sebagai seksi lebih
terdedah menjadi mangsa gangguan seksual.Menurut Young, 2001 begitu juga pekerja wanita
yang mudah menjadi mangsa gangguan seksual ialah yang masih bujang ataupun
janda.Personaliti adalah merujuk kepada ciri-ciri yang dipunyai oleh seseorang individu
termasuklah dari segi mental, emosi dan spiritual yang mana dapat membezakan seseorang
individu dengan individu yang lain.Adakah tarikan personaliti yang dipunyai oleh mangsa
menjadi pendorong kuat kepada pelaku melakukan tingkah laku gangguan seksual ini?
Terdapat banyak penemuan kajian oleh pengkaji lepas mendapati faktor personaliti ada
hubungannya dengan gangguan seksual. Kajian Crow (1995) telah menghubungkan
personaliti dengan kepekaan terhadap gangguan seksual.Keputusan yang diperolehi
menunjukkan faktor personaliti dapat memandu seseorang individu supaya peka kepada
pelbagai jenis gangguan seksual dalam sesuatu situasi.Pekerja wanita yang mempunyai harga

22
diri yang tinggi didapati lebih mengambil respon terus kepada pelaku-pelaku seperti
berhadapan dengan mereka untuk menyatakan ketidakselesaan mereka dengan gangguan
seksual (Gruber & Bjorn, 1986).Ini menunjukkan sekiranya mangsa mempunyai personaliti
yang menunjukkan lebih yakin kepada diri sendiri boleh mengelakkan dirinya daripada
menjadi mangsa gangguan seksual (Carpenter & DeFrancisco, 1998; Mona Amin Kalhor,
2000).Tidak kurang penting juga apa yang dilaporkan oleh Kesatuan Sekerja Bayan Lepas,
Pulau Pinang ( dalam Zaiton, 1990) selepas satu sesi temuduga telah diadakan dikalangan
130 orang 5 pekerja kilang wanita.80% daripada mereka mengaku mengalami gangguan
seksual tanpa mengira umur, rupa fizikal, taraf pendidikan dan taraf perkahwinan.

6.2.2 Kuasa

Pihak organisasi sering meletakkan kaum lelaki di tempat yang lebih tinggi atau
pangkat yang lebih tinggi berbanding wanita, hal ini menyebabkan banyak kaum lelaki
menyalahgunakan kuasa contohnya apabila seseorang individu yang empunyai pangkat yang
lebih tinggi, individu terbabit akan menggunakan kuasanya untuk memperalatkan wanita
tersebut dengan mengugut si mangsa agar memuaskan seks mereka jika si mangsa
hendakkan kenaikan pangkat mahupun diberikan insentif dan terdapat sesetengah majikan
akan mengugut mangsa dengan akan memberhentikan si mangsa jika si mangsa tidak
melayan dan memuaskan majikan.

6.3 JALAN PENYELESAIAN ISU GANGGUAN SEKSUAL

6.3.1 Polisi Gangguan Seksual

Pekerja harus sedar dan faham apakah yang dikatakan gangguan seksual di tempat
kerja. Syarikat khususnya harus menyediakan satu polisi di dalam syarikat tentang anti-
gangguan seksual. Mereka juga perlu diberikan contoh-contoh gangguan seksual yang boleh
berlaku supaya mereka memahami sifat polisi. Polisi tersebut juga sepatutnya dapat
menerangkan bahawa tindakan itu tidak akan diterima di syarikat tersebut, dan tidak akan
membalas dendam terhadap seseorang yang telah membuat aduan mengenai gangguan
tersebut.

6.3.2 Mewujudkan Persekitaran Anti Gangguan Seksual

23
Apabila wujud kes-kes gangguan seksual di tempat kerja, syarikat harus
mengendalikan dakwaan gangguan seksual dengan bijaksana dan terhormat tetapi tetap
mengekalkan ketegasan dan keseriusan menangani masalah ini. Siasatan perlu sentiasa
dikendalikan secara profesional dan tiada aduan yang akan diketepikan. Majikan sebenarnya
boleh didakwa kerana gagal untuk menyiasat kes gangguan seksual dan mengambil tindakan
yang sewajarnya. Pastikan pekerja boleh berasa selamat dan selesa apabila mereka bekerja.

6.3.3 Akta dan undang-undang

Dibawah Kanun Keseksaan, kesalahan jenayah gangguan seksual dikawal selia oleh
Seksyen 354 dan Seksyen 509. Kanun ini memperuntukkan kesalahan gangguan seksual
kepada dua kategori, iaitu yang melibatkan kekerasan jenayah dengan niat mencabul
kehormatan (melibatkan serangan fizikal terhadap tubuh badan mangsa dan melibatkan
perkataan yang diucapkan ataupun sebarang isyarat yang dibuat dengan niat untuk
mengaibkan kehormatan seseorang.

Seksyen 354 Kanun Keseksaan menyebut, “barang siapa menyerang atau


menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang dengan niat hendak mencabul
kehormatan atau mengetahui dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu. Jika
sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai 10 tahun atau boleh
dikenakan denda, atau boleh dikenakan sebat, atau boleh dihukum dengan mana-mana dua
daripada seksaan tersebut.

Sementara Seksyen 509 akta yang sama menyatakan “Barang siapa dengan maksud
hendak mengaibkan kehormatan seseorang menyebut apa-apa perkataan atau membuat apa-
apa bunyi atau isyarat yang boleh didengar atau didengar hingga mengganggu kesantunan
seseorang itu. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai 5 tahun
atau boleh dikenakan denda atau boleh dihukum dengan kedua-duanya.

24
6.4 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN DISIPLIN PEKERJA

Menurut Rousseau setiap anggota masyarakat akan melepaskan hak individu tertentu
untuk mendapatkan keselamatan sosial yang mempunyai kepentingan bersama.Pemikiran
beliau ini menjadi pemangkin kepada pemikiran hak asasi manusia versi moden.Sepanjang
pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak masyarakat menjadi
topik utama dalam perdebatan berkaitan hak asasi manusia.Idea asal kemunculan hak asasi
manusia berasal daripada Tamadun Greek.Ahli-ahli falsafah seperti Aristotle dan Plato
menyatakan bahawa idea-idea hak asasi berkaitan dengan hak kebebasan, hak sama rata serta
hak untuk mendapatkan keadilan di Athens.Aristotle merumuskan
bahawa hak kebebasan mengundi perwakilan, hak sama rata untuk dipilih sebagai perwakilan
atau hak kebebasan menyuarakan pendapat ketika badan
perhimpunan bersidang serta kuasa mentadbir masyarakat terletak dalam tangan masyarakat
itu sendiri (rule by the people for the people).Manakala menurut Plato kehidupan masyarakat
haruslah sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dan kepentingan masyarakat dijaga
bersama-sama.Sekiranya setiap individu menjaga serta mengamalkan peranan masing-masing
dalam kehidupan bermasyarakat, ketidakadilan tidakakan berlaku.
Berdasarkan kes gangguan seksual yang dilakukan oleh anggota polis kepada dua
orang wanita dapat dikaitkan dengan teori hak asasi.Dalam hak asasi menjelaskan bahawa
hak tersebut menjamin maruah dan harga diri insan manusia serta menggalakkan kebaikan
insani.Maka dalam kes gangguan seksual yang dilakukan oleh anggota polis kepada dua
orang wanita dapat dielakkan dengan menghormati maruah dan harga diri setiap insan
manusia mahupun lelaki atau perempuan.Kawalan nafsu dapat dilakukan sekiranya
mendalami ilmu agama.Jadi, gangguan seksual ini dapat dibendung dengan adanya insan-
insan yang masih berfikiran waras dan berfikir tentang perkara yang berlaku pada masa akan
datang

25
7.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, pemikiran dan teori etika di kalangan golongan profesional ini
bukanlah bertujuan untuk mengajar mereka mengenai buruk baik atau betul salah dalam
sesuatu perkara yang terjadi di dalam rutin profesion mereka.Etika kerja diwujudkan adalah
untuk mengawal tingkahlaku para profesional atau ahli teknokrat supaya mereka dapat
menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua
pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional
memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan
berjaya.

Hal ini kerana setiap nilai-nilai dalam pemikiran dan teori etika tersebut memang telah
ada di dalam jiwa masing-masing semenjak mula pembelajaran mereka iaitu sebelum
menjadi seorang yang profesional.Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku
manusia perlu melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh
mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang
dibuatnya.Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup,
penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil
kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang
individu melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.

Penghayatan dan pemahaman seseorang profesional itu mengenai pemikiran dan cara
mereka mengaplikasikan teori etika tersebut adalah penting untuk menggalakkan golongan
ini terus melakukan kebaikan dan menegakkan kebenaran demi kepentingan semua. Etika
kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang kompleks, tetapi
ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk mengawal tingkahlaku
para professional. Etika kerja professional telah menentukan asas-asas hubungan di antara
para professional dengan masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja
professional telah wujud sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan
berfaedah. Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika
termasuklah para teknokrat.

26
8.0 SUMBER

8.1 Jurnal dan buku

 Crow, S. M; Hartman, S.J; Hammond, D. & Fog, L.Y. 1995. “The Impact of personality
factors on sexual and non-sexual harassment sensitivity”, Woman in Management Review, 10,
9 – 19.

 Fiske, S.T. dan Glick, P. (1995), “Ambivalence And Streotypes Cause Sexual Harassment : A
Theory With Implications for Organizational Change”, Journal of Social Issues. 51 (1). 97-
115.

 Hammer, T.J and Turner, P.H, (2001), Parenting In Contemporary Society, Fourth Edition,
Allyn and Bacon, Singapura.

 Suhakam, Laporan tahunan (2017), Tingkat 11, Menara TH Perdana 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur : Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia.

 Gruber, J.E & Bjorn, L. (1982), “Blue –Collar Clues: The sexual harassment of women
autoworker”, Work and Occupations, 9, 271 – 295.

 Zaiton Nasir (1990), “Ancaman Seks Di Pejabat”, Dewan Masyarakat. 7 (12). 38.

27
8.2 Internet

 Mengakses laman web ini pada 19/4/2021 pada jam 4.34 petang
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/11/752509/3-pengarah-syarikat-direman-beri-
rasuah-jutaan-ringgit

 Mengakses laman web ini pada 20/4/2021 pada jam 5.37 petang
https://core.ac.uk/download/pdf/12117436.pdf

 Mengakses laman web ini pada 21/4/2021 pada jam 10.28 malam
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/236-bersih-cekap-
danamanah.html. 6 Disember 2016

 Mengakses laman web ini pada 22/4/2021 pada jam 9.45 malam
https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=463

 Mengakses laman web ini pada 23//4/2021 pada jam 3.22 petang
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/570997/2-syarikat-didakwa-abaikan-
keselamatan-kebajikan-pekerja

 Mengakses laman web ini pada 24/4/2021 pada jam 9.36 malam
https://www.researchgate.net/publication/315456801_PENGURUSAN_KESELAMATAN_
KESIHATAN_PEKERJAAN_INDUSTRI

 Mengakses laman web ini pada 7/5/2021 pada jam 11.59 malam
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/03/799778/ibu-tunggal-tak-mengaku-pecah-
amanah

 Mengakses laman web ini pada 8/5/2021 pada jam 12.32 malam
http://dev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/demensi/demensi-koop-44/44-8.pdf

28
 Mengakses laman web ini pada 10/5/2021 pada jam 4.14 petang
https://www.muamalat.com.my/downloads/media-room/articles/laman-
tafaqquh/Laman%20Tafaqquh%20-%20Amanah.pdf

 Mengakses laman web ini pada 11/5/2021 pada jam 3.36 petang
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-perniagaan-menipu-dijatuhi-hukuman-
penjara-92-tahun-44-sebatan-223290

 Mengakses laman web ini pada 14/5/2021 pada jam 3.48 petang
https://www.researchgate.net/profile/nasim-khan-
4/publication/332446157_hubungan_antara_jenayah_penipuan_internet_dengan_pengurusan
_produktiviti_pekerjaan/links/5cb5e09a92851c8d22f0952c/hubungan-antara-jenayah-
penipuan-internet-dengan-pengurusan-produktiviti-pekerjaan.pdf

 Mengakses laman web ini pada 15/5/2021 pada jam 2.17 pagi
http://eprints.utm.my/id/eprint/2702/1/71958.pdf

 Mengakses laman web ini pada 15/5/2021 pada jam 7.42 pagi
https://www.researchgate.net/publication/315456695_Kes_Ganguan_Seksual

 Mengakses laman web ini pada 16/5/2021 pada jam 8.37


https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29446/1/29446.pdf

29

Anda mungkin juga menyukai