Anda di halaman 1dari 3

SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2012 / 2013 SSW 112- KEMAHIRAN ASAS BERKOMUNIKASI (MAKMAL)

TUGASAN ROLE-PLAY PROF. MADYA AZLINDA AZMAN

PEKERJA SOSIAL: MUHAMMAD SYAZWAN BIN ZULKIFLE MATRIK: 117541

PEKERJA SOSIAL: MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL RAHMAN MATRIK: 117540

PEKERJA SOSIAL: MUHAMMAD SYAZWAN BIN ZULKIFLE MATRIK: 117541 Sinopsis masalah yang dikongsi oleh klien:

Demi cinta, Amira sanggup meninggalkan kemewahan keluarga untuk hidup bersama Syazwan, seniornya ketika sama-sama menuntut di Universiti. Tekad Amira untuk berkahwin dengan Syazwan menyebabkan hubungan Amira dengan ayahnya, Datuk Ramli menjadi dingin dan renggang. Ini kerana Datuk Ramli kurang senang bermenantukan Syazwan yang tidak tahu asal keturunan kerana dibesarkan di rumah anak yatim. Syazwan juga gagal mendapat sebarang pekerjaan selepas keluar dari Universiti. Syazwan akhirnya bekerja sebagai makenik untuk menyara kehidupan..

Syazwan telah diugut oleh Datuk Ramli kerana Datuk Ramli melarang keras Syazwan untuk tidak menikahi Amira dan mendesaknya meninggalkan Amira. Ketika Syazwan hendak melamar Amira secara baik, Syazwan dipukul teruk oleh geng upahan Datuk Ramli kerana Syazwan mengingkari amaran Datuk Ramli. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa mereka hadapi untuk mendirikan rumah tangga. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama untuk bernikah di Thailand. Selepas malam nikah, malang tidak berbau kerana ketika dalam perjalanan pulang, Syazwan dan Amira kemalangan. Syazwan berasa kecewa kerana dia gagal menjaga Amira. Kaki Amira terpaksa dipotong kerana kecederaan yang teruk. Bagaimanapun Syazwan tetap setia. Baginya Amira tidak bersalah. Syazwan nekad untuk hidup bersama Amira biar apa pun yang berlalu. Bermulalah rutin baru dalam kehidupan Syazwan. Dia sentiasa dihambat masa. Sebaik habis berkerja, dia akan bergegas pulang ke rumah untuk menjaga Amira. . Syazwan mula menjadi seorang yang sensitif terhadap masalah yang dihadapi mereka.

Dia mula tabah berdepan dengan kemelut yang dihadapinya. Amira dijaga dengan penuh kasih sayang. Syazwan mulai menjadi lemah kerana dia tidak sanggup melihat isterinya hidup dalam keadaan susah dan dia sering menyalahkan dirinya kerena membuatkan hidup Amira tidak sempurnya setelah kaki Amira dipotong. Syazwan telah menghubungi mak Amira, Datin Hanani supaya mengambil Amira semula. Amira marah kerana Syazwan tidak sanggup menjaganya lagi.

Syazwan benar-benar buntu terhadap tindakannya 2 bulan yang lalu itu, sekiranya dia ingin melaksanakan kembali tanggungjawab yang telah lama diabaikannya, apakah mungkin isterinya akan kembali kepadanya setelah apa yang berlaku. Syazwan berjumpa dengan pekerja social bagi meluahkan masalahnya dan mendapatkan nasihat.

PEKERJA SOSIAL: MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL RAHMAN MATRIK: 117540

Sinopsis masalah yang dikongsi oleh klien:

Hafiz merupakan seorang jurutera yang berumur 27 tahun dan Hafiz telah berkahwin sejak setahun yang lalu dan pasangannya tidak dikurniakan anak kerana beliau dan isteri tidak merancang untuk mempunyai anak dalam masa yang terdekat. Hal ini kerana Hafiz seorang yang sangat sibuk dengan projeknya dan beliau sering bekerja diluar kawasan untuk urusan kerja. Manakala, isterinya pula seorang pereka fesyen yang sering menghabiskan masanya untuk menguruskan butiknya. Masalah bermula semasa Hafiz di ajak oleh beberapa rakan sepejabatnya untuk keluar makan malam bersama-sama untuk meraikan projek mereka yang telah berjaya. Selepas makan malam hari tersebut, Rakan Hafiz memperkenal seorang wanita kepadanya yang juga merupakan pengurus projek besar bagi usahasama. Dalam sesi perkenalan, Hafiz telah terkhayal kerana diberi minuman spike oleh rakannya. Hafiz diperdaya oleh perempuan itu dan mereka telah melakukan hubungan seks. Setelah peristiwa hitam itu berlalu, Hafiz nekad berdendam kerana diperdaya oleh rakannya dan Hafiz menyimpan hasrat untuk membunuh mereka kerana mereka menghancurkan hidupnya. Pada masa yang sama Hafiz diusung rasa sesalan kerana tidak berhati-hati dan terlalu mengikut telunjuk kawannya sehinggakan malam tersebut telah menjadi titik hitam dalm sejarah hidupnya. Selepas 3 minggu, Hafiz mulai mengalami simtom berikut iaitu seperti batuk, demam, sakit sendi, ruam dan sebagainya. Setelah itu beliau pergi menjalani pemeriksaan perubatan dan doktor telah mengesahkan Hafiz menghidap HIV positif . Terkejut Hafiz, mana tidaknya, mulanya Hafiz tidak mempercayainya dan menafikan keputusan doktor. penghidap HIV positif. Dalam masa itu Hafiz tidak memberitahu isterinya kerana bimbang isterinya akan meninggalkannya. Hafiz mengalami tekanan perasaan dan sering beremosi disebabkan masalah yang dihadapinya. Walaubagaimanapun semasa berjumpa dengan pekerja sosial Hafiz mendedahkan tentang keadaannya dan meminta pekerja sosial menjaga kerahsiaan penyakitnya daripada pengetahuan isterinya. Walaupun doktor memberikan bukti bertulis yang mengesahkan dia

Anda mungkin juga menyukai