Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 markah]

Bahan 1 - PETIKAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kes keracunan makanan yang sering berlaku di kebanyakan sekolah pada hari ini
disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya ialah penyediaan dan penyimpanan makanan
yang tidak bersih. Pihak pengusaha kantin tidak memastikan bahan-bahan mentah yang tidak
dimasak, dicuci sebersih-bersihnya terlebih dahulu. Tempat penyediaan makanan yang tidak
bersih seperti tempat memasak yang kotor dan udara yang tercemar oleh habuk juga boleh
menyebabkan keracunan makanan. Selain itu, minuman dalam tin atau kotak yang mudah
basi juga menjadi penyebab berlakuknya permasalahan ini jika minuman ini dibiarkan
terdedah tanpa disimpan di tempat yang sewajarnya.
Di samping itu, keadaan persekitaran kantin yang kotor menjadi punca kepada
keracunan makanan. Lantai kantin tidak pernah dibasuh dan terlalu kotor, terutamanya di
bahagian tempat memasak. Makanan yang disediakan pula jarang sekali ditutup atau
disimpan di tempat yang lebih sesuai dan bersih. Kawasan longkang dan persekitaran kantin
yang kotor pula menjadi tempat pembiakan serangga pembawa penyakit seperti lalat, lipas,
dan tikus.
Keracunan makanan di sekolah amat berbahaya dan boleh membawa maut kepada
murid-murid. Oleh itu, pelbagai usaha perlu diambil untuk menangani masalah ini.
Pengusaha- pengusaha kantin perlu mematuhi syarat-syarat penyediaan makanan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengusaha-pengusaha kantin harus
memastikan makanan dan minuman disimpan dalam keadaan yang bersih. Selain itu, pihak
kantin perlu sentiasa membersihkan kawasan kantin, terutamanya di bahagian tempat
memasak. Tindakan yang tegas tanpa kompromi harus dikenakan kepada pengusaha-
pengusaha kantin yang ingkar kepada arahan tersebut.
Sumber : Internet
Bahan 2 - GRAFIK

Disediakan oleh;
Meganathan Lachimanan
SMK Sungai Karangan

Anda mungkin juga menyukai