Anda di halaman 1dari 8

“6 SIFAT PARA SAHABAT”

SIFAT 1 : YAKIN HAKIKAT KALIMAH 鈄 ᔁ鈄

Maksudnya :-
* Menerima dengan yakin perkhabaran Rasulullah S.A.W tanpa melihat dengan
mata sendiri semata-mata kerana mempercayai Baginda S.A.W
Kelebihan :-
* Sayyidina Anas bin Malik (R) meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda
“Berbahagialah(Baginda S.A.W ulangi perkataan ini tujuh kali) untuk
seseorang yang tidak melihat aku namun tetap beriman denganku”.
Cara mendapatkannya :-
1) Keluarkan kebesaran makhluk dari hati dan masukkan kebesaran Allah ke
dalam hati kita melalui :-
i) Lidah : Cakap nafi makhluk dan isbatkan(hubungan) kepada Allah
ii) Telinga: Dengar perkataan yang menafikan makhluk dan
Isbatkan(hubungan) kepada Allah
iii) Mata : Lihat sekeliling kita dan nafikan makhluk kemudian
isbatkan(hubungan) kepada Allah
iv) Akal : Fikir, kemudian nafikan makhluk dan isbatkan(hubungan)
kepada Allah
2) Banyakkan zikir kalimah 鈄 ᔁ鈄
3) Jumpa manusia untuk dakwahkan perkara ini
4) Doa supaya Allah S.W.T tanamkan sifat ini dalam hati kita
Sambungannya : MUHAMMADUR RASULULLAH 㤵㠠⸷ 合‫א‬合

Maksudnya :-
* Untuk mendapatkan manfaat langsung daripada zat Allah S.W.T perlulah
meyakini bahawa melaksanakan semua perintah Allah S.W.T dengan cara Nabi
Muhammad S.A.W akan membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat yang
sempurna.
Kelebihan :-
* Sayyidina Anas (R) meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda “Sesiapa
yang menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya dia mencintaiku dan
sesiapa yang mencintaiku dia bersamaku didalam syurga”.
Cara mendapatkannya :-
Kena usahakan dalam setiap amalan kita ada sunnah Nabi S.A.W
i) Surah : Keterampilan Nabi S.A.W
ii) Sirah : Perjalanan hidup Nabi S.A.W
iii) Sarirah: Fikir risau Nabi S.A.W
1) Banyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W
2) Jumpa orang untuk dakwahkan perkara ini
3) Doa semoga sifat ini jadi sifat kita
SIFAT 2 : SOLAT KHUSYUK DAN KHUDU’
*(Khusyuk : Tetap hati)
*(Khudu’:Tetap Jasad/ Tidak bergerak)

Maksudnya :-
* Untuk mendapatkan manfaat secara langsung daripada kudrat Allah S.W.T kita
hendaklah mentaati segala perintah Allah S.W.T dengan cara Nabi S.A.W.

Kelebihan :-
* Sayyidina Jabir bin Abdullah (R) meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda
“Kunci syurga ialah solah dan kunci solah ialah wuduk”.

Cara mendapatkannya :-
1) Kita kena usahakan dalam solat kita ada :-
i) Sohih Iman : Yakin dengan mendirikan solat akan dapat bantuan Allah
ii) Sohih Tarikat : Solat dengan cara yang betul (cara Nabi S.A.W)
* Solat Fardu : Solat Secara berjemaah, ditempat azan dilaungkan,
awal waktu
v) Sohih Jasbah/Fadhilat : Tahu dan yakin dengan janji-janji Allah
vi) Martabat Ikhsan : Solat seolah-olah kita lihat Allah, Jika Tidak,
kita kena yakin Allah sedang lihat kita
vii) Sohih Niat : Ikhlas semata-mata kerana Allah
2) Perbanyakkan solat-solat sunat
3) Jumpa orang untuk dakwahkan perkara ini
4) Doa supaya Allah jadikan hakikat solat ini jadi sifat kita.
SIFAT 3 : ILMU DAN ZIKIR

ILMU
Maksudnya :-
* Untuk mendapatkan manfaat secara langsung daripada zat Allah S.W.T kita
mestilah mempelajari ilmu agama yakni memastikan bahawa dalam keadaan
yang tertentu ini, apakah yang Allah S.W.T inginkan daripada saya?

Kelebihan :-
* Sayyidina Usman bin Affan (R) meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda “Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah orang yang
belajar Al-Quran dan mengajarkan-Nya”.

Cara mendapatkannya :-
1) Ilmu terbahagi kepada 2 :-
i) Ilmu Fadhail : Kita duduk dalam majlis Taklim
ii) Ilmu Masail : Kita kena jumpa ustaz (berkenaan hukum hakam)
2) Kena amal dan sampaikan setiap ilmu yang kita tahu
3) Jumpa orang untuk dakwahkan perkara ini
4) Doa supaya Allah permudahkan urusan untuk menuntut ilmu
ZIKIR
* Ilmu serta zikir ini saling bergandingan, kekurangan salah satu darinya, boleh
menyesatkan Kita

Maksudnya :-
* Mentaati segala perintah Allah S.W.T dengan penuh tumpuan kepadanya yakni
menyedari bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama saya dan dia sedang melihat
saya.

Kelebihan :-
* Sayyidina Muaz bin Jabal (R) berkata Rasulullah S.A.W bersabda “Setelah ahli
syurga memasuki syurga mereka tidak akan menyesal atas apa-apa daripada
perkara dunia kecuali masa yang telah berlalu di dunia tanpa mengingati
Allah”.
Cara mendapatkannya :-
1) Amalkan doa-doa masnun
2) Amalkan zikir 300 di sebelah pagi dan 300 di sebelah petang dan zikir-zikir
khas yang di ajar oleh Guru-guru Murshid
i) Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar ×100
ii) Allahumma saliala muhammad waala ali muhammad ×100
iii) Astaqfirullah halaziim ×100
* Baca Al-Quran 1 hari 1 Juz
* Banyak buat munajat doa(bukan baca doa) kepada Allah
3) Jumpa orang untuk dakwahkan perkara ini
4) Doa supaya hakikat zikir ini menjadi sifat kita
SIFAT 4 : IKRAM MUSLIMIN

Maksudnya :-
* Menyempurnakan dengan penuh tanggungjawab perintah-perintah Allah yang
Berkaitan dengan hamba-hamba Allah S.W.T yang lain dengan cara nabi S.A.W
dan dalam hal itu hendaklah mengambil kira kedudukan dan kemuliaan orang
Islam.

Kelebihan :-
* Sayyidina Anas (R) meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda “Sesiapa pun
dalam kalangan kamu tidak akan mencapai iman yang sempurna sehingga
dia mengasihi untuk saudaranya apa-apa yang dia kasih untuk dirinya
sendiri”.
Cara mendapatkannya :-
1) Muliakan orang Alim/Ulama’
2) Hormat orang tua
3) Kasih sayang kepada orang yang lebih muda dan sifat ikhsan pada makhluk
Allah
4) Jumpa orang untuk dakwahkan perkara ini
5) Doa supaya sifat ini jadi sifat kita
SIFAT 5 : IKHLAS NIAT

Maksudnya :-
* Menyempurnakan perintah-perintah Allah S.W.T semata-mata untuk
mendapat keredaan-Nya.

Kelebihan :-
*Sayyidina Abu Umamah Bahili (R) berkata Rasulullah S.A.W bersabda
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menerima amalan kecuali amalan yang
ikhlas semata-mata kerananya dan dibuat dengan tujuan semata-mata untuk
mendapatkan keredaan-Nya”.
Cara mendapatkannya :-
1) Periksa niat sebelum, semasa dan selepas buat amalan
2) Istiqamah buat amalan tersebut
3) Jumpa orang untuk dakwahkan perkara ini
4) Doa supaya Allah S.W.T letakkan dalam hati kita sifat ini.
SIFAT 6 : DAKWAH DAN TABLIGH

Maksudnya :-
* Kita hendaklah berusaha menghidupkan usaha agama dengan cara Rasulullah
S.A.W di seluruh alam untuk membetulkan keyakinan dan amalan kita sendiri
dan untuk membawa seluruh umat kepada keyakinan dan amalan yang betul.
Kelebihan :-
* Sayyidina Abu Hurairah (R) berkata bahawa beliau telah mendengar Rasulullah
S.A.W bersabda“Berdiri seketika di jalan Allah S.W.T adalah lebih baik
daripada beribadat pada malam Lailat Ul-Qadar dihadapan Hajar Ul-Aswad”.
Cara mendapatkannya :-
1) Buat usaha Baironi dan Maqomi
* Usaha Baironi : Keluar jalan Allah jauh-jauh (4 bulan)
* Usaha Maqomi : Usaha tempatan dan 5 amalan rumah
* Amalan Memakmurkan Masjid 5 kali sehari sekurang-kurangnya dan
hidupkan amalan 4 jam.
2) Khidmat Markas Nizamuddin 2 bulan
3) Bangunkan tempat Taklim Masturat mingguan
4) Banyakkan maktab Al-Quran di setiap marhala
5) Jaga nisab masturat
6) Jumpa orang untuk dakwahkan perkara ini
7) Doa supaya Allah S.W.T kekalkan kita dalam usaha ini.

Anda mungkin juga menyukai