Anda di halaman 1dari 3

“Mak, Jai pergi kerja dulu”.

Itu lah perkataan terakhir yang keluar dari mulut Faizal sebelum dia
meninggalkan rumahnya.Dia terpaksa ke tempat kerja yang jauhnya tidak kurang dua meter dari
rumahnya.Faizal,seorang remaja yang berbadan gempal,gigih bekerja untuk membantu menyara
keperluan dapur rumahnya.Ayahnya dulu seorang pekerja hotel,kini lumpuh dan terlantar di rumah
sejak dilanggar lari sebuah kereta semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya.Kini,Faizal
terpaksa membanting tulang empat kerat dan keringat mudanya menggantikan tempat ayahnya
yang hanya berbaring terlantar sakit di rumah.Emaknya seorang suri rumah tanpa pendapatan
tetap,hanya mengambil upah menjaga anak-anak jiran pada waktu kerja.Faizal merupakan anak
sulong dalam keluarga tersebut dan mempunyai empat orang adik perempuan.Pernah juga suatu
ketika dia merasa hampa dengan bebanan yang terpaksa dipikul sedangkan rakan-rakan lain gembira
meneruskan pelajaran di sekolah.Dek kerana kesusahan hidup,dia terpaksa berhenti sekolah seawal
usia 16 tahun dan bekerja sebagai pembancuh air di sebuah restoran.

“Bos,boleh saya minta cuti esok?”,minta Faizal pada majikannya,seorang usahawan yang berjaya
dan berpangkat Datuk. “Saya ingat nak keluar ke Kuala Lumpur,beli barangan dapur rumah
saya.Lagipun,saya tidak pernah bercuti pada bulan ini”.Faizal meminta dengan penuh harapan.
“Eh,bukan ke engkau baru bercuti minggu lepas?”,balas majikannya merujuk pada cuti umum Maal
Hijrah yang diberi pada semua pekerjanya. “Itu cuti umum bos.”Bingkas Faizal yang terus meminta
diberikan cuti. “ahh!Tak ada cuti-cuti,siapa yang nak bancuhkan air untuk pelanggan aku?”.Balas
majikannya dengan nada yang tinggi.Majikannya begitu terkenal dengan sikap angkuh dan sombong
pada masyarakat golongan bawahan.Baginya,mereka yang miskin dan susah tidak setaraf
dengannya.Dia hanya bergaul dengan golongan atasan yang kaya dan elit. “Tapi bos,tolong lah beri
saya cuti.”Faizal menyentak kata-kata majikannya itu dengan harapan majikannya bersimpati. “ahh!
Kalau kau tak datang esok,aku berhentikan kau kerja.”Tengkingan majikannya menyebabkan seluruh
pelanggan yang ada di restoran itu terdiam.

Faizal berasa malu ditengking begitu di khalayak ramai.Dia terus ke belakang dapur membancuh air
dengan perasaan marah dan kecewa. “Kau fikir aku heran bekerja dengan kau?”nada yang perlahan
keluar dari bibirnya. “Aku bukannya robot,kerja tak bercuti”,terus Faizal bermonolog
sendirian.Memang sukar untuknya menerima keputusan majikannya itu memikirkan beras dan
barangan dapur yang lain di rumahnya hampir kehabisan. “Buat bersabar Jai”,balas tukang masak di
restoran itu yang bergitu senang di sapa dengan gelaran ‘Ibu’ oleh pekerja-pekerja yang lain di
restoran itu.Ibu memang paham dengan peel majikannya.Umurnya yang hampir sebaya dengan
emak Faizal mampu untuk membuatkan Faizal tenang mendengar kata-kata itu. “Yelah Ibu.Esok saya
betul-betul berhenti,baru dia tahu.”Seloroh Faizal yang semakin tenang sesudah disapa Ibu. “Dia
bukannya paham hidup kita orang susah ni”,balas Ibu. “Suatu hari nanti dia pasti dapat balasannya
balik Bu,macam orang putih kata,what goes around,cames around”,Sambung Faizal.Ibu
menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kerana kurang mengetahui bahasa Inggeris.Tetapi dia
tahu maksud yang ingin disampaikan Faizal.

Ibu,berusia lingkungan 50-an merupakan pekerja paling tua di restoran itu.Tugasnya memasak
masakan Melayu dan masakan tempatan di restoran itu memandangkan restoran tersebut
mempunyai banyak menu tambahan seperti makanan Uzbekistan dan masakan Barat.Dia dihormati
oleh pekerja-pekerja lain kerana peramah dan mudah mesra selain baik hati.Baginya,pekerja-pekerja
lain ini bagaikan anaknya kerana faktor usia yang ketara terutama sekali Faizal yang begitu rapat
dengannya.Dia begitu mempercayai Faizal sehingga duit gajinya sendiri pernah diambilkan oleh
Faizal.Baginya,Faizal seorang budak yang gigih bekerja untuk membantu pendapatan
keluarganya.Dia juga seorang yang jujur dan pandai bergaul.Faizal dianggap umpama anaknya
sendiri.Suami Ibu telah lama meninggal dunia dan dia tinggal sendirian di rumah.Ibu mempunyai dua
orang anak,tetapi anak-anaknya telah berkahwin dan tinggal di kota.Selalu juga dia kesunyian tetapi
dia enggan menyatakan rasa hatinya itu pada anak-anaknya kerana malu dengan menantunya dan
tidak mahu membebankan mereka.Baginya,biarlah mereka menyelami kemanisan berumah-tangga
seperti mana yang pernah dia lalui sewaktu suaminya masih hidup.Ibu kini tinggal seorang diri dan
bekerja di restoran tempat Faizal berkerja untuk menampung kehidupannya walaupun usianya
hampir senja.

Faizal meneruskan kerjanya dengan hati yang sedikit terubat.Dia begitu menghormati Ibu dan juga
menganggapnya seperti emaknya sendiri.Dia mula memikirkan rasa dan perasaan Ibu yang bekerja
lebih lama di situ berbanding dirinya yang baru beberapa tahun.Mungkin Ibu pernah merasai
pengalaman yang lebih pahit bekerja dengan majikannya yang kepala angin itu. “Jai,beri aku pinjam
telefon bimbit kau sekejap”, minta Hafis,seorang pekerja yang baru bekerja di restoran terbabit dua
bulan yang lalu. “Kau nak buat ape dengan telefon aku?” tanya Faizal perlahan. “Aku nak telefon
abang aku kejap,katanya ada hal yang ingin dibicarakan.Telefon bimbit aku hang lah”,kata Hafis
dengan nada mengeluh.Hafis merupakan seorang anak yatim piatu dan hanya tinggal abangnya
sebagai saudara di dunia ini.Ibu bapanya terlibat kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa
mereka disamping dua lagi adiknya yang masih kecil ketika itu.Kejadian itu berlaku sewaktu beliau
darjah enam dan beliau juga tidak dapat menghabiskan pengajian di sekolah menengah oleh kerana
kesempitan hidup.Dia mula bekerja di restoran itu setelah berkenalan dengan rakan majikannya
yang ketika itu mencari pekerja untuk bekerja di restoran itu.Hafis yang sebelum itu bekerja di
restoran makanan Jepun,Sushi King di Bukit Bintang,terpaksa bekerja di restoran itu memandangkan
dia mungkin diberhentikan kerjanya kerana masalah kegawatan ekonomi.

“Nah,ambil lah”,Faizal memberikan telefon bimbitnya kepada Hafis.Faizal memang terkenal


dengan sifat pemurahnya walaupun dia sendiri kesempitan.Baginya,buat baik pasti akan dibalas
kebaikan.Hafis terus meluru ke belakang dapur untuk membuat panggilan.Sementara Hafis leka
berbual dengan abangnya,Faizal segera menyiapkan mimuman yang telah dipesan pelanggan.
“Tingg..tingg..”,Faizal membunyikan loceng meja yang digunakan untuk memanggil pelayan
pelanggan menghantarkan pesanan yang telah disiapkan. “Meja berapa?”,tersapa Faizal dengan
suara selembut bayu. “Meja 14,eyh,15..eyh,betul lah meja 14”,Faizal gementar bagaikan terpukau
dek kemanisan wajah gadis tadi.Tapi dia berasa hairan,dia tidak pernah nampak gadis tersebut
bekerja di situ sebelum ini. “Main-main lah,hahah”,gadis itu pun terus mengangkat pesanan tersebut
sambil ketawa kecil melihat gelagat Faizal.Hafiz yang baru menghabiskan panggilannya keluar dari
belakang dapur sambil menyampuk, “Woi,angau eyh?”senda Hafiz yang perasan akan terkesimanya
Faizal dengan wajah anggun gadis terbabit. “eyh kau ni,bikin kacau je lah.Dah abis pakai telefon aku?
Bak sini telefonnya.”Balas Faizal tersipu malu. “Dia tuh budak baru.Anak saudara bos lah.Hari ini
baru mula bekerja”,balas Hafiz menjelaskan kekusutan Faizal. “Patut pun aku tak pernah nampak dia
sebelum ini,tapi dia cun doh”,balas Faizal dengan nada bergurau.Tapi hatinya mula terfikir akan
keanggunan gadis tersebut,mungkin juga dia sudah terpikat dengannya. “Kau try lah dia,Syafika
nama dia”. “Gila kau,dia tuh dah lah cantik,anak saudara bos pula.Aku ni gemok,biasa hidup
susah.Dah confirm dia reject aku”, sentak Faizal yang merendahkan dirinya apabila Hafiz berkata
sedemikian. “Aku hanya bagi cadangan”,balas Hafiz yang terus memberi semangat. “Merepek lah
kau”,balas Faizal terus menutup perbualan.

Anda mungkin juga menyukai