Anda di halaman 1dari 16

BAB 1: Memperkenalkan Sains

1.1 Pengertian Sains dan Teknologi


1. Sains ialah susunan ilmu pengetahuan mengenai alam sekitar yang sentiasa
berkembang.
2. Kajian sains merangkumi proses memahami semua fakta yang sedia ada pada
masa itu
serta kajian mengenai benda-benda di alam untuk menghasilkan fakta-fakta
yang baru.
Cuba anda perhatikan fenomena alam yang berlaku di sekeliling anda dan kaitkan
dengan
sains. Gambar di bawah menunjukkan beberapa contoh fenomena alam.

Fenomena Pembentukan embun pada waktu pagi

Melambung bola ke udara

3. Teknologi ialah aplikasi atau penggunaan pengetahuan sains untuk memenuhi


keperluan
sains untuk memenuhi keperluan kehidupan harian manusia.
4. Sumbangan sains dan teknologi :
a) mempercepatkan dan memudahkan kerja harian.
b) meningkatkan taraf hidup manusia dengan menyediakan suasana hidup yang
lebih
selesa.
c) mempercepatkan sistem komunikasi dan perhubungan.
d) meningkatkan taraf hidup kesihatan.

1.2 Kaedah Saintifik

1. Ahli-ahli sains menjalankan kaedah penyiasatan


saintifik
untuk
memperoleh
jawapan mengenai
sesuatu
fenomena
alam. Kaedah tersebut dapat diringkaskan kepada lapan
langkah iaitu :

a) Langkah 1 : Mengenal pasti masalah


b) Langkah 2 : Membuat hipotesis
Hipotesis adalah satu pendapat yang dianggap benar sebagai alasan
walaupun kebenarannya belum dibuktikan.
c) Langkah 3 : Merancang eksperimen
d) Langkah 4 : Menjalankan eksperimen
e) Langkah 5 : Mengumpulkan data
f) Langkah 6 : Menganalisa dan Mentafsir data
g) Langkah 7 : Membuat kesimpulan
h) Langkah 8 : Menulis laporan

Makmal Sains
Eksperimen sains biasanya dijalankan di dalam maklmal sains. Terdapat pelbagai
alatan di makmal dan sesetengahnya berbahaya. Atas faktor keselamatan muridmurid dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan makmal.

Di antara peraturan-peraturan makmal sains ialah :


1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Dilarang masuk tanpa kebenaran guru


Dilarang bermain di dalam makmal
Dilarang makan atau minum di dalam makmal
Dilarang merasa atau menghidu bahan kimia dalam makmal
Dilarang menyentuh bahan kimia dengan tangan
Padamkan api penunu Bunsen selepas digunakan
Basuh semua radas yang digunakan
Patuh arahan guru

Makmal sains

Simbol-simbol amaran
Di dalam makmal sains, bahan-bahan kimia yang berbahaya disimpan didalam botol
atau bekal yang dilabelkan dengan simbol amaran. Kita mesti membaca simbol
amaran ini dengan teliti dan memahami maksudnya untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan.

Bahan mengakis
Bahan mudah
terbakar

Bahan mudah
meletop

Bahan merengsa

Radioaktif
Bahan
beracun/toksid

Radas yang terdapat di makmal


Terdapat pelbagai radas yang digunakan untuk menjalankan eksperimen. Gambar
di bawah menunjukkan beberapa radas yang biasa digunakan di makmal.

Mangkuk pijar (Crucible)


Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat (Evaporating dish)


Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.

Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper)


Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji (Test tube holder)


Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari (Syringe)
Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.

Slaid kaca (Glass slide)


Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.

Jam randik (Stop watch)


Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar (Beaker)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang kon (Conical flask)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang
mana proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis (Filter funnel)


Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand)
Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner)


Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.

Rak tabung uji (Test tube rack)


Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.

Rod kaca (Glass rod)


Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan didalam bekas.

Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp)


Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.

Buret (Burette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Balang gas (Gas jar)


Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs)


Kegunaan: Untuk memegang objek panas.

Pipet (Pipette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Silinder penyukat (Measuring cylinder)


Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Jangka suhu (Thermometer)


Kegunaan: Untuk menyukat suhu

1.3 Kuantiti Fizik dan Unit SI


1. Penyukatan merupakan salah satu kaedah dalam proses sains.
2. Unit SI ialah unit sistem antarabangsa. Contoh unit SI:
Kuantiti
Panjang
Jisim
Masa
Suhu

Unit SI
meter
kilogram
saat
kelvin

Simbol
m
km
s
k

3. Nilai suatu kuantiti yang diperoleh dalam kajian sains boleh ditulis dalam bentuk
imbuhan untuk
memudahkan pengiraan. Contoh julat imbuhan:
Nama imbuhan
giga
mega
kilo
hekto

Simbol imbuhan
G
M
k
h

Nilai imbuhan
1 000 000 000
1 000 000
1 000
100

1.4 Penggunaan Alat Pengukuran

1. Data dikumpulkan dengan mengukur atau menyukat kuantiti


fizik tertentu.
2. Untuk tujuan pengukuran, alat pengukuran yang berbeza
diperlukan bagi mengambil data daripada sebuah eksperimen.
3. Alat pengukuran mestilah betul dan sesuai untuk mengukur
kuantiti fizik.
Mengukur panjang
1. Panjang ialah jarak antara dua titik.
2. Unit bagi panjang ialah milimeter(mm),
kilometer(km).

sentimeter(cm),

meter(m),

dan

1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm = 1000 m
1 km = 1000 m
3. Panjang garis lurus diukur dengan pembaris meter.

Kedudukan mata yang betuk semasa mengambil bacaan


4. Panjang garis lengkung disukat dengan menggunakan pembaris, benang, dan
episometer.

Menggunakan benang
5. Diameter luar objek disukat dengan angkup luar dan diameter dalam objek diukur
dengan
angkup dalam.

Mengira luas
1. Luas ialah jumlah permukaan yang diliputi oleh sesuatu benda.
2. Unit bagi luas ialah meter persegi (m2), sentimeter persegi (cm2),
milimeter persegi (mm2), dan kilometer persegi (km2).
3. Luas bentuk sekata dihitung menggunakan formula tertentu.

Menentukan luas bentuk tidak sekata

4.Luas bentuk tidak sekata boleh disukat dengan menggunakan kertas graf.

Menyukat isipadu
1. Isipadu ialah jumlah ruang yang ditempati oleh sesuatu objek.
2. Unit SI untuk isipadu pepejal biasanya menggunakan meter padu (m3),
manakala isipadu cecair menggunakan milimeter (ml).
1 ml = 1 cm3
1l = 1000 ml
3. Isipadu cecair disukat dengan silinder penyukat, buret, pipet, kelalang, kon,
dan picagari. Pipet atau buret memberi bacaan isipadu yang tepat.

Menyukat suhu
1. Suhu ialah darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu objek.
2. Unit SI bagi suhu ialah kelvin (K), tetapi darjah celsius (C) lebih biasa digunakan.
3. Suhu disukat menggunakan termometer.

4. Termometer klinik menyukat suhu dalam julat antara 35 darjah Celcius hingga
42 darjah Celsius. Suhu badan manusia biasa ialah 37 darjah Celcius.

5. Termometer makmal menyukat suhu dalam julat antara -10 darjah Celsius
hingga 100 darjah Celcius.

1.5

1.
2.

Konsep

Jisim
Unit

ialah
SI

jumlah

yang

digunakan

1
1
3.

Dua

kuantiti
untuk

jirim

neraca

di

menyukat

kg
g
jenis

Jisim

=
=
untuk

a)

dalam
jisim

sesuatu

ialah

kilogram

1000
1000
menyukat

Neraca

objek.
(kg).
g
mg

jisim

palang

b)

Neraca

luas

4. Berat sesuatu objek ialah daya tarikan graviti bumi ke atas objek yang tidak tetap.
5. Unit SI : newton (N).

Anda mungkin juga menyukai