Anda di halaman 1dari 9

Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021) – Dalam Talian

9 & 10 November 2021 e-ISSN 2811-4051

PENGGUNAAN BAHASA ARAB DIKALANGAN MUTAWWIF


UMRAH : SATU TINJAUAN

Mohd Sabri Bin Jamaludin


Akademi Pengajian Islam Kontemporari(Acis)
Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM)
Alor Gajah Melaka
uitmsabri.2021@gmail.com

S. Salahudin Bin Hj. Suyurno


Akademi Pengajian Islam Kontemporari
(Acis) Universiti Teknologi Mara Malaysia
(UiTM)
Alor Gajah Melaka
s.salahud@uitm.edu.my

Khairul Azhar Bin Meerangani


Akademi Pengajian Islam Kontemporari
(Acis) Universiti Teknologi Mara Malaysia
(UiTM)
Alor Gajah Melaka
azharmeerangani@uitm.edu.my

Nurul Adilah Binti Ahmad Kamal


Guru Bahasa Arab
Sekolah Menengah Agama Rantau(SABK)
Kuala Sawah, Rantau Negeri Sembilan
nuruladilah.ahmadkamal@gmail.com

ABSTRAK
Penguasaan bahasa merupakan satu kelebihan bagi para pendidik,jurubimbing
pelancongan dan juga Mutawwif dalam industri Umrah dan Ziarah. Banyak
bahasa yang dikuasai dilihat sebagai satu keunikan dan luar biasa yang dimiliki
oleh seseorang itu. Dalam Industri Umrah dan Ziarah, sudah pasti destinasi dan
segala pengurusan dan aktiviti semuanya dilaksanakan di Mekah Al-
Mukaramah, Arab Saudi. Selama 12 hari 10 Malam para Mutawwif akan
membimbing para Jemaah Umrah ditemani dengan orang-orang tempatan yang
berbangsa Arab. Sudah pasti bagi memudahkan segala urusan, kemampuan
dalam berkomunikasi dalam Bahasa Arab adalah suatu kelebihan. Bermula dari
atas pesawat menuju ke Jeddah atau Madinah, para anak kapal adalah
warganegara Arab mahir dalam Bahasa Arab sehinggalah pengurusan ‘check
in’ di Hotel, Pengangkutan untuk program lawatan dan ziarah, Urusan
pendaftaran bagi ke muzium dan lain-lain lagi.Jarang bahasa English
dipertuturkan di Tanah Suci kerana penduduk tempatan tidak mahir
berkomunikasi selain bahasa Arab. Justeru, artikel ini akan meninjau
sejauhmana pengamalan dan pengaplikasian penggunaan Bahasa Arab dalam

1066
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021) – Dalam Talian
9 & 10 November 2021 e-ISSN 2811-4051

kalangan Mutawwif Umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Kata Kunci : Mutawwif, Bahasa Arab. Umrah dan Ziarah, Tanah Suci, Malaysia

PENGENALAN

Tanah suci Mekah dan Madinah terletak di Arab Saudi. Mekah yang terletak dibahagian barat
Negara Arab Saudi, dikelilingi bukit-bukau dari setiap penjuru yang ada. Mekah berada pada
jarak 73 kilometer daripada Timur Jeddah. Nama penuh bagi Mekah yang sering digunapakai
ialah Makkah Al- Mukaramah. Para ulama begitu mengambil berat dan berhati-hati terhadap
nama-nama Makkah kerana ditakuti nama yang tidak sesuai digunapakai lalu memberikan
gambaran kekurangan dan kecacatan kepada kebesaran dan kemuliaan serta ketinggian
Makkah itu sendiri (Telaga Biru, 2015) .

Ini dibuktikan melalui Firman Allah Taala :


‫ل‬ ‫ل ۡ لۡ ل ك‬ ‫كل‬ ‫ك ل‬ ‫ك ل‬ ‫لك ل‬ ‫ك ك‬
ۚ‫لَُ لَ ذَهي كّ ََِۡ لهَ كِ ۡۚ لَُۡ ۡۚ لَََِۡهَلُ ۡۚ َ ۡۡ كِۚ ِ ه لَ ۡۡ هۢ لَِّ هِ نۢ لَ ۡۡ هِ َۡ ََۡ لَُ ۡۚ لََ ۡۡ هِ ۡ م‬
‫لل ل كك ل ل ۡ ل ك ل‬
‫َۡ ِل هص ي‬
‫را‬ َََۡ ‫ََۡ ذّ ِهَا‬

Maksudnya : dan Dia lah Yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik)
daripada melakukan perkara Yang buruk terhadap kamu, dan tangan kamu
daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan Makkah, sesudah ia
menjadikan kamu dapat menewaskan mereka. dan (ingatlah), Allah adalah
Maha melihat akan Segala Yang kamu kerjakan.

(Surah Al-Fath 48:24)

Makkah ertinya mengurangkan atau menghapuskan. Nama ini begitu sesuai sekali
bagi memberi satu kedudukan dan ketinggian terhadap bumi Makkah itu sendiri sebagai
Tanah Haram. Tidak cukup dengan itu, Umat Islam yang hadir dan datang ke Makkah dengan
meletakkan niat dan kesungguhan yang Ikhlas dalam memberi ketaatan sepenuhnya Kepada
Allah SWT akan dihapuskan segala dosa atau dikurangkan dosa-dosa mereka oleh Allah
SWT. Bagi orang yang masuk ke Makkah bertujuan untuk mewujudkan kacau bilau,
kerosakan dan kemusnahan, janji Allah Taala untuk menjaga dan melindungi bumi Makkah
dengan membinasakan semua golongan ini dan balasan yang keras di Akhirat kelak.

Madinah juga tidak ketinggalan merupakan satu lokasi dan kedudukan yang sangat
subur malah berada ditengah-tengah oasis (lembah) yang aktif. Madinah juga digelar sebagai
Tanah Haram dimana jarak ukurannya adalah 16 KM. Jarak ini diambil berdasarkan kepada
jarak Jabal Tsur dari Masjid Nabawi yang jaraknya 8 KM serta jarak Jabal `Eir ke Masjid
Nabawi yang mempunyai jarak yang sama 8 KM. Jarak Makkah ke Madinah adalah 430 KM
manakala dari Jeddah ke Madinah 400 KM (Mapjabil et al., 2015).

Justeru, kertas kerja ini ditulis untuk melihat sejauhmana pengamalan dan penguasaan
Bahasa Arab yang menjadi bahasa rasmi dan juga bahasa harian bagi segala urusan rasmi dan
tidak rasmi di Arab Saudi khusus di Mekah dan Madinah dalam kalangan Mutawwif yang

1067
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021) – Dalam Talian
9 & 10 November 2021 e-ISSN 2811-4051

bertugas dalam membimbing Jemaah Umrah di Tanah Suci.

DEFINISI MUTAWWIF UMRAH DAN ZIARAH

Mutawwif berasal dari perkataan Bahasa Arab iaitu “‫ ”طوف يطوف مطوف‬bermaksud orang
yang membimbing dalam perlaksanaan tawaf. Perlaksanaan tawaf merupakan salah satu
rukun yang wajib dibuat oleh para Jemaah sebelum meneruskan ke rukun-rukun yang lain.
Malah perlaksanaan tawaf ini juga jauh lebih mulia berbanding rukun-rukun yang lain kerana
para Jemaah perlu mempunyai wudhuk dan terikat dengan syarat-syarat sah dari
mengelakkan perkara yang membatalkan tawaf ketika melakukan pusingan tawaf (Jamaludin
& Bakar, 2021).

Ini berdasarkan Firman Allah SWT :


ۡ ‫ك ك ۡلۡ ك ا لل لك ۡ لۡك ك ا ك ك ل ك ۡ لۡلك ك ك ا‬
‫َبل ۡۡ ۡ ل‬
ِۡ
‫ِ ذِۡۡ ه ه‬
‫ه‬ ‫ثۚ لَُۡا َََِۚ َلََُا ََُُُۚ َلََُۡا ِ ه‬

Maksudnya : Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya


dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan
hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) Yang tua
sejarahnya itu".

(Surah Al-Hajj 22 :29)

PERANAN MUTAWWIF UMRAH DAN ZIARAH

Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang mutawwif bukan sesuatu yang mudah seperti yang
disangkakan. Tugasan ini penuh dengan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka
dalam memastikan segala perlaksanaan Ibadah Umrah dan Ziarah oleh para Jemaah yang
dibimbing dijayakan dengan tertib dan sempurna.

Membimbing lapisan dari umur-umur yang pelbagai dikalangan Jemaah merupakan


satu cabaran yang sangat besar oleh Mutawwif. Rakyat Malaysia kurang terdedah untuk
menunaikan Ibadah ini pada usia yang muda. Rata-rata mereka pada usia muda, banyak
dihabiskan dengan komitmen dan tugasan kerja dan tanggungjawab hakiki mereka dalam
mencari nafkah untuk diri dan keluarga. Oleh yang demikian, ramai Jemaah yang
menunaikan Ibadah ini pada usia dewasa dan tua.

Justeru, tidak kira siapa yang hadir dan dipertanggungjawabkan dalam setiap program
yang perlu dibimbing oleh para Mutawwif, maka mereka pasti akan bersiap sedia dari aspek
mental, fizikal, kesihatan dan juga kerohanian. Para Mutawwif perlu menguasai banyak ilmu-
ilmu yang utama khusus berkaitan Manasikh Umrah dan Ziarah di Makkah dan Madinah.
Persiapan ini bertujuan untuk membantu dan juga memberi perkhidmatan yang terbaik
sepenuhnya kepada para Jemaah ketika dibimbing.

1068
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021) – Dalam Talian
9 & 10 November 2021 e-ISSN 2811-4051

Menurut Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan (SKPK) (2016), Para Mutawwif di


Malaysia boleh dikategorikan sebagai memenuhi tahap kompetensi dalam bidang Mutawwif
dengan mengikuti persijilan Sijil Kemahiran Malaysia atau SKM pada tahap tiga (3).
Mutawwif yang mengambil persijilan ini boleh mengikuti melalui Pusat Bertauliah atau PB
dan juga Pengiktirafan Percapaian Terdahulu atau PPT.

Menurut SKPK Bimbingan Umrah dan Ziarah Tahap 3, para Mutawwif perlu
menguasai kompetensi berikut yang dinamakan sebagai Competency Unit atau CU . Terdiri
daripada :
1. Perlaksanaan Kursus Umrah dan Doa
2. Perlaksanaan Tazkirah Penyucian Jiwa dan Akidah
3. Perlaksanaan Ibadah Umum
4. Perlaksanaan Ziarah Madinah
5. Perlaksanaan Ziarah Makkah

Para Mutawwif perlu menguasai CU ini bagi mengiktiraf mereka sebagai seorang
Mutawwif yang benar-benar professional dan terlatih. Kelima-lima CU ini merupakan
gambaran yang jelas peranan dan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh Mutawwif sepanjang
membimbing Jemaah selama 12 hari 10 malam di Makkah dan juga Madinah. Mutawwif
perlu berperanan sebagai penyumbang dan pembimbing yang sukses serta mempunyai
kompetensi yang cemerlang pada pandangan mata Jemaah yang dibimbing mereka.

PENGGUNAAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MUTAWWIF

Aspek pemilihan Mutawwif yang dipilih sebagai Mutawwif adalah yang boleh berbahasa
Arab dengan baik. Tidak cukup dengan itu, mempunyai pengalaman yang lama di Makkah
dan juga Madinah merupakan satu kelebihan. Ini kerana, segala urusan dan kerjasama yang
terbentuk sepanjang proses membimbing Jemaah Umrah di Arab Saudi adalah menggunakan
bahasa Arab.

Namun, tidak semua urusan menggunapakai bahasa arab sebagai bahasa rasmi. Jika
urusan yang dilaksanakan melibatkan pengurusan atasan, bahasa inggeris juga menjadi
bahasa komunikasi oleh mereka. Namun keutamaan adalah bahasa arab. Dari aspek jual beli
dan urus dagang bersama para peniaga di gerai, kedai tepi jalan dan juga pasaraya,
kebanyakan mereka menggunakan bahasa arab dan juga Indonesia yang mirip kelihatan
melayu.

Ini boleh diambil contoh sebagai perkataan ‘apa khabar’, ‘mari-mari beli’, ‘murah-
murah’, ‘barang baik’ dan pelbagai lagi. Mutawwif yang berurusniaga bersama para penjual
dilihat tidak kekok dan janggal kerana bahasa pasar seringkali digunapakai. Para Jemaah juga
tidak susah untuk melakukan jual beli kerana para peniaga kebanyakannya adalah orang luar
yang bekerja disitu sebagai penjual yang ramai datang dari Negara Pakistan dan Indonesia.

Ketika menaiki bas untuk ziarah bersama Jemaah, rata-rata pemandu bas agak sukar
untuk berbahasa selain Arab. Jadi, para Mutawwif perlu mengaplikasikan penguasaan Bahasa
Arab bersama pemandu Bas dalam memberi panduan kemana lokasi dan destinasi yang perlu
dituju untuk membawa Jemaah. Jika gagal, masalah komunikasi akan berlaku dimana akan

1069
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021) – Dalam Talian
9 & 10 November 2021 e-ISSN 2811-4051

wujud beberapa lokasi tidak akan dibawa oleh pemandu Bas akibat salah faham tersebut.

Selain itu, segala urusan di lapangan terbang di Jeddah dan juga Madinah merupakan
satu platform dimana para Mutawwif akan diuji kebolehan dalam berurusan dengan pihak
Imegresen dan juga para pekerja di Lapangan Terbang. Antara isu yang sering menjadi
tumpuan dan berlaku dalam kalangan Jemaah Umrah ialah :

i. Jemaah uzur dan jatuh sakit akibat dari berada lama dalam kapal terbang .
ii. Jemaah gagal melepasi kaunter imegresen akibat masalah passport .
iii. Jemaah gagal dalam membuktikan mahram yang dibawa .
iv. Beg bagasi Jemaah hilang akibat kecuaian para pekerja lapangan terbang .
v. Jemaah hilang gagal ditemui akibat sesat .
vi. Hilang pertimbangan dalam kalangan Jemaah membuatkan emosi tidak stabil lalu
marah kepada petugas di lapangan terbang.

Isu yang berlaku di lapangan terbang ini, perlu diuruskan dengan penuh professional
dan menjaga etika bersama staf yang berbangsa Arab dan menggunakan bahasa Arab
sepenuhnya. Jika Mutawwif gagal dalam berkomunikasi dengan baik dan lancar, situasi akan
menjadi lebih teruk dan terganggu.

MANFAAT MUTAWWIF YANG MAHIR BERBAHASA ARAB

Imej dan profesionalisme seorang Mutawwif merupakan suatu yang perlu dijaga dan sering
diberi perhatian oleh para Jemaah yang menunaikan Ibadah Umrah. Mutawwif itu diibaratkan
sebagai tali yang bertindak menghubungkan ahli Jemaah yang dipertanggungjawabkan
kepada Mutawwif untuk mendapat bimbingan yang terbaik dan paling utama Umrah
Mabrurah.

Mutawwif sebagai jurupandu dan jurubimbing yang menjadi tempat bergantung


sepenuhnya oleh Jemaah. Justeru, pemilihan Mutawwif itu penting dan perlu diteliti dengan
baik agar kompetensi Mutawwif itu dapat diimplementasikan oleh Mutawwif dengan
cemerlang. Mutawwif yang kompeten juga antaranya berkemampuan berkomunikasi dengan
Bahasa Arab secara fasih dan lancar. Banyak kelebihan jika seseorang mampu menguasai
bahasa asing selain bahasa ibunda bagi Negara masing-masing(Mahmad et al., 2021).

Tugas Mutawwif dilihat banyak mempermudahkan semua urusan para Jemaah ketika
di Tanah Suci. Tugasan sebagai jurubahasa, jurukomunikasi dan penterjemah dalam Bahasa
Arab ke Bahasa Melayu dilihat sebagai peranan yang paling menonjol. Jemaah sering
meminta pertolongan dari Mutawwif bagi urusan mendapatkan barangan dan perkhidmatan di
Tanah Suci sebagai contoh untuk ke Masjid Aisyah bagi Berniat Ihram Umrah di Miqat .
Jemaah yang sudah biasa ke Tanah Suci lebih dari 2 atau lebih sudah mampu memahami
keadaan dan lokasi di Tanah Suci dengan baik meskipun berhati-hati.

Untuk ke Miqat, perlu mendapatkan perkhidmatan ‘Ujrah’ atau kereta sewa (teksi) .
Perasaan bimbang untuk naik secara bersendirian tanpa ditemani Mutawwif pasti ada. Lebih-
lebih lagi bagi Jemaah wanita berkumpulan. Kebolehan dalam Berbahasa Arab oleh
Mutawwif dilihat mampu tawar menawar tentang harga tambang dan tips yang sesuai untuk
diberi atas kesabaran Pemandu kereta sewa itu menunggu dan menghantar kembali ke
Masjidil Haram untuk tunai Umrah(Kamarudin & Ismail, 2012).

1070
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021) – Dalam Talian
9 & 10 November 2021 e-ISSN 2811-4051

Selain itu, perasaan kagum dari para penjual yang berniaga di Tanah Suci apabila
orang luar (Jemaah) mampu berbahasa Arab adalah sesuatu yang menarik. Perasaan untuk
tawar menawar dan kebolehan memberi tawaran atas tawaran yang diberikan oleh peniaga
pasti akan Berjaya dilakukan. Harga yang mahal menjadi murah, harga yang tinggi boleh
dikurangkan. Begitulah, manfaat besar bagi Mutawwif yang berkebolehan dalam Bahasa
Arab.

Segala urusan bersama orang berbangsa Arab akan menjadi mudah jika Mutawwif
mampu untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan baik. Ianya tidak dilihat asing lagi,
malah dihargai dan disambut baik oleh orang Arab(Khairun Nisaa et al., 2017).

MUTAWWIF YANG TIDAK MAMPU BERBAHASA ARAB

Realitinya, memang ada pemilihan Mutawwif yang bukan kerana kemampuan dan juga
kompetensi cemerlang yang dimiliki mereka khusus boleh berbahasa Arab. Mereka dipilih
kerana atas nama populariti yang dimiliki dan dikenali dalam kalangan masyarakat kerana
bidang tertentu. Ini semua berlaku dalam Industri Umrah dan Ziarah pada hari ini.

Pemain Industri semampu boleh untuk menjaga nama baik dan juga kemenjadian
Industri Umrah ini agar terus mekar dengan membentuk kredibiliti yang terbaik. Persatuan-
persatuan yang dibentuk seperti Persatuan Agensi Umrah dan Haji (PAPUH), Persatuan
Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dan lain-lain
mempunyai visi dan misi bagi memastikan Industri Umrah dan Ziarah ini terus berkembang
tanpa ada masalah dan isu yang timbul (PAPUH,2021).

Tidak dinafikan populariti itu mampu menggalakkan orang ramai untuk menunaikan
Ibadah Umrah di Tanah Suci namun dibimbangi kompetensi yang dimiliki oleh individu
tersebut tidak lagi mencapai tahap cemerlang. Sudah pasti kayu ukur cemerlang menjadi satu
aspek penilaian yang tinggi kerana dalam urusan Agama dan juga Ibadah, ilmu dan hukum
hakam adalah sesuatu yang bukan boleh dibuat-buat dan diseleweng dengan cerita-cerita
yang menyeronokkan dan menghiburkan apatahlagi untuk menipu.

Acapkali kita mendengar isu dan kes penipuan yang melibatkan industri Umrah dan
Ziarah. Ramai yang terlibat sebagai orang yang diklasifikasi sebagai menipu dan mengambil
kesempatan atas populariti,nama dan agama itu adalah golongan yang dikenali oleh
masyarakat. Tidak cukup dengan itu, ramai Jemaah yang mempunyai latar belakang
kehidupan yang susah dan sudah lama memendam rasa dan perasaan untuk menunaikan
Ibadah Umrah di Tanah Suci akhirnya terpaksa mendiamkan diri dengan penuh rasa berserah
diri kepada Allah S.W.T sahaja (JAWHAR,2014).

Justeru, elemen kompetensi dan mahir berbahasa Arab perlu mendapat nilai yang
tinggi dalam aspek pemilihan Mutawwif. Inilah kelainan yang dimiliki dalam Industri Umrah
dan Ziarah berbanding Industri Pelancongan biasa yang membawa pelancong ke Negara
Jepun, Korea dan China di sana. Roh dan semangat perlu dihidupkan seiring dengan
kredibiliti dan kewibawaan Mutawwif itu sendiri

KEPERLUAN OLEH JEMAAH UMRAH KETIKA TUNAI UMRAH

1071
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021) – Dalam Talian
9 & 10 November 2021 e-ISSN 2811-4051

Malaysia merupakan Negara yang mempunyai bilangan agensi atau operator Umrah dan
Ziarah yang meningkat dari tahun ke tahun. Ini dibuktikan dengan bilangan agensi Umrah
yang telah berdaftar secara sah bersama Kementerian Pelancongan Malaysia atau MOTAC.

Jadual : Senarai Ibu Pejabat (HQ) Agensi Umrah di Malaysia


(Sumber : Portal Web MOTAC,2021)

Niat dan keperluan hakiki bagi Jemaah Umrah yang mendaftar bersama Agensi
Umrah dan Ziarah adalah untuk menunaikan Ibadah Umrah. Selamat pergi dan selamat balik
ke Tanah Air semula. Jemaah mendambakan bimbingan dari Mutawwif yang telah dipilih
dan dilantik oleh Agensi Umrah yang telah mereka daftar. Namun, kompetensi Mutawwif itu,
belum lagi dibuktikan dengan baik dan cemerlang melainkan ketika memulakan tugas
bermula di Lapangan Terbang KLIA dan di Arab Saudi.

Janji yang telah diberi oleh Agensi Umrah seperti nama hotel dan taraf bintang hotel
perlu betul-betul tepat sepertimana yang dijanjikan. Begitu juga jenis ‘flight’ yang akan
dinaiki oleh para Jemaah sepertimana termaktub dalam pakej Umrah yang telah dibayar oleh
para Jemaah. Tidak cukup dengan itu, patuh kepada ‘itternary’ yang telah ditetapkan oleh
Agensi Umrah iaitu perjalanan ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan beserta kekerapan
Umrah akan dilaksanakan dan juga bimbingan yang mendalam dari aspek keilmuan dan
panduan merupakan satu tuntutan yang amat dititikberatkan oleh Jemaah Umrah(Abdul
Rahman, 2018).

Rasa hidangan makanan tengahari dan malam yang tidak sesuai dengan lidah para
Jemaah Malaysia itu satu perkara biasa dan realiti sebenar apabila berada di Negara orang.
Namun, makanan atau juadah tersebut bukan bermaksud tidak berkualiti langsung tidak boleh

1072
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021) – Dalam Talian
9 & 10 November 2021 e-ISSN 2811-4051

makan dan jamah, ini boleh menaikkan emosi tidak stabil dalam kalangan Jemaah Umrah.
Hidangan di hotel penginapan adalah sesuatu yang penting bagi para Jemaah yang masih lagi
tidak mampu untuk membiasakan diri dengan suasana di Tanah Suci.

Disiplin Mutawwif yang tepat dalam mengurus masa dan sentiasa menjaga
profesionalisme sepanjang berada dihadapan Jemaah merupakan satu kredit perlu diberi
kepada Mutawwif tersebut. Mutawwif sentiasa awal dan menunggu Jemaah di lobi hotel
bukan Jemaah yang menunggu Mutawwif setiap masa. Kredibiliti ini perlu sentiasa
ditingkatkan dari semasa ke semasa

KESIMPULAN

Penguasaan Bahasa Arab merupakan satu keperluan utama oleh para Mutawwif dalam
membimbing dan menjadi jurupandu kepada Jemaah Umrah dan Ziarah sepanjang berada di
Tanah Suci. Kegagalan dalam menguasai bahasa Arab boleh menjejaskan kualiti dan
kredibiliti Mutawwif khusus dari aspek komunikasi dalam pengurusan Jemaah dengan pihak
luar. Justeru, Kompetensi Mutawwif perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan
mengambil kira pelbagai aspek dalam memastikan para Jemaah dapat dibimbing dengan
lancar dan jayanya yang mana sekaligus memperolehi Umrah Mabrurah dari Allah S.W.T.

RUJUKAN

Al-Quran Karem

Abdul Rahman, H. (2018). Potensi dan Cabaran Dalam Memajukan Pelancongan Islam di
Malaysia. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Special Issue, 506–518.
Jamaludin, M. S., & Bakar, N. R. A. (2021). Mengkaji Amalan Mutawwif Dalam Tugasan
Membimbing Jemaah Umrah Di Malaysia. International Conference On Syariah &
Law2021(ICONSYAL 2021), 2021(April), 136–149.
Kamarudin, L. M., & Ismail, H. N. (2012). Islamic Tourism Cultivation in Malaysia:
Strategies and Issues. The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
(SIMPORA 9;2012), December.
Khairun Nisaa, B. M., Nor Zahidah, B. A., & Nonglaksana, K. (2017). Kajian Kes Keperluan
Bahasa Arab Dalam Kalangan Jemaah Haji Dan Umrah Malaysia Dari Sudut Pandang
Mutawwif-Mutawwif Syarikat Andalusia ( Case Studies of Arabic Language
Requirements in the Hajj and Umrah of Malaysia from the Perspective of Mutawwif of
And. International Journal Of Religion Research In Education, 1(1), 34–40.
Mahmad, M. A., Ismail, N. H., Rofie, K. H., & Ahmad, S. (2021). Handling of Umrah
Packages in Kedah : An Early Review. Manuscript: Original Published in: Productivity
Management, 26(1), 226–233.
Mapjabil, J., Razak, R. R. A., Marzuki, M., & Zainol, R. M. (2015). Pelancongan Islam:
suatu tinjauan konseptual dan relevannya di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of
Society and Space, 11(1), 172–182.

Portal Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). 2021
http://www.motac.gov.my/en/check/tobtab

Portal Web PAPUH . 2021 . http://www.papuh.org/

1073
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021) – Dalam Talian
9 & 10 November 2021 e-ISSN 2811-4051

Portal Web BUMITRA . 2021 . https://bumitra.org.my/

Rahman (2015) . Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah . Telaga Biru .Malaysia

1074

Anda mungkin juga menyukai