Anda di halaman 1dari 10

BULETIN MEI 2022

TINTA PENGETUA
EDISI BULAN MEI TAHUN 2022

i. Selamat Datang Tuan Pengetua Dato Hebat En Basir bin Ibrahim– 8 Mei 2022
ii. Majlis Perpindahan /Tamat Praktikal – En. Mohd Nor Zamree Mohammad Zin, Pn.
Siti Fatimah Pazaer, Cik Nurul Ain Hidayah dan Cik Najiha Mahob-12 Mei 2022
iii. Majlis Apresiasi Pelajar Tingkatan 6 Semester 3 -12 Mei 2022
iv. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri – 16 Mei 2022
v. Sambutan Hari Guru – 16 Mei 2022
vi. Ujian Pengesanan Prestasi Tingkatan 5- 17 Mei 2022
vii. Latihan Merentas Desa/ Pengenalan Trek Road Run- 18 Mei dan 25 Mei 2022
viii. Peperiksaan STPM Semester 2- 25 dan 26 Mei 2022
ix. Majlis Pengumuman Keputusan STPM Semester 1 2022- 26 Mei 2022
x. Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Pelajar – 29 Mei 2022
xi. Program Senamrobik KRMJ (Karakter Murid Johor)- 31 Mei 2022

i.Selamat Datang Tuan Pengetua “Dato Hebat” - En Basir bin Ibrahim– 8 Mei
2022

Siang hari langit membiru


Angin kencang suara menderu
Selamat datang pengetua baharu
Betapa bahagia kita bertemu
Selamat Datang Boss….
ii. Sekalung penghargaan buat mu Guru yang telah menabur bakti di sekolah ini…
walaupun mungkin sedetik cuma ….yang pasti “Terima Kasih daun Keladi, Budimu
Tuan Jadi Kenangan “
Majlis Perpindahan /Tamat Praktikal – Cikgu Mohd Nor Zamree Mohammad Zin,
Cikgu Siti Fatimah Pazaer, Cik Nurul Ain Hidayah dan Cik Najiha Mahob-12 Mei

iii. Majlis Apresiasi Pelajar Tingkatan Semester 3- 6-12 Mei 2022


Tahniah kepada semua pelajar yang menerima sijil tamat pengajian masing-
masing. Jadikan ini pemangkin untuk kejayaan yang lebih bermakna untuk masa
hadapan,
iv. “Satu hari di hari raya, ku lihat cahaya bersinar indah, langit cemerlang tak
terkira, tanda kuasa yang maha Esa, memberi nikmat pada manusia” Selamat Hari
Raya, Maaf Zahir dan Batin ..
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri – 16 Mei
v. Sambutan Hari Guru – 16 Mei
“Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” merupakan tema hari guru 2022 menyentuh
peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina
generasi baharu negara yang dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara. Guru
merupakan insan istimewa yang sentiasa tidak jemu dan sentiasa dahagakan ilmu.
Kami sayang guru kami!
Peralihan ke fasa endermik menyaksikan kemeriahan acara larian merentas desa
Dato kali ke 36.. Pengenalan trek Road Run yang baru di Pekan Renggam
ternyata menguji mental dan stamina pelajar. Cuaca pula agak panas…sabar ya
adik2….
Latihan Merentas Desa/ Pengenalan Trek Road Run- 18 Mei dan 25 Mei

vi. Peperiksaan STPM Semester 2- 25 dan 26 Mei


Demam Peperiksaan dah bermula.. Berbekalkan keazaman dan semangat anak-
anak didik Dato Hebat terus melangkah dengan gagahnya. Doa dan harapan
mengiringi agar kejayaan dalam genggaman
vii. Majlis Pengumuman Keputusan STPM Semester 1 2022- 26 Mei 2022
Tarikh keramat 26 Mei menyaksikan air mata kegembiraan buat pelajar
tingkatan 6 semester 1 2022. SMKDHHY berjaya melahirkan 10 orang pelajar
cemerlang. Tahniah Dato Hebat….
viii. Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Pelajar terdiri daripada Majlis Pewakilan
Pelajar Tingkatan 6 (MPPU) , Pengawas Pusat Sumber , Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS), Student Leaders Board (SLB) barisan pengawas, ketua dan Penolong
Tingkatan . Andalah pemimpin penggerak kecemerlangan sekolah.
ix. Program Senamrobik KrMJ (Karakter Murid Johor)- 31 Mei 2022
Progrm Karakter Murid Johor (KrMJ) bermatlamat melahirkan murid Johor yang
mempunyai sahsiah terpuji dan identiti terserlah. Gerakan senamrobik perlu
mengikut seperti video yang disediakan bagi mewujudkan keseragaman seluruh
negeri Johor dimulakan dengan Modul 2 KrMJ iaitu senamrobik selama 8 minit.
- Kekalkan Jom Pay dengan Biller code
- Ubah / masukkan apa2 yang dirasakan perlu

Anda mungkin juga menyukai