Anda di halaman 1dari 6

TEST 1

NAME: NUR AMIRAH BT RAHMAT


ID: B1820045

Please answer all questions below.

1. In your own words, elaborate risk management process.


(Dengan menggunakan perkataan sendiri, terangkan proses dalam
pengurusan risiko). (20 marks)

Proses pengurusan risiko adalah salah satu cara bagi kita untuk berfikir
secara sistematik mengenai semua cara untuk menguruskan risiko yang tidak
dijangka, masalah dan bencana yang akan datang Sebelum berlakunya
sesuatu risiko tersebut telah ditetapkan beberapa proses bagi mengelakkan
risiko atau meminimumkan kesannya kepada sesebuah organisasi. Mengatur
proses pengurusan risiko dapat membantu untuk mengenalpasti risiko dan
mengatur stategi bagi mengendalikan atau menanganinya.

Proses pengurusan risiko terbahagi kepada empat bahagian iaitu


memantau dan mengkaji proses pengurusan risiko, menilai dan menganalisis
kekerapan risiko, memilih dan melaksanakan teknik pencegahan dan
pengurangan, serta memantau dan mengkaji proses pengurusan risiko. Proses
pengurusan risiko ini dirancang bagi membantu untuk menguruskan risiko
dengan baik dan pada masa yang sama membuat penilaian yang realistik
mengenai tahap sesuatu risiko sebanar.

Proses yang pertama ialah mengenalpasti potensi dan kewujudan risiko


dalam sesebuah organisasi tersebut. Sebagai seorang pengurus risiko kita
hendaklah terlebih dahulu memahami tujuan dan fungsi organisasi sebelum
merancang untuk mengendalikan risiko yang tidak dijangka. Pentingnya
pengurus risko memahami hala tuju organisasi dan isu-isu yang berkaitan
untuk mencapai misi dan haluan strategik organisasi. Mengenalpasti potensis
dalaman dan luaran perlu diambil kira apabila hendak mengurus risko yang
boleh menghalang organisasi untuk mencapai objektif mereka. Selain itu,
pengurus risiko dalam organisasi juga perlulah mempertimbangkan risiko dari
pelbagai sudut yang merangkumi risiko hartanah (bangunan, kenderaan), risiko
tanggungan (produk, pekerja) dan risiko peribadi (kematian, kecederaan,
pencen).

Proses yang kedua ialah menilai dan menganalisis risiko dari segi
kerugian yang melibatkan kewangan organisasi. Menganalisis seseuatu risiko
tersebut dapat mengkaji kebarangkalian seseuatu perisitiwa dan kejadian itu
berlaku dan kesan serta impak risiko daripada sesuatu peristiwa atau kejadian.
Dalam menganalisis risiko terbahagi kepada beberapa peringkat kekerapan
risiko tersebut. Peringkat kekerapan risiko diberikan untuk mengelak suatu
kejadian yang boleh meruntuhkan organisasi dengan cepat dan membawa
kepada bencana yang lebih teruk. Sekiranya organisasi telah berhadapan
dengan suatu perkara yang menyebabkan organisasi berhadapan dengan
kerugian yang besar maka mereka memerlukan kerja keras daripada pihak
pengurusan risiko untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Proses yang ketiga ialah memilih dan melaksanakan teknik pencegahan


dan pengurangan kerugian yang sesuai dalam organisasi. Kaedah
pencegahan ini dilaksanakan bagi membantu organisasi untuk memilih
strategik bagi mengendalikan risiko. Pemilihan prosedur strategik dalam
sesebuah organisasi bergantung kepda saiz potensi berlakunya kerugian.
Dimana, strategik tersebut merangkumi mengelak, menerima, mengurangkan
dan memindahkan risiko. Mengelak adalah keputusan untuk tidak melibatkan
diri atau menarik diri daripada situasi risiko, manakala menerima adalah
keputusan yang buat untuk menerima kebarangkalian dan impak risiko
tersebut. Mengurangkan risiko pula ialah langkah untuk mengurangkan
pendedahan organisasi kepada risko dan memindahkan risiko ialah
memindahkan beban kerugian akibat dari risiko kepada pihak lain melalui cara
kontrak, insurans dan sebagainya.

Proses yang keempat ialah memantau dan mengkaji proses pengurusan


risiko. Pemantauan dalam sesebuah organisasi adalah perlu bagi memastikan
bahawa semua pihak dalam organisasi mematuhi kehendak proses untuk
mengendalikan risiko tersebut. Sebagai seorang pengurus risiko penting untuk
mereka memastikan standard yang ditetapkan dapat dipenuhi dan prestasi
dapat diukur berdasarkan standard yang telah diberikan. Ini kerana dengan
meletakkan standard dalam proses pengurusan risiko tersebut dapat
membantu pengurus risko untuk mengesan kesilapan atau pengawalan pada
masa lalu yang melibatkan pengurusan risiko dan mengambil tidakan
pembetulan sekiranya proses yang dihadapi pada masa lalu membawa kepada
kesilapan. Dengan adanya, pemantauan risiko ini dapat membantu pengurus
risko untuk merancang strategik yang lebih berkesan pada masa hadapan serta
mengelakkan organisasi dari berhadapan dengan risiko yang sama.
2. Briefly explain what is the type of risks involve among banking and financial
sectors in today business environment.

(Berikan hujah anda berkenaan apakah jenis risiko yang terlibat di sektor
perbankan dan kewangan dalam persekitaran perniagaan pada hari ini.) (30
marks)

Pada masa kini, risiko kewangan sering dikaitkan dalam organisasi


perbankan yang melibatkan kemungkinan ia berlaku adalah hasil daripada
tindakan atau peristiwa yang dapat menimbulkan kesan buruk. Hasil dari akibat
peristiwa tersebut boleh membawa kepada kerugian secara langsung dari
pendapatan modal bank dan ini akan melangkaui batasan kemampuan bank
untuk memenuhi objektif perniagaanya. Maka pentingnya untuk mengenali
jenis risiko yang terlibat dalam sektor perbankan sebelum mengendalikan risiko
tersebut.

Antara jenis risiko yang terlibat dalam sektor perbankan ialah risiko
kredit. Risiko kredit adalah potensi seseorang pelanggan atau rakan niaga akan
gagal untuk memenuhi obligasi kewangan mengikut terma yang telah
dipersetujui. Ini berlaku disebabkan oleh kelewatan, penangguhan dan
kegagalan pembayaran oleh rakan niaga atau pelanggan yang terlibat dalam
kontrak perjanjian. Dengan ini, bagi mengelakkan risiko kredit ini membawa
kepada kerugian yang besar maka bank sepatutnya terdedah kepada
persekitaran risiko kredit yang sesuai. Dimana, strategik yang digunapakai oleh
bahagian pengurusan risiko mestilah lebih berkesan kerana ia secara langsung
akan terlibat dalam aktiviti penerimaan risiko. Selain itu bank haruslah
mempunyai prosedur pinjaman yang mantap dan berkesan. Ia perlu kerana
bank sering menghadapi masalah dalam memilih projek-projek dan pelaburan
yang membawa kepada risiko yang kecil atau besar. Untuk mengelakkan risiko
kredit bank pelulah ada hadnya dalam memberi pinjaman kredit supaya tidak
berlebihaan dalam memberi sesuatu pinjaman.

Jenis risiko yang kedua ialah risiko pasaran yang berkaitan dengan
risiko kerugian yang timbul daripada perubahan negatif dalam nilai pegangan
aset yang timbul akibat daripada pergerakan dalam kadar atau harga pasaran.
Risiko ini melibatkan sektor bank apabila ia berkaitan dengan kenaikan dan
penurunan pasaran saham disebabkan oleh faktor-faktor semasa. Risiko
pasaran adalah sesuatu yang boleh dijangkakan berdasarkan keadaan
ekonomi semasa, ini kerana pasaran sesebuah saham bergantung kepada
keadaan ekonomi. Sekiranya saham menurun maka ia akan memberi impak
yang negative kepada pemegan saham dan ini akan mengakibatakan kerugian
yang besar kepada sesebuah organisasi yang memasuki pasaran tersebut.
Dengan ini, perlunya bank untuk mengkaji risiko ini sebelum memasuki pasaran
kerana dengan adanya bahagian pengurusan risiko dapat membantu bank
untuk mengelak atau mengurangkan berlakunya kerugian yang besar jika
ekonomi mempengaruhi kadar penurunan saham.

Risiko yang ketiga ialah risiko kecairan yang merupakan salah satu
faktor penting dalam kestabilan sesebuah perbankan. Kecairan berlaku akibat
dari aliran tunai yang merugikan dalam sesuatu situasi yang timbul terutama
daripada perubahan risiko pasaran, pendedahan risiko kredit dan pendedahan
risiko operasi. Risiko kecaiaran ini juga biasanya timbul ketika perniagaan atau
individu memerlukan tunai serta merta, pemegang aset berharga yang tidak
boleh berdagang atau menjual pada nilai pasaran disebabkan kekurangan
pembeli atau pasaran yang tidak cekap dimana, sukar untuk membawa kepada
pembeli dan penjual bersama. Keadaan ekonomi turut mempengaruhi kadar
pasaran semasa yang boleh membawa kepada kerugian sekiranya tiada
langkah untuk mencegah ia dari berlaku. Bayangkan sekiranya aset yang
mempunyai nilai terpaksa dijual pada harga yang rendah atau tidak dapat dijual
kerana tidak mempunyai pelanggan. Bank perlu merancang strategik bagi
membantu untuk mengurangkan risiko kecairan yang akan berlaku. Ini kerana
kekurangan kecairan akan membawa kepada kerugian yang besar sekiranya
bank tidak mengambil langkah awal untuk mengendalikan risiko tersebut.

Risiko yang keemapat ialah risiko operasi yang membawa kepada risiko
kerugian akibat dari kegagalan atau kelemahan proses dalaman, manusia dan
sistem yang gagal dan juga merangkumi risiko ketidakpastian syariah. Risiko
operasi sering berkait rapat dengan sektor perbankan yang mana penguasa
sesebuah organisasi mempunyai tanggungjawab bagi menetapkan kawalselia
untuk melindungi sistem perbankan dan ekonomi dari kegagalan sistematik.
Risiko operasi mungkin boleh berlaku akibat dari keputusan strategik
perniagaan yang lemah yang boleh mengakibatkan kejatuhan reputasi
sesebuah bank tersebut. Akan tetapi kerugian operasi bukanlah matapetaka
yang mampu menjejaskan reputasi yang mendorong kepada kegagalan
organisasi dan perniagaannya yang akan datang. Risiko ini masih mampu
dikawal dengan adanya bahagian pengurusan risiko yang meneliti risiko yang
akan berlaku atas setiap operasi yang dijalankan. Walaupun risiko operasi
berlaku tetpi ia masih digambarkan sebagi risiko yang kabur, terbuka dan
meninggalkan banyak persoalan mengenai apa peristiwa yang menyumbang
kepada kerugian operasi tersebut.

Kesimpulan dari risko yang dihadapi oleh sektor perbankan secara tidak
langsung membawa kepada kerugaian atau boleh juga membawa kepada
peluang kepada perbankan. Ini kerana dengan adanya risiko yang akan
dihadapi oleh bank tersebut dapat menunjukkan bahawa sesebuah sektor
perbankan dan kewangan tersebut berpotensi untuk mengatasi risiko yang
akan datang atau tidak dijangka. Pengurusan risiko yang berkesan juga
membantu bank untuk lebih bersedia dengan persekitaran ekonomi pada masa
kini. Maka risiko yang dihadapi ini bukanlah malapetaka yang boleh
mengakibatkan bank jatuh serta merta tetapi ia adalah langkah bagi sektor ini
lebih bersedia pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai