Anda di halaman 1dari 7

PENGAJIAN MALAYSIA 2

(MPU 2163)

TAJUK ULASAN VIDEO:


HINA KE JADI FOOD RIDER NI?
LINK: https://youtu.be/pmK2HB-lsWg

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NOR AZLINA ENDUT

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD NOOR SHAH (2014109)

DIPLOMA AL-QURAN & AS-SUNNAH


SESI II 2020/2021
Cerita ini mengisahkan tentang Encik Zain, seorang pengurus di bahagian salah satu cawangan sebuah
syarikat. Dia seorang yang amat suka memberikan tugasan kepada orang lain dalam melakukan suatu
tugasan. Namun, kisah mahsyur bagi dirinya terhenti apabila terdapat khabar angin yang mengatakan
bahawa jabatan dimana tempat dia bekerja telah mengalami masalah ekonomi. Persoalannya, bagaimanakah
pengakhiran hidup bagi Zain?

Pada suatu hari, Encik Zain yang merupakan pengurus di salah satu cawangan sebuah syarikat, memarahi
pekerjanya yang melakukan sesuatu kerja melebihi tarikh yang telah ditetapkan oleh dia sendiri.
Kemarahannnya didengari oleh salah seorang perempuan di tempat dia bekerja. Walaupun sudah ada isteri
dan anak, dia masih mahu memikat wanita itu dengan mengajak wanita itu makan dengannya secara berdua-
duaan walaupun wanita itu memberitahunya yang isteri lebih pandai memasak berbanding makan makanan
di luar. Nasibnya tidak baik apabila hujan telah turun dengan lebat sehingga dia hanya mampu memesan
makanan di TBH FOOD. Setelah menunggu dengan lama, dia memarahi penghantar makanan yang basah
akibat hujan lebat itu apabila penghantar makanan itu telah meminta maaf, dia cuma menengking penghantar
makanan itu dan mengambil makanan daripada tangan penghantar makanan itu secara tidak sopan lalu
beredar tanpa mengucapkan tanda penghargaan.

Tidak cukup dengan perempuan di tempat kerjanya itu, Zain yang miang itu keluar bersama dengan teman
wanitanya di restoran pada waktu petang. Dia menceritakan tentang kisah dirinya dengan penghantar
makanan itu dengan perasaan marah. Teman wanitanya yang merupakan pisau cukur menenangkan diri Zain
dan merayu kepada Zain untuk memberikan sedikit wang untuk dirinya dapat pergi ke pusat beli-belah untuk
membelanjakan wang tersebut.

Pada waktu malam pula, dia sudah pulang ke rumahnya, namun masih lagi curang dengan isterinya kerana
masih lagi berhubung dengan kekasihnya. Perbualannya dengan kekasih gelapnya itu tamat apabila isterinya
mengajak Zain untuk makan malam bersama dengan dirinya. Belum sempat isterinya mahu memulakan
percakapan ketika waktu makan itu, tumpuan Zain telah beralih kepada televisyen yang menyiarkan tentang
berita tergempar tentang kes COVID-19 yang makin berleluasa sehingga mencatat 5 angka kes baru iaitu 17
646 sekaligus mengakibatkan jumlah kes COVID-19 menjadi 97 389 kes. Perkara ini telah mengakibatkan
pihak kerajaan telah memohon kerjasama rakyat untuk bersama-sama kerajaan untuk memerangi virus
COVID-19 ini.

1
Hari yang baru telah bermula. Zain menjalankan kerja di pejabatnya seperti biasa, kemudian dia dipanggil
oleh pihak atasan. Dia diberhentikan disebabkan pihak syarikat mengatakan bahawa ingin menutup
cawangan di tempat Zain bekerja itu dan pihak syarikat akan mengesyorkan dokumen Zain kepada syarikat
lain sekiranya

mereka minat dengan bakatnya. Dia merayu kepada pihak atasan itu agar tidak memecatnya kerana dia
sudah berkhidmat kepada syarikat selama 6 tahun dan dia juga perlu menyara keluarganya yang berada
dirumah. Pihak atasan hanya mampu meminta maaf kerana dia juga hanya menurut perintah ketua syarikat
dan menyebabkan Zain terpaksa akur dengan situasi tersebut.

Selepas 3 bulan, pemilik rumah sewa Zain menghalau keluarganya dari rumah itu kerana hampir 3 bulan
mereka tidak membayar sewa bulanan rumah tersebut. Pemilik rumah sewanya itu tidak peduli apabila Zain
memberitahu dia mengalami masalah sejak 3 bulan lalu. Tambah pemilik rumah itu lagi, dia akan membuat
laporan polis sekiranya Zain tidak keluar dari rumah itu pada masa yang terdekat. Zain terpaksa akur dengan
nasibnya itu dan pindah ke flat yang agak usang untuk didiami. Ketika dia berehat di tepi flatnya, seorang
penghantar makanan TBH FOOD yang menanyakan tentang arah ingin keluar dari tempat tinggal Zain itu.
Zain yang masih baru di kawasan itu. memarahi Sham kerana tidak tahu tentang selok-belok jalan di sini.
Sham bertanyakan kenapa Zain berada dalam keadaan bermasalah. Zain menganggap semua orang yang
tinggal di flat semua bermasalah seperti dia yang tiada pekerjaan. Lalu, Sham menawarkan satu pekerjaan
kepada diri Zain dengan hanya bermodalkan sebuah motosikal iaitu TBH FOOD.

Pada peringkat permulaan ketika melakukan kerja penghantaran makanan, Zain disambut dengan baik oleh
pelanggannya. Apabila waktu rehat, dia meluangkan masa bersama kekasihnya melalui panggilan jarak jauh.
Namun, kekasihnya itu sudah tidak suka kepada Zain sejak Zain dibuang kerja pada 3 bulan yang lepas. Dia
juga tidak terlepas mendengar perbualan penghantar-penghantar makanan lain yang sentiasa berbual-bual
kosong seperti tentang motosikal, politik dan sebagainya. Selang beberapa hari, Zain sudah biasa melakukan
pekerjaan baharunya itu. Pekerjaannya dalam bidang itu semakin baik. Tambahan pula, dia telah menerima
upah daripada pelanggan ketika menghantar makanan mereka.

Setelah penat bekerja, akhirnya Zain pulang ke rumah tetapi dia tidak bertegur sapa dengan anak dan
isterinya. Malah, dia berhubung dengan kekasihnya itu melalui media sosial. Apabila anaknya mengajak
dirinya untuk menjamah hidangan sardin yang dimasak oleh isterinya itu.Dia mengabaikan ajakan itu kerana
terlalu asyik dengan perbualan bersama kekasihnya itu. Apabila isterinya memberitahu bahawa barang-
barang basah dan beras di dapur hampir habis, dia terus naik angin dan dia tidak mahu mendengar soalan itu
sejurus selepas pulang dari kerja.
2

Selepas kejadian dia bersama isterinya hari itu, nasib Zain sudah berubah, perkara ini bermula apabila Zain
yang tersangkut kerana isyarat trafik sudah lambat untuk melakukan tugas penghantarannya dan dia terpaksa
melanggar lampu isyarat merah kerana risau agar menerima aduan daripada pelanggan. Perkara malang telah
berlaku kepada Zain apabila dia telah melanggar kereta dari arah kanan yang ingin masuk ke jalannya itu.
Dia

dimarahi oleh pemandu kereta tersebut. Zain bernasib baik kerana penghantar makanan yang lain tiba untuk
membantunya, lalu mengangkat Zain yang terbaring itu. Zain mengakui kesalahannya dan meminta maaf
kepada pemandu kereta tersebut.

Selepas dirinya sudah pulih daripada kecederaan akibat kemalangan tempoh hari, dia teruskan pekerjaannya
dengan menghantar makanan untuk menyara hidupnya. Dia telah menerima nasib seperti apa yang pernah
lakukan kepada penghantar makanan ketika dia masih bekerja sebagai pengurus. Dia dimarahi oleh
pelanggannya, dicaci dan ditegur oleh pelanggannya. Nasibnya bertambah buruk apabila motosikal yang
ditungganginya sudah kehabisan petrol. Dia terpaksa menolak motosikalnya di bahu jalan. Tidak cukup
dengan itu, dia telah dibuli oleh dua orang yang berada di dalam kereta, apabila Zain berada di tepi jalan
yang mempunyai lopak air, mereka membawa kereta mereka dengan sangat laju untuk mengenakan air
tersebut kepada Zain. Dia hanya mampu bersabar atas perbuatan mereka dan melupakannya perkara tersebut.
Kemudian, hubungan Zain bersama kekasih gelapnya itu semakin pudar apabila kekasihnya itu tidak
menggemari Zain bekerja sebagai seorang penghantar makanan yang menyuruhnya melakukan kerja yang
lebih baik.

Keesokan harinya, ketika Sham sedang berehat bersama Zain yang sedang bersedih itu. Sham bertanyakan
apa punca berasa sedih itu. Lalu Zain membalas bahawa dia sudah penat melakukan kerja ini dan bagaimana
dirinya mahu maju sekiranya hanya melakukan pekerjaan ini. Sham menasihati Zain supaya jangan
mengeluh dan mereka perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah seperti nikmat kesihatan yang
membolehkan mereka untuk melakukan suatu kerja. Zain menjelaskan bahawa dia bukan mengeluh, cuma
dia sudah berkelayakan ijazah sarjana muda tetapi dia tidak boleh berkembang maju sekiranya dia terus
bekerja begini. Sham terus menasihatinya tentang kehidupan. Sedang Sham menasihati Zain, Zain
ternampak kekasihnya itu dari jauh bersama lelaki lain yang lebih kaya dari dirinya yang sekarang. Dia terus
pulang ke rumah selepas itu. Apabila Zain telah tiba di rumahnya, dia terdengar isterinya yang sedang
berdoa kepada Allah agar urusan Zain
dipermudahkan. Zain terus meletakkan beg kerjanya lalu memeluk isterinya dengan erat dan sedar bahawa
isterinya seorang yang sangat tabah. Dia juga sedar bahawa Allah tidak mahu memberikan kekayaan kepada
dia agar dia dapat mengetahui tentang pengorbanan isterinya itu dan Allah juga tahu bahawa isteri dia masih

cinta akan dirinya. Dia sedar bahawa dirinya ada isteri yang patut dia setia sepertimana setianya isterinya
kepada dia.

Sejak dari hari itu, dia tekad ingin tebus kesalahannya semula. Dia bertemu Sham di tempat yang biasa
mereka berehat bersama. Zain memberitahu bahawa dia tidak sangka dia hanya bekerja menghantar
makanan sehingga kadang-kadang dimaki pelanggan, walaupun dia mempunyai ijazah sarjana muda kelas
pertama kerana dia pernah memberitahu kedua-dua orang tuanya bahawa dia mahu menjadi seorang yang
berpangkat tinggi

apabila sudah besar. Sham yang berfikiran positif itu menyuruh Zain agar bersabar kerana mereka mampu
berjaya dan memperbaiki diri walaupun mengambil masa yang lama. Zain mempersoalkan tentang
pernyataan Sham kerana dia sebenarnya tidak suka akan perbualan pekerja TBH FOOD lain yang sentiasa
berborak kosong seperti gajet, motosikal pacak 8 tiang dan politik. Dia mengatakan kepada Sham bagaimana
mahu maju sekiranya bersama orang seperti mereka. Zain juga memberitahu bahawa dia seorang yang
bercita-cita tinggi dan masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa dia seorang penghantar makanan. Dia
menganggap bahawa semua melakukan kerja ini seorang yang pemalas kerana tidak mahu belajar dan
memutuskan untuk membuat kerja penghantaran. Sham membantah hujah Zain kerana seorang pemalas
tidak akan sanggup berpanas, berhujan lebat dan kadangkala dimaki pelanggan semata-mata hanya untuk
menghantar makanan. Sham juga berkata bahawa apakah nasib hidup mereka sekiranya pekerjaan seperti ini
tiada di bumi ini. Sham akhirnya memberitahu Zain bahawa dia seorang yang berkelayakan sarjana namun
tidak dapat pekerjaan sehingga sekarang. Dia juga sebenarnya bersetuju dengan pendapat Zain tentang
perbualan pekerja TBH FOOD yang sentiasa bercakap perkara-perkara yang tidak mengembangkan minda.
Dia memberi peringatan kepada Zain bahawa mungkin Allah memberikan mereka pada sesuatu tahap dan
pada tahap sahaja yang dia mampi lakukan dan sekiranya Zain mampu melakukan lebih lagi, mungkin inilah
masanya Zain untuk membantu mereka dari segi pekerjaan. Sejurus selepas itu, Zain terfikirkan satu idea
yang bernas lalu meninggalkan Sham di tempat mereka berehat itu. Dia teringat bahawa isterinya seorang
yang mempunyai kemahiran memasak dan kos sesuatu pembelian di kawasan rumahnya agak tinggi.

Akhirnya, Zain menubuhkan satu perniagaan makanan yang dijual di kawasan tempat tinggal dan mengupah
beberapa pekerja yang merupakan kenalannya, iaitu Sham dan beberapa pekerjanya ketika dia menjadi
seorang pengurus dahulu kerana Zain tahu mereka berkebolehan dan mampu membangunkan perniagaan
yang ditubuh oleh dirinya. Zain sedar bahawa semua ini berlaku kerana dia telah mengalami waktu sukar
dan kesusahan itu adalah datang daripada Yang Maha Perancang. Dia sedar ujian yang diberikan oleh Allah
membuatkan dia lebih kuat daripada sebelum ini. Dia juga mahu memperbaiki hubungan dengan
keluarganya yang sentiasa

bersama dengannya ketika mereka susah. Zain bersyukur kepada Allah kerana memberikan kurniaan kepada
dia yang tidak ternilai.

Kini, Zain pula yang memberikan motivasi kepada penghantar makanan yang lain, dia bersetuju kepada
pelajar lepasan SPM yang mahu menimba pengalaman pekerja dengan melakukan pekerjaan ini. Dia
menasihati kepada bekas pelajar SPM bahawa jika mereka yang bujang ini sudah merasakan pekerjaan ini
suatu yang susah, ingatlah bahawa kehidupan mereka yang sudah mendirikan rumahtangga lebih susah
ketika melakukan pekerjaan ini kerana mereka lebih banyak tanggungannya. Dia juga menasihati mereka
agar bercakap dengan bahasa yang sopan ketika melakukan penghantaran.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang penghantar makanan yang mempunyai pelbagai cabaran untuk
berjaya. Tiada satu pun orang di dunia ini yang mampu melakukan semua perkara di dunia ini, tetapi
seseorang itu mampu melakukan satu perkara untuk mengatasi cabaran tersebut. Kita haruslah menggunakan
kelebihan dan kenikmatan Allah pada jalan yang betul. Ini kerana hidup itu satu perjuangan. Kritikan saya
tentang cerita adalah penggunaan kosa kata dalam cerita ini tidak tepat dengan situasi yang sedang
dijelaskan. Pengajarannya, kita tidak seharusnya menilai seseorang melalui rupa dan fizikal seseorang
seperti Zain yang menganggap Sham hanya seorang lepasan SPM seperti penghantar makanan yang lain.
Kita juga perlu menganggap bahawa ujian yang datang daripada Allah adalah sesuatu yang dapat kita
harungi kerana ia akan membuatkan kita lebih kuat dari sedia ada. Sekian.
5

Anda mungkin juga menyukai