Anda di halaman 1dari 3

Senarai Semak

Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Tahun 4)

Objektif Pembelajaran Murid dapat membaca petikan dan melengkapkan peta


ithink.

Penerangan aktiviti:

1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.


2. Murid diminta membaca petikan tentang rakit.
3. Murid dikehendaki menyenaraikan bahan untuk membina rakit.
4. Murid menyatakan cara pembuatan rakit mengikut urutan.
5. Murid membentangkan hasil melalui slaid pembentangan.

Guru melaksanakan PBD melalui pemerhatian sepanjang proses aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

Bil Nama Murid E1 E2 E3 Catatan


1. Adzrel
2. Haikal
3. Maisarah
4. Rasya
5. Danish Aiman

Nota: E1 – Senarai bahan yang diperlukan


E2 – urutan
E3 – Pembinaan powerpoint
Petikan Buluh
Rakit buluh adalah salah satu kenderaan yang digunakan untuk bergerak dari satu tempat kesuatu tempat pada zaman dulu.Pada masa
itu kebanyakan rumah-rumah berada ditepi sungai berbanding sekarang kebanyakan rumah di bina ditepi jalan raya.

Bahan utama untuk menyediakan rakit tradisional ialah buluh. Buluh yang digunakan bersaiz besar seperti buluh betong atau mana-
mana buluh yang sesuai. Buluh-buluh ini biasanya tumbuh secara berumpun di tebing-tebing sungai.

Setelah mengenal pasti buluh yang cantik dan sesuai saiznya untuk dibuat rakit, Tebang 10-12 batang buluh menggunakan parang
mengikut kesesuaian saiz rakit yang dikehendaki. Panjang buluh yang diperlukan adalah antara 20 hingga 30 kaki. Sebuah rakit boleh
dinaiki oleh dua hingga empat orang berdasarkan keteguhan buluh dan ikatan tali rakit tersebut.

Buluh-buluh yang siap ditebang perlulah dicantikkan. Kemaskan potongan buluh di hujung dan pangkalnya dengan gergaji. Setiap
batang dipotong dalam panjang yang sama. Licinkan dengan kertas pasir.

Susun tiga atau empat batang kayu atau buluh untuk dijadikan tapak rakit. Susun di bahagian kedua-dua bahagian yang hampir dengan
hujung buluh dan bahagian tengah. Tapak ini mengikut lebar rakit. Setelah susun dengan cantik, susun pula buluh-buluh yang panjang
di atas tapak tadi.Susun satu satu.Susun ikat.Begitulah seterusnya sampai siap. Jangan lupa untuk mengikat pada setiap kayu tapak
yang disusun tadi. Pastikan ikatan kemas dan kuat.

Anda mungkin juga menyukai