Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN

_________________________________________________________________________
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT [REFLECTIVE REPORT]
SEMESTER JANUARI 2020

ARAHAN KHUSUS

1. Jawab dalam Bahasa Melayu.

2. Jumlah patah perkataan : 2500 – 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.

3. Hantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

4. Tugasan ini dihantar secara ONLINE.

5. Tarikh penghantaran : 12hb April 2020.

6. Tugasan ini menyumbang sebanyak 50% dari jumlah markah kursus.

1
SOALAN TUGASAN

Setelah berjaya menyelesaikan kursus ini, pelajar akan dapat mencapai CLO berikut:
HPK2: Mendemonstrasikan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian melalui
pengajaran dan pembelajaran PK yang efektif.
HPK4: Mengaplikasikan teori dan kepentingan gaya hidup sihat dalam PK dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran.

KEPERLUAN
Perubahan dari segi diet dan aktiviti fizikal secara global telah meningkatkan berlakunya
insiden obesiti di seluruh dunia (Kelly et al., 2008). Memandangkan kebolehsediaan
mendapat makanan segera dengan begitu mudah, murah dan makanan penuh tenaga
yang semakin meningkat serta aktiviti fizikal yang semakin menurun, kadar obesiti
merentasi semua etnik dan kumpulan umur di Malaysia juga menjadi lebih serius.

Berdasarkan senario di atas, secara kritikal, buat refleksi anda sendiri tentang:

(i) Apakah yang boleh dilakukan oleh sesebuah keluarga untuk mengelakkan
masalah obesiti di kalangan kanak-kanak?;
(ii) Walaupun kita sedia maklum bahawa mengubah tabiat adalah sukar, fikirkan
mengapakah sukar bagi sesebuah keluarga itu membuat perubahan?;
(iii) Bolehkah sekolah membantu kanak-kanak membuat perubahan ini? Jika ya,
bagaimana? Jika tidak, mengapa?;
(iv) Bolehkan komuniti membantu kanak-kanak membuat perubahan? Jika ya,
bagaimana? Jika tidak, mengapa?; dan
(v) Sekiranya anda seorang Pegawai Daerah, apakah perubahan yang akan anda
lakukan untuk mengurangkan obesity dalam komuniti anda?

[Jumlah: 50 markah]

2
LAMPIRAN
RUBRIK TUGASAN
HBHE3103 /GAYA HIDUP SIHAT / JANUARI 2020

S
Tiada
O Cemerlang
Baik Sederhana Lemah respons Markah
A H
Pemberat- maksi-
L P Kriteria
an 4 3 2 1 0 mum
A K
N
a 3 Refleksi tentang 2  Refleksi dari pemikiran  Refleksi dari  Refleksi agak dari  Refleksi tidak dari Tiada 8
perkara yang sendiri dan implikasi pemikiran sendiri. pemikiran sendiri. pemikiran sendiri. refleksi
boleh dilakukan pembelajaran akan datang.  Analisis yang  Analisis yang agak  Analisis yang tidak
oleh keluarga  Analisis yang sangat mendalam dari mendalam dari mendalam dari
untuk mendalam dari pengalaman pengalaman sendiri pengalaman sendiri dan pengalaman sendiri
mengelakkan sendiri dan orang lain. dan orang lain. orang lain. dan orang lain.
masalah obesiti  Refleksi sangat berkait rapat  Refleksi berkait rapat  Refleksi agak berkait  Refleksi tidak berkait
kanak-kanak dengan apa yang dialami dengan apa yang rapat dengan apa yang rapat dengan apa
dengan kursus ini atau kursus dialami dengan kursus dialami dengan kursus yang dialami dengan
lain dengan matlamat hidup ini/ kursus lain dengan ini/ kursus lain dengan kursus ini/ kursus lain
masa hadapan. matlamat hidup masa matlamat hidup masa dengan matlamat
hadapan. hadapan. hidup masa hadapan.
b 3 Refleksi tentang 2  Refleksi dari pemikiran  Refleksi dari  Refleksi agak dari  Refleksi tidak dari Tiada 8
mengapakah sendiri dan implikasi pemikiran sendiri. pemikiran sendiri. pemikiran sendiri. refleksi
sukar bagi pembelajaran akan datang.  Analisis yang  Analisis yang agak  Analisis yang tidak
sesebuah  Analisis yang sangat mendalam dari mendalam dari mendalam dari
keluarga itu mendalam dari pengalaman pengalaman sendiri pengalaman sendiri dan pengalaman sendiri
membuat sendiri dan orang lain. dan orang lain. orang lain. dan orang lain.
perubahan  Refleksi sangat berkait rapat  Refleksi berkait rapat  Refleksi agak berkait  Refleksi tidak berkait
dengan apa yang dialami dengan apa yang rapat dengan apa yang rapat dengan apa
dengan kursus ini atau kursus dialami dengan kursus dialami dengan kursus yang dialami dengan
lain dengan matlamat hidup ini/ kursus lain dengan ini/ kursus lain dengan kursus ini/ kursus lain
masa hadapan. matlamat hidup masa matlamat hidup masa dengan matlamat
hadapan. hadapan. hidup masa hadapan.
c 3 Refleksi respons 2.5  Refleksi dari pemikiran  Refleksi dari  Refleksi agak dari  Refleksi tidak dari Tiada 10
tentang sendiri dan implikasi pemikiran sendiri. pemikiran sendiri. pemikiran sendiri. refleksi
bagaimana pembelajaran akan datang.  Analisis yang  Analisis yang agak  Analisis yang tidak
sekolah boleh  Analisis yang sangat mendalam dari mendalam dari mendalam dari
membantu mendalam dari pengalaman pengalaman sendiri pengalaman sendiri dan pengalaman sendiri
kanak-kanak sendiri dan orang lain. dan orang lain. orang lain. dan orang lain.
membuat  Refleksi sangat berkait rapat  Refleksi berkait rapat  Refleksi agak berkait  Refleksi tidak berkait
1
perubahan dengan apa yang dialami dengan apa yang rapat dengan apa yang rapat dengan apa
dengan kursus ini atau kursus dialami dengan kursus dialami dengan kursus yang dialami dengan
lain dengan matlamat hidup ini/ kursus lain dengan ini/ kursus lain dengan kursus ini/ kursus lain
masa hadapan. matlamat hidup masa matlamat hidup masa dengan matlamat
hadapan. hadapan. hidup masa hadapan.
d 3 Refleksi respons 2.5  Refleksi dari pemikiran  Refleksi dari  Refleksi agak dari  Refleksi tidak dari Tiada 10
tentang sendiri dan implikasi pemikiran sendiri. pemikiran sendiri. pemikiran sendiri. refleksi
bagaimana pembelajaran akan datang.  Analisis yang  Analisis yang agak  Analisis yang tidak
komuniti boleh  Analisis yang sangat mendalam dari mendalam dari mendalam dari
membantu mendalam dari pengalaman pengalaman sendiri pengalaman sendiri dan pengalaman sendiri
kanak-kanak sendiri dan orang lain. dan orang lain. orang lain. dan orang lain.
membuat  Refleksi sangat berkait rapat  Refleksi berkait rapat  Refleksi agak berkait  Refleksi tidak berkait
perubahan dengan apa yang dialami dengan apa yang rapat dengan apa yang rapat dengan apa
dengan kursus ini atau kursus dialami dengan kursus dialami dengan kursus yang dialami dengan
lain dengan matlamat hidup ini/ kursus lain dengan ini/ kursus lain dengan kursus ini/ kursus lain
masa hadapan. matlamat hidup masa matlamat hidup masa dengan matlamat
hadapan. hadapan. hidup masa hadapan.
d 3 Refleksi syor 2.5  Refleksi dari pemikiran  Refleksi dari  Refleksi agak dari  Refleksi tidak dari Tiada 10
anda sebagai sendiri dan implikasi pemikiran sendiri. pemikiran sendiri. pemikiran sendiri. refleksi
Pegawai Daerah pembelajaran akan datang.  Analisis yang  Analisis yang agak  Analisis yang tidak
untuk  Analisis yang sangat mendalam dari mendalam dari mendalam dari
mengurangkan mendalam dari pengalaman pengalaman sendiri pengalaman sendiri dan pengalaman sendiri
obesiti dalam sendiri dan orang lain. dan orang lain. orang lain. dan orang lain.
komuniti anda,  Refleksi sangat berkait rapat  Refleksi berkait rapat  Refleksi agak berkait  Refleksi tidak berkait
dengan apa yang dialami dengan apa yang rapat dengan apa yang rapat dengan apa
dengan kursus ini atau kursus dialami dengan kursus dialami dengan kursus yang dialami dengan
lain dengan matlamat hidup ini/ kursus lain dengan ini/ kursus lain dengan kursus ini/ kursus lain
masa hadapan. matlamat hidup masa matlamat hidup masa dengan matlamat
hadapan. hadapan. hidup masa hadapan.
3 Format laporan 1 Semua format penulisan Kebanyakan format dan Beberapa format diaplikasi Tidak mengikut sistem Tidak 4
dipatuhi diaplikasikan dan menepati stail stail rujukan APA dengan stail rujukan APA. rujukan APA. ikut
(kandungan, rujukan APA yang betul. diaplikasikan. format
muka surat,
diedit, rujukan
APA dll).
Jumlah 12.5 50

2
Pengenalan

Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah
kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan berlebihan?

 Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk
mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
 Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan
dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
 Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan berat badan
yang sihat.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak dengan berat badan berlebihan?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan berat badan. Ini termasuk :

 Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti
juga mempengaruhi berat badan.
 Kurangnya aktiviti fizikal.
 Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor ini.
 Masalah kesihatan seperti kelenjar endokrin yang tidak sempurna memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor anda boleh melakukan ujian fizikal yang
rapi dan ujian darah, sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab.
Bagaimana saya boleh membantu anak saya yang mengalami berat badan berlebihan?

1. Berikan sokongan
 Beritahu anak anda supaya jangan terlalu bimbang tentang berat badannya. Tanggapan ibu bapa terhadap anak-anak turut mempengaruhi perasaan mereka. Jadi, jika anda
menerima berat badan anak anda, mereka lebih cenderung untuk rasa begitu terhadap diri sendiri.
 Berbincang mengenai berat badan dengan anak-anak bagi menggalakkan mereka berkongsi masalah mereka. Anak anda mungkin lebih mengetahui mengenai masalahnya
berbanding orang lain. Oleh itu, kanak-kanak seumpama ini memerlukan sokongan, dorongan daripada ibu bapa mereka.
2. Perhatian keluarga
 Ibu bapa harus menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa yang sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan keluarga secara beransur. Penglibatan
keluarga dapat membantu menerapkan amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada anak yang berlebihan berat badan.

3
3. Tingkatkan aktiviti fizikal keluarga
 Aktiviti fizikal yang kerap berserta tabiat makan yang sihat adalah cara yang paling berkesan dan sihat untuk mengawal berat badan. Ia adalah sebahagian daripada amalan
gaya hidup yang sihat. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu bebanan tetapi ambil peluang untuk anda sekeluarga menjadi lebih aktif.
 Berikut adalah beberapa cara mudah untuk meningkatkan aktiviti fizikal keluarga :
 Jadikan diri anda sebagai contoh kepada anak anda. Jika anak anda lihat anda aktif secara fizikal dan seronok melakukannya, mereka juga cenderung untuk menjadi begitu dan
sentiasa aktif sepanjang hayat.
 Rancang aktiviti keluarga yang memberi peluang untuk senaman serta berseronok seperti berjalan, menari, berbasikal atau berenang. Contohnya, rancangkan aktiviti berjalan
bersama keluarga sesudah makan malam berbanding menonton tv. Pastikan anda merancang aktiviti yang mampu dilakukan dalam persekitaran yang selamat
 Peka terhadap keperluan anak anda. Anak yang berlebihan berat badan mungkin tidak selesa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Adalah mustahak bagi membantu anak anda
memilih aktiviti fizikal yang mereka gemari dan bukannya terlalu sukar atau mengaibkan.
 Kurangkan masa anda dan keluarga anda dalam aktiviti-aktiviti yang kurang aktif seperti menonton tv atau bermain permainan video.
 Jadi lebih aktif sepanjang hari dan galakkan keluarga anda untuk berbuat sedemikian. Contohnya, menaiki tangga berbanding menggunakan lif atau melakukan aktiviti semasa
cuti seperti bangun dan regangkan badan atau berjalan-jalan.
4. Terapkan tabiat pemakanan sihat ke dalam keluarga
 Amalan pemakanan sihat yang diterapkan awal mampu membantu kanak-kanak memahami bahawa makanan harus digemari penting untuk kesihatan
 Tingkatkan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak dengan membaca atau berbincang dengan pakar kesihatan.
 Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas. Ia juga merupakan panduan tentang kepentingan
keseimbangan antara kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.
 Beri anak anda pilihan makanan yang sihat.
Apakah cara untuk membantu anak saya yang berlebihan berat badan?

Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk keluarga, berbincang dengan pakar
pemakanan.

1. Pengambilan yang dihadkan


 Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya
pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.
 Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai
berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
 Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.
 Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.
 Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit.
 Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.

4
2. Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati
 Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga
anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti
rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik
 Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.
 Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang
mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.
3. Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan
 Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.
4. Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah
 Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.
5. Galakkan anak anda makan secara perlahan
 Seorang kanak-kanak boleh merasa lapar dan kenyang apabila makan secara perlahan.
6. Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh
 Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan
dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.
7. Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan
 Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan
pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.
8. Rancang waktu snek
 Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang
berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.
 Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.
9. Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv
 Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.
10. Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda
 Tidak memberi makan sebagai satu hukuman boleh menyebabkan kanak-kanak berasa risau yang dia tidak akan mendapat makanan secukupnya. Contohnya, dengan
memberitahu kanak-kanak yang mereka akan mendapat sajian pencuci mulut jika mereka menghabiskan kesemua sayuran ialah memberi gambaran yang salah mengenai
sayur-sayuran.
11. Pastikan makanan yang dimakan di luar rumah adalah seimbang
 Sediakan bekalan sekolah yang pelbagai pilihan
 Pilih hidangan yang sihat dan berkhasiat ketika makan di restoran

5
12. Tunjukkan teladan yang baik
 Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk keluarga.
 Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak-anak gaya hidup yang sihat yang mereka boleh contohi sepanjang hayat. Kanak-kanak belajar dengan lebih cepat dan baik
melalui teladan

Obesiti Kanak-kanak: Dimanakah Peranan Ibu Bapa?


 Puan Norkumala binti Awang

 May 6, 2011

Kanak-kanak montel, mungkin dianggap comel tetapi pernahkah kita terfikir jika kemontelan itu berterusan sehingga dewasa? Di tambah lagi, penyakit
tidak berjangkit pada masa kini tidak mengenal usia dan jantina. Bahkan ia terus bermaharajalela dalam masyarakat kita. Tidak keterlaluan jika
dikatakan bahawa masyarakat kita sekarang sedang membentuk dan menyediakan generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa akan datang.

Kanak-kanak obes kini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita tetapi senario ini tidak dipandang sebagai satu masalah kesihatan awam. Bahkan ia
menjadi sesuatu yang normal pada pandangan masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita telah pun menyedari tentang peri penting menjaga kesihatan
tetapi kadangkala sikap dan tabiat gaya hidup yang tidak sihat diamalkan secara tradisi menjadi ikutan. Lantas, ia menjadi satu kelaziman dan akhirnya
pelbagai masalah yang menyusup masuk dalam kehidupan mengundang bala yang tidak disedari. Lihat saja, berapa ramai antara kita yang sihat, tiba-
tiba meninggal dunia akibat penyakit pembunuh secara senyap? Berapa ramai pula sekarang anak-anak telah pun mengidap penyakit diabetes sejak
kecil dan paling malang lagi di bangku sekolah telah mengambil suntikan insulin sebagai rawatan diabetes? Siapakah yang harus ditunding jari ?

Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh kedua ibu bapa, keluarga atau orang yang menjaga anak-anak sejak dari kecil. Segala aspek
bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan, dibentuk dan ditunjukkan
oleh ibu bapa. Kemudian barulah faktor-faktor luaran yang memainkan peranan dalam membentuk tabiat pemakanan anak-anak. Jika di sekolah,
mereka mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan dan juga persekitaran yang mereka lalui. Tetapi di rumah, ahli keluarga dan persekitaran rumah
adalah penting dalam mencorak pola pemakanan anak-anak.

Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat dan kuat. Justeru itu, sudah pastilah anak-anak disediakan dengan makanan
yang berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, masalah pemakanan menjadi agenda utama dalam perkembangan mereka. Ini kerana sesetengah kanak-
6
kanak mungkin menjadi kurang berselera dan ada yang mempunyai selera yang berlebihan terhadap sesuatu makanan. Ia adalah lumrah dalam
perkembangan awal kanak-kanak. Mungkin disebabkan faktor ini, ibubapa memanjakan anak-anak dengan memberi segala jenis makanan dengan
harapan agar mereka mendapat semua khasiat yang diperlukan. Akhirnya mereka gagal untuk mengawal pemakanan malah anak-anak cenderung untuk
mengambil makanan secara berlebihan. Tidak mustahil, makanan tersebut juga tidak berkhasiat dan tidak sesuai untuk mereka akhirnya akan
menyumbang kepada masalah obesiti.

Walaupun faktor genetik atau keturunan tidak dapat dinafikan menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak namun punca luaran
atau persekitaran tidak boleh dipandang sepi. Kanak-kanak cenderung menjadi obes apabila ibu bapa mereka juga obes. Walaupun berlaku
ketidakseimbangan genetik menyebabkan individu makan secara berlebihan namun faktor ini tidak dapat diuruskan dalam kita menangani obesiti
kanak-kanak. Namun, kita boleh melihat corak pemakanan anak-anak juga dicontohi daripada ibu bapa. Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan
pemakanan yang sihat boleh menyebabkan anak-anak mengikut acuan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, kita tidak boleh menyalahkan lambakan satu-satu makanan yang menyebabkan anak-anak kecil menjadi obes. Budaya
semasa masyarakat yang gemarkan makanan berkalori tinggi contohnya nasi lemak, roti canai, teh tarik dan makanan segera yang lain juga
menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Corak pemakanan sebegini memberi contoh kepada anak-anak. Namun begitu, ia
tidak menjadi satu-satunya punca kepada permasalahan ini berlaku. Oleh itu, amatlah tidak wajar jika trend ini dipersalahkan sedangkan pokok pangkal
penyebabnya tidak diperbetulkan. Contohnya, jika makanan seperti nasi lemak mudah didapati tetapi pengambilannya tidak dikawal, maka ia juga boleh
menyumbang kepada masalah obesiti disebabkan kekerapan pegambilannya. Pokok pangkalnya adalah pendidikan daripada ibu bapa yang menentukan
corak pemakanan mereka.

Dalam hal sebegini, kesibukan ibu bapa menyebabkan pemilihan makanan yang berkhasiat agak terhad. Ibu bapa yang sibuk cenderung memilih
makanan segera sebagai hidangan untuk keluarga disebabkan kekangan masa. Akhirnya ia menjadi satu budaya dalam sesebuah keluarga. Begitu juga
dengan pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya dan media massa memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada permasalahan obesiti
kanak-kanak.

Jika di sekolah, anak-anak di luar pengaruh dan kawalan ibu bapa, maka rakan sebaya dan persekitaran menjadi contoh utama mereka dalam memilih
sesuatu makanan. Di sekolah, pemilihan makanan yang berkhasiat juga terhad malah kebanyakan makanan yang disediakan tidak cukup seimbang,
berkalori tinggi, tinggi gula, garam dan juga kolesterol. Kewujudan dan kemudahdapatan snek dan minuman manis seperti “vendor machine” di sekolah
juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk mengambil gula secara berlebihan. Apatah lagi, jika pembekal makanan di sekolah lebih suka menjual
makanan rapu atau “junk food” yang menjadi kesukaan kanak-kanak.

Seharusnya pihak tersebut tidak mementingkan keuntungan semata-mata dengan menjual makanan yang tidak berkhasiat. Ini kerana makanan ringan
akan menyumbang lebih banyak kalori malah menyebabkan pengguna menjadi cenderung untuk mengambilnya lebih banyak dan mengehadkan
pengambilan makanan berkhasiat lain. Senario ini kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, dan mereka lebih cenderung untuk menghabiskan wang
7
belanja harian semata-mata untuk membeli makanan ringan berbanding makanan berkhasiat yang lain seperti hidangan nasi dan sebagainya.
Pengambilan kalori yang tinggi, gula dan garam berlebihan akan menyumbang kepada masalah obesiti kanak-kanak. Seharusnya, permasalahan sebegini
diberi perhatian serius oleh ibu bapa, pihak sekolah dan juga pembekal makanan di sekolah. Kawalan dan pemantauan terhadap bekalan makanan
ringan dan minuman yang tidak baik untuk kesihatan harus dipertingkatkan malah makanan yang tidak berkhasiat ini perlu dihadkan atau diberhentikan
penjualannya.

Kanak-kanak yang obes akan cenderung menjadi obes apabila dewasa kelak ataupun mengalami berat badan berlebihan sepanjang hayat mereka jika
tidak dirawat dan dipantau. Di samping pelan pemakanan yang sihat, anak-anak juga perlu diterapkan latihan fizikal yang mantap. Bukan sekadar
menghabiskan masa terluang di hadapan televisyen dan komputer. Ibu bapa yang memiliki anak-anak obes perlu tahu bahawa mengurangkan berat
badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara yang sukar. Justeru, ia memerlukan kefahaman yang mantap tentang permasalahan ini
dan menekankan tabiat pemakanan yang sihat. Bukan setakat diterapkan kepada anak-anak malah perlu dilakukan bermula daripada diri sendiri.
Barulah ia mempunyai sinergi yang cukup kuat dalam menyediakan kanak-kanak yang sihat dan generasi tidak obes pada masa akan datang.

Kesimpulannya, kita perlu mengamalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubat. Kita perlu mencegah penyakit yang bakal timbul akibat
keobesan generasi masa kini dengan menerapkan amalan pemakanan sihat dan berbudaya hidup sihat. Semuanya bermula daripada ibu bapa sebagai
pasak utama dalam pendidikan pemakanan anak-anak. Sejajar dengan saranan dalam surah Isra’ ayat 7 yang bermaksud “Jika kamu berbuat kebaikan,
(maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri
kamu juga…”. Jika kita tidak berkorban untuk anak-anak pada hari ini bermakna kita menyediakan generasi yang tidak sihat pada masa akan datang.
Ayuh, perkasakan peranan ibu bapa dengan menilai pelan pemakanan sihat anak-anak pada hari ini

Receipt No : 1546687

Assignment Submission Receipt

Student ID 870108145922

Course HBHE3103

Title JANUARY 2020 : ASSIGNMENT

Due Date 05 April 2020

Submission Date 05 April 2020

8
Submission Time 16:31:37
 

Anda mungkin juga menyukai