Anda di halaman 1dari 1

Permainan tradisional ialah permainan tradisi nenek moyang kita yang diwarisi

sehingga kini secara turun-temurun seperti permainan wau atau laying-


layang, gasing, congkak dan sepak raga. Pada hari ini, generasi muda kurang
bermain permainan tradisional ini kerana pendedahan terhadap permainan ini
amat kurang dilakukan oleh pihak tertentu.
Permainan gasing dan laying-layang atau wau sering dimainkan oleh
golongan lelaki. Pemilik gasing yang berjaya membuatkan gasingnya berpusing
lama dan pemilik wau yang berjaya menaikkan waunya dengan hebat dan lama
di udara dianggap sebagai pemenang. Pada hari ini, gasing dan wau kerap
dimainkan dalam pesta kebudayaan dan kesenian di setiap negeri sebagai satu
cara untuk menarik para pelancong.
Permainan congkak pula memerlukan papan congkak beserta buah
congkak. Pemain akan mengalahkan pihak lawan dengan mengumpulkan buah
congkak yang paling banyak. Permainan sepak raga pula dimainkan dengan
menyepak bole ke gelenggang pihak lawan secara pantas agar pihak lawan
tidak dapat membalas bola itu ke dalam petak gelanggang pihak lawan mereka.
Pasukan yang mengumpulkan banyak mata dalam perlawanan akan digelar
juara.
Permainan tradisional ini memang banyak kelebihan, antaranya dapat
memupuk semangat setia kawan dan mengeratkan hubungan sesama pemain.
Mereka turut mengamalkan nilai-nilai hidup yang murni semasa perlawanan.
Kalah atau menang dalam perlawanan dianggap adat permainan.
Kesimpulannya, permainan tradisional perlu dipopularkan semula supaya
warisan kesenian bangsa dapat dikekalkan untuk tontonan generasi pada masa
akan datang. Semua pihak seperti ibu bapa, sekolah, media massa dan kerajaan
perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan permainan
tradisional tidak terus terpinggir dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai