Sains Tingkatan 1
BAB 1
Sebagai contohnya, fenomena berlakunya kilat, pencairan ais, tarikan daya graviti dan juga
letupan gunung berapi.
Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan kepada
kita dan juga persekitaran kita.
Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Seekor berudu yang
bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji buah kelapa yang jatuh ke tanah dan seketul ais yang sedang
mencair, adalah merupakan antara contoh-contoh fenomena alam semula jadi.
Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan ini
boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan secara
saintifik.
Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan yang kita
gunakan juga mempunyai dengan sains.
2
Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru serta
peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.
Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf
hidup serta kualiti alam sekitar kita.
Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut:
Bilologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.
Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.
Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas mereka, dan
penggunaannya.
Geologi – Kajian mengenai batuan dan mineral.
Astronomi – Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.
Meteorologi – Kajian mengenai cuaca dan iklim.
Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya. Orang yang berkerjaya lazimnya memilih bidang kerjaya
bergantung kepada kepentingan serta apa yang mereka minati dalam bidang sains.
Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan adalah merupakan antara contoh kerjaya yang menjadi pilihan ramai.
Makmal Sains
Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.
Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik
dijalankan.
Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu
dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains?
Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut peraturan-peraturan dan langkah-langkah
keselamatan tersebut?
1. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.
2. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains.
3. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
4. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.
3
5. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru
sahaja.
6. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang
diarahkan oleh guru anda sahaja.
7. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
8. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat
demikian.
9. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa anda
menggunakan bahan kimia yang betul.
10. Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda
hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan air bersih berulang kali.
11. Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan menggunakan air.
12. Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti luka atau
terbakar) kepada guru anda dengan segera.
13. Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
14. Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.
4
Terdapat pelbagai jenis alat radas di dalam makmal sains. Rajah di bawah menunjukkan beberapa
jenis alat radas yang biasa digunakan.
Anda harus tahu apa itu alat radas. Anda juga perlu mengetahui tentang kegunaan am pelbagai alat
radas.
Picagari (Syringe)
Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.
Bikar (Beaker)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.
Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand)
Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.
Buret (Burette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.
Pipet (Pipette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.
Bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains mestilah dikendalikan dengan berhati-hati.
Sesetengah bahan kimia yang amat berbahaya dan juga boleh membahayakan kesihatan kita. Ada
yang meletup, menghakis, sangat mudah terbakar atau beracun/toksik.
Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas atau botol yang
mengandungi bahan-bahan kimia.
Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol yang terdapat pada label bekas atau botol yang
mengandungi bahan-bahan kimia.
Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.
Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.
Kuantiti fizik (physical quantity) adalah kuantiti yang boleh diukur. Kuantiti fizik bukan sahaja digunakan
dalam kajian saintifik tetapi ianya juga penting dalam kehidupan seharian kita.
Nilai sesuatu kuantiti boleh ditulis dengan ' imbuhan awal @ awalan' (prefix). Setiap imbuhan awal mempunyai
simbol-simbolnya tersendiri. Kita menulis sesuatu nilai dengan menggunakan imbuhan awal (prefix) untuk membuat ia
lebih mudah bagi merekodkan kuantiti fizik.
Contohnya
Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). Kaedah ini juga digunakan untuk
mengukur jisim (mass) sesuatu objek.
Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya
merupakan dua kuantiti yang berlainan.
Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala, jisim
sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut.
Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza untuk mengukur berat dan jisim
sesuatu objek.
Menyukat berat
Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan (spring balance /
compression balance). Ini adalah kerana tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan spring.
Menyukat jisim
Neraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever balance / elektronic balance)
digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama seperti 'jisim
standard' (standard mass) yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan neraca untuk jisim tidak
dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah sentiasa tetap).
Alat-alat Pengukuran
Merujuk kepada rajah di atas, nyatakan pensel yang manakah yang lebih panjang. Kemudian, pastikan semula
jawapan anda dengan mengukur panjang setiap pensel itu menggunakan pembaris.
Apa yang boleh dipelajari daripada keadaan di atas? Sesuatu objek itu boleh kelihatan menjadi lebih panjang
atau lebih pendek daripada keadaan sebenarnya.
Kita perlu menggunakan alat-alat pengukur yang sesuai untuk mengukur kuantiti seperti panjang dengan lebih
tepat. Penggunaan teknik-teknik yang betul juga penting dalam mendapatkan bacaan yang tepat.
Panjang (length) adalah jarak antara dua titik. Di dalam makmal sains, panjang sesuatu objek itu diukur dengan
menggunakan pembaris meter.
Panjang pembaris meter (metre ruler) ialah satu meter (m) atau 100 sentimeter (cm). Setiap sentimeter
dibahagikan kepada 10 millimeter (mm). Jadi, panjang pembaris meter tersebut adalah juga bersamaan dengan
1000 millimeter (mm).
1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm = 1000 mm
1 km = 1000 m
Diameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika hanya menggunakan pembaris. Angkup (calipers)
digunakan untuk mengukur diameter sesbuah objek dengan lebih tepat.
Terdapat dua jenis angkup, iaitu angkup luar (external calipers) dan angkup dalam(internal calipers). Kedua-dua
angkup tersebut digunakan untuk mengukur diameter luaran dan dalaman sesebuah objek.
Luas (area) sesebuah permukaan adalah luas kawasan di antara pinggir-pinggir permukaan tersebut. Unit SI
untuk luas adalah meter persegi (square metres, m2).
Luas dalam skala yang besar boleh diukur sebagai kilometer persegi (square kilometres, km 2). Manakala luas
dalam skala yang kecil pula boleh diukur dalam unit sentimeter persegi (square centimetres, cm 2) dan milimeter
persegi (square millimetres, mm2).
Merujuk kepada rajah di atas, bentuk sehelai daun dilakarkan di atas kertas graf. Setiap segiempat sama
berkeluasan 1 cm2.
Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh ditandakan sebagai A, manakala kawasan yang
mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2 cm2 segiempat sama", ditandakan sebagai B.
Kira bilangan setiap segiempat sama A dan B. Kemudian barulah dikira anggaran luas permukaan daun
tersebut.
Contoh:
Isipadu (volume) sesuatu objek adalah ruang yang boleh diisi atau dikandungi oleh objek tersebut. Unit SI bagi
isipadu adalah meter padu (cubic metres, m3).
Isipadu juga boleh disukat dengan milimeter padu (mm3), sentimeter padu (cm3), mililiter ( l ) dan liter ( l ).
Isipadu pepejal (solids) diukur dalam sentimeter padu (cm3) dan meter padu (m3).
13
1 ml = 1 cm3
1 l = 1000 cm3 = 1000 ml
1 m3 = 1 000 000 cm3 = 1 000 000 ml
Miniskus (miniscus) merkuri melengkung ke atas, manakala miniskus air melengkung ke bawah.
Kedudukan mata mestilah sama aras dengan miniscus cecair ketika mengambil bacaan.
Kedudukan mata yang salah akan menyebabkan ralat parallax.
14
Banyak masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan. Sebagai contohnya di beberapa
buah negara, rakyat mereka menyukat barang dengan menggunakan tahil dan kati. Manakala bagi negara lain
pula, ada yang menggunakan paun dan auns. Sudah tentu ini akan mengelirukan. Lebih-lebih lagi jika berlaku
pertukaran maklumat antara 2 negara tersebut.
Maka bagi menyelesaikan masalah tersebut, unit piawai atau pun juga dikenali sebagai Unit S.I diperkenallkan
pada tahun 1960. Penggunaan unit ukuran yang sama ini juga memudahkan saintis untuk berkomunikasi di
peringkat antarabangsa.
Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada
jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).
Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan
adalah 'foot-pound-second (FPS)'.
Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai untuk
mengukur panjang, jisim dan masa.
Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia;
Pengukuran Unit
Panjang Inci, kaki, ela, rantai, batu meter, kilometer
Luas Inci persegi, kaki persegi, ela persegi, ekar
Isipadu Inci padu, kaki padu, ela padu, gelen
Jisim / berat Paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram, tan, pikul
1. untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih selaras.
2. untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan.
3. untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza.
4. untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang
sama digunakan.
5. untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran
unit.
Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna pakai antaranya adalah;
1. Timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam pengukuran.
2. Manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah komunikasi terutama dalam interaksi
seperti perdagangan dan pengangkutan.
3. Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.
Bermaksud, satu kaedah yang lebih teratur dan mengikut susunan tertentu yang membantu kita untuk
memahami sesuatu fenomena alam yang berlaku. Secara automatiknya juga, kaedah ini membantu kita untuk
menyelesaikan permasalahan dalam sains.
Pemboleh ubah dimanipulasikan : perkara / keadaan yang kita ubah-ubah bagi melihat kesannya
Pemboleh ubah bergerak balas : perkara / keadaan yang berubah akibat daripada perubahan yang kita lakukan
16