Anda di halaman 1dari 5

KARANGAN BAHAGIAN B

ISU: KERACUNAN MAKANAN

Langkah-langkah Mengelakkan Keracunan Makanan di


Sekolah

Pendahuluan:
 Setiap sekolah disediakan kemudahan kantin yang
menyediakan makanan dan minuman untuk pelajar dan
kakitangan sekolah.

 Kadangkala keracunan makanan berlaku di sekolah


kerana kecuaian pengusaha kantin.

 Mungkin makanan yang dijual sudah basi, makanan


tercemar oleh vektor seperti lalat dan tikus atau pekerja
kantin tidak mengutamakan kebesihan diri dan dapur.

 Langkah-langkah yang berkesan harus diambil untuk


mengelakkan keracunan makanan di sekolah.
Langkah-langkah Mengelakkan Keracunan Makanan di
Sekolah

Isi 1:
Pengusaha kantin harus memastikan makanan yang dijual
bersih dan berkualiti
 Makanan yang dijual mesti segar dan berkhasiat.

 Makanan yang sudah disediakan mesti ditutup dengan


tudung saji supaya tidak dihinggapi oleh lalat.

 Pengusaha kantin tidak boleh menjual makanan yang


tidak berkhasiat seperti makanan segera, keropok, snek,
gula-gula dan sebagainya.

 Makanan yang sudah basi tidak boleh dijual kepada


pelajar.
Langkah-langkah Mengelakkan Keracunan Makanan di
Sekolah
Isi 2:
Pemantauan yang berterusan di kantin sekolah harus
dilaksanakan
 Pemantauan terhadap kebersihan kantin dan pekerja
harus dijalankan sepanjang tahun.

 Pemantauan boleh dilakukan oleh pihak pentadbir


sekolah atau satu jawatan kuasa kantin yang ditubuhkan
oleh pihak sekolah.

 Sampah kantin mesti dibuang setiap hari untuk


mengelakkan pembiakan ulat, lalat dan tikus.

 Longkang di sekitar kantin mesti dibersihkan supaya


tidak tersumbat dengan sisa makanan.

 Dapur tempat memasak mesti terang, ada pengaliran


udara dan tidak lembap.

 Pekerja kantin mesti memakai topi dan apron, tidak


merokok dan tidak berpenyakit seperti batuk, bersin dan
berhingus.
Langkah-langkah Mengelakkan Keracunan Makanan di
Sekolah
Isi 3:
Tindakan undang-undang harus diambil terhadap
pengusaha kantin yang tidak bertanggungjawab.
 Pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan
harus mengadakan pemeriksaan mengejut di kantin
sekolah dari semasa ke semasa.

 Pengusaha kantin yang tidak mematuhi peraturan


kebersihan kantin dan melanggar garis panduan
menjaga kebersihan makanan dan minuman yang
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan boleh diambil
tindakan undang-undang yang tegas setelah diberikan
amaran.

 Pengusaha kantin yang cuai dan tidak bertanggungjawab


harus dikenakan denda yang berat.

 Sekiranya berlaku keracunan makanan dalam kalangan


pelajar dan kakitangan sekolah, pengusaha kantin boleh
dijatuhi hukuman penjara atau lesen perniagaan kantin
sekolah ditarik balik.
Langkah-langkah Mengelakkan Keracunan Makanan di
Sekolah

Penutup:

 Pengusaha kantin tidak boleh mengutamakan


keuntungan semata-mata.

 Kesihatan dan kebajikan pelajar dan kakitangan sekolah


harus diutamakan juga.

 Pengusaha kantin yang prihatin dan menjual makanan


yang segar dan berkhasiat boleh mengelakkan
berlakunya keracunan makanan di sekolah.

 Semua pihak di sekolah juga harus memainkan peranan


masing-masing untuk memastikan pengusaha kantin
tidak menjadi lalai kerana ingin mengaut keuntungan
yang berlebihan.

Anda mungkin juga menyukai