Anda di halaman 1dari 5

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019

ARAHAN TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT

Mata Pelajaran : Pertanian


Kod : 3729/2

Arahan tugasan pentaksiran pusat ini mengandungi 5 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
3729/2(ATP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 3729/2(ATP)

1.0 ARAHAN KEPADA GURU

1.1 Memuat turun semua dokumen berkaitan kerja kursus.

1.2 Memahami sepenuhnya prosedur pelaksanaan kerja kursus.

1.3 Merancang pelaksanaan kerja kursus ini dengan teratur dalam tempoh masa
yang ditetapkan.

1.4 Memberi taklimat pelaksanaan kerja kursus kepada calon.

1.5 Menetapkan masa menyiapkan tugasan Kerja Kursus dan Pelaporan pada waktu
yang berasingan.

1.6 Mencetak dan membekalkan Kertas Peperiksaan kepada calon pada hari
peperiksaan amali dijalankan.

1.7 Kerja Kursus perlu dilakukan secara individu tetapi kerja penjagaan dan pengurusan
boleh dilakukan secara berkumpulan tidak lebih daripada 5 calon.

1.8 Jika sekolah mempunyai calon yang ramai, kerja kursus perlu dilakukan
mengikut sidang.

1.9 Pelaporan perlu disediakan secara individu. Penyediaan pelaporan hendaklah


dilakukan dalam waktu pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan dikawal selia
oleh guru.

1.10 Memberi bimbingan dan cadangan kepada calon untuk mencari sumber rujukan
dan maklumat tentang pelaksanaan tugasan kerja kursus yang diberikan.

1.11 Menyediakan segala kemudahan peralatan dan bahan kepada calon untuk
melaksanakan kerja kursus.

1.12 Memastikan semua hasil kerja calon adalah atas usaha sendiri dan tidak ditiru atau
dibuat oleh pihak lain.

1.13 Guru DILARANG sama sekali membantu calon membuat atau melakukan
kerja kursus.

[Lihat halaman sebelah


3729/2(ATP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 3729/2(ATP)

1.14 Bagi tugasan Kerja Amali, guru perlu merakam gambar foto untuk dijadikan
bahan bukti bahawa proses pentaksiran telah dilaksanakan.

1.15 Menyimpan bahan pelaporan atau evidens ke dalam fail dan disimpan di
tempat selamat.

1.16 Mengguna dan merujuk kepada Rubrik Penskoran terkini yang telah
dimuat naik sebagai alat pentaksiran untuk pemberian skor kepada calon.

1.17 Mencetak dan membekalkan Rubrik Penskoran kepada calon sebagai panduan
tentang proses penilaian dan penskoran yang diberi.

1.18 Membuat pentaksiran dan memberi skor kepada tugasan calon menggunakan
Borang Skor Calon dan Borang Skor Kelompok Calon yang disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan.

1.19 Skor calon hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan.

PERHATIAN

Guru dikehendaki menanam lima pokok sayuran dengan


pembajaan menggunakan baja kimia sebagai perbandingan
kepada kerja amali calon.

[Lihat halaman sebelah


3729/2(ATP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 3729/2(ATP)

2.0 (a) SENARAI SEMAK ALATAN DAN BAHAN AMALI MENGHASILKAN


LARUTAN BAJA ORGANIK FERMENTED PLANT JUICES (FPJ)

Senarai Semak (  )
Bil. Alatan / Bahan Kuantiti
Pentaksir Penyelaras

1 Sayuran hijau 200 g / calon

2 Gula merah / larutan gula merah 200 g / calon

3 Kertas putih / kain 1 helai / calon

4 Getah gelang 1 unit / calon

5 Botol / balang 1 unit / calon

6 Pisau 1 unit / calon

7 Alas / papan pemotong 1 unit / calon

8 Bekas / besen plastik 1 unit / calon

9 Senduk 1 unit / calon

10 Penimbang 1 (Berkongsi)

11 Alatan / bahan lain yang sesuai Secukupnya


3729/2(ATP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 5 3729/2(ATP)

2.0 (b) SENARAI SEMAK ALATAN DAN BAHAN AMALI MENGHASILKAN


LARUTAN BAJA ORGANIK FERMENTED FRUIT JUICES (FFJ)

Senarai Semak (  )
Bil. Alatan / Bahan Kuantiti
Pentaksir Penyelaras

1 Buah-buahan 200 g / calon

2 Gula merah / larutan gula merah 200 g / calon

3 Kertas putih / kain 1 helai / calon

4 Getah gelang 1 unit / calon

5 Botol / balang 1 unit / calon

6 Pisau 1 unit / calon

7 Alas / papan pemotong 1 unit / calon

8 Bekas / besen plastik 1 unit / calon

9 Senduk 1 unit / calon

10 Penimbang 1 (Berkongsi)

11 Alatan / bahan lain yang sesuai Secukupnya

ARAHAN TUGASAN PENTAKSIRAN TAMAT


3729/2(ATP) © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Anda mungkin juga menyukai