Anda di halaman 1dari 6

Murid digalakkan menulis ayat yang pendek, ringkas dan padat berbanding ayat yang panjang.

Ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. Biasakan diri untuk mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi tiga, empat atau lima ayat sahaja bagi huraian satu isi. Berikut adalah contoh yang dicadangkan bagi penulisan ayat yang pendek dalam penulisan cerita: "Kamu baru pulang?" "Baru sebentar tadi," jawab saya. "Tentu kamu tertunggu-tunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.

Dalam pengajaran

penulisan wacana terdapat pelbagai pendekatan yang dapat

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah karya atau karangan. Dengan melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih dahulu dan membaca lebih bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan sebagainya sudah pasti mencambahkan idea serta menambah perbendaharaan kata dan mengetahui penanda wacana yang sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisan mereka nanti. Pelajar juga patut didedahkan dengan latihan-latihan menyalin semula petikan atau perenggan yang mengandungi penanda wacana yang baik agar mereka dapat memahami serta tahu fungsi penanda wacana yang sesuai di dalam hasil penulisan mereka nanti. Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988) di dalam buku HBML 3203, Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu keluaran Open University Malaysia, menjelaskan bahawa beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti penulisan. Kebolehan menulis di kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka hendak menyatakan sesuatu dengan perantaraan tulisan. Oleh yang demikian, penekanan pengajaran kemahiran menulis khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu mernpunyai beberapa fungsi tertentu. Sehubungan dengan itu, Ann Raimas (1983) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis seperti yang terdapat dalarn bukunya Techniques in Teaching Writting, iaitu: a. Mengarang dan melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan. b. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang bahasa. c. Memperluaskan pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk lebih merangsangkan pembelajaran.

Guru hendaklah merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti secara berurutan dalam langkah pengajarannya supaya murid dapat menguasai sesuatu unsur penulisan dan

ketatabahasaan. Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada kemahiran dan keaslian. Bagi mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan wacana dalam kalangan pelajar ini, guru juga sepatutnya meminta murid melengkapkan ayat atau membina ayat-ayat berdasarkan penanda wacana yang betul. Seterusnya, murid juga perlu diberi latihan menyusun ayat berdasarkan urutan serta meletakkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai. Contoh latihan meletakkan penanda wacana adalah seperti berikut:

a) Kehidupan Mak Siti sungguh miskin. Biarpun demikian, dia tidak pernah meminta sedekah. b) Fakrudin tidak pernah menyakiti hati ibunya . Justeru, dia sering membantu ibunya
melakukan kerja rumah.

Seterusnya murid diminta untuk melengkapkan perenggan berdasarkan urutan cerita dengan memasukkan penanda wacana yang sesuai dan betul di antara ayat atau perenggan supaya terdapat kohesi dan koherennya. Selain itu, pelajar juga harus tahu serta mengetahui fungsi-fungsi wacana yang hendak digunakan. Wacana yang menarik akan menjamin kesinambungan cerita yang menarik atau kelancaran perjalanan cerita atau idea dari satu perenggan ke satu perenggan. Antara latihan yang dapat diaplikasikan dalam pendekatan ini ialah ;

a) Latihan menyusun ayat-ayat yang disediakan oleh guru dalam satu perenggan yang
kemas.

b) Latihan menyusun ayat-ayat yang diberikan oleh guru supaya membentuk sebuah
karangan yang kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang saling melengkapi bagi membentuk satu kesatuan.

Bagi menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik, pelajar mestilah menjadikan kamus sebagai kawan rapat. Murid sentiasa merujuki kamus untuk mengetahui erti atau makna perkataan sukar atau perkataan baharu yang akan digunakan di dalam penulisan. Gunakan wacana yang betul dan tepat apabila menulis dan dilarang sama sekali menggunakan wacana yang dianggap sedap bunyinya tetapi tidak diketahui makna dan salah penggunaannya. Setelah pelajar pasti karya yang ditulis telah selesai, pelajar diminta membaca dan menyemak semula hasil penulisan mereka. Ini merupakan penilaian kendiri terhadap hasil penulisan tersebut. Penekanan perlu diberikan kepada format, isi atau huraian, imbuhan yang bersesuaian, struktur

ayat, tanda baca serta perbendaharaan kata yang betul. Penanda wacana yang digunakan perlulah diteliti dengan betul agar penggunaannya tepat pada tempat yang betul. Jangan sesekali menggunakan tanda soal di dalam wacana. Baiki segera kelasahan atau membuat penambaikan jika terdapat kekurangan dalam hasil penulisan tersebut.
ANYAMAN BULUH Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang kadangkadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading. Memproses Bahan Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh : 1. MerendamMengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam. 2. Menyalai Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi. CORAK ANYAMAN TIKAR

Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu: 1. Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap 2. Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah. 3. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah. 4. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih. 5. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. 6. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru. 7. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.

8. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar. 9. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam. 10. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap. 11. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru.

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman. Beberapa contoh ukiran yang terdapat di Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat.

Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik. Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat.

Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk. Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih. Ukiran corak awan larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi

keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.

Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang Jertih. Selain motif kaligrafi motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci rezeki". Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah SWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada hari Jumaat. Motif flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam Masjid.

Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari. Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup subur. Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam semester. Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat. keris Selain daripada peralatan yang disebutkan diatas, terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri contohnya, bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3, 5, 7, 9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan bahawa Allah mengutamakan bilangan ganjil dalam beberapa amalan dan ketaatan. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam

Anda mungkin juga menyukai