Anda di halaman 1dari 28

BAB 1

1. Pengenalan Latihan Industri

1.1 Latihan Industri


Latihan industri merupakan sebahagian daripada elemen wajib yang perlu
diambil oleh semua pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun
Tua bagi melengkapkan persijilan Diploma Kemahiran Malaysia. Latihan industri ini
dijalankan selama 3 bulan di firma atau organisasi yang dipilih sendiri oleh pelajar
atau yang telah ditetapkan oleh pihak institut di bawah seliaan Cawangan Hubungan
Industri.

Latihan industri ini adalah satu kaedah bagi menyediakan para graduan
lepasan IKTBN Dusun Tua agar sentiasa bersedia dan berkemampuan untuk
menghadapi cabaran kerjaya di dalam industri Automotif sama ada dalam bidang
akademik mahupun bukan akademik dengan semangat penampilan profesionalisme
dan berketerampilan yang tinggi.

Selain itu, latihan industri akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang
situasi sebenar dunia pekerjaan disamping membantu meningkatkan kemahiran
sosial pelajar di alam pekerjaan .Sepanjang tempoh latihan industri, pelajar
didedahkan dengan pelbagai aktiviti dalam bidang tugas, walaupun bidang tugas
tidak dilakukan sepenuhnya oleh pelajar tetapi dengan bantuan dan seliaan penyelia
dari syarikat pelajar tetap diberi penerangan dan tunjuk ajar yang jelas dan cukup
berguna sebagai pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang yang dilatih.

Di akhir latihan industri, pelajar diharap dapat mencapai matlamat sasaran


dan memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang dipelajari dalam menghadapi
cabaran era globalisasi dunia hari ini yang semakin mencabar dengan perubahan
teknologi yang terkini.

1
1.2 Matlamat Latihan Industri

Latihan industri ke atas para pelajar atas beberapa tujuan tertentu


sebagaimana yang kita tahu antara tujuan utama dilaksanakan adalah supaya para
pelajar dapat memperolehi pengalaman tentang persekitaran alam perkerjaan yang
sebenar nanti. Ini bertujuan para graduan IKTBN akan lebih bersedia dan mudah
menyesuaikan diri pada masa akan datang. Justeru itu, para pelajar juga dapat
mempraktikkan segala yang telah dipelajari di dalam bengkel institut mahupun di
dalam bilik kuliah melalui perlaksanaan latihan industri.

Sebagaimana yang kita tahu, teori dan amali atau praktikal adalah dua
perkara yang berbeza di mana para pelajar akan menjadi lebih mudah memahami
sesuatu ilmu yang dipelajari secara teori sekiranya mereka terlibat secara langsung
secara pratikal. Ini membantu para pelajar menjadi lebih mahir dan matang untuk
menguruskan segala hal dan mengatasi semua masalah.

Melalui pelaksanaan latihan industri juga, para pelajar akan dapat mendidik
diri menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Ini kerana, dunia pekerjaan
sebenar memerlukan para pelajar bekerja di bawah pihak atasan masing - masing
dan mereka perlu mematuhi arahan pihak atasan mereka. Dalam pada masa itu,
setiap organisasi juga biasanya mempunyai peraturan - peraturan dan etika–etika
tersendiri yang perlu diikuti oleh setiap warga organisasi. Oleh itu , para pelajar yang
sedang menjalani latihan industri di sesebuah organisasi juga turut
bertanggungjawab mematuhi segala peraturan dan etika yang digaris pandukan oleh
setiap organisasi terlibat.

2
1.3 Skop Kerja Semasa LI

Sepanjang perlaksanaan latihan industri di Syarikat MIA AUTOWORK


ENTERPRISE, pihak penyelia diberi kebenaran untuk memberikan pendedahan
kepada para pelajar tugasan yang berbeza selagi ianya menepati skop pembelajaran
pelajar di dalam bidang yang dilatih.Para pelajar tidak hanya belajar mengenai
pengurusan sahaja, tetapi juga belajar mengenai pendawaian dan mekanikal kerana
ini adalah antara salah satu kerja utama dalam .Antara tugasan yang diberikan oleh
penyelia untuk dilaksanakan adalah berikut;
 Membuka panel kereta yang rosak dan ditukar ganti dengan yang baru.
 Membuka komponen dalaman kereta yang rosak untuk ditukar ganti yang
baru.
 Mengeluarkan barang yang ingin ditukar ganti dari stor dengan rujuk pada job
paper.
 Membuat QC(Quality Control) setelah kereta sudah siap diselenggara seperti
mencari kesalahan pada body kereta ,melakukan diagnosis untuk reset
throttle body serta untuk meletakkan dalaman kereta dalam keadaan bagus
dan melakukan uji pandu sebelum dipulangkan pada pelanggan.
 Melakukan welding untuk menyambungkan sesuatu panel.

3
BAB 2

2.1 Sejarah Syarikat

MIA AUTOWORK mendapat permulaan yang sederhana sebagai bengkel


kecil pada tahun 2018.Kami bermula dengan kerja-kerja membaiki kereta am untuk
semua jenis kenderaan bermotor.Pada tahun 2019,kami mendapati kami mempunyai
kelebihan dan semangat,kemahiran dan kepakaran untuk bekerja dengan kereta
Eropah benua terutamanya yang berada dalam barisan BMW AG.Dari situ kami
bercabang kepada yang jenama benua seperti Mini,Mercedes,kumpulan kereta
Volkswagen AG,VW dan Porsche.Ini termasuk servis,pembaikan dan kadangkala
pemulihan penuh kenderaan klasik.

2.2 Logo Syarikat

4
2.3 Visi & Misi

Visi

-Menjadi salah satu syarikat Malaysia terkemuka dalam bidang perkhidmatan


permotoran.

-Untuk mengeksport ciptaan Malaysia yang praktikal,inovatif dan harga berpatutan


untuk semua pemandu.

Misi

 Menyediakan perkhidmatan servis automotif pada kadar yang berpatutan


 Menawarkan kualiti produk dan perkhidmatan bertaraf dunia yang memenuhi
keperluan pelanggan dengan cara paling menjimatkan kos.
 Membangunkan tenaga kerja yang berkomitmen dan berkebolehan tinggi
dengan kesedaran keselamatan yang kukuh.
 Untuk bekerjasama dengan kerajaan dan sektor swasta dalam mesra alam
projek dalam talian.
 Menyumbang kepada komuniti dengan mempromosikan pemeliharaan alam
sekitar dan meningkatkan perkhidmatan komuniti kami.

2.4 Prosedur Bekerja

5
Syarikat ini beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Waktu
bekerja bermula jam 9:00 pagi sehingga jam 6:00 petang pada hari isnin hingga
jumaat dan pada hari sabtu syarikat beroperasi separuh hari iaitu jam 9:00 pagi
sehingga jam 2:00 tengah hari.Waktu beroperasi akan berubah hanya dalam bulan
puasa iaitu bermula jam 7:45 pagi sehingga 4:30 petang.

Hari Waktu bekerja Waktu rehat Waktu bekerja

Isnin- khamis 9:00am-2:30pm 2:30pm-1:30pm 1:30pm-6:00pm

Jumaat 9:00am-1:00pm 1:00am-2:30pm 2:30pm-6:00pm

Sabtu 9:00am-2:00pm

Ahad CUTI

6
2.5 Carta Organisasi Syarikat

En. Muhammad Izzat


Manager/Chief Mechanic

Mohd Faris Chan


Norjiha
Abdullah
Accountting
Workshop Supervisor

Mohd Harith Faisal


Assitant Supervisor

Muhammad Irfan
Supervisor 2

Nabil iffat Muhammad zaquan


mechanic mechanic

CARTA ORGANISASI MIA AUTOWORK

7
2.6 Fungsi Bahagian / Jabatan

 Manager
Menulis pesanan pembaikan ,menjadualkan kenderaan untuk pembaikan dan
penyelenggaraan pencegahan program.Menjalankan kerja mekanikal
elektrikal,tune-up baik pulih enjin,pembaikan dan menggantikan klac,brek
dsb.Memesan alat ganti kenderaan bersama penyelia.Menyimpan rekod dan
laporan kedai.

 Accaunting
Bertanggungjawab menyemak dan menyelaraskan akaun,memproses
pembayaran kepada rakan kongsi luar kami,pembekal dan mengekalkan rekod
kemas kini invois dan resit dan juga bertaggungjawab untuk mengutip bayaran
daripada pelanngan kami.Akhirnya dia memastikan kami memproses semua
transaksi kewangan dengan tepat dan tepat pada masanya.

 Work shop supervisor


Bertanggungjawab menguruskan khidmat,memberikan penjelasan teknikal,
merekod semua isu/data kepada jurutektik dengan tepat, mengemukakan
laporan, memantau status tuntutan, menyediakan kos anggaran kerja pembaikan
kereta, mengendalikan aduan pelanggan dan memastikan piawaian kepuasan
pelanggan adalah tinggi.

 Assistant supervisor
Bertanggungjawab menjadi leader bagi sekumpulan maintainer/pekerja,
melakukan taklimat sebelum bertugas, melakukan penilaian setelah bertugas,
membuat laporan kepada penyelia, membantu juruteknik jika ada masalah,
berhak menegur maintainer yang melanggar peraturan dan melaporkan pada
penyelia.

 Supervisor 2

Bertanggungjawab mengawalselia sekumpulan pekerja,memastikan aktiviti


operasi berjalan dengan lancar, menjadi wakil kepada manager untuk
mengutuskan pekerja – pekerjanya dan menjadi penghubung antara pekerja
dengan pihak atasan.

 Mechanic
Bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih
kenderaan mengikut skop pekerjaan masing – masing, melakukan kerja – kerja
mengikut kertas kerja yang dikeluarkan oleh service advisor, peka dan teliti

8
arahan daripada orang atasan, sentiasa melakukan kerja-kerja selenggara
mengikut waktu yang ditetapkan, memantau dan mengesahkan kerosakan lain
pada kereta serta laporkan pada advisor untuk dikemaskini supaya tidak
mendapat masalah dikemudian hari.

9
BAB 3

3.1 Ringkasan Tugasan Latihan Industri

Tugasan Minggu 1
1/3/2022 – 5/3/2022

Perkara Keterangan
 Alightment manual;  Membuka skru 10 tepi bumper
menggunakan cuppling box 10.
 Membuka klip tepi bumper
menggunakan clipdriver.
 Membuka skru 10 bawah
bumper menggunakan cuppling
box 10 total skru 6.
 Buka klip diatas cover radiator
dan keluarkannya.
 Buka 3 klip atas bumper.
 Cabut soket lampu sportlight,
lampu daylight dan camera.
 Turunkan bumper.

10
Tugasan Minggu 2
7/3/2022 – 12/3/2022

Perkara Keterangan
 Membuka Bumper Belakang  Membuka skru 10 tepi bumper
kiri dan kanan menggunakan
box screwdriver 10.
 Membuka clip tepi bumper kiri
dan kanan menggunakan
clipdriver.
 Membuka 4 clip dibawah
bumper menggunakan clipdriver.
 Membuka 2 skru 10 atas
bumper menggunakan box
screwdriver 10.

11
 Cabut soket sensor jika bumper
mempunyai lampu LED reflector
cabut juga soketnya dan
turunkan bumper.

Tugasan Minggu 3
14/3/2022 – 19/3/2022

Perkara Keterangan
 Menyimen Dan  Sediakan alatan menyimen seperti template
Menggosok dan scrapper.
Simen  Cari kawasan panel body kereta yang kemek
dan tanda dengan maker atau kertas pasir.
 Gosok kawasan kemek tersebut dengan kertas
pasir kasar.
 Gosok mestilah lebih daripada kawasan kemek
tersebut supaya simen mudah melekat dan
tidak tanggal apabila digosok pada panel
kereta..
 Bersihkan permukaan yang digosok dengan

12
kain bersih
 Sediakan poly putty (simen kasar) .
 Ambil poly putty dengan template dan
bancuhnya dengan hardener menggunakan
scrapper.
 Kuantiti poly putty mestilah lebih dari hardener
dan nisbahnya 10:1.Semakin banyak hardener
semakin cepat simen mengeras.
 Gaul sehingga sebati dan mulakan proses
menyimen.
 Simen ditempat yang digosok gunakan
scrapper atau template (ikut mana yang
sesuai).
 Simen sehingga kawasan tersebut tertutup.
 Tunggu sehingga simen kering dan mulakan
proses menggosok.
 Sediakan sanding block dan kertas pasir
100p.Lapik sanding block dengan kertas pasir
dan mulakan gosok.
 Gosok sehingga kawasan simen rata.
 Kemudian balas dengan kertas pasir 360p dan
akhir sekali balas dengan kertas pasir 1000
untuk melicinkan permukaan yang kasar.

Tugasan Minggu 4
21/3/2022 – 26/3/2022

Perkara Keterangan
 Masking Dan  Proses masking adalah sesuatu proses menutup
Mengecat sesuatu bahagian atau panel kereta dari pada
terkena cat dengan menggunakan masking tape,
kertas atau plastic.
 Lekat masking tape pada kertas atau plastik dan
tampal pada bahagian yang tidak ingin dicat.
 Mati cat menggunakan kertas pasir 800p pada
bahagian tersebut.
 Mati cat dilakukan untuk menguatkan cat

13
melekat pada kereta.
 Setelah siap, bersihkan kawasan permukaan
panel yang ingin dicat dengan solvent atau tag
rag.
 Bancuh cat primer untuk menutup kawasan
bersimen supaya tidak nampak bentuk kawasan
simen pada kereta.
 Cara bancuh primer adalah primer 1 liter +
hardener ½ liter + thinner ½ liter.
 Setelah bancuh masukkan dalam spraygun dan
cat kawasan tersebut.
 Tunggu sehingga kering dan gosok primer
menggunakan kertas pasir 1000p.
 Sesudah itu, lap permukaan dengan solvent.
 Bancuh cat basecoat atau solid dengan 1 liter cat
warna + ½ liter thinner.
 Masuk dalam spraygun dan cat bahagian panel
yang ingin dicat.
 Bancuh cat clear dengan sukatan clear 1 liter +
½ liter hardener + ½ liter thinner.
 Masuk dalam spraygun dan mulakan proses
clearcoat.
 Spray dibahagian yang hendak dicat dan biarkan
iya kering selama 5 hingga 8 jam.

Tugasan Minggu 5
28/3/2022 – 2/4/2022

Perkara Keterangan
 Polish  Sediakan peralatan polish seperti
mesin polish,corduroy pad, waxing
sponge, compound, wax, glass
block, masking tape dan kertas pasir
2000p.
 Masking terlebih dahulu bahagian
yang mudah koyak cat atau
sensitive seperti kawasan berbucu,
chrome cover dan cermin.

14
 Gosok kawasan clear leleh atau
habuk kecil pada panel
menggunakan kertas pasir 2000
yang dilapik glass block.
 Gosok sehingga rata dan jangan
sampai koyak.
 Sesudah itu, sapu compound pada
bahagian yang gosok dan polish
menggunakan corduroy pad.
 Polish dalam 3 kali sehingga warna
naik kembali.
 Setelah itu, sapu wax pada
bahagian yang sudah di polish.
 Polish menggunakan waxing
sponge selama 3 kali.
 Setelah selesai semuanya, lap
kawasan yang terkena habuk
menggunakan kain yang bersih dan
licin.

Tugasan Minggu 6
4/4/2022 – 9/4/2022

Perkara Keterangan
 Membuka  Buka cover skru viper dengan menggunakan
Dan skrudriver flat kecil.
Memasang  Buka skru 14 viper menggunakan cuppling box 14
Cermin. dan keluarkan viper.
 Buka getah kiri dan kanan cover viper.
 Buka klip kiri dan kanan cover viper lalu keluarkan
cover viper dari kereta.

15
 Jika ade cover getah keliling cermin keluarkan
dahulu.
 Mulakan proses membuka cermin dengan
menggunakan glass knife.
 Potong silikon cermin dari kanan sehingga kiri.
 Bahagian bawah potong silikon menggunakan pisau
pemotong dari dalam kereta.
 Setelah itu keluarkan cermin dari kereta.
 Kikis silikon pada kawasan letak cermin di kereta
dan bersihkannya dengan solvent.
 Kemudian sapu gam cermin serta tampal kembali
silikon keliling permukaan cermin pada kereta.
 Lekatkan glass holder pada cermin baru bagi
memudahkan untuk mengangkat cermin.
 Sapu solvent serta gam cermin pada keliling cermin
baru.
 Angkat cermin dan lekatkan pada kereta.
 Lekatkan tape pada kereta dan cermin supaya
cermin tidak bergerak.
 Setelah itu pasang semula cover viper beserta
viper.
 Pasang getah tepi viper serta ikat skru 14 viper dan
lekatkan semula cover skru viper.
 Lekatkan kembali getah keliling cermin jika ada.

Tugasan Minggu 7
11/4/2022 – 16/4/2022

Perkara Keterangan
 Membuka Pasang  Turunkan bumper dan kosongkan boot
End Panel Belakang belakang.
 Buka wayar sensor belakang serta buka
reinforcement bumper.
 Membuka end panel dengan gerudi

16
kawasan bekas welding.
 Jangan gerudi end panel sehingga tembus
ke boot.
 Gerudi keliling kawasan welding end panel.
 Setelah selesai, ketuk end panel dengan
hammer besar dengan kuat.
 Keluarkan end panel dari kereta.
 Ketuk dan betulkan kawasan
penyambungan antara end panel dan boot.
 Tebuk lubang pada end panel baru
dikelilingnya.
 Angkat end panel baru dan lekatkan pada
boot dengan locking plier.
 Mulakan proses welding dengan
menggunakan mesin welding.
 Welding keliling lubang yang sudah ditebuk
sehingga selesai.

Tugasan Minggu 8
18/4/2022 – 23/4/2022

Perkara Keterangan
 Membuka Pasang  Membuka nut 21 tayar dan keluarkan tayar.
Absorber  Buka skru 19 absorber menggunakan box
19.
 Cabut klip sensor brake serta skru 12

17
menggunakan cuppling box 12.
 Pegang absorber serta buka nut 14 atas
absorber dan keluarkan absorber.
 Buka spring absorber menggunakan mesin
clamp absorber.
 Selepas itu buka satu lagi nut 14 absorber
dan keluarkan spring dari absorber.
 Pasang semula spring pada absorber baru
dan ikat balik nut 14 menggunakan box 14.
 Ikat satu lagi nut 14 atas absober pada
kereta kemudian ikat skru 19 antara
absorber dan knuckle.
 Ikat skru 12 sensor pada absorber
menggunakan spanar cuppling box.
 Ikat tidak terlalu ketat kerana skru mudah
loose.
 Sambung semula klip pada absorber dan
pasang tayar dengan ikat nut 21.

Tugasan Minggu 9
25/4/2022 – 30/4/2022

Perkara Keterangan
 Mengetuk panel  Sediakan alatan mengetuk
seperti hook dent removal, dolly
dan tukul kepala rata.
 Gunakan hook denk untuk

18
menekan kemek darl dalam
panel seperti panel pintu.
 Kemudian gunakan tukul kepala
rata untuk meratakan bahagian
yang timbul pada permukaan
panel.
 Tahan dolly semasa mengetuk
panel untuk tidak membiarkan
panel kemek semula.
 Ketuk sehingga panel dalam
70% rata dari sebelumnya.

Tugasan Minggu 10 Dan 11


2/5/2022 – 7/5/2022 Cuti Raya Aidilfitri
9/5/2022 – 14/5/2022

Perkara Keterangan
 Pasang Bumper  Pasang kembali lampu sportlight dan
covernya lalu ikat skru menggunakan
skrudriver.

19
 Tampal double tape pada cover sensor yang
telah dibuka.
 Ukur lubang cover sensensor dengan lubang
pada bumper lalu lekatkan.
 Lekatkan cube hijau kiri dan kanan bumper
dengan double tape.
 Tampal double pada skirt bumper dan
lekatkan clip serta ikat skru 8 .
 Pasang cover radiator enjin pada bumber
beserta camera.
 Angkat bumper dan sambung soket camera
beserta soket lampu sportlight.
 Ikat skru 10 tepi bumper beserta klip.
 Kemudian ikat skru 10 bawah bumper
menggunakan cuppling box 10.
 Pasang cover hitam atas bumper beserta logo
dan pasang klipnya.
 Pasang cover atas enjin beserta cover dan no
plate.

Tugasan Minggu 12
17/5/2022 – 21/5/2022

Perkara Keterangan
 Menukar Brake Pad  Jek kereta dan buka tayar nut 21
menggunakan box 21.
 Buka2 skru calliper.
 Tarik keluar brake pad dari

20
calliper.
 Pasang brake pad baru ke
tempatnya semula.
 Pasang brake calliper dan ikat
skrunya semula.
 Pasangkan tayar semula dan
pam brake sehingga tekanan
brake sempurna.

Tugasan Minggu 13
23/5/2022 – 28/5/2022

Perkara Keterangan
 Turun Enjin Kereta  Buka bumper beserta bonet.
 Buka reinforcement bumper dan
keluarkan dari kereta.

21
 Buka panel atas radiator.
 Keluarkan minyak enjin serta air
radiator dari enjin.
 Buka skru 10 hos condencer serta hos
radiator dan keluarkan radiator set.
 Buka bateri dan alas bateri lalu
keluarkannya dari kereta.
 Buka hos air filter serta buka skru
kotak air filter dan keluarnya dari
kereta.
 Buka klip tali handbrake.
 Membuka semua soket enjin room
wayar.
 Buka skru 14 kempat – empat
mounting hitam belakang, hadapan,
kiri dan kanan enjin.
 Ikat rantai jek enjin pada depan dan
belakang enjin.(Pastikan dilakukan
sebelum membuka mounting kiri dan
kanan.
 Setalah itu keluarkan enjin dengan
berhati – hati dan turunkan.

BAB 4

Cabaran Dan Penyelesaian

22
Sepanjang menjalani Latihan Amali/Industri ini saya mendapati bahawa terdapat
beberapa cabaran yang saya hadapi sebelum dan semasa latihan industri.
Antaranya ialah :
Cabaran 1
Kekurangan pekerja maintainer tetapi kereta kemalangan masuk tertalu banyak.Ini
menyebabkan kerja - kerja baik pulih menjadi lambat.
Penyelesaian
Baik pulih dahulu kereta yang mana stok barang kereta sudah ada dan complete dan
adakala menghantar sedikit kereta kepada divisi body and paint syarikat Laser Motor
yang lebih besar kerana disana terdapat banyak pekerja.
Cabaran 2
Bekerja dengan sekumpulan maintainer yang bukan sama bangsa menyebabkan
susah untuk berinteraksi dan faham.
Penyelesaian
Tidak bercakap
Cabaran 3
Bekerja seperti lembu yang dicucuk hidungnya tetapi elaun yang dibagi tidak
memadai dengan hasil kerja.
Penyelasaian
Tidak ada penyelesai sebab kita sudah pun praktikal disitu jika menukar tempat
praktikal lain hanya sebab itu pasti latihan industri akan digagalkan serta merta oleh
pihak institut. Oleh itu, jika tak nak perkara itu terjadi lakukan survey sesebuah
syarikat dengan teliti tentang skop kerja sesebuah syarikat kerana ini adalah salah
satu cara untuk kita tahu apa yang akan dilakukan oleh kita apabila berada disyarikat
tersebut bak kata pepatah hidup janganlah menjadi lalang , ditiup kekiri maka
melentoklah kekiri, ditiup kekanan maka melentoklah kekanan tetapi hidup biarlah
mengikut resam padi, walau ditiup kekiri atau kekanan padi akan setia menanti
disitu.

BAB 5

23
Kesimpulan

Setelah menjalani kursus latihan industri selama 3 bulan bermula 1 Mac 2022
sehingga 28 May 2022 dI MIA AUTOWORK, saya dapat rasai bagaimana suasana
kerja dan cara bekerja dengan betul. Melalui latihan industri ini, saya telah di
dedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar dan dapat praktikan segala yang
telah saya pelajari semasa mengikuti pembelajaran di Insitut Kemahiran Tinggi Belia
Negara Dusun Tua. Ternyata alam pekerjaan dan pembelajaraan adalah perkara
yang berbeza. Selain itu, saya dapat mendisiplinkan diri kerana alam pekerjaan ini.

Dalam tempoh menjalani latihan industri di MIA AUTOWORK banyak pengetahuan


dan pengalaman baru yang saya terima ketika melakukan kerja. Pengetahuan dan
pengalaman ini amat berguna untuk memajukan diri dan membantu untuk
kemudahan di masa hadapan terutama sekali dalam bidang pengurusan. Saya juga
telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas yang diberikan secara
tidak langsung saya juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan
setiap kakitangan di dalam pekerjaan. Pendedahan kepada alam pekerjaan yang
sebenar adalah baik kepada para pelajar terutamanya untuk membuka minda dan
pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi. Pelajar juga dapat
mengenal pasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi
pekerjaan yang sebenar.

Banyak cabaran yang saya tempuhi terutama sekali apabila ditempatkan di bidang
automotif. Pelbagai ragam manusia yang perlu ditempuhi setiap hari yang datang
untuk berurusan, Pada mulanya agak sukar untuk saya mengatasi masalah
pelanggan yang datang berurusan kerana tidak pernah berhadapan dengan perkara
tersebut namun dengan bantuan daripada rakan sekerja lama-kelamaan saya dapat
mengatasi masalah tersebut dengan sendiri.

LAMPIRAN

24
Profile Syarikat

Key People Profile

Financial Information

25
Income Statement

Company Picture

26
Polisi Dan Peraturan Syarikat

27
RUJUKAN

Email:
miaautowork@gmail.com

Facebook:
https://www.facebook.com/izzat977
/

Waze Direct:
https://www.waze.com/en-GB/live-map/directions/malaysia/selangor/shah-alam/m
ia-autowork?to=place.ChIJnx3Tt21PzDERE1PlMB7xe0
s

Remainder of this page is intentionally left blank

28

Anda mungkin juga menyukai